Khamis, 7 April 2016

KECUBUNG JARUM EMAS







Kecubung jarum emas

Masih baby lagi jarum emas ini dan inclusion hablur emasnya juga amat kecil sekali. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT apa yang ingin tok sampaikan ialah Kelebihannya yang Allah ciptakan dengan sebenar benar kelebihan mengikut lojik, Hukum Alam serta sains Metafizik.

Sesebuah kecubung terhasil dari beberapa jenis Unsur alam atau organik dan salah satu yang menjadi tubuh utamanya ialah Air.. Ya air tuan tuan... Jika anda membaca mana mana Buku Gemology berkaitan kecubung atau QUARTZ ia terhasil dari 98% air / water dan kemudiannya di susuli dengan organik yang lainnya. 

Sama seperti air yang mempunyai unsur sejuk di dalam gua, Kecubung menyimpan energi sejuk dan mampu di bekalkan kepada pemakainya selama mana ia masih bersama pemiliknya di dalam simpanan

Kaedah warna dan getaran serta peranan getaran warna di dalam kehidupan... Ramai yang tidak pernah mempersoalkan kenapakah wujudnya warna di dalam kehidupan seharian kita, dan kenapakah sesuatu warna itu di kaitkan dengan peribadi, dan perasaan seseorang di hari hari tertentu dan ramai juga yang tidak mengetahui kenapakah atau bagaimanakah wujudnya perasaan untuk memilih warna warna baju untuk di pakai setiap hari. 

Warna memainkan peranan yang cukup besar di dalam seluruh kehidupan kita dan warna mengelilingi manusia dari semasa ia di lahirkan sehinggalah ia meninggal dunia, semasa di dalam rahim warna yang hanya 1 dan semasa mati juga warna yang 1 ( warna tanah ) 

Tok lanjutkan terus ke point tok agar halaman ini tidak mampu untuk di bukukan oleh sesiapa pun hahaha... 

Warna kuning memainkan peranan penting dan mempunyai getaran pendorong , ia mendorong seseorang untuk menjadi kaya, ia mendorong seseorang untuk berjaya.

Di dalam kepercayaan Cina dan Bangsa lain selain melayu , Warna emas membawa tuah dan kekayaan kepada mereka.... Anda ingin tahu di manakah rahsia dan tricknya?.....

Apabila mereka melihat Warna warna keemasan , mereka akan galak untuk berusaha, apatah jika ianya sudah ada di jari.. ketika mereka kecewa permata di jari yang bewarna keemasan akan menjadi penenang jiwa mereka dan membuatkan mereka terus berusaha ketika semangat mereka hampir putus. Kerana itu orang cina meletakkan permata akik kuning di Dashboard kenderaan mereka, Meletakkan kucing emas atau kura kura emas di kedai mereka, Meletakkan Fengshui Tree di meja makan mereka ( Pokok duit keemasan ) .... benda ini semua bukan untuk orang lain, tetapi untuk mereka sendiri, apabila mereka memerhati benda benda ini, mereka akan gembira dan berada di dalam mood terbaik.. mereka akan sentiasa tersenyum di dalam kedai mereka..dan senyuman ini mampu menarik duit..... apabila mereka di dalam kenderaan akik kuning di dash board kenderaan mereka akan bertindak sebagai penuntun semangat untuk mereka terus berjaya dan masih di dalam keadaan mood terbaik. 

Warna kuning akan menjadi pendorong kepada mereka....

Anda masih tidak percaya bahawa permata mempengaruhi manusia dengan cara ini...?... 

Umpama Permata cincin bertulisan Allah.... Jika di pakai asbabnya orang akan sentiasa mengingati Allah... BAGAIMANA?...... Benda sudah di jari, jika terlihat pada matanya semasa memandu, semasa makan, semasa bekerja, hati akan automatik membacanya " Allah ".... jadi tidak benarkah pernyataan bahawa pemakai cincin ini sentiasa mengingati Allah..

Tok ada sebentuk cincin Berukiran " Aliff" yang membawa makna peringatan kepada tok kepada " Yang satu ", " Lurus " dan Kebenaran " dan jika tok mengangkat jari tok untuk melakukan sesuatu , tok akan ternampak huruf Aliff ini dan akan mengingintai diri tok untuk "lurus"Benar" dan Yang 1 ". Dan sebentuk lagi bertulisan Ayatul Kursy yang membawa peringatan untuk tok membacanya ketika terlihat di jari....itulah fungsi ukiran ukiran dan warna di dalam kehidupan seharian... ia di pakaikan di badan, di jari bagi mendekatkan ia kepada diri kita dan melatih diri kita secara tidak langsung melalui daya minda separuh sedar.

Sekian penerangan ringkas tok


Kod Produk : KJMAS 6416
Bentuk : Kecubung jarum emas
MAHAR : RM 20

8 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN