Memaparkan catatan dengan label Puteri Bongsu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puteri Bongsu. Papar semua catatan

Ahad, 24 Julai 2016

PERMATA PUTERI BONGSU EDISI 2



































Akik Puteri Bongsu 

Berasal dari Kerajaan Gunung Tahan dan kisahnya banyak di ceritakan di dalam riwayat Melayu. Jangan Tanya Tok sebab tok pun tak berapa tau sangat apa cerita dan kisah yang di riwayatkan itu. Item ini dah lama di simpan semenjak Bekas staff Tok iaitu Mr Azim masih bersama kami dulu. sebelum Tok Mai dok Ganu Lagi.. 

Dengar Di atas Puncak Gunung Tahan ada kawasan berbatu dan di celahan nya ada batuan yang mempunyai Kalimah Kalimah . Tok pun naiklah, tapi bukan dengan 1 tujuan la, bukan senang nak saja saja panjat G.Tahan bang.. baik dok umah tido je kot haha...

Batu ini dari sebuah Bongkahan Raw dan Tok Namakan ia sebagai Akik Puteri Bongsu, Kegunaannya lebih kepada penyejuk badan... Kegunaan lain wallahualam, tidak rajin ambe waktu ni nak godek godek menyiasat....hehe..ngantukkk dh


Kod Produk : PPBONGSU 20716
Bentuk : Akik Gunung
MAHAR : 40


Ahad, 28 Februari 2016

GELIGA PADUKA SETIA DIRAJA





































Hooo... keluar jugak akhirnya . 

Pemberian pertama Dato Paduka Setia Di Raja dari kerajaan Kubu... Jawatannya sama dengan Raja Linggiu dan statusnya sama , Jika Raja Linggiu bapa saudara kepada Puteri Kamariah, Dato Paduka pula Bapa Saudara kepada Puteri Bongsu. Panjang nor namanya... Tok panggil DPSD boleh kot na.

Tak silap tok kerajaan Betong ke Kenyir pernah bagi batu yang nak sama, tapi x sama la...Geliga 2 alam. Komposisinya pun tak sama, khasiat lagi lah. 

Jenis ini bagus di pakai orang berniaga... tak kisah lah berniaga apa pun... kalau makan gaji boleh juga tapi x berapa nampak efeknya.. ya la... bulan bulan sama saja gaji, berniaga boleh nampak kalau pakai barang macam ni.... 

Item ni ada 2 kegunaan yang berkaitan :

Penarik rezeki 

Penghadang sihir


Item macam ni banyak di pakai oleh pelanggan tok di Seremban... ada yang beli dari murid tok, ada yang di bagi murid tok, ada yang beli dari sekutu tok, yang pasti... made in GB.. tok pun tak tahulah macam mana item macam ni amat glamour di sana... orang yang pakai tak tahu sumber asal ialah dari GB . Jika mengikut rekod kami di sini, GB sudah mengeluarkan lebih 6000 halaman dan jika kira lunsum 1 halaman ada 5 item bermaksud sebanyak 30,000 permata dan item mistik sudah di maharkan oleh Blog Geliga Bunian. Dan tok pun tak tahu macam mana item GB boleh glamour di sana... org tak sebut GB... org sebut si polan peniaga tu dan Si Polan itu dan ini... barang?... brg GB, alhamdulillah. Last tok dengar minggu lepas peniaga Nasi kukus pakai minyak Bertap keluaran kita di sini... alhamdulillah selalunya 4 jam baru habis nasi kukusnya, selepas memakainya dengan di palitkan di semua tiang kedai, dalam masa kurang 2 jam habis ke semua nasi kukus jualannya...ini bukan gebang.. tok boleh pandukan anda kepada org yang memperkenalkan kepada tokey nasi kukus ni, mana tau anda boleh makan di sana dan support beliau. 

Selain itu juga popular di Seremban seorang hamba Allah yang dulunya naik motorsikal dan kini berkereta menjadi tokey udang Galah, asalnya beliau memaharkan dari GB Geliga Bulan.... ya moon stone tu, kat kedai pun ada jual, tapi Moon stone GB bukan alam sini punya la... alhamdulillah... dan la tok di belanjakannya makan di sebuah restoran semasa tok melawat Seremban 2 tahun lepas... la ni jadi tokey dah... 

Benda ni 1 saja...bila pakai, kita jangan berharap... peda tak sangga... jangan.... kita pakai macam pakai baju... lawa baju, org kata lawa, buruk baju org diam. kadang kadang lawa bagi kita, bagi org tak lawa... kadang kadang buruk bagi kita, orang kata lawa... tu muda mudi pakai jeans koyak sana sini... kita kata buruk..depa kata lawa hahaha... Jadi kita pakai benda ni kena berserah pada Allah Sepenuhnya... pakai ni usaha, asbab saja... dah kalau kata syirik.... g pejabat pakai la spender saja, kenapa pakai baju formal..?sebab dah percaya dalam minda baju formal utk pejabat... takkan nak pakai baju formal buat tidur dan baju tidur buat formal?.... sekecil kecil syirik... banyak lagi kalau nak bagi contoh. Cuma , buat macam baju...dah baju tu utk formal, formal la... dah batu untuk ikhtiar kerezekian, kerezekian la... yakin pada Allah...bukan pada Baju, sama juga dengan batu... Pakai baju lawa tak semestinya dapat tender yang di kehendaki, semua kerja Allah Belaka... ia sudah di aturkan , dan itulah yang kita panggil ilmu alam... alam bukan bermaksud flora dan fauna sahaja, tetapi apa sahaja yang duduk dengannya bergantungan dan berhadapan dengan ilmu alam 


Kod Produk : GPD 25216
Bentuk : DPSD
MAHAR : RM 120

Sabtu, 27 Februari 2016

GELIGA MUSTIKA ULAR TEDUNG SELAR PUTIH ( KUBU )























Mustika Dwi warna....

Kalau dulu tok tidak bersetuju bahawa Panggilan Mustika adalah nama yang di berikan Orang Indonesia bagi kata ganti Geliga. Setelah tok lakukan pembacaan di Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustika Merujuk kepada jenis Batu yang tidak sama dengan geliga, baik khasiat atau sumbernya. Jadi selama 4 tahun ini ada di sini yang bernama Mustika namun tok namakan Geliga dan boleh di katakan kebanyakan Item permaharan kita di sini di dalam pengkelasan Mustika.

Nama Mustika sebenarnya yang sebenar ialah MESTIKA dan ia adalah sebuah bahasa melayu lama untuk item ... Mestika dan Gemala adalah dalam maksud yang sama iaitu jenis yang di dapati dari ular atau tubuh badan ular.. 

Anda boleh merujuknya di sini dengan sohih :


Mestika juga merujuk kepada item yang di sayangi, yang tercantik, dan termolek. Membawa maksud bagi sesiapa yang menyimpannya ia akan menjadi item yang di sayangi dan di jaga dengan teliti. Mungkin kerana keberadaan dan kepayahan mendapatnya. 

Kami di sini Memang mampu mempersembahkan kepada anda sesuatu mestika atau geliga dengan Berbilang, tapi ia tidak semestinya kami mampu menyediakan ianya setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan bagi di maharkan. 

Apa yang di maharkan di sini bukan mengikut trend dan permintaan tetapi ialah apa yang di berikan dan di benarkan ijin di maharkan pada tempoh tertentu dan nilai tertentu.

Mestika di atas ialah Mestika Ular Tedung Selar Putih.... anda pernah melihat tedung selar putih?... atau ingin tok tanya anda , pernahkan anda melihat tedung selar Kuning ?..... Jika anda tidak pernah melihat tedung selar kuning.. jauh sekali untuk ketemu dengan tedung selar putih... di kampung kampung, Ular tedung selar paling berbisa dan bahaya ialah Ular tedung selar Kuning. Zaman sekarang agak sukar menjumpainya dan semua orang memang tidak ingin ketemu dengannya.. Ular tedung selar kuning ni kalau jumpa memang dia kejar tak cukup tanah, sampai dalam bilik dia kejar, ia tak seperti tedung selar biasa yang hitam keemasan tu... 

Tedung selar Purtih wujud dan keberadaannya lebih jauh sukar di jumpai dari tedung selar kuning ini... orang kalau jumpa mestika Tedung selar kuning pun dah mampu kembang hidung dan kalau nak di maharkan pun mau mau boleh beli rumah banglo 2 tingkat sebiji.... 

Mungkin ada yang bertanyakan .... kenapa pemahar macam tok atau pun mana mana peniaga mistik tidak menjual sendiri sahaja harga juta juta... Jawapannya... ia umpama kami menjual periuk nasi kami beserta plugnya sekali.... memang boleh makan sekali dengan wang jualan itu, tapi selepas itu kami pula perlu membeli nasi sendiri di kedai, nak menanak nasi periuk sudah tiada. orang lain pula memiliki periuk nasi kita. Itu jawapannya.... Jika anda bekerja dengan majikan sekalipun, bukankah ada assingment letter?... ada surat perjanjian?.. sama juga dengan pemahar item mistik. Di dalam pekerjaan Penjawat Awam..jika anda melanggar perjanjian , anda akan di buang kerja atau di gantung kerja, sama juga dengan pekerjaan mistik, samada Kena dam selama beberapa tahun atau selamanya kena dam....ni bukan dam aji... 

Mustika Ular selar putih ini berguna di dalam :

Penunduk binatang Buas dan manusia

Penumbal balik sihir yang di hantarkan

Pembisa pukulan

Pembisa ke dalam air dan di bagi minum kepada pesakit kerasukan 
( Ni mesti cuba, pesakit Kerasukan jin akan kesakitan macam terminum Racun ular ) 

Dan kelebihan lain

Tok di khabarkan ia mampu berubah warna... apa warna keduanya wallahualam.. dan jika ia berubah warna bagi tok ia normal bagi sebiji organik bernama batu. 

Kuantiti..... 4... 2 di bawah stok dapor boleh di dapatkan dari Mr Baz ( x Silap tok )

Kod Produk : GMUSTIKA ULAR 21216
Bentuk : Mustika Selar Putih
MAHAR : RM 250

======================

Makluman... jika anda dapati terkadang ada nama nama yang berbeza dari halaman lepas, ia bermakna ia masih di dalam semakan dan kajian untuk mengetahui tentang sesuatu itu dengan mendalam, nama ke dua adalah yang yang sudah di Pastikan melalui tindak balas batu ( nama umum Bagi semua produk ) dan juga melalui pengesahan orang tua tua yang kenal dan arif tentangnya. 

Keduanya pula, Ada batu yang sama dan pada nama dan nilai berbeza, Kerana sumber perolehan, kerajaan dan keampuhan nya tidak sama, ada yang mempunyai kelebihan alami, ada yang mempunyai kelebihan di tapakan, ada yang mempunyai kelebihan multiple iaitu alami dan pengisian, dan ada yang di diami sesuatu khodam , perolehan tidak sama merujuk aras. dari atas bukit, dari tepi sungai, dari dalam air, dari celahan pokok dan sebagainya.... sama dnegan bertap... ketika ia di daun di panggil bertap, ketika di di bawah pokok ia di panggil lara. Maharnya pula mengikut atas syarat yang ditetapkan dan selalunya kita akan ambilkan syarat maksima bagi item siap sedia untuk di maharkan bagi menampung kos yang jatuh kepada batu mentah lain melalui kaedah carigali, kos canai 1 permata kini ialah Rm 30 ..bukan lagi 10... di Jb kos canai ialah Rm 36 sebiji. Anda kena Tanya GST lah tentang itu...Kami tidak kenakan GST, tapi barang canai kami di kenakan kos GST .....  jadi jika di sini tok memaharkan pada nilai Rm 30 ke bawah , ia ibarat percuma sahaja, tak apa kerana kosnya sudah siap di tampung kos maksima di item perolehan siap sedia.

Ketiganya.. kekadang ada error nama item dan sudah sedia maklum kepada anda semua , yang melabelkan dan memasukkannya ke dalam blog ialah pembantu Tok Muda ialah Mr Baz / Adi dan deskripsinya disediakan oleh tok kemudian baru di terbitkan, kerana itu jika ada nama berbeza tapi kod atas nama lain, maka ia adalah kesilapan semasa melabel oleh Pembantu. 

Harap Maklum  

CARA BERURUSAN