Rabu, 24 April 2024

SYARAHAN SYEIKH ABDUL QODIR AL JELANI

 




























MINYAK KASTURI COME BACK

 


Kasturi Hitam








Kasturi Kuning



Alhamdulillah semalam tok ke Jerai bersama puan kai dan Indera Yaarik anak bongsu tu di berikan beberapa item, tapi yang ini tok ketengahkan dulu.

Item ini dulu ada tok maharkan di dalam Shopee , tapi lamaaaaaaaaaaaaa ia habis stock, penjualan bagi minyak kasturi Kuning tu sebenarnya sudah melebihi dari 3000 Uniot, tapi malangnya Halaman lama di shopee itu tok terpadam, masuk halaman baharu, ada la listingnya menunjukkan lebih 900++ unit sudah termahar.

Minyak kasturi tok ni special sikit. Selain ia datang dari alam Bunian ia juga mampu menyedarkan org pengsan .

Jika kanak kanak kena gangguan asyik tak tidur malam, pakaikan ia di Dahi, dan semua sendi ..Pakai sikit je tau. Kasturi Tok ni x perlu pakai banyak, sikit je dah memadai. Sebotol ni boleh bertahan selama lebih 3 tahun jika pakai utk rawatan diri dan melebihi 1 tahun jika pakai utk bersolat. Pakai sikittt je ..ingat tu. 

MANAKALA kasturi hitam pula utk perubatan dari sihir, dan semasa melakukan rawatan org kena sihir. 

Di pakaikan sikittttt je di kening, belakang telinga dan kedua telapak tangan, di telapak tangan tu letak sikit dan usap 7x lawan jam, lalu di pegang kepada mangsa , Insha Allah bergegar mangsa tu jika kena. 

Jika nak harumkan rumah, mudah sahaja, teteskan 3 titik di tisu, dan tempelkan di belakang kipas bahagian jaring bilah tu, harum 1 rumah, kalau susah tidur juga boleh pakai cara ini. 

Untuk minyak kasturi ini , tok x buat label. Jika anda ingin jadi reseller dan buat jenama sendiri, sila pm tok 01111113044 utk dapatkan harga borong 10 ke atas. 

Hangpa ingat telaga Tok Syeikh tu boleh keluaq ayaq saja ka, hehehe. Kalau dak dulu utz salim tak buat pengkalan di situ la. 



NAMA PRODUK
Kasturi (samada hitam dan kuning )


MAHAR
RM 25 

STOCK
Cukup utk mereka yang berminat, sila GRAB di  Komen

MUSTIKA SELANDAO TIGA BEST PRICE

 



Di atas ialah MUSTIKA DELIMA air namun nama asalnya Dari alam sana ialah MUSTIKA Selandao tiga 


Barang barang Dari sini memang agak rare sikit ..kawasan ni pun Hulu bang. Cuba lah datang sekali. Kalau kaki internet, kaki Facebook memang nangis lah hahaha. Air paip pun tadak bang.. kawasan pedalaman sungguh ni... Tapi tok suka sangat tempat macam ni ..boleh tok refresh aura diri tok sendiri Dan bila buat ritual takda gangguan sangat. Macam di jerai problem sikit sebab kadang kadang org datang lalu depan kita dsbgnya. 



Kiranya tempat ni masih Dara la huhu. 


MUSTIKA Selandao 3 di atas di berikan oleh 3 puteri kerajaan Lata ...ah senang mcm ni lah tok bagitau nama kerajaan tu...



Kerajaan Selandao Tiga



Itulah nama kerajaan Lata hujan tempat tok melepak sekarang. Maybe tok nk sarankan solo ambush Mai sini kot... Sini kawasan angker banyak. Cuba Mai sini tengok. 



MUSTIKA ini kelebihannya luar biasa: 


Menutup mata musuh..musuh jadi jelam biji mata bila melihat kita Dan berniat nak bunuh kita.. mcm mana nak terangkan ya... Bila dia nampak pemakai saja. Terus mata dia jadi jelam. Nak acukan hujung senapang pun tak tau arah mana. 


Membuatkan Musuh menjadi hilang ingatan...ini berlaku jika semasa di pejabat musuh dah dapat briefing dah nak tembak siapa... Sesampai di kawasan sasaran musuh menjadi lupa akan tujuannya. 


Jika terlepas juga Dari Dua di atas. Kelebihan ketiga ialah pemilik kebal Dari tembakan musuh... Lari lah sejauh mana... Jgn nak melawan kalau ilmu lain tiada...tiada ilmu power rangers atas dunia ini... Ingat...tiada pahlawan melayu yg hidup kekal..semua sudah jadi sejarah.... Jadi...jika anda rasa ilmu anda hebat sangat...ingatlah..org dulu dulu lagi hebat ilmunya... MATI tetap sampai. 




NAMA PRODUK 

Mustika Selandao 3



MAHAR 

RM 250


01111113044

Tok muda 

Sabtu, 20 April 2024

SALE 24 JAM GELIGA RATU DEWI JELITA

 



Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semua .. diatas merupakan geliga yang didiami sang ratu yang sangat jelita . Ratu ini merupakan pemerintah kerajaan bunian yang berasal dari agama samawi . Beliau ni asalnya dari kerajaan dewa dewi tapi menetap di kerajaan bunian iaitu kerajaan Gunung Hijau . 


Biodata Ratu Dewi : 

Nama : Ratu Darwina 

Umur : 28 tahun alam kita 

Agama : Islam 

Pemerintah kerajaan Gunung Hijau 


(Gambarnya hanya pemahar sahaja diberikan lihat) 


Kekuatan alami bagi ratu dewi ini meluas . Sudah tok terangkan di page lepas tetapi meh ler tok tepek lagi sekali disini . 


Apa dia alam dewa dewi?.. depa ni jin ka?... Kalau ustaz ustaz yang ilmunya tahap biasa.. Atau ilmunya khusus di dalam bidang tertentu, depa akan kata Dewa Dewi ni sama dengan Jin atau ialah Jin... sebenaqnya tidak sama sekali. 


Syeikh Zainul Asri Berkata Bahawa "Alam Ghaib ini ada 118000 Lapis "


Kita di Nusantara Hanya mencakupi alam Bunian, Alam Jin, Alam setan, Alam Iblis bagi yang high level dan Alam Roh bagi yang lebih High Level dan AlamAllah Bagi yang sudah habis level di dalam kategori Ilmu MAKRIFAT, Alam Allah tu maksudnya Alam diri la.. Bukan Alam Allah di Arasy, tiada 1 pun manusia yang dapat menghuraikan Alam  Tempatnya Allah yang sebenar, wallahu alam.


Alam Dewa dewi ni adalah salah 1 dari 118,000 alam yang Allah ciptakan untuk menyembah KepadaNya dan menunjukkan kekuasaan DiriNya sebagai sang pencipta. Manusia yang menolak dan membolak balikkan Segala ciptaan Allah umpama merendahkan kekuasaan Allah SWT, mereka berkata.. tidak wujud alam Ghaib, tidak wujud segala macam makhluk ghaib kecuali manusia, hewan dan Tumbuhan. Mereka ini lah dari sekutunya Liberalisme dan Sekularisme malah Mereka mungkin sebenarnya Atheist. 


Alam dewa dewi ini adalah alam Yang jauh terkedalam, di sini tok nak pakai bahasa mudah yang tak perlu anda hafal . Alam dewa dewi adalah alam yang lebih jauh dari bulan, lebih jauh dari makhluk dan penduduk di bulan, Tapi ia dekat dengan kita.. bermaksud ia ada di bumi tetapi bukan senang untuk di kecapi dan di capai dengan ilmu yang Ringkas seringkas ilmu bersahabat dengan Raja Jin. 


Di alam depa ni Tiada sistem perhambaan, kasta. Tetapi mereka yang di tangkap Oleh manusia yang sakti boleh di jadikan sebagai Hamba untuk kegunaan manusia waima sebagai pemuas nafsu. 


Dewa Dewi.. sebuah bangsa yang kuat, megah, cantik dan tampan itu menjadi Branding mereka. Mereka tidak melihat hati kamu, samada baik atau jahat.. atau sejahat jahatnya atau sebaik baik wali.. mereka tidak menilai dari segi ini. Mereka cuma melihat siapa dirimu... kekuatanmu ( contoh seperti abah ) zuhud atau angkuh itu mereka tidak peduli. Lebih mereka suka jika kamu tidak peduli kewujudan mereka yang taasub dengan kamu dan mengikutimu.. ni maksudnya hangpa tau ada kaum ni, ada perempuan lawa dari bangsa Dewi ni dok ikut hangpa, guru guru pun dok kata ada 1 dewi suka gila kat hangpa..tapi hangpa buat tak tau... lagi depa suka, sampai taasub. Malah ada di antara kalangan mereka sanggup meniduri kamu dan wujud di dalam mimpi.


Masih di kau ingat wahai lelaki semasa kali pertama akil baligh.. kali pertama air manimu keluar .... kamu di datangi wanita yang cantik gila dan kamu di gomolin sama perempuan itu. Kalau tok dulu masih tok ingat tok ada di atas sarang labah labah yang besaq, dan tok x boleh bergerak.. kemudian datang 1 gadis lawa gila ... dia mai tenyeh dada dia kat dada tok saja terus jadi akil baligh aku ni hehehe. Esok suara dah jadi garau. hahah. 


Siapa perempuan perempuan ini.. adakah JIN?.. wahhh awal awal dah kena noda dengan jin setan ya kita ni...HAHAHAHA... ?.. tidak .. sebenarnya mereka ini ialah Bangsa DEWI... kalau kamu masih teringat ingat wajah wanita yang pertama menodai kamu ini... tapi setelah dewasa kamu tidak HEBAT, KUAT, GAH, GAGAH.. sampai ke mati kamu tidak akan mampu berjumpanya lagi. Itulah bidadari pertama kamu di dunia. Habis semua bakal bakal ustaz, ulama, tahfiz, Imam imam kena noda waktu akil baligh.. tak ramai yang dapat mimpi ni sebab kecik kecik dah pandai main sabun, tu la korang..rugiiiiii



Habaq teruih terang lagi bersuluh sportlight.... katakan hang tengah geram ni .. hang suruh dia p tibai musuh hang, dia senyum tengok hang pastu dia londeh satu persatu kain dan baju dia depan hang, kalau kasyaf nampak, kalau tak kasyaf tak nampak tapi malam sat g mimpi basah. Esok hang happy la, tak ingat dah ke musuh tu... TAPI...haa tapi...kalau hang tolak ajakan seks dia... berkali kali... dia akan naik maghah yang amat dasyat... segala mak nenek musuh hang tu , sampai ke anak bini dia sapu. Habis 1 keluarga dia sapu semua. Lain la kalau BAKAT hang ni macam tok ( tadak cth lain dah ), org kata ilmu tok ilmu tahap dewa..org kata..bukan aku kata.. maklum  la dalam dunia niaga mistik ni bukan org biasa biasa.. peniaga semua tok moh handal.. keris terbang la, santau la, santet la sihir ain la.. alhamdulillah Allah masih lindung tok di sini , sementara ramai rakan rakan tok yang 1 niaga dah meninggal.. ada 1 tahun tu 2 org sekaligus mati. Innalillah. Jadi tok boleh suruh terus dan dia buat terus....tapi tok ni jantan.. Ya la, hangpa paham la maksud tok muda HAHAHAHA. Sebab tu masih ada yang masih bernapas di atas bumi tuhan ni..kita pun sama tak mau buat , tak padan dengan hukum nak buat depa. biaq p la org nak buat kita . Hak tu lagi 1 KEHEBATAN yang sang dewi suka....sabar..apatah kesabaran kita di sanjung manusia lain.



MAHAR : RM10,000


Aidilfitri sale : Rm2000


Sale 24 jam : Rm700



01111113044

Tok muda 




SYARAHAN S.A QADIR AL JILANI

 


Jumaat, 19 April 2024

SYARAHAN S.A.QADIR AL JILANI ( 44 )




 SYARAHAN 44

Sesungguhnya tiap-tiap permohonan dan doa orang-orang yang mempunyai ilmu kerohanian terhadap Allah S.w.t., tidak diberikan dan tiap-tiap janji tidak ditunaikan olehNya kerana Allah tidak mahu orang-orang ini terlampau tinggi harap (terlampau optimistik) kerana tidak ada hal  kerohanian dan makam  kero-hanian melainkan mempunyai takut dan harap berserta dengannya. Kedua-dua ini umpama dua kepak ataus ayap burung. Dua-dua perlu. Satu sahaja tidak jadi.

Takut dan harap ini ada dalam tiap-tiap hal dan makam.



---------------------

Jadi , sudah faham di tingkat manakah Makam Kamu di antara manusia lainnya?

----------------------


Khamis, 18 April 2024

TRACKING KOD

 



Terima kasih di atas permaharan anda, Semoga kita berurusan lagi, Tok doakan semoga semua Hajat anda di makbolkan Allah SWT

Rabu, 17 April 2024

IBU DUIT ( 100 )

 




Alhamdulillah selesai ritual tok di Bukit Jerneh semalam, ritual yang di jalankan selama 3 malam, Asalnya tok ingin memohon dana ummah namun Dana Ummah tidak di buka lagi Jadi tok gunakan peruntukan yang di berikan kepada Tok untuk belanja sendiri 2 hari RM 100.

Ibu duit ini kita panggil dulu sebagai Ibu duit bunian dan ia mempunyai 2 sifat gandaan , ganda 5 atau ganda 10. Ganda 10 tok x sediakan kerana memerlukan masa 5 malam ritual, jadi tok sediakan untuk ganda 5, ni pun dah cukup aih... bukan nak buat business international kan?.

Ada kes lepas dalam dana ummah, seorang customer yang meniaga cucur di tepi jalan, tok nasihatkan dia ambil not 10 ganda 6 dulu, dia kata nak ambil not 50 ganda 6 ( 6 adalah maksima dalam dana ummah ), akibatnya customer terlalu ramai, produk pula habis, akibat customer kecewa barang jualan habis mereka ke kedai sebelah dan berterusan  begitu.. umpama macam dana ummah tu dia beli ke pesaing sebelah.. hurm... tu yang kata..jangan tamak..nanti rugi. Beli yang gandaan kecil dulu, dah maju dan dah tambah produk jualan barulah di tambah gandaannya , itu cara yang betul... pergi berubat pakar pun bukan sekali jumpa pakar kan, kena follow up lagi. Ingat tu.

Cukup di pakai ( bawa ) sahaja ke mana anda pergi. 




LARANGAN

Larangan memaharkan bagi mereka yang memaharkasn lepas tapi tak dan beberapa hari mereka dah belanjakan semula ibu duit bunian ini, mereka tidak di benarkan memaharkan lagi item ini. 

Kepada mereka yang berbuat maksiat seperti Zina, anda boleh memiliki tapi efeknya tiada, jadi tidak berguna juga. 




Ibu duit ini hanya berguna bagi mereka yang ada usaha dan istiqomah sahaja.


NAMA PRODUK
Ibut Duit Bunian

GANDAAN
5x

MAHAR
RM 507



PERMAHARAN

5590 1235 8734
( Maybank )

7650 3152 81
( CIMB )

DETAIL HANTAR KE

+601111113044 


 


AZIMAT PELINDUNG DARI SEGALA JENIS SIHIR DAN GANGGUAN

 

1A







2A








3A




Assalamualaikum wbt dan salam bahagia. Sudah selesai berhari raya?... HahaTok raya ketiga dah uruskan kebun dah.

Alhamdulillah di atas ni ialah Benda alami yang tok tambahkan sikit dengan wafaq Hakikat ke atasnya.

Selalunya org gunakan daun, akar atau batangnya buat minyak dan jual sebotol sampai 80-200 . Tapi kita ni manusia terkadang bukan la rajin sangat kan nak sapu sana sini, mula mula saja rajin. termasuklah dengan tok ni haa, last last botol minyak tu tah ke mana pakainya pun belum tentu habis. 

Ini di bawa saja dalam poket atau dalam bag. Bila dah laminate macam ni dan di tambah dengan wafaq ghaib, insha Allah ia akan kekal begini.

Ini untuk anda yang tak berapa rajin atau malas macam tok nak sapu sapu sana sini. 

Cara kegunaan begini ya:

Bagi baby yang baru lahir, letakkan di bawah bantalnya ketika ia tidur

Bagi org dewasa biasa , letakkan dalam poket atau dalam bag di bawa bersama

Bagi yang terkena sihir, rapatkan item ini di kepala, contohnya selitkan dalam topi atau dalam songkok.

BAGUS untuk mereka yang sukar tidur, letakkan juga di bawah bantal.


Kalau ada SAKA hantu raya ke apa yang jahat jahat tu, Boleh juga.


Tambah Sikit





DEFINASI HANTU RAYA

Hantu ialah Jelmaan Jin

RAYA beerti Besar, kuat, gagah, mulia... Hantu Raya Merujuk kepada Seorang Jin yang Gagah dan kuat serta di muliakan samada oleh bangsanya atau bangsa manusia. Erti kata lain.. Kepala Jin.

Pengetahuan yang tok perolehi dari Abg Din Bomoh di Perala Kelantan, Bukan semua hantu raya itu jahat, akan tetapi Ikut jenis bangsanya dari bangsa mana ia datang dan kedua yang paling jahat ialah TUANNYA sendiri.

Katanya hantu raya meniduri isteri tuannya?. Sebenarnya Tuan hantu Raya Itulah yang sebenarnya menyuruh meniduri kerana pada wkatu itu beliau berpergian berdagang atau merantau, demi untuk menjaga isteri dari selingkuhan maka pemilik hantu raya ini lah yang menyuruhnya meniduri. Biasa lah bila kantoi.... ada ke tuannya nak mengaku dia yang suruh jinnya tidur dengan isterinya?.. siapa nak mengaku. 

Sifat JIN ialah LURUS. Jika di pesan tuannya duduk di situ, maka dia akan duduklah sampai kiamat di situ. Jika tuannya suruh dia jaga Dusun dari manusia jahat, maka haiwan liar saja yang boleh masuk ke dusunnya. kerana itu jika pemilik nak berpesan, pesanannya perlulah Lengkap dan teliti. 


NAMA PRODUK
Azimat Daun Bidara


MAHAR
RM 60 Siap Pos


PERMAHARAN

5590 1235 8734
( Maybank )

7650 3152 81
( CIMB )

DETAIL HANTAR KE

+601111113044 


 





Ahad, 14 April 2024

BERITA SEMASA

 





SUDAH BERMULANYA SERANGAN NEGARA BERNUKLEAR ISLAM

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia

Berikutan serangan ke atas Tembikai, Iran kini sudah melakukan serangan ke atas negara Israhell , manakala Yaman memberi amaran kpd Arab Saudi utk melakukan serangan jika mereka membenarkan Pesawat Udara Musuh melintasi ruang Udara Arab Saudi. 

Peperangan Malhamah Kubro semakin sangat hampir. Jika berterusan sehingga menyebabkan Nuklear, itulah di panggil Ad dukhan ( Asap yang membunuh ).

Sudah bersediakah Kalian?

Yang ada amalan tu, boleh memulakan amalan dah, jangan perap saja ilmu tu dalam Handphone.


Tracking Kod

 



Alhamdulillah ini ialah Tracking penghantaran anda. 

Semoga kita berurusan lagi. Bagi mereka yang dok melanggan Pil Tenaga Dalam tu, jangan lupa untuk ambil tahun ini. Atau mungkin anda sudah beramal amalannya setiap ilmu.

Terima kasih

Salam Aidilfitri

Sabtu, 13 April 2024

BIDA GELANG ZABARJAD WALI

 







Alhamdulillah Siap Gelang Zabarjad wali, tapi yang ini dari Kerajaan Kota Sokor Taku Tanah Merah kelantan. Namanya di sana Bukanlah Zabarjad wali namun Geliga Cenderawaseh api ( pulak dahhhhhh ). Lain padang lain belalang, lain negeri lain pula bahasanya. 

Namun kelebihannya SAMA. 

Baru baru ini tok bergegas Pulang segera dari kelantan , siap raya pertama tukang khas yang dah tok lantik di Kelantan sana bagi trau dalam sehari dia akan fokus buat gelang ni saja dari Batuan yang tok perolehi di Sokor Taku, siap je terus tok pulang ke Perlis sebab Mak sedara meninggal dan staff kebun tok pun berhari raya , Kalau tok tak balik naya ke haiwan haiwan peliharaan la. 

Batu ini asalnya di berikan kerajaan Sokor Pada 9hb Malam , tok sampai di sana pada Jam 4 petang, malam lepak di Sokor Taku sambil melepak bersama Kaum Bunian dan bangsa Pepari di sana. Tok mana ada kawan manusia, semua jadi mengarut hahaha. Kebanyakan org nak berkawan dengan tok kerana nakkan sesuatu, sementelah tok sendiri tahu diri tok, apa la yang aku boleh bagi kat hang aku pun harapkan rezeki dari Allah sahaja, dan kesudahannya pastilah dengan kekecewaan kedua belah pihak, Ada yg berkawan dengan tok sebab nak projek... tok bukan jenis suka guna pengaruh dan kenalan utk tujuan itu, kalau ada pun tok diam je, bukan apa. sat g jadi apa apa yang berbau najis,kita juga terpalit hahaha, kalau nak timba ilmu menarik , tok boleh ajar tapi bukan semua org dapat kerana bukan semua org ada sifat bersungguh dan tauhid kepada Allah. Semua org nak cepat sedangkan tok sendiri menjalani proses perjalanan melebihi 10 tahun untuk mencapai tahap sekarang. Sanggup ke tinggalkan anak bini berbulan bulan atau setiap bulan dan mungkin sehingga bercerai berai hanya kerana sebuah ilmu?

Kita maharkan khodam, itu sudah kira jalan paling mudah namun syaratnya mestilah kasyaf utk melihat harta benda yang ada di dalam  tanah atau yg tersembunyi, kena belajar ilmu kasyaf pula, nak kasyaf khodam ( kasyaf jin ) kena ilmu juga, satu satu ilmu bukan sehari dua. weyyy hai, nak dapat segulung diploma pun sebulan dua ke study?.. Itu pelajaran akademik, pelajaran mistik lebih lagi. Tapi...ya mungkin di usia sekarang kita belum mampu. Nanti lagi 10 tahun, 7 tahun mungkin kita sudah bersedia dari segi spiritual utk menjalani poroses ini sekaligus berjaya. 

Oklah... Di pendekkan cerita.. tok la ni tua dah , bukan boleh menaip lama lama... Nih gelang ni. Kelebihannya

Untuk menarik rezeki dari semua sudut atas izin Allah SWT

Membasmi virus 
( Gabungkan dengan set bunga antoi )

Menaikkan aura kharisma dan kredebiliti, integriti tu kena cari sendiri hahah

Paling nyata tok pakai ialah , menarik lawan jenis , sampai tok cakap ke Isteri " eh tgk tu, anak dara pun dok usha lagi " hahaha. 

Menundukkan  lawan jenis dan musuh

Kekebalan

Ada banyak lagi kelebihannya, tok malas la nak cerita sebab barang ni ada 1 saja hahaha.


Setiap butir batu ini ada Khodamnya. Malam ini tok akan pakai tidur bersama untuk mendapatkan alamat jika adanya hal hal lain padanya , In Sha Allah


Berapa tok nak lepas ni?.....

HURM....... 

Beginilah.... Minima ialah RM 100... 



BIDA DI 

 01111113044

MULA BIDA
12.00AM ( 13/4/2024 )


TAMAT BIDA
12.00PM ( 13/4/2024 )


MULA BIDA
RM 100

FAST GRAB / MAKSIMA BIDA
RM 5000

------------------------------------------

LAW BIDA

Id dan nama baru perlu buat pengesahan id dulu di 01111113044 , atau bida anda akan di padamkan , sebelum padam kita akan bagitau id tu belum sah dan tidak di kira

Bida kenaikan sen sen tak di benarkan

Tidak boleh berbual

Bayaran ANSURAN tidak di benarkan memandangkan ini item bida, Jika pemenang nak ansur ansur bidanya akan di batalkan dan di beri kepada pemenang ke dua dan seterusnya. 

Pembayaran bida adalah dalam masa 12 jam atau tidak ia di batalkan dan di berikan kepada pemenang ke dua dan seterusnya

Bagi yang FAST GRAB perlu w.app 01111113044 segera, HANYA Fast Grab di benarkan ANSURAN 


================================



Isnin, 8 April 2024

BADAR BESI

 




Alhamdulillah berapa hari saja lagi nak beraya kan. Jadi badar besi ini tok ikhlas utk maharkan murah sahaja tanpa mengurangi kelebihannya. Khusus meraikan Syawal tidak lama lagi.

Sudah lama kita tidak di berikan BADAR BESI, dulu kalau mai musim dia banyak sampai berguni guni , berbulan bulan nak habis, lepas tu terus bertahun tak dapat lagi haha.

Badar Besi ... nama lagenda kuno yang di kekalkan sehingga ke hari ini, mana mana pun org panggilnya badar besi. Cuma badar besi ini ini di perolehi dari Pemberian Ratu Sabiqin Wife ke 3 tok di sana ( Kalau nak kira present la ). 

Badar besi ini di ambil dulunya dari kawasan Pergunungan Otak dunia


Di khabarkan di kawasan ini ada Ribuan kerajaan Besar dan Ratusan  Ribu kerajaan Jajahan serta menyimpan banyak khazanah serta kisah zaman dahulu kala sebelum zaman kemusnahan Nabi Nuh AS lagi. 

Di sebalik belahan sebuah Gunung terdapat lurah yang mempunyai ribuan Gua yang dulunya di katakan menjadi tempat tinggal Sebuah kerajaan manusia dan di kawasan itu juga menghasilkan Batuan geliga yang berkualiti bagi kegunaan mereka dahulu kala. 

Badar besi ini salah satu item yang di dapati dari sana oleh Explorer yg di tugaskan oleh Ratu 1 masa dahulu bagi di jadikan Pakaian Para Panglima dan pejuang mereka untuk memenangi peperangan melawan Kerajaan Naga dan Garuda ( terdapat dalam kisah Langkawi ) .

Vadar besi mempunyai kekuatan supernatural sebagai MEDIUM KEKEBALAN dan KEKENTALAN KULIT  menahan Luka dan cedera dari tikaman dan tembakan yang bertekanan Pistol. 

Ramai di kalangan kita ni nak cari kebal Umum... persoalannya ialah, MAMPUKAH KITA MEMILIKINYA kerana Harganya yang cukup keras untuk di miliki dan pada masa kini keberadaannya juga boleh di katakan sudah pupus di muka bumi Malaysia ini. Jika ada pun org mahu simpankan demi masa yang tidak lama lagi akan di perlukan. 

Kalau bagi tok, kebal kecemasan adalah yang paling bagus, ia hanya menekan punca kuasanya muncul apabila di perlukan dan tidak menyebabkan masalah kepada pemiliknya, berbanding kebal umum yang sudah tentu membuatkan pemiliknya menjadi riak dan takabbur. 

Pakai sebagai cincin atau di masukkan dalam pusat kemudian di ikat dengan kain sekeliling badan. In Sha Allah. 

Tok ada beberapa biji. Jadi jika ada yang berkenan untuk memiliki silakan, demi tidak mahu anda berteka teki maka tok Letak terus maharnya di sini ya. 

NAMA ITEM
Badar Besi

MAHAR
RM 220

Barang masuk poket tok semula, sorry, sapa suruh lambat



PERMAHARAN

5590 1235 8734
( Maybank )

7650 3152 81
( CIMB )

DETAIL HANTAR KE

+601111113044 


 




Jumaat, 5 April 2024

KHODAM PANGLIMA NAGA

 







Alhamdulillah. Perolehan semalam di Bukit Lanun depan rumah tok ni. 

Nak buat Liuve tiktok tak berapa ada mood di sebabkan cuaca yang tidak menentu, masuk musim harum manis ni macam ni lah. Siangnya sangat Panas dan malamnya pula lembab sangat. Itulah Negeri Kayangan ini. 

Sebelum Tok meneruskan.. Tok ingin memperkenalkan Negeri Tok Muda ini. Jika ada org kata Tok Muda ni hidup dalam Fantasi dan khayalan, mari tok ceritakan Negeri Tok pula. Perlis bernama Perlisd Indera Kayangan, Walau pun ada cubaan untuk menukarkannya menjadi Perlis Darul Sunnah 1 masa dahulu, ia tetap Gagal kerana Perwatakan negeri ini yang penuh dengan agenda Tidak masuk akal.

Indera Beerti Dewa Dewa, Kayangan beerti tempat kediaman yang membawa maksud TEMPAT KEDIAMAN DEWA DEWI.

Kata org Perlis datang dari pokok Perlis, namun jika anda google tidak akan ada 1 pun pokok yang khas bernama pokok Perlis, berbanding Melaka yang adanya pokok melaka.

Kata Nenek moyang Tok Muda, Perlis datang dari mulut Seorang Pemerintah British yang melawat Daerah ini ( Perlis adalah 1 daerah 1 masa dulu di negeri Kedah )  dan apabila pegawai ini hadir dan tinggal di sini untuk menjejaki Bijih Timah di dengari pegawai ini rakyat di daerah ini selalu bercakap dalam keadaan menyindir nyindir dan suka memerli ( dengan kata lain menggunakan bahasa tersirat ), lalu beliau berkata dalam dialeknya" org sini suka cakap perli,ss Perli,ss , susah mau faham " lama lama menjadi org Perli,ss " dan lekat lah nama Perlis. Demi untuk menutup aib Rakyat maka di katakan Ia berasal dari sejenis Pokok yang bernama Pokok Perlis sebagaimana Melaka hahaha.. ni cerita ampa jangan take serius pula ya. 

Sementara Banjaran NAKAWAN , nama asalnya ialah Banjaran Bongkok Tua , nama Nakawan ini sebenarnya datang dari Blog GB ini sendiri pada asalnya ( boleh semak tarikh/masa ) pertama kali ia di gunakan dan bandingkang dengan arkib website dan media lainnya. Nama Nakawan sebenarnya berasal dari Sebuah Kerajaan Alam Bunian yakni Kerajaan Nakawan yang terletak di atas Puncak Nakawan yang berkedudukan betul2 di atas Rumah Ortu Tok Muda di sini. Bukanlah mau klaim apa apa, tapi itulah asal usul nama NAKAWAN, pada ketika itu tok ceritakan bahawa nama Nakawan ini ialah Nama Org siam satun yang beri utk menutup Nama Kerajaan Alam Ghaib, tapi kalau anda ke Satun Thai, Mereka tak kenal Pun nama Nakawan itu haha. 

Itulah sejarah dari mulut nenek moyang dan itulah sejarah namanya NAKAWAN bermula. 

=============================

Geliga di atas dari jenis Batu Yakuk Hitam 4 star dan ia mempunyai Khodam Panglima Naga Hitam yang bersimulasi dari Seorang Panglima alam ghaib setelah kewafatannya dan kemudian menjelma menjadi seekor Naga. 

Beliau adalah seorang Panglima Kerajaan Nakawan yang gagah Perkasa dan mempunyai akses di beberapa buah kerajaan sekitarnya termasuklah Kerajaan Kota Runtuh di Siam ( yang dulunya dalam Daerah Kedah tua Juga )

Kerajaan Nakawan berstatus berkecuali sama seperti Kerajaan Jerai, namun bermula tahun lepas mereka sudah bersikap terbuka atas Saranan Kerajaan Kota Kayang untuk bergabung dan menjadi sekutu Kerajaan Kota Runtuh di bawah pemerintahan Ratu Sabiqin ( maksudnya tok sarankan untuk dia duduk di bawah Naungan Payung pemerintahan Ratu Sabiqin ) memandangkan Pemerintahnya yang tua sudah meninggal dunia.

Panglima ini juga sering di hantar berperang melawan kerajaan kerajaan siam yang pada ketika ini di alam sana masih bergolak untuk menjajah negera negara lain.

Kelebihan memilikinya ialah :

Perisai diri yang kuat dan utuh

Mempu memberi kerjasama kepada Raja Raja Naga dan Naga Emas di dalam  soal Kekayaan, sebagai contoh Naga emas membawa kekayaan, namun jika ada halangan seperti musuh yang mempunyai khodam yang lebih lagi, maka panglima naga hitam ini mampu membantu. 

Bagi yang ada topeng jin atau kasyaf mampu menyuruhnya untuk menjaga premis, individu tersayang dan sebagainya. 

Membantu dalam merawat pesakit jika anda seorang perawat

Memberikan tatacara untuk memagar rumah, mengubati orang melalui bisikan..ertinya jika anda terfikir nak buat pemagar rumah, dia akan memberi anda instruction bagaimana untuk melakukannya, apa yang anda perlu lakukan ialah mengikut saranannya , baca itu dan ini buat begitu dan begini. Ia amat sesuai bagi amatur dalam bidang ini.


NAMA ITEM
G.Panglima Naga

MAHAR 
RM 1200


PERMAHARAN

5590 1235 8734
( Maybank )

7650 3152 81
( CIMB )

DETAIL HANTAR KE

+601111113044 


 




 



CARA BERURUSAN