Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Mac 2025

🌙 Ucapan Istimewa Ramadhan dari Paduka’s Group 🌙

 



Kami dari Paduka’s Group mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!

Di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah, serta mengukuhkan ukhuwah sesama insan. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menyucikan hati, memperbaiki diri, dan meraih rahmat Ilahi.

Semoga Ramadhan kali ini membawa keampunan, ketenangan, dan keberkatan kepada kita semua. Jangan lupa perbanyakkan sedekah, berdoa dengan ikhlas, dan memanfaatkan setiap saat dengan amalan yang mendekatkan kita kepada-Nya.

“Ramadhan bukan sekadar bulan, tetapi sebuah perjalanan rohani menuju cahaya keimanan.”

Salam Ramadhan Kareem dari kami, Paduka’s Group! ✨🌙🤲🏻


Jumaat, 24 April 2020

SALAM RAMADHAN 2020



Salam Ramadhan kepada Semua Pelanggan Geligabunian dan Tok doakan anda semua sentiasa di beriken kesihatan dan Kemakmuran Dunia dan Akhirat

Semoga Ramadhan Ini Bukanlah Yang terakhir buat kita Dan Semoga kita terus bersama sama di dalam Jalinan Ukhwah ini. 

Isnin, 6 Mei 2019

SALAM RAMADHAN 2019



Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan Buat semua khususnya pelanggan yang berugama Islam. Alhamdulillah pejam celik pejam celik... sampai lagi Ramadhan kepada kita dan sama juga dengan blog ini yang kini sudah berusia Ganjil 7 Tahun Alhamdulillah.

Di Bulan yang mulia dan suci ini tok ingin menyeru seluruh Ummat Islam baik nyata mahupun yang Ghoib asalkan berugama Islam sesuai dengan Firman Allah:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

Jangan lupa Tarawih walaupun ianya bukan wajib, namun Tarawih itu datangnya 1 tahun cuma 1x, perbanyakkan berbuat kebaikan kerana di Bulan Ramadhan ini amalan kita di lipat kali gandakan, Jagalah Hati dan Kata kata kita dari mencela dan menghina, maka ini ialah sebuah latihan kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik Lagi In Sha Allah. 

Kiriman berita dari Saudara saudari kita di Alam Lain yang Allah ciptakan buat mereka mereka amat gembira untuk meraikan Ramadhan dan melakukan pelbagai persiapan termasuk lah membersihkan rumah mereka luar dan dalam dan meletakkan ia dengan harum haruman . Ini bertujuan agar rumah yang berbau wangi itu sentiasa menyenangkan, menjaga kestabilan mood , memberi tenaga dan melupakan kepada kelaparan. Masjid masjid di hias indah dan di letakkan harum haruman Kasturi serta Melor.

Tidak kalah juga kita di sini yang mempersiapkan diri dengan persiapan mental dan fizikal untuk menghadapinya. Kita buat perubahan di bulan Ramadhan ini baharulah kita rasa dan nampak perbezaan dan keistimewaan ramadhan dan nanti di Syawal pula kita akan merasakan satu lagi keistimewaan yang lebih lagi di awal Syawal.

Kerana itu orang dulu dulu ( orang lama ) berusaha melakukan persiapan kepada anak anaknya dan rumahnya sehinggakan mampu kita rasa perbezaan dan keseronokan di Ramadhan dan kemudian Nikmat pula di Bulan Syawal. 

Anggaplah ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita dan hayatinya sebaik yang mungkin.

Berjumpa lagi 


Y.Mulia Paduka Ayahanda Yasir

Geligabunian 2012 - 2019






Khamis, 17 Mei 2018

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK




Salam Ramadhan Buat Semua, Sekejap masa berlalu, Nanti pejam celik pejam celik 1 Jun Ya, Alhamdulillah


Bersempena dengan ini juga Tok ingin memaklumkan bahawa kita sudah punya tukang untuk membuat cincin Perak, Kalung Atau Loket. Alhamdulillah

Sudah Boleh menempah ya



SALES

HARI INI BERMULA RAMADHAN


Promosi kita dah bermula.... ada yang bertanyakan tak adakah lagi BIDA pilihanraya... PM pun  dah naik parlimen ceq oii... maka Bida Pilihanraya dah habis lah. Kalau buat terus menerus dan anda tolong bayar gaji dan kebajikan Pekerja tok takpa la juga... Peniaga lain takpa, depa perah kepala dan keringat sendiri untuk pack barang, jawab sms dll .. tok tak boleh macam tu, kerana bagi tok rezeki tok dapat untuk orag lain juga dan tok tak mau anak bini tok merungut kurang kasih sayang seorang suami dan seorang ayah hahaha.. Gurau ja noh... tapi gurau2 pun... benda betul.

Rezeki yang kita dapat bukanlah hak kita... 

Katakan Gaji kita RM 2000

Dapat gaji, bayar itu bayar ini, beli itu beli ini... ini lah bukti rezeki kita bukan hak kita total.. Sementara hidup ni lah nak merasa itu dan ini. 

Ada yang berniaga kepung gila gila, kepung sana sini , buat grup bagai.. tapi dok macam tu juga..bukan pasai apa..tapi pasai dalam hati nak pikir bolot dia sorang. Kalau customer dia beli dengan org lain, dia removed, kalau cust dia sebut peniaga lain dia removed.. tu bukan peniaga profesional, dari awal lagi tok dah cakap Grup grup ni bagai sebenarnya no function, last last jadi gaduh, jadi putus silaturrahim, kutuk sana sini. Baik kita bebas.. Freedom mana mana pun orang datang kita layan, orang pergi dan datang itu perkara biasa. Jual ikan di pasar pun sama lah... Mana mana pun perniagaan sama saja. Dia punya adat istiadat berniaga ni sama sahaja. 

Jadi paling penting kita berserah pada Allah, Rezeki Allah bagi., kalau Allah tak nak bagi, usaha kepung macam mana pun , last last jadi taik juga ( org utara kata lagu tu la ) .. Kita kembali pada Allah in Sha Allah, Allah bela dan pelihara kita. Kunci tu bukan senang nak buat, dengar senang..buat susah.


Selamat Bersahur

HARI TERBAIK RITUAL

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Hari ini Ialah Hari Khamis dan esoknya jumaat...apa anda tahu apa yang Tok lakukan pada hari Khamis?

Ya Ritual Mingguan.

Dan Ritual Mingguan pada Hari ini Amat Special kerana Ia adalah Permulaan Kepada 1 Ramadhan, Alhamdulillah

Dan ini ialah Pertama Kali Dalam Ritual kita jatuh TANGGAL 1 RAMADHAN dan untuk mendapatnya lagi ialah kemungkinan 11-12 tahun akan datang. Itu pun kalau kita masih ada, atau tok ni haa yang masih ada. 

Maka pada ketika ini ahli ahli spiritual akan melakukan Ritual Pembersihan diri bersempena 1 RAMADHAN 

Dan bersempena dengan ini Juga Tok akan melakukan Ritual selepas Tarawih di Kerajaan Nakawan Bagi mendapatkan berita sukacita dari mereka di sana. 

Orang Bunian amat menggemari kepada Majlis Majlis Bacaan Al-Quran, Berzanji, Mengaji dan Mengadakan Kenduri Jamuan Bubur asyura ketika Awal Ramadhan, Ini ialah apa yang di alami oleh pengalaman orang terdahulu di dalam hutan. Dan pastinya tok tidak akan melepaskannya. 

Bagi Yang ingin membuat permohonan sempena 1 Ramadhan ini ( rugi tak buat , lagi 10 tahun la jawabnya atau 12 tahun ) Boleh lah memaklumkan kepada Mr Kapten atau Bonda JJ sebelum Jam 6pm ini... Kalau lewat, selewatnya jam berapa?.... Selewatnya Jam 10.pm ini... tapi tak di galakkan, nanti buat  tok jadi Kalut je. 

Dan minta maaf kerana memberitahu anda agak lewat... Jadi agak fix lah, tak la ramai sangat.. puasa ni penat juga tau.


Mr Kapten : 0178259540

Bonda JJ : 0127845231

Sabtu, 17 Jun 2017

UPDATE MEGA 17.6.2017





























































































































Update ini akan memasuki halaman masing masing pada jam 9am, 12pm, 3pm dan 9pm . sila grab di halamannya ya

CARA BERURUSAN