Selasa, 30 September 2014

MASIH AVAILABLE, TOLONG TOK HABISKAN SEBELUM TEMPOH DUE YANG DIBERIKAN KEPADA TOK ATAU TOK KENA DAM

Assalamualaikum wbt dan salam Bahagia.

Alhamdulillah wang dana ummah kini keluar seperti yang di janjikan. Dana Ummah ini hanya di keluarkan 1x bagi 2 tahun sahaja, dan ia tiada peruntukan khusus dan umum untuk di keluarkan sepanjang tahun.

Syarat yang dikenakan masih juga sama dan faedah yang diperolehi pemiliknya juga tetap sama.

Bagi yang ingin memiliki sila kan terus membuat bayaran ke :

Maybank 5510 1669 1626 My gemstone

Untuk makluman semua, bagi yang ingin memaharkan / akad atas nama, sila nyatakan nama ibu ye. sebagai contoh:

ALI BIN MOHD. NAMA IBU FATIMAH.
JADI = ALI BIN FATIMAH.. faham ye tuan2..

Item ini tidak boleh di LOCK kerana ia tidak mempunyai kod. selagi ada stok selagi itu lah ianya ada di dalam simpanan kami, Item ini di datangkan Dengan jumlah yang sama iaitu 200,000 keping bernot :

RM 10
RM 20
RM 50
RM 100

Di dalam gandaan :

2x Ganda
3x Ganda 
6x Ganda

Nilai menentukan berapa besar sumber dan peluang anda , manakala GANDAAN pula ialah gandaan sumber dan peluang bakal anda perolehi, In syaa Allah

Tempoh Perjanjian antara Anda dan Alam Bunian iaitu Di Bank Dana Ummah ( Rawang Temple Park ) Ialah selama 1 TAHUN 6 BULAN SAHAJA. 

Di dalam tempoh ini anda akan di hampiri atau di dekati dengan peluang peluang di dalam hidup anda yang bakal merubah hidup anda dengan izin Allah, Pemilik wang dana Ummah ini akan di bukakan laluan kerezekian dengan izin Allah , sebagai contoh mudah mendapat pekerjaan, mudah mendapat diskaun luar biasa di dalam perbelanjaan, mudah mendapat peluang keemasan dan promosi kenaikan pangkat dan perkara perkara yang tidak terduga.

Pemegang wang dana ummah ini dan yang lepas boleh di katakan 98% berjaya di dalam kehidupan mereka berasbabkan wang dana ummah ini dan izin dari Allah swt. Berusaha di jalan Allah ini banyak caranya dan banyak laluannya, pilihan kita menentukan samada ingin berusaha di jalan biasa atau juga berusaha di jalan luar biasa yang hanya datangnya 2 tahun 1x ini.

Jika Tok ingin bolot duit... hari hari ada awang weiii.... benda ni mai 2 tahun sekali. 

Bagi yang masih dok berfikir, silakan dulu berfikir, tunggu lagi 2 tahun lah kalau nak memilikinya lagi.

Rebutlah peluang ini sementara masih ada. Tok mengikut mahar yang di tetapkan, kalau pokcik nak kaya, pokcik boleh jual sekeping ni RM4000 la awang weyyy....

Jadi semasa ingin memaharkannya, silakan letak kos pos kawasan anda.. di dalam berurusan niaga mistik, biarlah kedua pihak ada keikhlasan, baru ada berkahnya. jika semenanjung Rm 6.00, Jika Borneo Rm 10.00, Jika Singapura RM 50, Jika Brunei RM 60, Jika Luar dari sini RM 110-160 untuk sekali penghantaran. 

Ingat lah satu perkara . In syaa Allah selagi kita bertawakal kepada Allah, berikhtiar menggunakan apa sahaja medium yang Allah keruniakan, Insyallah Berjaya.

Dana Ummah Kali ini Diperolehi Melalui gerbang Sekayu. Alhamdulillah... bermulanya gerbang di buka, hujan turun di kawasan sini... Syukran.. mungkin kebetulan, namun nampaknya pengeluaran wang dana ummah ini mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah swt yang maha besar.


UNTUK PERMAHARAN

Jangan Lock..... 

Terus buat pembayaran ke akaun di atas atau Pay Pal.... Tolonglah anda jangan membayar menggunakan Western Union.....


Sila Whatsup Ke 0111-777-5251 / 017-825-9540

Nama, alamat, Nama Item

Jika ingin di akadkan kepada nama anda :
Sila Berikan Nama, alamat, Tarikh lahir, Nama Item

Barang yang di akadkan dengan nama dengan kami tidak boleh di maharkan semula kepada org lain


1 Keluarga hanya dibenarkan seorang sahaja memilikinya, jika aku nak buat tamak duit, satu kuarga boleh beli..... ingat 1 org sahaja dalam 1 sesi rumah

Boleh membeli 1 set dana Ummah ini sebagai contoh:

RM 10 Ganda 6 : RM60
RM 20 Ganda 6 : RM 120
RM 50 Ganda 6 : RM 300
RM 100 Ganda 6 : RM 600

TOTAL : RM 1080 + KOS POS : ???( Ikut Kawasan anda )


Jika ganda 2 dan 3 utk 1 set sama juga kos posnya.

Nak ambil sekeping pun boleh. nanti nak lagi tunggu lah lagi 2 tahun ya


========================

Dengan itu... diumumkan....

Permaharan WANG DANA UMMAH KINI DI BUKA SEHINGGA IA HABIS !!!!!


========================


SOALAN SOALAN 

1. Boleh tak belikan utk org lain?
- Boleh 

2. Saya dah memiliki yang lepas dana not 50, boleh tak memilikinya lagi kali ini ?
- Boleh , kerana tempoh 1 tahun 6 bulan lepas sudah tamat bagi dana ummah yang pertama dulu

3. Boleh tak saya beli 1 set untuk saya dan isteri?
- Tak Boleh, salah seorang sahaja

4. 1 rumah ada 4 keluarga, adakah 4 keluarga ini boleh?
- Tidak.. 1 rumah hanya 1 keluarga sahaja

5. Boleh di akadkan nama?...apa kelebihan akad nama dan tidak akad nama?
- Boleh ..... keduanya ada kebaikan dan kelemahan....

Akad Nama : Item jika hilang, tetap masih boleh menerima faedahnya sehingga tamat perjanjian 1 tahun 6 bulan

Tanpa akad nama: Barang boleh mahar pada org lain sesuka hati namun jika dalam simpanan barang hilang, maka faedah juga terputus dan akan diperolehi kepada si pencuri

6. Boleh tak guna KAD DISKAUN?
- Tak boleh tuan, sebab tok memaharkan pada kadar minimum, jika tidak dana ini hanya akan memberi musibah kepada tuan dengan izin Allah swt
Setiap not mempunyai ibunya dipanggil ibu dana ummah, alhamdulillah ibu dana ummah sudah di maharkan RM 3000 bagi not 100... Not lain sama nilainya. rajah di dalamnya berbentuk 3 segi dan ia wajib di akadkan nama

=============================

BAGI YANG BELUM PAHAM LAGI .....

1. Di atas cuma contoh sahaja, anda boleh membeli sekeping pun, di atas gandaan yang anda mampu.

ganda 2 maka kalikan 2, ganda 3 kalikan 3, ganda 6 kalikan 6... itu caranya ya.

1 org terhad 1 kpg not sama jenis sahaja, tak boleh sama jenis not nak amik 2 kecuali atas nama org lain

Jika nak amik 1 SET tak sama gandaan juga boleh, Rm 10 ganda 2, Rm 20 Ganda 3, RM 50 Ganda 6 dan RM 100 Ganda 2...tiada masalah, jumlahnya anda kirakan sendiri.... 

Di atas cuma cth sahaja , senang tok kira 


===============================

GAMBAR GAMBAR 

1. Dana ummah biasa sama seperti tahun lepas,, sebijik

2. Ibu Dana Ummah hanya ada 4 sahaja salah satu sudah di Grab oleh seorang pelanggan  



INI IBUNYA DANA UMMAH








Untuk Ibu ini hanya ada 4 sahaja

Tiada tempoh perjanjian, sebelum membeli bawakkan jumpa guru anda, tanyakan dulu apa boleh dia buat untuk anda 



KULIAH SUBUH DARI TOK MAT GB

Assalamualaikum wbt dan salam subuh buat semua pelanggan GB mahupun pemerhati blog ini Biarpun anda membacanya pada tika sudah Zohor makanya tok mengucapkan sekali lagi ianya sebagai salam Solat 5 waktu.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah yang menciptakan Langit dan bumi, Sekian Makhluk dan seluruh semesta Alam yang Indah untuk Para HambaNYA khususnya kita sebagai Manusia dan Insan , dan ianya di ciptakan kepada kita agar kita berfikir dan mengenal diri dan Allah melalui apa yang di persembahkan kepada Kita sepanjang Hayat Ini. 

Salam Sejahtera Kepada Semua Roh roh Para Nabi dan Rasul , para waliyullah, para ahli kitab dan para mujahidin yang syahid ketika ini , semoga di suatu masa kita berjumpa mereka di sana dalam keadaan diri kita yang mulia dan terpinggir dari kecacatan dosa dan perkara perkara yang membawa kita ke arah kebathilan dunia.

Pertama sekali, sebelum tok meneruskan kuliah subuh secara tidak rasmi dan bertauliah ini, ingin Tok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat, teman teman, pelanggan dan para rakan seperjuangan  kerana terus berani mara dan juga memberi sokongan kepada kami di Kumpulan Tok Mat GB ini , Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Hirobbil ala min....

Di dalam teks ini , iaitu pada ketika ini Tok ingin berkongsikan kepada anda beberapa perkara dan kelemahan diri kita sendiri di dalam erti ilmu mengenal, baik mengenal diri, mahupun mengenal ilahi di arasyil sana.

Pada ketika ini juga ingin tok katakan bahawa apa yang di ucapkan di dalam teks ini baiknya datang dari Allah dan buruknya dari Diri Tok sendiri akibat tidak menggunakan akal dengan sempurna sebelum menyampaikan sesuatu perkara sedangkan berkali kali di dalam Al-Quran Allah berfirman bahawa manusia diberikan akal untuk berfikir dan gunakannya di jalan kebaikan.. dengan itu Tok ingin memohon maaf kepada semua yang membaca jika ada yang berkecil hati, tersinggung dengan ucapan ini, maka maafkanlah kerana Tok juga insan seperti anda, yang masih bertatih mengenal diri dan mengenal Allah di dalam 2 kalimah Syahadahnya.

==================================

Buat semua.... serta diri sendiri... ucapan seperti ini adalah lebih baik di karang dari di lisankan agar tiada kecacatan di dalam penyampaiannya. Insyallah

Tuan tuan.... sepanjang Tok di dalam perjuangan membawa umat Muhammad di negara ini di dalam mistik ke arah jalan yang lurus tanpa menekankan obses dan taksub kepada jin dan makhluk halus lainnya.. terdapat beberapa kecelaan yang berlaku dan ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan apatah yang bersoal jawab dengan tok ketika itu berusia 18 tahun ke atas dan sepatutnya sudah mempunyai asas yang kukuh di dalam pengertian / mengenal.

Ada beberapa individu dan tok ingin menekankan di sini agar ia menjadi umum tanpa menujukan kepada sesiapa.. dan tok mencuba agar kita tak lari tajuk....

Tajuknya ialah :

APAKAH ZIKIR TERKUAT 

Yang Boleh di gunakan di dalam ritual?

Yang boleh di gunakan bagi menguatkan sesuatu item mistik mengikut keyakinan anda?


Dan jawapan Tok ialah berzikirlah kepada Allah

Dan dipertanyakan semula kepada Tok

" Apakah zikir itu ?"

Dan jawapan Tok ialah :

" Syahadah "

JAWAPAN MENYEDIHKAN IALAH :

" Syahadah tu apa?"

Nauzubilllah... amat kasihan dengan orang yang bertanyakan sebegini

JAWAPAN PALING MENYEDIHKAN 

" Zikir Syahadah ni kuat ke Tok, Takkan takde zikir lain ?"

Masyallah... dan nauzubillah hi minzalik.......


Jadi dalam keadaan masih waras dan sabar, tok menganggap bahawa mungkin sememangnya penanya tidak tahu, mungkin tahu namun masih kurang YAKIN.

Jadi Tok bertanyakan kepadanya soalan cepu emas :

" Saudara...apakah yang ada di antara langit dan bumi ?"

Macam macam jawapan di berikan, pokok, air, tanah, haiwan..... namun itulah bukanlah jawapannya...

Makanya Tok yang hina ini menjawab:

" Jawapannya ialah Lailaha illallah "

Kalimah ini di ucapkan oleh semua binatang dan tumbuhan, manakala umat muhammad mengucapkan "

" Lailah Haillallahu, Muhammadun Rasullullahu:

Atau anda boleh mengucapkannya dengan bacaan yang panjang... namun pengertiannya pasti bertambah dan pastilah jika di ucapkan dengan 

"Asyhadu an la ilaha illallahu, Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullahu"

Persoalan nya lagi dari penanya:

" Kuat ke kalimah ni, kenapa ada HU belakangnya?"

Dan Tok menjawab..Hu Kerana hujungnya ialah Huruf Ha, ia dilepaskan dengan nafas , bukan dengan bunyi....

Penanya menjawab : " errr..ok... tapi kuat ke "

Tok masih dalam keadaan waras... dan tok menanyakan kepadanya, jadi bagi tuan apakah zikir yang kuat?

Jawabnya ialah:

" Guru sy cakap zikir terbaik dan kuat ialah Allahu, atau Hu Allah, atau paling biasa subhanallah"

Dan Tok tersenyum, kerana Tok baru mengetahui dan masih ingat bahawa kata kata guru Tok suatu ketika dahulu....

" Yasir...guru ni ada 3 jenis, kamu tahu ?"

" Tak tahu, apa dia ?"

Guru Tok menjawab bahawasanya manusia mempunyai calitan Azazil di bibirnya dan calitan ini menusuk hingga ke hati dan jiwa manusia sehinggakan mereka menjadi sombong, riak dan takbur, sementara ia di bibir manusia, maka mudahnya manusia itu menyatakan dirinya pandai di dalam segala perkara, dan dari bibirnya terucap kata kata fitnah, meninggi diri dan meninggi diri sebagai seorang guru.

Guru ada 3 jenis di dalam dunia ini, dan walau di zaman mana sekalipun.... ianya tetap 3 jenis yakni :

Guru Terpelajar Yang mendidik manusia menerusi ilmu para sanat

Guru Baru Belajar Yang baru di dalam pengertian haq, bathil dan hayat

Guru Kurang ajar yang mengaku dirinya ilmu namun sebenarnya tidak berilmu dan hanya mahukan wang menerusi bicaranya, dan kebanyakan murid mereka juga sama.... iaitu kurang ajar dan berkurang ajar dengan manusia lain, menganggap diri mereka lebih dari orang lain , sedangkan mereka lupa jika mereka berada di hadapan Allah kelak, mereka sama seperti orang lain, kerdil, lemah dan tidak berdaya, kerana Hanya Allah yang maha bijaksana... jika mereka mengaku bijaksana, maka mereka menyamakan diri mereka dengan Allah kerana manusia bukanlah sebijak mengenal semua erti semesta dan dunia ini. apatah hal hal akhirat dan 7 Lapisan langit , Lauhmahfuz, Arasyil dan singgahsana Allah. Maka barang siapa yang mengaku bijak, sebenar benarnya mereka lah manusia paling bodoh di sisi Allah swt kerana mereka lupa bahawa Suku sebagai Hamba adalah sama, yang membezakan cumalah pahala yang tersimpan rapi di sana yang kita pun tidak tahu berapakah jumlahnya pahala kita peroleh di dunia ini.

Maka..untuk Persoalan penanya tadi.... Tok menanyakan kembali beliau:

" Tok ingin bertanya, adakah jika seorang non muslim mengucapkan dengan bersungguh zikir yang guru tuan berikan itu...adakah mampu membawanya menjadi muallaf dan memeluk islam, adakah zikir itu cukup power dan hebat bagi mengubah nasibnya dari bukan islam kepada islam?"

Maka dengan tepat beliau menjawab:

" Tak Tok"

Dan Tok menanyakan lagi :

" Namun jika seorang non muslim mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan bersungguh , mampukah ia mengubah nasibnya menjadi seorang muallaf / memeluk islam ?"

Penanya terdiam sebentar dan menjawab :

" Ya Tok, dia akan menjadi muslim secara rasmi di sisi Allah"

Nah...Jawapan sudah kamu perolehi ZIKIR manakah yang POWER DAN HEBAT........ 

Jadi tuan tuan/puan/cik sekalian... adakah anda semua faham dan mengerti apa yang ingin tok cuba sampaikan di sini?.....

Seorang guru tidak akan terus memberi jawapan kepada muridnya selain memberi jawapan dengan menggalakkan muridnya berfikir. Kerana Allah sudah berfirman Sepertimana petikan ini :

Sebenarnya Allah SWT memerintahkan kita untuk berfikir. Sebagai contoh, perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.

“Wahai Tuhan kami, siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau hinakan dia, dan orang yang melanggar aturan itu tidak mempunyai penolong.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang memanggil kepada keimanan: Berimanlah kepada Tuhanmu! Lalu kami beriman. Wahai Tuhan kami, sebab itu ampunilah dosa kami dan tutuplah kesalahan kami dan wafatkanlah kami bersama orang yang baik-baik.

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami di akhirat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

“Maka Tuhan memperkenankan permohonan mereka dan mengatakan: Sesungguhnya Aku tidak akan membuang percuma saja pekerjaan orang yang beramal antara kamu, baik lelaki atau perempuan, satu dengan yang lain adalah sama. Oleh itu, orang yang berpindah negeri, diusir daripada rumahnya, diseksa kerana mengikut jalan-Ku dan berperang atau terbunuh, sesungguhnya akan Kututup kesalahan mereka dan akan Aku masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Itulah pahala daripada Allah dan di sisi Allah pahala yang sebaik-baiknya.”


Seorang guru yang benar guru Akan memberikan jawapan untuk difikirkan, kerana jika beliau terus memberi jawapannya..beliau tidak akan tahu apakah was was atau permainan syaitan ke dalam pikiran muridnya ketika itu yang mampu merungsingkan jawapan dan memutar belitkan jawapan guru itu nanti kepada muridnya...

Kerana itu ramai guru di dalam ilmu mengenal, namun ramai juga muridnya yang RIAK, Sombong dan menganggap dirinya lebih dari orang lain. Mereka gagal mendidik akhlak dan akidah murid mereka sehinggakan mereka tidak sedar di hadapan pijak semut tak mati, di belakang pijak gajah pun boleh tumbang....

Makanya seorang guru yang mahir, mengenal dan fasih sebagai seorang guru @ pendidik akan menyampaikan mengikut tertib guru sufi, bukan mengikut tertib guru sekolah 

Maka saudara seislamku semua.... berfikirlah...

======================

Ulasan Tok 

Jika syahadah pun tidak kenal, jika 2 Kalimah syahadah pun masih dalam was was, perbetulkan semula duduk anda di dalam jemaah ugama terutama hal bidang fikh

Barulah kembali di dalam bidang Mistik dan paranormal


Jika tidak...di khautiri.... 

Iman anda rosak

Akidah anda pincang

Jiwa anda musnah

Diri anda terhumban ke neraka 

Usah menzalimi diri sendiri akibat merasa sudah pandai dan paham, belajar mengenal dan mengerti, insyallah anda akan selamat dunia dan akhirat 



Isnin, 29 September 2014

KRISTAL MANI GAJAH








Kod Produk : MG 26914-100
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 100

Ini ialah kristal mani gajah, tok mengeluarkan sisa terakhir Tok ada, ni last, jangan tanya lagi..... sebab sebelum ini sudah ada 2 org yang bertanyakan tentangnya , jadi tok keluarkan, sebenarnya nak buat koleksi dalam kotak permata .... ni yang akhir utk stok tok ada buat masa ini.

Alhamdulillah

Pengasehan dan menaikkan seri wajah dengan izin Allah swt

SELEBIHNYA DI BLOG :


www.geligabunian-ez.blogspot.com

KAYU PENUNDUK GAJAH















Ahaaaaaaaaaaaaa


Bermacam trik tok gunakan untuk fixkan penjualan Kayu penunduk gajah ini berikutan Tok cuma ada 1 batang sahaja kayu ini..... dan alhamdulillah berhasil.....

Untuk stok akhir ini dan tok pun dah ada sebijik , maka tok buka lah akan khasiat nya yang ulung.

Anda kenal kayu penunduk hitam?......

Apakah kayu penunduk hitam, ianya menundukkan lawan dan pasangan bukan?.....

Sebenarnya kayu penunduk gajah ni lagi lah 200% hebat akan penunduknya... bayangkan jika org asli menggunakan kayu ini menundukkan gajah, apatah manusia..... Nah, sekarang terserah

Kod Produk : KPGAJAH 12914-250
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 250


NEXT : 6.00PM

MANI GAJAH TERUNA

















Maybe Tok boleh katakan bahawa ini ialah Bakal bakal stok yang terakhir walau masih ada yang belum di publishkan, ianya hint.

Jangan lupa Stok MGT sekali datang memang banyak, namun bila habis anda memerlukan bertahun menunggunya... melampau ayat tu, x lah heheh, berbulan je . namun siksa gak tok nak membalas sms dan mesej menyatakan sila bersabar hah...

Alhamdulillah MGT ini berguna sebagai :

Pengasehan ampuh

Ada yang menggunakannya mendapat khasiat penglimunan dari JPJ, tok pun pelik mcm mana dia buat, pelik sungguh. Namun pikir balik, tiada yang pelik kerana setiap batu permata akan memberi tindak balas berbeza mengikut aura pemilik,  Khasiat umum tetap ada, namun khasiat khusus berkaitan aura pemiliknya hanya Allah sahaja yang tahu 

Kod Produk : MGT 26914-300
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 300

Ada Perkataan " fix ". Tadak kan, so... sila gunakan kad anda

LANDING TIME... YEAH BABY !!!!!! HEHEHE












Alhamdulillah , sebenarnya opal lawa lawa dan menawan ni ( ada 2 je pun ) sudah lama sampai, ada la dalam seminggu , alhamdulillah . selama itu juga pancaran auranya sudah di pulihkan dan di pertenaga kan semula. Insyallah anda sendiri mampu melihat sendiri dengan mata kasar anda betapa berserinya Opal Hitam ini atau dalam bahasa saintifik G.Bunian sebagai Geliga Ibu Nyawa 

Pengisian yang di masukkan bersifat kekal dan insyallah tiada kecacatan kepadanya melainkan lah semasa Tok menzikirkannya tok tertidur kan. hah... namun sudah hobinya tok sendiri berzikir, insyallah mudah mudahan Ia nya memberi kelebihan kepada anda semua.

Guru Tok ada tanya hari tu, kenapa tak cuba isikan dengan ******** boleh di cuba juga nanti..... erm, rasanya jenis yang dia sebut pernah diisikan dulu, namun sayangnya kalau lah diisikan kepada batu lawa ni kan bagus juga kan.

Namun pengisian Zikir khusus ke atas permata ini boleh tahan juga , ia di masukkan zikir bagi melindungi permata ini sendiri dari pengisiannya di sedut jika bukan dengan izin Allah swt. 

Antara yang di masukkan ialah 5 Perkara :

Pengasehan

Wibawa tinggi

Penunduk musuh 

Menjauhkan diri dari di sihir dan menggelakkannya dengan izin Allah swt

Perubatan alternatif jika terdesak, masukkan ke dalam air dan baca apa yang anda tahu, paling penting ialah Yakin....

Kod Produk : GIBUNYAWAHITAMPADI 26914-300
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 300

Tok bagi hint lah.... jangan harap nak dapat opal COLOUR PLAY begini dengan nilai rm 300. di JB nilainya sekitar Rm 1800... x caya?... p la tengok sendiri.. 


=============================

BEBEL SIKIT


Sekian lama di dalam perniagaan batu permata ini, tak kiralah samada berniaga dengan blog dan berniaga menggunakan bas satu ketika dahulu. Tok selalu menerima soalan soalan kritikal yang boleh Tok panggil sebagai satu Soalan yang menunjukkan kebodohan diri pembeli.

Jangan marah dulu..... baca dulu na


Di dalam hayat kita sebagai Muslim / Islam, yang paling penting sekali ialah Keyakinan, walau apa pun dan untuk apa pun..... Masih tidak percaya?

Apa masih kurang percaya bahawa Kunci sebenar kehidupan ialah 

KEYAKINAN ???


Mari Tok buktikan....

Jika hari ini anda tidak YAKIN bahawa anda Islam... apa hukumnya dan apa anda harus buat?

Jawapan : Mengucap semula

Jika anda sedang bersolat Zohor, masuk ke rakaat Ke-3 , tiba tiba anda tidak YAKIN bahawa anda adakah anda sudah ambil wudhu atau tidak... apakah hukumnya?.... commom la, budak darjah 6 pun boleh jawab soklan ni..... jawapan nya ialah Batal solat dan Wajib ambil wudhu semula... ni jawapan bodo tok saja la, kalau boleh menambah , silakan..kita berkongsi ilmu juga di sini ya

Jika anda tidak YAKIN bahawa Allah itu ada dan islam ini agama yang benar, Nah.... lagi sekali , apa hukumnya?????...... Soalan ini rasanya semua tahu jadi tidak perlu Tok menjawabnya seolah olah anda budak kecil.

Apa yang ingin tok sampaikan di sini ... ialah persoalan yang menunjukkan kebodohan anda sebagai pembeli

Tidak kira lah dari mana anda membeli item mistik ini.... pasti ada yang bertanya samada di sms, wassup atau Facebook...dan soalannya ialah :

" Tolong scan barang ni ada apa ?"

" Barang ni ori ke ?"

" Saya baru beli barang ni dari seorang peniaga di Facebook, Boleh tak Tok Scan ?"


JAWAPAN TOK JIKA TOK MALAS MENJAWAB IALAH :

" Sila tanya peniaga barangnya sendiri , Tok tak mahu nanti ramai musuh pula "

JAWAPAN TOK JIKA TOK RAJIN IALAH :

" Jika tuan memang meminati bidang mistik, maka belajarlah mengenal dahulu "

" Kenapa nak minta tok scan?... Tak yakin ?... kalau tak yakin buat apa beli ?"

" Jika awal awal lagi anda minta Tok scan , maksudnya anda tidak YAKIN, maka awal awal lagi sebenarnya item ini tidak berguna buat anda "


Di dalam mana mana barang mistik sekalipun, jika anda mahu menggunakannya, anda perlu mempunyai keyakinan bahawa sememangnya khasiat apa yang tertulis oleh peniaga ( walau pun hanyalah trik pemasaran bagi melakukan itemnya ) anda perlu yakin. Bukan bermaksud yakin pada batu, namun yakin pada Allah bahawa Allah akan meletakkan HARAPAN anda akan khasiat batu / item itu kepada nya dan memberi faedah kepada anda.


Jika awal awal lagi anda mahu membeli dan sudah tidak yakin , NASIHAT TOK IALAH 

JANGAN BELI

Kerana 100% anda hanya membuang duit anda sahaja.

Jawapan ini ialah jawapan yang dipersetujui oleh 100% peniaga mistik baik di negara ini atau antarabangsa. Lihatlah sekeliling.... dunia ini luas..... nah... bagaimana ingin meyakini akan item anda bahawa Allah sudah menjadikannya begitu, sekecil permata jika di bandingkan dengan dunia yang luas ini....   bagaimana kah anda ingin mendapatkan KEYAKINAN?????

Iaitu dengan :

ILMU

Berkali kali sampai muntah cokelat tok ni menyebut jika anda minat mistik dan item mistik, belajar mengenal.....bukan dengan Hulur duit dan anda dapat barang , kemudian anda tak yakin.... IT'S NOTHING BRO...... fikirkan

Jangan marah Tok jika anda terasa, Tok sayangkan anda semua, kerana itu Tok menegur agar anda sedar kesilapan anda....








DELIMA CINDAI 3 BERADIK


Ops, gambar Label lupa nak amik 
Kod : 3 D5 CINDAI 4914-150 7A






































Alhamdulillah.... untuk post pertama selepas 2 minggu tiada update , kita masukkan sambungan delima cindai 3 biji serentak untuk di maharkan.

Ianya ialah delima asli dan bukan sintetik, anda perlu tahu sebagai peminat Koleksi permata memiliki permata asli adalah satu perkara yang amat penting sekali kerana ia mampu di maharkan semula pada nilai terbaik di masa depan. manakala jika anda hanya mengukur kepada kecantikan batu yang diperbuat dari kaca, plastik , sinteti , GGG atau lain lain buatan manusia, sememangnya ada yang bernilai tinggi, namun nak meniagakan kembali ia bukanlah perkara yang mudah dan pilihan menjualkannya kembali adalah amat kecil, sudah tentu ia tidak diterima kedai permata terkenal seperti Habib dan Poh Kong. Sebagai contoh la kan.


Alhamdulillah delima di atas mempunyai kelebihan yang Sudah Allah keruniakan kepadanya :

Penaik aura 

Perubatan ( Lebih dri delima lepas )

Baik buat aliran darah

Namun bukan untuk didik jadi merah air, yang lepas tu insyallah mampu

Mempunyai RAYS..... 4-6 x silap tok, tak sempat kira la pulak, banyak sangat ..... ni hak last insyallah 


Kod Produk : 3D5 CINDAI 4914-150
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 150


CARA BERURUSAN