Ahad, 14 Januari 2024

UTZ AUNI PULA BERSUARA

 



Sebagaimana yang tok muda selalu bebel kat Korang. Semua atas kuasa Allah subhanahu wata'ala. 




Kita jangan obses,jangan taasub. Jika ada, simpan dan pakai dan ingat bahawa khodam dan segalanya ada manfaat atas izin Allah SWT. 




Hukumnya HARUS di pakai. Dengan syarat meletakkan keimanan kepada Allah SWT dan semua khodam, dampingan cumalah usaha dan asbab utk kita berjaya di atas dunia. 

Isnin, 1 Januari 2024

ULANG TAHUN KE 12

 



Assalamualaikum wbt semua dan salam berbahagia.

Alhamdulillah masuk tahun baharu ini, genaplah blog kita berusia 12 tahun berurusan di dalam hal hal mistik dan Barangan berhikmah tuah. 

Walau kini usia Tok Muda juga kian bertambah , usia Bonda juga kian bertambah , namun kami sentiasa cuba yang terbaik untuk pelanggan dan menyediakan yang terbaik buat semua pelanggan. 

Sekiranya selama urusan kita ada kesilapan dan mungkin semakin lama kelihatan semakin suram.. maklumlah usia kami menjadi penghalang, tanggungjawab kepada anak anak yang kian membesar menuntut lebih masa kami bersama mereka. 

Namun in Sha Allah perniagaan kami akan di teruskan sehingga nafas terakhir. Kerana asal muasal perjalanan kami ialah dakwah. Di mana dakwah?. jika di biarkan atau di tegah org kita akan terus di selebungi misteri dan obses, Wujudnya kami adalah untuk membawa peminat mistik masih di jalan Yang benar dengan tidak melupakan bahawa sesungguhnya yang berkuasa tetap Allah SWT dan bukan kepada barangan yang DIA ciptakan, semua yang kita lakukan ialah USAHA dan ASBAB dan akidah juga turut terpelihara. 

Tidak di nafikan ramai peniaga yang menjadikan Pelanggan mereka taksub dan obses dengan mereka semata mata untuk mengekalkan perniagaan malah sehingga lupa yang berkuasa ialah Allah SWT. Sebagaimana tok nyatakan kepada Murid murid , Jika anda Taasub atau obses dengan Tok, maka itulah perjumpaan terakhir kita . Taasub dan obses hanya untuk Allah, Tok Muda cuma HambaNya sahaja dan peranan ini sentiasa tok Muda ingatkan kepada Para Bonda dan anak anak Yang meneruskan perniagaan ini. Jika hangpa mulai nak kumpul duit dan saving melalui usaha ini, hangpa lihatlah bagaimana rezeki hangpa mulai kian sedikit dan akhirnya binasa, kerana asal muasal bisnes ini ialah dakwah, bekerja dengan Allah, bukan untuk ketamakan diri sendiri dan memperolehi kemewahan darinya. 

Dan sememangnya apa yang kami dapat selama ini , upah yang di berikan Allah SWT ialah cukup cukup dengan keperluan kami di sini, tidak ada lebihan untuk Bersuka ria.. Jika anda mampu  melancong ke Australia, Dubai, Paris, Pakistan.. pernahkah anda dengar kami melancong seperti anda?.. Kami hanya mampu ke Indonesia dan Thailand, itupun atas urusan Mistik dan barangan mistik. 

Semoga kita terus berurusan dan Tok Muda harap anda tidak serik berurusan dengan Kami dan Semua anak Syarikat kami lainnya. Kami juga seperti Anda, Seorang Hamba Allah dan kekuasaan Serta kehebatan tetap di atas Izin Allah SWT , kami cuma menyampaikan dan mengantara , tiada kehebatan dan kekuatan kepada kami untuk memberi izin akan sesuatu barangan mistik melainkan meminta dan bermohon kepada Allah bagi memudahkan urusan kami. 

Sekian. Terima kasih kepada semua 

CARA BERURUSAN