Memaparkan catatan dengan label Memakai khodam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memakai khodam. Papar semua catatan

Selasa, 17 September 2019

CARA MEMAKAI KHODAM BANDUAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sedia maklum bahawa kini tok sedang melakukan Ops Cantas Jin Jin yang melakukan kesalahan tidak kira islam atau bukan dan tidak kira di mana sekalipun. Kalau ia jin Kafir maka kita akan cuba islamkan dan hantar ia ke dalam Jemaah Ulama Jin Islam Di Mekah dan tinggal di sana, Jika ia engkar kita akan membuangnya ke Lautan LauhMahfuz , sama juga dengan Jin SAKA yang tiada tuan dan kemudian menganggu keluarga keturunan. 

Jin Islam yang melakukan kesalahan walau kesalahan itu bermula dengan sikap manusia sendiri yang tidak di sengajakan contohnya kencing di busut anai anai yang di duduki Jin Islam dan Testisnya bengkak tak dapat di ubati, maka Jin yang melakukan ini akan di tangkap dan di penjarakan.

Kesemua Jin ini melalui pemenjaraan Maksima 40 tahun ( bagi mereka cuma 4 bulan sahaja -+ ) samada terus tetap di dalam botol atau berkhidmat kepada manusia, Hukuman jenis ini rasanya ada di kalangan kita juga manusia di mana pembuat laku salah di kenakan hukum berapa jam melakukan kebajikan bukan?. 

Jin yang di maharkan ini akan melakukan perkhidmatan mengikut jenis dan kelebihan mereka kepada manusia selama cukup tempoh 40 tahun ini. 

Jadi ada soalan yang di bangkitkan oleh diri tok di sini untuk anda.

Bagaimana jika anda ingin membuangnya dari badan kerana jelas cara pemakaian khodam ini adalah melekat pada diri anda selama hukumannya berjalan?

Mungkin di satu masa anda mungkin ingin membuangnya atas sebab sebab tertentu ..bagaimana caranya?

Caranya ialah :

1. Ambil embun di padang rumput , guna kain kering dan sapu rumput hingga basah dan kemudian perahkan dalam baldi sampai cukup, mandilah seperti mandi junub dengan berniat " Ya Allah aku berniat membuang semua khodam yang ada di badanku , sebagaimana air embun ini mengalir ke tanah maka seperti itulah ia mengalir kembali ke alamnya dan aku bebaskannya dari hukuman "

2. Jika anda sudah mengahwininya maka cara di atas adalah tidak berkesan, maka anda perlu buat ialah melanggar pantangannya, katakan dia melaranga anda memakan bawang, maka makanlah bawang, mudah dan berkesan tanpa kesan sampingan -


Cara Memakai Khodam ini setelah di maharkan

DALAM NEGARA

- Bakarkan setanggi dan tunggu ia sampai separuh , kemudian buka botol, masukkan air paip biasa/mineral atau sungai.( JANGAN AIR LAUT JIKA IA BUKAN DARI LAUT ) ..buat masa ini kita belum ada memaharkan dari laut. 

- Sudah penuhkan air dalam botol, jirus di kepala sampai habis, sikat rambut anda atau pakai tudung bagi wanita, dan biarkan ia kering... ( Kerana itu kita tak tangkap dalam botol besar, nanti anda berjirus basah lencun )


LUAR NEGARA

- Bakarkan setanggi Tinggal separuh dan kemudian buka botol , di dalam botol tok masukkan batu dan di dalam batu adanya Khodam, ini bagi menggelakkan khodam tidak tertinggal semasa lintas laut ( terkecuali bagi borneo kerana kita ada kerjasama imigresen alam Jin ke Singapura, Brunei dan Sabah Sarawak ) 

- Masukkan air sampai penuh dan jirus di kepala dan biarkan sampai kering, batu ini buang sahaja di TANAH NEGARA anda duduki, Jika anda bercadang nak pindah negara kelak Maka tidak menjadi masalah anda ke mana mana sekalipun, khodam sudah ada di badan anda dan andalah pasportnya

*Membuang khodam di badan bagi pemahar luar negara ialah dengan cara yang sama di atas

CARA BERURUSAN