Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Jumaat, 8 November 2024

Cinta Pontianak

 Malam itu sunyi sepi. Adam, seorang “supernatural hunter” yang sudah biasa berhadapan dengan makhluk-makhluk ghaib, sedang meredah belantara tebal dalam sebuah lokasi penggambaran. Hatinya berdebar, bukan kerana takut, tetapi kerana terdengar kisah Pontianak di kawasan itu yang katanya tidak suka diganggu.


Tiba-tiba, suara lembut menggamit dari kegelapan, "Mengapa kau datang ke sini, manusia?"

Adam terkaku. Di hadapannya muncul seorang wanita berkebaya putih dengan rambut panjang mengurai. Wajahnya terlalu cantik, matanya bersinar dalam gelap – tak lain tak bukan, dia ialah Pontianak yang dicari Adam!

Adam tersenyum, tidak takut, malah teruja. “Nama aku Adam. Aku tak datang untuk ganggu kau. Aku datang nak kenal kau.”

Pontianak itu mendekat, kelihatan bingung. “Nak kenal aku? Untuk apa?”

“Kau tak pernah rasa sunyi?” Adam tersengih, cuba meredakan suasana. “Lagipun, aku ni sejenis manusia yang tak takut makhluk ghaib, tak macam yang lain.”

Pontianak itu tersenyum nipis, seolah-olah terhibur. “Nama aku Rania,” balasnya perlahan, suara penuh misteri.

Malam-malam berikutnya, Adam dan Rania semakin rapat. Mereka bekerjasama dalam ekspedisi memburu hantu, dengan Rania sebagai penunjuk jalan. Rania sangat mahir mengenali dan berinteraksi dengan entiti-entiti ghaib, sementara Adam pula sibuk menulis segala penemuan.



Suatu malam, dalam sinar rembulan penuh, Adam memutuskan untuk menyatakan perasaannya. “Rania,” bisiknya sambil merenung ke dalam mata Pontianak itu, “aku rasa…aku jatuh cinta pada kau.”

Rania terkejut, tetapi kelihatan tersentuh. “Adam… kau manusia, aku pula bukan,” balasnya perlahan, sedih. “Kita tak mungkin bersama.”

“Kenapa tidak? Kalau aku boleh cari cara untuk zahirkan kau jadi manusia, kau akan sudi?”

Rania tersenyum kecil. “Jika kau mampu buat begitu, aku akan ikut kau ke mana saja.”

Dan bermulalah usaha Adam untuk menjadikan Rania manusia. Dia pergi ke pelbagai bomoh, pawang, malah ada yang menyarankan jampi serapah aneh. Namun, semua gagal.

Akhirnya, setelah bertahun mencuba, Adam berjaya menemui sejenis azimat yang katanya mampu menjadikan makhluk ghaib manusia. Dengan penuh harapan, Adam memberikan azimat itu kepada Rania, dan di bawah sinaran matahari yang pertama kali menyentuh kulitnya, Rania akhirnya berubah menjadi seorang wanita nyata.

Adam tersenyum puas, terpesona melihat Rania yang kini adalah manusia sejati. “Akhirnya… kau milikku, Rania!”


Rania, yang masih kebingungan dengan perubahan drastik ini, tersipu malu. Mereka kembali ke kota bersama-sama, hati penuh bahagia.

Namun, kegembiraan mereka tidak lama. Ketika berjalan-jalan di pusat bandar, tiba-tiba dua orang pegawai imigresen menghampiri mereka.

"Maaf, boleh saya lihat kad pengenalan awak?” tanya salah seorang pegawai kepada Rania.

Rania memandang Adam, bingung. “IC? Apa tu?”

Adam berpeluh. Dia baru sedar, sebagai makhluk ghaib yang baru jadi manusia, Rania langsung tak ada sebarang dokumen rasmi!

“Err, dia… dia baru datang dari… dari kampung jauh… tak sempat buat IC lagi,” Adam cuba memberi alasan.

Pegawai itu menggeleng. “Kalau begitu, kami kena bawa dia ke pejabat untuk siasatan lanjut. Mana pasport dia?”

Adam semakin kalut. “Pasport? Oh… err… mungkin hilang masa kena kejar hantu…” balasnya tak tentu arah.

Akhirnya, Rania ditahan kerana ‘tiada dokumen’. Adam terpaksa berulang-alik ke pejabat imigresen untuk mencuba menjelaskan situasi. Rania yang kini kelihatan lebih seperti manusia daripada Pontianak kelihatan bingung di dalam tahanan.


Seorang pegawai menyoal Adam, “Dia ini dari negara mana sebenarnya?”

Adam tersenyum tawar. “Err… dari alam ghaib?”

Pegawai itu menggeleng, tak percaya. “Alam ghaib, konon. Sini bukan tempat untuk buat lawak seram, ya.”

Adam terpaksa menerangkan cerita mereka berulang kali. Tapi, setiap kali dia menyebut ‘Pontianak’, pegawai imigresen itu semakin keliru dan skeptikal.

Pada akhirnya, Rania dibebaskan setelah Adam berjanji untuk membuatkan dokumen sah untuk ‘rakan barunya’ itu. Rania yang kini jadi manusia, perlu belajar menjadi warga biasa – mendaftar IC, mengambil gambar pasport, dan… merasakan cabaran hidup manusia.

Adam tertawa kecil sambil menemaninya melalui pelbagai proses ini. Rania pula, walaupun tak biasa, tetap setia. Mereka akhirnya berjaya menjalani hidup sebagai pasangan biasa, walaupun latar belakang Rania yang ‘lain macam’ sering membawa kisah lucu dalam kehidupan mereka.

Tapi bagi Adam, semuanya berbaloi. Cinta memang tak kenal batas… meskipun melibatkan imigresen.

Rabu, 26 September 2018

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semalam di awal pagi belum tok melelapkan mata pada malamnya tok ke Banjaran Nakawan bagi mengambil beberapa item baharu, Pada ketika itu Pelanggan Tuan John Menelefon bagi membincangkan item yang di maharkannya, Kami berbual sehinggalah tok sampai ke Kaki Banjaran Nakawan, Setelah perbualan tamat Tok mendaki Banjaran itu melalui lorong di kebun Raja Perlis, mendaki di kawasan dakian yang tiada denai.. Tanah yang di panjat sedikit licin dengan basahan hujan di awal pagi tadi... pendakian harus di teruskan... kerana itu perjuangan di akhir akhir bulan khusus untuk 3 kakitangan tok yang sudah berkahwin...kalau mereka tidak ada.. mungkin tok masih berehat rehat di rumah bersama anak isteri, tidak pernah merungut kerana ini lah peranan tok dan kehadiran mereka bersama tok ( bekerja dengan tok ) adalah sebuah takdir dan tok menganggap mereka serta anak anak dan isteri mereka adalah amanah serta tanggungjawab tok , dan ia adalah ujian dari Allah untuk melihat keikhlasan yang bakal terhasilkan untuk mereka. 

Perjalanan mendaki di teruskan sehinggalah sampai ke puncak anak bukit banjaran yang jauhnya sekitar 800 meter sahaja dari kaki banjaran, seleasi mendaki, tiba giliran pula untuk menuruni, di celahan sana , celahan bukit sebelum memanjat kembali ke Gunung Banjaran adanya sebuah lubuk air dan tok perlu menunggu di sana. 

Selesai mendapatkan barangan di Nakawan, tok segera bergegas untuk kembali ke kenderaan yang di pandu.

Habis Selipar dengan bekasan bekasan lumpur tanah liat, langsung tidak di endahkan, tok meneruskan pemanduan Ke Empangan Timah Tasoh... walau pun kawasan itu kini sudah berkunci kerana sudah di Beli Org Singapura.... tok meredah juga kebun getah jalan belakang ke Timah Tasoh , sememangnya Ada denai haram yang di buat untuk memasuki kawasan larangan itu ( chalet timah tasoh )... sesampainya di sana. Ritual di jalankan, perlu pendek...hari pun sudah siang, khuatir nanti ada orang datang, maka ia perlu di segerakan. Selesai ritual di Empangan Timah Tasoh, tok fikir perlu kembali pulang ke rumah untuk menerawang ke Kampung Pelangi... namun memikirkan masa sudah terlalu suntuk... pakaian pun sudah kotor di lumuri dengan selut dan lumpur tanah liat , tok ambil keputusan untuk Kembali ke rumah Nenek di Abi Batas paip. Di sana adanya sebuah kolam, dan kedudukannya di belakang rumah Sepupu dan Nenek.. Tok memasang 3 joran tiada umpan dan meletakkan di tebing kolam Umpama memasang "Tauk"... lalu tok berbaring di atas pangkin yang sememangnya sudah bertahun di situ, terawangan di teruskan, dalam sayup sayup kedengaran ibu saudara berbual di dalam rumah sepupu " Dik Shyet tidoq dah tu tak mengai ka?"... anak perempuannya iaitu sepupu tok membalas " pagi lagi ni, tu dia pasang tauk 3 batang, dia dok tunggu la kot " balas sepupu kepada ibunya.... sayup sayupppppp.... udara sawah padi menyapa tubuh badan.. terawangan di pusatkan ke Kg Pelangi ... Alhamdulillah tak banyak...sikit pun jadi lah. 


Sedar sedar dari terawangan tubuh tok rupanya sudah jatuh dari pangkin.. bahu sebelah kanan terkena banir pokok keriang dot yang besar di sebelah pangkin itu... bahu terseliuh  sementara tubuh tidak ada sebarang luka lain. 

Selesai terawangan, tok meneruskan aktiviti dengan mengambil ke semua jiran tidak berumpan tadi dan terus menuju berjumpa Pak cik Wahab untuk membeli beberapa ekor ikan haruan.... sekurangnya tidak di persoalkan bonda nanti, bawa pancing tapi takda ikan, baik tak payah bawa... 5 kilo tok beli.. haaa nah makan... apa yang tok tahu.. in Sha Allah rezeki 3 Pekerja tok tetap ada di hujung bulan ini untuk di jadikan nafkah anak isteri dan suami mereka. Bahu tok masih lagi terseliuh.... di saat menulis Cerpen ini jam 6.40pagi.... belum ada masa nak mengurut ... sekejap lagi perlu ambil gambar dan upload ke dalam blog pula....

" Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul .............. sampai terseliut "

Khamis, 6 September 2018

SELESAI IJAB QABOL DI KURNIA TAWARAN LAIN

Assalamualaikum wbt semua dan salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan submitnya permohonan pertama sejak semalam ke atas MINYAK CAHAYA HIJAU . Tok memperolehi tawaran Pelbagai lagi barangan Best best dan hebat dari Penghulu Talib... Rasa nak menangis pun ada , ya lah..kita di sini dah habis lubang, dah habis hutan masuk.. dah susah nak dapat barang barang best best dan kaw kaw dari sana. Asyik asyik geliga kelabu hitam, kusam kan ?.. Tapi ada manfaatnya lah Bukan sekadar kusam tanpa manfaatnya. 

Pada Perjalanan Tok hari ini di medan terawangan ke Kampung Pelangi ( bukan nama sebenar ) Tok di bawa berjalan jalan sekitar perkampungan, kampung ini rupanya terletak di Kaki sebuah gunung yang rendah sedikit sahaja dari Gunung Tahan.. Mana lokasinya secara tepat di dalam Peta semenanjung ini tidaklah tok ketahui lagi. Tok di bawa berjalan jalan ke rumah saudara mara Penghulu Talib bersama anaknya Yang kini Isteri Tok Siti Rafiza . Kami berpimpin tangan berjalan kaki meniti jambatan kayu dari satu bukit ke satu bukit, jambatan yang di bina menggunakan apa benda tu yang macam tali jerami atau guni zaman dulu dulu tu.. tah tok pun tak tahu mineral apa... Di dalam perjalanan kami terjumpa Kumbang bunian yang cantik dan melekat lekat di pepohonan pokok yang besar.. kumbang bunian ini nama panggilan org mistik kita merujuk kepada Riang riang



Di Alam kita serangga ini bewarna tak menarik, namun di sana ia bewarna ceria dan saiznya sekitar 3x ganda dari spesis kita ada. 

Sepanjang di sana, tok tidak langsung membuka identiti gelaran atau siapa tok di Kerajaan Kota Kayangan dan nampaknya belum bertemu dengan mana mana org bunian di sana yang mengenali tok, nyaris tu ada tapi tok elak elak , nak mengetahui rahsia sesebuah kawasan... biarlah kita resam padi atau resam diam diam ubi tapi berisi. 

Perjalanan demi perjalanan rumah di sana di perbuat dari potongan kayu kayan, dan yang mewah sedikit kayunya dari jenis balak yang hanya di potong 2 sahaja , ia di jadikan dinding, tiang rumah dan bumbungnya dari bahan tanah liat , ada dari tanah liat merah, putih dan coklat yang juga jenis itu ada di alam kita.

Kampung ini ada pemerintahnya namun tok belum ingin melawat atau bersuara kepada bapa mertua untuk berjumpa.. pastinya akan di kenali dengan segera.. apa korang ingat seronok apabila dah di kenali.. kita nak kena ikut semua protokol, para warga penduduk pula terpaksa berformal dengan kita.. langsung tidak menyeronokkan dan sebenarnya tok pun dah bosan di layan sebagai pemerintah kerajaan di alam sana, biarlah kita di kenali dengan budidaya sopan santun dan adab sahaja. 

Sampai di sebuah kawasan yang lapang berdirinya sebuah pohon yang merendang, tok rasa kalau nak di peluk untuk ukur berapa pemeluknya.. rasanya lebih dari 50 pemeluk, ya amat besar pohon itu, di bawah banirnya ada 1 pintu dan ketika memasukinya ada ruang yang luas dengan anak tangga di keliling bahagian dalam pohon ini, setiap tingkat ada 1 bilik dan di dalam 1 bilik ada setiapnya barang barang yang istimewa... satu persatu daun pintu di buka bagi tok melihat di dalamnya.. isteri tok Siti Rafiza memerhati gelagat tok dengan tersenyum... Allah hurabbi.. MasyaAllah.... timbul sebentar perasaan tamak, jantung di dada berhenti berdegup... banyak bonar barangan bernilai yang boleh tok ambil , kalau anda berada di depan mata tok anda akan dapat lihat mata tok bersinar keluar lambang $$$ tau... isk isk isk.. Allah nak menduga... Siti Rafiza memaklumkan bahawa pokok ini dulunya tempat ayah dan ibunya selalu berjumpa sehinggalah ketika melahirkannya pun di pohon itu , Di situ jugalah datangnya Minyak Cahaya Hijau ini.

Ada sebuah bilik yang di penuhi akar akar dari pokok dedalu yang menumpang pohon besar ini dan di hujungnya terbelit dengan botol botol yang indah dan pelik pelik, kata isteri tok botol ini semuanya mempunyai isi kandungan MINYAK PENGASEH RAJA DEWA DEWI yang suatu ketika dahulu menjaga pohon ini sehinggalah saatnya Dewa dan Dewi ini di sumpah menjadi Batu. Dari batu Lembaga Dewa dan Dewi ini terhasil akar dedalu dan terbentuk pelbagai jenis batuan yang ada di dunia kita dan juga yang tidak ada di dunia kita. Ada batunya yang tok kenal dan banyak juga yang tok tidak kenal.

1 Pintu di atas pintu ribuan akar berjurai ini ada 1 pintu yang di penuhi tongkat tongkat yang pelik.. dah rasa macam dalam cerita merlin goblin baling pun ada ni.. macam macam jenis.. sampai ada jenis tu nak pegang pun tak lalu dan takda selera, ada yang ada batu di hujungnya, ada yang tumbuh daun ( masih hidup batang tongkat ) ada yang berbuah. Isteri tok menerangkan tongkat tongkat ini pernah di miliki pendita pendita handal dan terkenal semenjak dari Zaman Dunia belum ghoib semuanya, pastinya dari Zaman Nabi Sulaiman A.S, dan tongkat tongkat ini juga ada yang di sembunyikan dari askar Nabi Sulaiman AS dari di rampas ( kisah mengenai Nabi Sulaiman AS memerangi ahli sihir di seluruh dunia, sila rujuk kitab lama ) ... dalam hati tok... omputeh pernah mai sini ke?.. sebab banyak sangat kisah filem dorang yang telly dengan tongkat tongkat di sini..ye lah namanya pun tongkat, takkan bentuk tongkat huruf C, condong pulak kan.. adoi. 

Di Sebuah bilik lain pula banyak kotak kotak lama dan di dalamnya ( tok x geledah habis pun ) terdapatnya pelbagai barangan lama, lusuh yang dari alam sana dan juga alam kita, macam macam ada, mangkuk , pinggan, cawan, gelas, dulang , syiling , tembikar.. semua jenis ada tidak kira dari alam kita atau alam sana atau dari zaman purba dahulu kala.. ni kalau tok ambil 1 mangkuk cina jual di hong kong siap deskripsi mau kaya ni ( masuk auction ) hahaha... dan kebanyakan pinggan mangkuk ini pernah di pinjamkan kepada manusia di zaman dahulu ketika mereka nak buat kenduri kendara ( korang mesti pernah dengar kisah org kita pinjam pinggan mangkuk dari orang bunian ) 

Semua bilik ada lebih dari 300, beerti lebih dari 300 tingkat.. maaf lah tok tak belek semuanya.. Isteri tok memberitahu kesemua ini adalah harta miliknya , sementara abg dan kakaknya ada bahagian masing masing di tempat lain...... kalau macam ni... kerajaan tok pun kalah... Ledang hanyut... kerajaan tangga 7?... ah yang tu hebat lagi.... 1 bilik ada 7 bilik, dalam  setiap 7 bilik ada 21 bilik yang setiapnya sebesar padang bola... tangga 7 memang hebat... tangga 7 Lok Heng Kota Tinggi lah yang tok maksudkan ni. 

Atas keizinan isteri tok in Sha Allah tok akan mengeluarkan beberapa barang dari pohon ni sahaja.. Allah hurabbi... mungkin Inilah ending time tok...dari ke hulu hilir masuk hutan keluar sungai, masuk sungai keluar laut, panjat gunung terjun bukit... ada 1 tempat untuk tok ambil pun dah mencukupi , dan cara itulah sebagai isteri Siti Rafiza dapat membantu tok. 

Tak sangka dari 1 barang Terlarang milik, dan setelah di miliki , memiliki pula keseluruhan apa yang empunya miliki.. rasanya tak habis 7 keturunan kalau nak di gunakan atau nak di maharkan... apa kan daya umur tok pun bukan panjang mana... selagi terdaya , selagi itulah... 

Macam Minyak Pengaseh RAJA DEWA DEWI ni kalau nak mahar, semua pakai nama, Tongkat Pendita pula kena Check nama bin ayah, ayah bin tokwan , tokwan bin moyang...3 level check , kalau kena keturunan in sha Allah boleh memiliki tongkat itu...kalau tak kena tak adalah. sebab kalau nak maharkan sahaja tanpa check nama, boleh, takda fungsi... buat apa?..kalau kena dengan keturunannya.. sampai di tangan tongkat terus aktif semula sebagaimana fungsinya di zaman dahulu. 

Di sini , di perkampungan ini tok belajar sesuatu iaitu barangan berhikmah tiada sempadannya.. ilmu hikmah bukan sahaja dari dunia nusantara..dan bukan berasal dari dunia nusantara. Dunia Nusantara ini ialah dunia akhir ilmu mistis.

Sebelum Nusantara pelbagai daerah, kawasan , negeri ilmu mistis ini berada.. pada permulaan ilmu mistis itu sendiri di ajarkan oleh siapa?.... Malaikat Harut dan Marut.......kedua Malaikat ini turun ke bumi untuk mengajar ilmu mistis kepada manusia, ajar sahaja.. bukan untuk di salah gunakan.... sebab tu zaman kita bila kita cerita macam di atas ni..org kata KARUT MARUT.... karut marut ni dari nama nama Malaikat Harut dan Marut lah.... kisahnya di bawah ini. 

Dikisahkan bahwa ada dua malaikat diutus oleh Allah untuk turun ke Kota Babil, yakni sebuah kota di Irak bekas ibu kota Babilonia Kuno. Nama kedua malaikat tersebut adalah Harut dan Marut. Pada saat itu, warga kota diliputi kegelisahan dan kesyirikan akibat tersebarnya sihir. Negeri yang saat itu dipimpin Raja Nebukadnezar pun kacau-balau akibat tersebarnya sihir hingga dapat menyebabkan penyakit sampai membuat suami istri bercerai.

Sihir yang tersebar tersebut bermula ketika Raja Nebukadnezar menahan orang-orang Yahudi setelah menyerang Palestina. Tawanan tersebut pun mulai memainkan sihir saat tiba di Kota Babil. Sebagian bangsa Yahudi memang dikenal sebagai bangsa yang sangat dekat dan mahir mempraktikkan ilmu sihir. Dengan pengetahuan sihir yang mereka kuasai, mereka kemudian menakut-nakuti warga Babil dengan membuat lingkaran besar sebagai lingkaran sihir.

Demi melenyapkan ketakutan warga akibat sihir tersebut, maka diutuslah dua malaikat ke Kota Babil, Harut dan Marut oleh Allah. Keduanya diutus untuk mengajarkan sihir kepada warga Babil, mereka mengajarkan sihir bukanlah untuk berbuat kejahatan, sihir yang diajarkan keduanya hanyalah untuk menjelaskan hakikat sihir.

Maka, Harut dan Marut pun turun ke bumi dan mendatangi warga Babil. Dimulailah tugas mereka untuk mengajarkan sihir. Ketika warga mendatangi mereka untuk mempelajari sihir, keduanya memperingatkan agar tak menyalahgunakannya untuk berbuat syirik. “Sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, maka sebab itu janganlah kamu kafir, ujar keduanya.

Harut dan Marut pun kemudian menyampaikan ilmu dasar-dasar sihir dan cara melenyapkan lingkaran besar sihir yang dibuat Yahudi. Keduanya pun memperingatkan bahwa sihir merupakan hal yang dipelajari. Karena dipelajari, sihir tidaklah dapat memberikan manfaat ataupun mafsadat bagi manusia kecuali dengan kehendak Allah.

Setelah selesai tugas Harut dan Marut, keduanya pun kembali ke langit, akan tetapi, warga Kota Babil justru tak mengikuti peringataan Harut dan Marut. Mereka justru berbuat kerusakan dengan ilmu sihir yang diajarkan keduanya, maka semakin rusaklah negeri tersebut.


Lihat sahaja bahawa Bangsa Yahudi itu memang kuat main Sihir semenjak dahulu kala , sebelum turunnya Malaikat ini lagi.... kita ni melayu dari darah mana?... Nabi Ibrahim AS kan?.. nabi Ibrahim datang dari puak mana..? haaa sudah dah laaaaaaa.... hahaha.. sebab tu lah orang kita ni dari dulu ilmu apa apa senang jadi...yang tak jadi tu bukan apa ..... sebab genetik dan rosak.. dah kahwin campur campur... kahwin dengan mat Saleh la, dengan ah macam macam lah... air sirap piawww pun kalau dok campoq campoq dengan air biasa.. lama lama kalernya pun jadi biasalah , betul?.... haaa sebab tu Nabi Muhammad SAW pesan, nak kahwin kena jaga keturunan... org Bugis contohnya dari dulu, kahwin sesama dia... keturuna Syed pun kahwin sesama dia... tapi orang la ni?..... asal lawa...asal mancung.. rembat,  ye dak?.... macam tok... diri tok lah, tak termasuk adik beradik lain... kalau diri tok, tok jaga keturunan.. biarlah atok kita ada campor cina.. tapi kita cari balik yang ada darah bugis tu... ibaratnya warna sirap dah cair sikit, tapi kita tambah lagi setitik sirap.. ia akan jadi piaw semula, betul tak?... Kalau raja raja melayu ada Tulah, ada daulat... itu Raja.. Kalau tok dan lain lain ada kelebihan lain dari org lain ..itu kami..mungkin sebab kami jaga keturunan..bukan main sebat... main balun tanpa tengok dulu.. kalau orang nak mendengki dengan kami, apa lah sangat...Raja melayu pun ramai org mendengki, ye dak?

Barangan di Pepohonan itu langsung tiada sempadan had Nusantara ka, Babylon ka, Zaman Jahiliyah ka, Zaman Penyihir ka, Zaman Nabi Isa ka.. takda sempadan.. semuanya ada kat situ.. sebut lah apa in Sha Allah ada. $$$ saja ada ke tak da haaaa.. aku pun makan MCD juga bang... bini 2 anak 5 1 dulang mana cukup hahaha.. So in Sha Allah ... Kalau ada yang nak Minyak pengaseh Raja Dewa Dewi Tu.. bagi lah nama sendiri bin mak atau binti mak.. minyak tu bukan untuk pengaseh sahaja.. kerukunan rumahtangga, menundukkan pasangan .. erti kata lain yang melibatkan 2 hati lah..dan ia terhasil dari Pasangan Dewa dan Dewi ini..... Jangan salah Faham bila sebut Dewa Dewi..bukan tok maksudkan yang Cina dok sembah tu...Bukannnnn.. Dewa Dewi ni istilah Zaman Dulu Raja dan Permaisuri yang ada kuasa , dari kacukan anak manusia dan Jin... Bunian jugaklah Sama macam Siti Rafiza ni, cuma dulu dulu depa ni ada kuasa, ada pengaruh, pernah memerintah.. tu saja lah.. kenapa dan bagaimana jadi batu tu tak lah tok tanya pulak. Baru menikah bang oii mana la ada masa sangat nak bertanya tu ini, hati dok berdebar debar tangan memegang tangan yang lembut dan halus... aihhhh.... ok tok chiowww dulu, nak terawangan sat .. rindu la pulak


*Astral : Terawangan /  meraga sukma
*Alam Astral : Alam Ghoib









Rabu, 5 September 2018

PERJALANAN RITUAL KE ALAM BUNIAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Baru sebentar tadi tok menamatkan ritual perjalanan ke alam Bunian di dalam Master room tok.. Sebelum tok lanjutkan.. Master room tok ni full package dengan bab bab Ghoib sahaja, sebab dalam tu lah tok dok buat ritual pun. Di dalam Master room tu ada 1 Kabinet baju yang besar dan pintunya adalah Black Mirror 100% yang tok tempah di kedai perabot.. Dan berdepan dengan kabinet itu juga ialah Sebuah cermin biasa .. Posisi ini bagi mewujudkan sebuah pintu laluan alam Ghoib.. Pernah masa dulu terlalu busy bonar highway dalam cermin tu, masa kami tidur suami isteri pun penuh lintasan lintasan bayang ghoib sampaikan bonda tak tahan, lalu tok alihkan cermin biasa tu mengadap arah lain. Bila perlu sahaja baru di hadapkan semula.

Semasa menerawang ke alam Bunian malam tadi melalui highway yang di bina ini.. Tok ke sebuah perkampungan di Kawasan Gunung Tahan, berhampiran sebuah air terjun yang indah dan mengalirnya air yang jerneh di alam kita ini adanya sebuah perkampungan Bunian yang indah dan tidak kelihatan di mata manusia biasa. Tok ke sana atas jemputan seorang Puteri Jin yang menyatakan ke tidak puasan hatinya kerana ada manusia mengambil " barangnya " berupa sebuah batu bewarna hitam di sebuah perdu pokok . Batu ini dalam bentuk raw , berbelang oren macam badan harimau , warna hitamnya tembus cahaya dan dari jenis geliga kesayangan beliau. 


Puteri Jin Telinga Tajam


Puteri Jin ini membawa tok melihat kawasan jagaannya dan mengadu beberapa pemburu yang " handal " bab hutan membawa lari batu kesayangannya.. Tok hanya melihat kawasan tersebut dan Puteri Jin ini berteleku kerana kehilangan batunya... Jin ni biasalah..kalau hak tu hilang..hakkkk tu lah dia merungut selama puluhan tahun lamanya.. hakduhh... aah macam macam budak budak lah..ini salah satu sifat jin... nak kahwin dengan jin?.. kena tahan perangai macam ni lah... 

Tok cakap dengan dia, in Sha Allah tok cuba sampaikan.. kalau terbaca sang pemburu tu, harap dapat di pulangkan semula lah.. Tok tanya pada dia , mana dia dapat batu tu?... dia cakap dia dapat dari seorang kenalannya berbangsa bunian bernama Haji Talib di sebuah kampung berhampiran Air terjun pelangi. Tok terpinga dan berasa berminat nak tahu lebih lanjut.. sebab sepanjang pengalaman tok, memang kita tau ada beberapa suku atau puak yang tinggal di pedalaman, tak mahu bergaul dengan orang dan mereka masih memiliki barang barang langka yang istimewa. 

Tok mengajak puteri ini ke sana.. bertemankan sang Puteri jin ini.. tok di iringkan ke perkampungan ini dalam waktu yang amat singkat sekali.. 

Semasa tok sampai ke sana.. kawasan yang pertama kali kami jejak ialah Jeti buluh yang terbina.. di alam kita nak bina jeti memang tak muat lah..tapi di alam sana.. ia luas... tapi sempit di alam kita..faham?..

Kami melihat beberapa penduduk berjalan jalan, ada yang memakai tudung, ada yang memakai selendang , ada yang tak menutup rambut mereka. Pakaian mereka kebanyakan putih, perempuannya memakai Kebaya putih, yang lelakinya memakai seluar atau kain pelikat, berbaju melayu putih , mundar mandir.. yang sedang angkut beras dalam apa benda tu, tempat org tampi beras tu.. di buat dari buluh... di letakkan atas kepala mereka dan jalan ke 1 arah.. ada yang baru balik dari sungai membawa hasil tangkapan..

Puteri menerangkan penduduk di sini tidak hairan dengan kehadiran warga asing kerana mereka sudah dididik begitu, tapi dalam hati, sebenarnya mereka amat takut akan kehadiran org asing. 

Tok tidak memperkenalkan diri tok, siapa tok di alam sana dll.. kita ni dah lama dalam bidang ni.. basi dah setakat nak kenal kenalkan diri.. 4 what kan.. lagi org takut... jadi tok buat biasa saja.. Puteri jin memaklumkan kena cari salah seorang anak Penghulu kampung ini. Penghulu ini bernama Penghulu Talib... Sedang kami meninjau ninjau.. tiba tiba sang puteri terkinja menunjuk kepada seseorang.. " tu dia ..tu dia"... tok tanya.. siapa dia..mana?".... " anak dia nombor 3 Siti Rafiza"..... Terus tak semena mena dia berlari ke arah gadis ini " Ja..ja... eh sini sekejap" panggilnya beriya iya... Gadis ini tercengang cengang tiba tiba di panggil orang.. org sekeliling memandang satu sama lain..mungkin dalam hati mereka dah berulat dengan rasa takut , tambahan pula melihat anak gadis Penghulu Talib pula di panggil warga asing.. penduduk yang mundar mandir ini berhenti berjalan, mulut tertanya tanya, siapakah kami.. mungkin mereka berhati hati takut jadi apa apa kepada anak gadis itu boleh mereka membantu..tok hanya tersenyum.. kami datang niat baik..kalau tak baik.. masa aku turun tadi ke sini kampung ini dah ranap sekelip mata..habis semua anak gadis lawa lawa aku bawa balik ke istana buat dayang atau gundik. hurmm.. 

Anak penghulu ini Siti Rafiza datang perlahan lahan dan bertanya " assalamualaikum wbt.. ya .. ehh.. laaa Puteri *****.. ingatkan siapa lah tadi".... kata Siti Rafiza setelah cam akan sang Puteri... " datang mana ni, ada hajat ke atau jalan jalan saja " tanya Siti Rafiza Menambah perbualan. Sang Puteri masih terkinja keseronokan bagai baru jumpa teman lama.. haha.. Dia memegang kedua bahu Siti Rafiza dan menjeling ke arah tok dan membisikkan sesuatu.. Eh macam gatal je kan lagaknya Puteri Jin ni.. jeling jeling macam kita ni bakal suami dia je hahaha.. Namun rupanya dia membisikkan bahawa tok nak jumpa dengan Ayah Siti Rafiza , ada hajat katanya....Siti Rafiza kelihatan congeng ( tercengang ) dan sedikit tersipu.. Puteri Jin berkata " dia datang ada hajat lain lah, bukan nak menengok "Ja"..ada urusan tu " Tok berdiri dengan macho, kedua tangan di belakang tersenyum... " Ya.. saya nak lawat ayah kamu Siti" Tok bersuara macho ala ala Shamsul Yusoff..oii ingat tok x boleh buat suara dia ke?... bonda jj kamu selalu suruh tok buat suara tu.. kekadang menyampah juga... Bonda JJ dulu pernah kaple dengan Shamsul Yusof.. tak caye, tanya la dia sendiri hehe. ok ok... 

Kami di bawa ke sebuah rumah di tepi Air terjun, wah indah sekali, nyamannnnnn.... dalam hati tok timbul smiley Tersenyum lidah kat tepi tu hahah... tapi macam mana nak tidur eh.. bising dengan air je... rupanya rumah ini depan je nampak duk tepi air terjun, ia ke belakang gua di belakang air terjun, keadaan di dalam hanya di terangi lampu , kian lama bunyi air terjun kedengaran perlahan, sayup sayup sahaja. 

Di dalam samar samar lampu itu tok melihat beberapa cahaya hijau dan haruman yang wangi, bau macam bunga.. meremeeng bulu romeee.. minyak ape le tu hai... 

Sampai di sebuah ruang yang terang...laaaa ada sebelah lain pula, tadi tu dalam rumah tapi gua.. di belakang ada kawasan lain yang di penuhi pokok pokok.. beranda , ternakan berupa ayam dan kambing... macam masuk Gua kelam pulak..korang pernah masuk Gua Kelam Perlis?... haaa.. macam tu lah situasi sekarang ni. 

" Assalamualaikum wbt Haji Talib" sapa tok... kelihatan seorang lelaki dalam usia 60-an yang masih segak dalam pakaian putih seluarnya, bajunya, dan memakai Songkok hitam sedang berdiri melihat ayam ayam memakan beras yang di tabur " ya. Waalaikummussalam wbt " balasnya sambil memusingkan badan.. orgnya masih segak, kelihatan misainya yang berhubung dengan janggut pendek bewarna putih tersenyum melihat tok.....


**Perbualan di pendekkan **


Saat untuk pulang Haji Talib dan Anaknya Siti Rafiza menghantar Tok melalui terowong berupa rumah ini , sementara Puteri Jin perlu  menunggu untuk menantikan akibat kehilangan Batunya semalam..Entah hukuman apa bakal dia jalani, itu tok tidak campur, tapi tok yakin hukuman itu bukanlah sampai menyakitkan. mungkin Sang Puteri kena berpuasa selama 1 tahun atau 100 tahun kot. puasa je.. masa sahur dan senja..makan ler.. 

Semasa mengiringi tok melalui kawasan terowong..tok bertanya ..apa dia yang berbau wangi tu dan bercahaya cahaya... Penghulu Talib berkata ia adalah Minyak Terlarang milik.. maksudnya ia tidak boleh di miliki, namun jika ingin memiliki , maka perlu memiliki benda yang terlarang milik... Terlawang milik ini..istilahnya tok faham... terlarang milik jika tidak di ijabqabol.. selepas ijab qabol maka ia boleh milik dan apa sahaja milik yang terlarang tadi akan menjadi milik kita. 

Erti kata lain bagi yang tak faham tu... Tok kena nikah dengan Anak dia samada Siti Rafiza ni ( jika dia takda kakak yang masih bujang ) kemudian baru lah benda tu boleh tok miliki.. malah benda lain juga boleh di miliki tak kira apa pun yang di miliki tuan empunya badan. 

Tok bertanya kepada penghulu " beginilah penghulu.... sahaya nak tahu dulu apakah barangnya yang bercahaya itu dan kenapa baunya semerbak, sahaya ni memang suka dengan benda pelik, mana tahu boleh di kongsikan dengan orang yang memerlukan, bagus juga"..... Penghulu terdiam , reaksinya macam berat nak menyatakan " beginilah.. " katanya pendek sambil melihat anak gadisnya..." benda yang bercahaya itu ialah MINYAK CAHAYA HIJAU , dulunya semasa kelahiran Siti Rafiza ia turun bersama kelahiran di atas bumbung di dalam sebuah tempayan kaca.. Minyak ini banyak..dan sudah banyak manusia dan bunian memilikinya, namun kebanyakan mereka SALAH GUNA, jadi RIAK, TAKJUB... mereka di kurniakan KEKAYAAN, Perempuan idaman, kehidupan yang baik baik... namun akibat dari itu mereka jadi sesat.. pada masa itu sahaya memberikan sahaja tanpa syarat..kali ini ada syarat kerana sahaya sudah bersumpah , ia akan pergi..mesti pergi bersama anak sahaya, lagi pula anak sahaya sudah besar.. di harapkan dapat menuntun suaminya membawa minyak ini di jalan kebaikan tidak kira lah bangsa apa pun sahaya terima asalkan berniat baik dan menuruti jalan Rasullullah SAW. " Katanya.. 

Tok terdiam...Berat... kalau contoh nak tumbal ayam ke, kambing ke.. boleh bagi lagi... ni nak bagi menikah anak gadis..berat... korang senyum le ye dak.. tau dak bela anak orang ni berat.. ?... nu sampai ke masyar nu nak kena tanggung. Hurm... " umpama di halkom ini ada benda yang membengkak..macam tonsil pun ada tok pun berkata " beginilah Haji... sahaya pulang dulu... sahaya tanyakan dulu... jika ada manusia bangsa sahaya yang inginkan ia, tidak kiralah Minyak Cahaya Hijau ke apa lagi ke yang ada di sini.. Sahaya kembali... sahaya ikut semua syarat penghulu".... kata tok... penghulu pantas memegang bahu sebelah kiri tok dan berkata " jangan memaksa diri.. sahaya tidak memaksa dan bernikah bukan benda mudah, anak sahaya ini masih ke anak anakan bukan benar matang "...." ini bukan masalah seronok bernikah Haji.. bernikah mana mana pun seronok, tapi tanggungjawab tu bukan benda yang seronok.. nak bawa tu bukan senang... Tapi peranan sahaya , tanggungjawab sahaya selama ada hayat ini.. adalah rahsia sahaya" balas tok... Tok memberikan salam lalu terus meluncur pergi .... 

Menyedari di alam ini sudah jam 11.45 malam... perjalanan ini sudah di lalui selama 3 jam.... In Sha Allah jika ada yang berkeinginan kepada minyak Cahaya Hijau ini.. boleh la.. tak kisah la walau tok tertambah 1 lagi tanggungjawab... setiap manusia lain peranan dan tugasnya. 


Bercahaya, berbau harum.. kegunaan untuk kekayaan, kenikmatan dunia, keselesaan dan keharmonian dunia. 

Bagitau awal awal...maharnya bernilai Tak Mahu Mahar.... tapi maharnya juga bukan menampakkan tok tamak.. maka ia tidak lebih dan tidak kurang sekitar RM 2k

CARA BERURUSAN