Khamis, 30 November 2017

GELIGA ULAR SAWA GERDONG MAI DAH!!!!!!























Alhamdulillah..GUS ni tok dapat di Gerdong. Nama ular ni Sanca Kembang atau nama Mat salehnya Python Reticulatus..Mujurlah cuma fosil ular jadi batu , kalau ular hidup, ok jugak tu.. boleh tok buat koleksi.. hahaha


Ini ialah fosil ular sawa jadi batu. Geliga ular sawa ini insyallah mampu di jadikan ikhtiar sebagai :

 Penunduk manusia, 
Penunduk jin, 
Penawar gangguan jin (direndam dlm air sambil dibaca selawat, Al Fatihah dan 3 Qul. dihembus ke air dan diberi minum, sapu muka dan kepala. Boleh juga dibuat mandi.)
Dan kes kes kerasukan histeria

Kod Produk : GUS 231117
Bentuk : Permata Ular
MAHAR : RM 250

RM 99.99

PETIR PASIR SPECIAL RARE!!!








Alhamdulillah hadir lagi  petir pasir asli, alhamdulillah.....
Petir pasir ini special , terlihat butiran pasir putih di atasnya , petir pasir ini banyak di lata Chakah, kalau di Johor memang dah tak ada susah nak jumpa dah.

Kegunaannya amat terkenal sebagai :

Penghadang gangguan jin dan syaitan

Pemberat pukulan ( Umum Bagi Petir )

Pembisa ( Umum bagi semua petir )

Penjauh sihir 

Jenis Petir pasir tidak panas dan memudaratkan orang yang sedia panas baran 



Kod Produk : PPSPECIAL 231117
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 250

RM 100




AKIK BUNIAN / JED KUNING BUNIAN











Alhamdulillah.. Salah 1 jenis jed yg disukai khususnya org2 cina iaitu Jed kuning. Istilah di GB Akik Bunian..

Kekuatan alaminya sebagai penarikan kerezekian, sesuai dgn kepercayaan org cina meletakkan batu ini di kedai2 mereka sbg hiasan, tgk kedai depa laku jugak... huhuhu maybe sebab depa jual brg murahla katakan...

Dipakai sbg cincin atau loket, warnanya akn naik lebih dan lebih lg... kalau pergi ke kedai cina sure dorg kagum batu ni di jari andakrn dorg sendiri nk pakai buat batu cincin nk boleh mana?.. mana ada tukang batu canai polish bagai adalah cina, kalau ada, kerjanya krg berhalus dan cantik melainkan jika mereka menggunakan mesin laser yg ada di Korea atau Hong Kong.

Kekuatannya bukan isian, ia alami 100% dan tok jamin 200% ia adalah batu jed kuning asli.


Kod Produk : A.BUNIAN 231117
Bentuk : Jed Kuning
MAHAR : RM 50


GELIGA SULTAN









Alhamdulillah.. amacam?? Asal warna coklat kemerahmerahan tapi bila disuluh dibawahnya warna light pink.. cantik kan?

Alhamdulillah..ini pemberian dari seorang pemerintah dari sebuah kerajaan alam sana. Tidak dibenarkan tok utk revealkannya di sini.. Namun beliau adalah seorang pemimpin yg sgt berwibawa dan kuat beribadah.. no wonder la rakyat di bawah pimpinannya hidup dengan aman damai, alhamdulillah.. 

Firman Allah dlm Surah Al Imran ayat 26: 

Image result for surah al imran ayat 3

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Kandungan ayat ni ialah Jika kita semua adalah org2 yg taat dan patuh kepada Allah nescaya Allahul Malik akan menjadikan org2 yg penuh kasih syg dan beriman sebagai pemimpin kita. Namun andai kita adalah pelaku kemaksiatan, nescaya Allahul Malik akn menjadikan org2 yg jahat sebagai pemimpin kita..

Wallahua'lam..

Geliga ini in sya Allah ampuh dalam:

Kewibawaan
Penunduk
Penaik semangat
Penstabil aura positif dan negatif dlm diri
Penarik kasih sayang



Pesanan kepada yg bakal memiliki geliga ini adalah jadikan ayat diatas sebagai amalan setiap hari. Mudah2an menjadi seorang pemimpin yg hebat krn sesungguhnya setiap dari kita sememangnya adalah pemimpin; pemimpin diri sendiri, pemimpin keluarga, pemimpin organisasi dll.. 

Kod Produk : G.SULTAN 231117
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 222.22

Maaf, barang ni tok dapat 1 saja..Silakan

ZAMRUD COLOMBIA








Hari ni ada 1 ni saja.. memang... tok nak habiskan stok sedia ada ni cepat cepat memandangkan kegilaan kepada zamrud pun nak tamat, tapi tamat kepada yang dah ada... yang dah ada tu, usah simpan.. ada org mintak beli jual aje lah... harga tu kasi sembelih sikit.. hahaha ada untung sikit buat buat bayar umah ke kete ke, sedap jugak , ye dak..kita sama sama berniaga .. tok no hal.. anda beli sini dan jual tempat lain, apa masalahnya, nama pun bisnes what. 

Di atas ialah zamrud jenis zambia dan dari jenis berkualiti..bukan cincai punya barang. 

Ikat cincin sikit, keliling ada permata zircone... Insyallah RM 2000 lepas.. ye.. lepas bang... takut mende,,ni bukan jual berasa ada harga kawalan.. rezeki memasing daa... mana tau anda ni keje dengan vvip.. ada juga peluang tu.. Tok ni sedia la... keliling kucing dan kelulut, depa mana ada duit nak beli, tok yang dok beli makanan ke depa huhu... 

Zamrud zambia adalah dalam kategori zamrud terbaik di dunia, kalau di Marikh wallahualam la jenis apa pulak yang glamer tu. 

Kelebihan zamrud ni sama belaka, mai la mahai ka murah ka... sebab mahai murah ni pada hati manusia, pada nafsu manusia dan pada keperluan manusia yang meniagakannya.. Harga di sini tok cakap terang.. untung sikit saja.. tok tahu anda agak sukar nak berbelanja ribu ribuan untuk 1 barang dan kerana itulah blog GB ni wujud di persada niaga batu permata dan Geliga

Kelebihannya di dalam penarikan rezeki, terutama bagi yang kerja sendiri, kontraktor, bisnesman, penjerat projek dan tender, insyallah... pakai di jari.. keyakinan orang kepada anda tu tinggi nak serah projek itu ini......ini pakai batu zircon.. buat kena gelak je lah kang nanti dengan main con. haha.. Main con pun bukan semua pandai bab batu , dia nampak kat jari zamrud .. respek dan pandangan pada anda tu pasti naik 1 level ke 2 level... ni realiti dan hakikat kehidupan kita...


Kod Produk : ZAMBIA 231117
Bentuk : Zamrud
MAHAR : RM 350

RM 250

YAKUK BIRU








Alhamdulillah.. Blue Sapphire rupanya.... Tu kat FB dok kecoh kecoh tu , ada sampai RM 5k.. ops minta maaf... ada sebiji tu hari tok tanya RM 35k... ya.. itulah harganya alhamdulillah. 

Kelebihan energynya sangat ampuh di dalam :

Kewibawaan yang besar dan tinggi 

Penaik aura diri dan wajah

Penstabil aura diri dan item lainnya

Penunduk manusia dan Jin

Mempunyai energy Ghoib yang diisikan dari Pati diri dalaman tok Muda sendiri



Boleh diisikan jika mahu,seperti biasa RM 50 utk setiap 1 jenis isian.... Harap maklum.



Kod Produk : BSAPH 231117
Bentuk : Yakuk Biru
MAHAR : RM 100

GELIGA TANDUK NAGA




















Geliga Tanduk Naga... Berkebolehan di dalam kekuatan Tenaga Batin Rumahtangga, ramai yang pakai menjadi dan sebilangan tak jadi, tok tatau kenapa tak jadi.. Kalau guru tok dia akan begini, " Tanya Allah jangan tanya Saya ", keras bahasa tu walau dengar macam tak keras, haaaaa.. 

Di Pakaikan di pinggang, 

Jika di jadikan asbab kekuatan tangan, pemberat pukulan , angkat item berat, di pakaikan sebagai cincin.... 

Kelebihan Lain

Menambah kekuatan 

 Kelebihan sebagai penawar santau dan juga Penggerun tahap ampuh 

Rendamkan dan di buat minuman seharian 


Basicnya semua permata dan geliga di GB hanya di jaga dengan di simpan di dalam beras sahaja, Jika anda nak simpan dalam / cara lain silakan, sama saja. 

Kod Produk : GTN 231117
Bentuk : Gtn
MAHAR : RM 150

RM90

Rabu, 29 November 2017

BERYL BUNIAN




















SEMUA SOLD OUT

Alhamdulillah Beryl Bunian untuk di maharkan. Warnanya light green ya tuan2 bukan putih jernih mcm kecubung air tu.. Sebab tula ia dikatakan adik beradik dgn zamrud, cuma zamrud hijaunya lagi gelap..Wallahua'lam.. 

In sya Allah Medium ini semenjak dari dulu mempunyai kelebihan asbab sebagai :

Penarikan dan memudahkan rezeki

Melancarkan urusan seharian

Penaik aura diri dan wajah

Penyejuk bagi mereka yang baran 

Uratnya akan bertambah dan bertambah, kalau yang dah pakai lama tu tahu lah ya


Kod Produk : BERYLB 231117
Bentuk : Beryl Bunian
MAHAR : RM40




CARA BERURUSAN