Memaparkan catatan dengan label KHUTBAH JUMAAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHUTBAH JUMAAT. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2018

KHUTBAH JUMAAT PENDEK-PEMIMPIN

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah ketua (pemimpin) yang adil, dan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat dan baginya azab yang paling pedih ialah ketua (pemimpin) yang zalim". (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.
Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.


Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya.

*BLOG OFF ...JUMAAT



Jumaat, 30 Mac 2018

KHUTBAH JUMAAT



Jangan Bersedih, Selagi Anda Beriman Kepada Allah

Keimanan adalah rahsia di sebalik kerelaan, ketenangan dan rasa aman. Sebaliknya, kebingungan dan kesengsaraan selalu mengiringi kekufuran dan keraguan. Sering saya melihat orang pandai - bahkan orang genius - yang jiwa mereka hampa dari cahaya risalah sehingga pernyataan-pernyataan mereka terhadap perkara-perkara yang berhubungan dengan syariat sangat menyakitkan.

Pendapat Abul 'ala al-Ma'arri tentang syariat: "(Semua yang ada hanyalah) pertentangan dan kita hanya boleh diam."

Sedangkan pendapat Ar-Razi: "Puncak dari keberanian akal adalah keterbelengguan."

Al-Juwaini mengatakan: "Dia tidak tahu di mana Allah berada. Al-Hamadani telah membuatku bingung, Al-Hamdani membuatku bingung, Al-Hamadani membuatku bingung."

Ibnu Sina mengatakan: "Sungguh, akal yang aktiflah yang akan berpengaruh di dunia ini."

Elia Abu Madhi berkata:
Aku tidak tahu dari mana aku berasal.
Meski demikian aku jalani saja hidup ini.
Aku turuti ke mana kaki melangkah.

Dan masih banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang memiliki makna serupa dan dengan kadar kedekatan dan kejauhan yang berbeza terhadap kebenaran.

Saya menjadi tahu bahawa dengan keimanan, manusia akan dapat menggapai bahagia dan dengan kebingungan dan keraguannya dia menjadi sengsara. ungkapan-ungkapan berikut sama ertinya dengan yang telah disebutkan di atas, yang semuanya merupakan kata-kata sombong yang diucapkan oleh Firaun seorang pelaku dosa besar:

...aku tidak mengetahui Rabb bagimu selain aku...
(Al-Qasas : 38)

...(seraya) berkata: "akulah Rabbmu yang paling tinggi."
(An-Nazi'at : 24)

Sungguh, sebuah kekufuran yang telah memporak-perandakan dunia.

James Alien penulis buku How Man Thinks, mengatakan: "Manusia akan tahu bahawa setiap kali manusia mengubah cara pandangnya terhadap sesuatu dan orang lain, maka sesuatu dan orang lain itu akan berubah sikap terhadap dirinya. Biarkanlah orang akan mengubah cara berfikirnya dan kita akan terpeanjat terhadap betapa cepatnya kehidupan materialnya berubah. Sesuatu yang suci yang membentuk tujuan kita adalah diri kita sendir."

Tentang pemikiran yang salah dan pengaruh yang ditimbulkannya.

Allah S.W.T. berfirman:
Tetapi mereka menyangka bahawa Rasul dan orang mukmin tidak sekali-kali akan kembali kepada keluarga mereka selama-lamanya dan syaitan telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu dan kamu telah menyangka dengan sangkaan buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa.
(Al-Fath : 12)

...mereka menyangka dengan sangkaan yang tidak benar kepada Allah seperti sangkaan orang jahiliyyah...
(Ali-'Imran : 154)

James Alien berkata kembali: "Semua yang telah direalisasikan oleh manusia tidak lain merupakan hasil secara langsung dari pemikiran-pemikiran peribadinya. Manusia mampu bangkit, menang dan meraih tujuan-tujuan hidupnya dengan fikirannya. Dia akan sentiasa lemah dan celaka jika menolak untuk memahami ini semua."

Allah S.w.T. berfirman tentang tekad yang kuat dan pemikiran yang benar:

Dan, jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka akan menyiapkan persiapan untuk keberangkatan mereka...
(At-Taubah : 46)

Dalam firmanNya yang lain:
Sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah akan menjadikan mereka mendengar...
(Al-Anfal : 23)

...maka Allah mengetahui apa yang ada di hati mereka lalu Dia turunkan ketenangan atas mereka...
(Al-Fath : 18)



Rujukan :Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan

Penterjemah :
Noraine Abu

Penyunting :
Dr. Mohd Puzhi Usop

Diterbitkan oleh :
Al-Hidayah Publication
27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

Jumaat, 30 Oktober 2015

SALAM JUMAAT

Macam biasa, hari jumaat kita cuti bagi menghormati penghulu segala hari 

Image result for Jumaat

Image result for Jumaat

Mana mana order yang belum sampai setelah melakukan pembayaran selama 3 hari sebelumnya, sila maklumkan kepada Mr Baz 0178259540

Jika anda menghadapi kesulitan di dalam permaharan kami , sila maklumkan kepada Tok terus di 0196046861


===================

KHUTBAH JUMAAT




Jumaat, 25 April 2014

KHUTBAH JUMAAT DI BLOG GB


Setiap perkara yang Allah jadikan itu ada kegunaannya yang tersendiri, namun kegunaan dan khasiatnya itu tidak boleh kita iktikadkan kepada selain dari Allah swt. Hukum bagi muslim yang beriktikadkan kepada Permata dan lupa kepada Allah ialah Syirik sama sekali, Perkataan khurafat tidak wujud di dalam islam melainkan ia di dalam adat istiadat bahasa org melayu. Khurafat bermaksud Karut, tahyul dan mengarut, perkataan ini di wujudkan oleh bangsa melayu yang berada di peringkat atasan yang kononnya tidak mempercayai kewujudan khasiat sesuatu perkara yang Allah jadikan ke atasnya, namun sebenarnya Golongan ini lah yang paling gemar di dalam aktiviti ini ,malah lebih memburukkan, mereka adalah di dalam golongan yang paling kuat memegangnya sebagai penjaga kedudukan mereka. Tidak hanya berkisar ke atas "benda " atau yang merupa bentuk seperti permata, malah jika mengiktikadkan kepada Amalan amalam ayat ayat suci sehingga lupa kepada Allah sekalipun, maka ia sebenarnya mengundang kepada syirik. Namun bukan semua golongan ini mempercayai dan memegangnya dalam diam. 

Penggunaan permata di dalam kehidupan seharian sebagai item yang berkhasiat bukanlah sesuatu yang baru di dalam perubatan dan ikhtiar bangsa seluruh dunia , malah ia bermula semenjak di zaman sebelum kita lagi ,. kita manusia yang " bersifat baru " sebenarnya baru na mengenal hal ini berikutan dakyah dakyah barat yang di sampaikan melalui ideologi sains barat , dan bukannya sains islam. 

Sebagai contoh, Batu serpentinite atau namanya di tempat kita sebagai batu taat wali / Tok wali.... kapurnya di gunakan sebagai salah satu bahan ramuan di dalam sebuah kopi campuran sebuah Syarikat MLM yang terkenal, dan kapur organik ini mempunyai khasiat di dalam memulihkan sistem darah dan imum badan manusia, jika kita lihat menurut sains logikal sekalipun. Setiap batu permata mempunyai warna yang berbeza beza , ini menunjukkan bahawa isi kandungan molekulnya terdiri dari bahan bahan berbeza dan bahan bahan ini tentulah dari bahan semulajadi seperti liquid, mineral, organik dan sebagainya, dan kita sendiri tahu bahawa setiap bahan organik ini ialah dari bahan reputan alam sendiri seperti daun, kayu, akar, batu , tanah dan mineral... 

Bahan bahan ini mempunyia khasiatnya yang tersendiri di dalam bidang perubatan dan sayang sekali sebagai umat islam yang di ciptakan Allah , kita langsung tidak mahu mengiktirafkannya ( permata ) sebagai item yang berguna dan berkhasiat, malah kita sibuk dengan permainan Jin dan lalai dengan permainan Jin, Kita ketahui bahawanya Jin adalah salah satu medium yang mempergunakan sesuatu perkara untuk merosakkan akidah umat islam. 

Kelemahan Bangsa melayu ialah terlalu memandang akan keburukan sesuatu benda, sayang seribu kali sayang belajar sehingga ke tangga Universiti, namun mentaliti masih rendah jauh rendah dari orang afrika selatan. Allah mengurniakan Akal untuk kita membuat pertimbangan antara kebaika dan keburukan dan cara berfikir yang sebenarnya mereka tidak pelajari kerana semasa di dalam study dulu mereka hanyalah panghafal dan bukan pemikir yang rasional

Sekian Khutbah Jumaat Anjuran Blog GB pada kali ini

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia


=======================

Jika anda ingin lebih mendalami akan khasiat dan persempadannya , silakan membaca di sini :


CARA BERURUSAN