Memaparkan catatan dengan label gmg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gmg. Papar semua catatan

Isnin, 15 Januari 2018

MANI GAJAH RARE!!!






Alhamdulillah.. Mani gajah asli tapi ia tergolong dalam golongan rare kerana spotnya yang unik iaitu ada lakaran. Jika ditafsirkan ia adalah lakaran seorang perempuan paras dada dan seorang bayi.. Ada lg ke? Cuba tafsir..hahaha

In sya Allah, sebut je Mani Gajah semua dah sedia maklum ia adalah untuk pengasehan peringkat tinggi..

Silakan, ada 1 ni saja, khusus untuk anda..

Kod Produk : MGR 251217
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 80



Sabtu, 17 Disember 2016

GELIGA MANI GAJAH

























Geliga Mani Gajah.. di dalam golongan GMG yang sejak lama dahulu di maharkan untuk siri pertama sekali. 

Bagi peminat mani gajah, memang tak sah jika tidak melengkapkan koleksi mereka dengan Geliga Mani Gajah Jenis ini yang di perolehi dari Banjaran Nakawan....

Anda ingin tahu di mana puncak Banjaran Nakawan?

Sekiranya anda ingin ke Kuala Perlis, di Highway Negeri Perlis Jalan Changlon - Kuala Perlis, Lihatlah sebelah Kanan anda akan melihat deretan Banjaran terpendek asia dan lihatlah Puncak tertingginya . Di situlah juga terletaknya Rumah Orang Tua Tok.. Seberang jalan sahaja dah sampai Kaki Banjaran di puncak tertinggi itu. Amat mudah sekiranya ingin mencari Tok di Negeri Perlis.. 

GMG jenis ini mempunyai kekuatan Pengasehan, Tok boleh katakan jenis GMG boleh tahan gagahnya kekuatan pengasehan.. Sekiranya anda tidak berkemampuan memiliki MGT atau RMG, maka GMG sudah mencukupi bagi memulakan ujikaji pengasehan Mani Gajah. Bak Kata Pepatah... Tiada rotan Akar pun berguna. 


Di pakai sebagai cincin.. Mengena kulit lebih bagus tidak kena juga tidak apa, kena kulit bukan berkaitan kekuatannya, namun akan menjadikan Permata ini cepat matang dan bertukar warnanya . 


Tidak sesuai kepada remaja Sek Menengah, Adik adik fokuslah belajar dahulu, x payah lah nak cintan cintun ni sat g kang makan penaboh Tok Mat GB saja. 

GMG lebih sesuai kepada mereka yang ada kemampuan untuk membela anak dara orang yang punyai pekerjaan tak apa. Kalau belum ada kerja orang kata jangan lah dok mencari pasal, kelak menyesal


Kod Produk : GMG 141216
Bentuk : GMG Nakawan
MAHAR : 300 Mlr

Sekiranya anda GRAB maka maharnya cuma lah 250 Mlr, sekiranya anda ingin lock deposit sila ikut Mahar di atas




PERINGATAN

Untuk Grab item , anda tidak di benarkan "Jika " dan "Kalau" Contohnya 

" Lock 1A, Jika x dapat Lock 2A " 


Sekiranya admin blog terlepas pandang pelanggan lain sila ambil perhatian, Lock depo, GRAB dengan cara ini adalah tidak SAH sama sekali dan anda boleh melanggar Grab ini tanpa prejudis, Namun pihak GB akan cuba menapis mana mana Komen yang tidak bersesuaian dengan sistem sedia ada tanpa sebarang Pemberitahuan. 

Selasa, 5 Januari 2016

GELIGA URAT MANI GAJAH










Item Super GB pada Minggu Ini..

Amacam, kecubung ka?... ni bukan kecubung.. ini ialah Urat mani gajah atau nama asalnya Akar Mani Gajah. Dalam 1 raw tu akarnya kami dapat cuma sepanjang 5 inci dan selebihnya sudah di jualkan offline kepada peniaga di ganu ni terutama di Pasar Payang. 

Urat Mani Gajah ini mempunyai Energinya tersendiri..Jika di pandang rupanya sahaja kita memang tidak menyangka ia mempunyai energi, bukti ini menyangkal bahawa yang ada BESI sahaja mampu menyalakan Test pen special kami ini. 

Kegunaan untuk pengasehan paling dasyat dalam sejarah Dunia mistik melayu.

Tanpa perlu di asapkan atau di puja dengan ayat ayat isian baik mantera atau ayat ayat Suci, ia sudah memadai dengan apa Yang Allah Ciptakan

Silakan


Kod Produk : GUMG 5116
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 500

Isnin, 28 Disember 2015

MANI GAJAH








\

Mani gajah kelas paling glamour org di luar sana jual... jenis ni lah paling banyak, so yang boleh tok buat di sini ialah Fight Harga, nak letak harga yang tok nak tu tak boleh sat g org kata tok gila... ( RM 0.50 ) , so macam nilah.. tok letak mahar di bawah agar org tak kata tok gila hahahah





Kod Produk : MG 261215
Bentuk: Permata
MAHAR : RM 1.00

Sabtu, 26 Disember 2015

MANI GAJAH










Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah page ini di keluarkan semula memandangkan page lepas celotehnya tak banyak. 

Di atas ialah Mani Gajah Perolehan Ledang sebenarnya... bukan sekutu ok.. Yang sekutu dah lama habis, yillek awal awal lagi haaaa... 

Barang Ledang ni tok dapat pun kebetulan singgah di sana 1 malam sahaja untuk berjumpa Bujang si landak, Puteri Mas Nyawa dan juga Tok Janggut Putih, siapa yang suka berkhalwat ( menyendiri) cuba ke sana malam minggu, insyallah di wakaf wakaf tertentu ada pakcik pakcik duduk bertafakur sorang 1 wakaf, boleh lah nak ajak berbual tentang mistik. 

Batu mani gajah, akik mani gajah atau nama mistiknya geliga mani gajah mempunyai kelebihan pengasehan , pakai saja buat cincin, dan niatkan minta dari Allah . Insyallah boleh lihat kesannya






Kod Produk : MG241215
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 300

Selasa, 10 November 2015

GMG SEKUTU




































































Alhamdulillah segala Puji Bagi Allah yang mentadbir sekalian Alam Yang Maha Pemurah Lagi Maha Kaya. 

Sekarang ni, walau pun tok tak berapa aktif di dalam penarikan, alhamdulillah ditemukan dengan sekutu sekutu dan guru guru di Kelantan yang ingin dan sanggup bekerjasama dengan Tok bagi menjayakan Blog GB ini bersama item item perolehan mereka.

Mari lah Tok bercerita serba sedikit tentang sekutu tok di Kelantan dan Sosialime Kelantan, tah betul ke tak istilah aku pakai ni hahaha.. 

Jika tuan tuan ke negeri Kelantan, Secara Dasarnya kelihatan sama sahaja seperti lain lain negeri , namun jika tuan tuan mencari dan juga menjejak., sama Juga , tuan tuan akan melihat ia tetap sama seperti lain lain tempat. Maksud tok di sini jika anda ingin ke sana mencari Guru Guru Berjasa di Kelantan... Bukan semudah dengan bertanya.. Tuan Tuan kena menetap di sana atau berulang ke sana berkali kali untuk dapat mengenali mereka , menjalinkan hubungan silaturrahim dan sudah tentu untuk mengenali satu satu dari mereka akan mengambil masa yang agak lama, termasuklah kos. 

Dengan Bantuan Abg Megat, Alhamdulillah segala urusan tok di Kelantan Berjalan dengan Lancar sekali, semua sedia maklum tok berjaya menjejak pemilik bertap dan berjaya memaharkan darinya sebilangan besar bertap Yang dimiliki beliau, tidak cukup dengan itu Allah membuka Jalan kepada Tok dengan mengenali lebih ramai Guru guru yang sanggup bekerjasama dan berurusan, Pada ketika hari pertama tok mengenali mereka tuan tuan... Lillah hitaala.. tok amat sedih melihat keadaan mereka. 

Kebanyakan dari mereka hidup susah, malah ada yang kekurangan dari segi kesihatan , terlihat di wajah mereka, dan dari bau bau kata kata mereka penuh dengan kekesalan sikap manusia yang selama ini mempergunakan mereka untuk mencari kesenangan. 

Ada sebelum ini peniaga yang datang berjumpa mereka, bercerita tentang kesusahan dan ingin di support dari segi item penarikan perolehan guru guru ini, maka guru guru ini membantu mereka, malangnya, setelah mereka senang dengan hasil jualan guru guru ini, mereka meninggalkan mereka.... Mudah kata macam ni lah... ibarat kita menebus sesuatu barang katakan lah Rm 50... kita jual RM 600... apa salahnya jika dari 600 ni amik lah Rm 100 - 150 di bagi kepada guru ini sebagai komisen atau anggap sahaja sebagai sedekah. Apa yang tok ingin sampaikan ialah .... kebanyakan ambil dengan harga yang murah, jual dengan harga yang tinggi, harga yang tinggi tu depa telan 100% tak tengok dah guru, kesusahan guru.. jika kita pikir balik, apa Rm 50 tu patut ka dengan usaha penat lelah dia... bila kita sendiri di suruh melakukan amalan puasa, zikir yang banyak untuk menemui ilmu ini, tau.. tau rasa penat, tau rasa beban, last last tak buat. x sanggup. Nasihat tok.. kalau ada lebih lebih, bagi la sikit buat buat habuan anak bini dia. Jangan la dok pikir perut sendiri saja.. insyallah kita baik dengan orang , orang akan baik dengan kita, janji Allah tu Pasti... Allah akan balas dan bagi lebih banyak lagi kepada kita. 

Sewaktu tok berjumpa dengan pakcik pakcik sebaya ayah dan sebaya Tokwan ni. Mereka kelihatan daif, salah satu darinya muka sebiji macam Tok Kenali.... Kalau hangpa p atau selalu lalu di kawasan Bangunan Persekutuan, perasan tak ada 1 lelaki tua bawak guni di belakang... jika jumpa dia hanya senyum saja, jalan sana sini bawak guni, korang tau ka apa dalam guni tu?.... Muka macam tok kenali, agak agak korang sapa dia?.... tu guru tu... guru yang dah tinggal dunia.. yang dah tak da apa apa dan bila tok berbual dengan dia bersama abg megat, dia tidak mengeluh, namun perumpamaan yang dia pakai cukup bagus... Jerung sakit dopleh di rawat ikan ikan kecil dan di bawak duduk dalam 1 sarang, jerung biarlah sama jerung, ikan kecil biarlah sama ikan kecil. Baik guano pun make tetap make... Mato jerung hok kecik tu tetap napok ikan kecil sebagai ikan besar dan jerung tetap make ike kecil ni. guano baik sekali dua jenih ike ni. Katanya sambil senyum... tok menambah, daun tua yang layu akan gugur ke bumi , bila daun muda gugur, daun tuo akan lindung daun muda dari terkena tanah dan lembab, dan daun tua akhirnya akan lembab, daun muda tadi juga nanti akhirnya sama juga nasibnya dengan daun tua tadi , mau atau tidak, daun muda lain pasti akan menimpanya...dan benda ini akan berterusan dari masa ke semasa. 

Itu lah hidup.....itulah dunia.... bukan lama pun dunia ini, sementara sahaja, nak bergelut , nak kalut, nak berlari, nak sakit, nak bahagia, nak rasa miskin, nak rasa kaya, sekejap sahaja.. pejam celik pejam celik pejam celik.... tak lama lagi umur dah 50, tapi kenangan zaman kanak kanak masih lagi kita ingat ibarat baru semalam berlaku.... dah tak lama lagi jika mata pejam terus.... apa benda kita nampak, neraka ka syurga?... Hayat pendek ini bakal menentukan berapa Juta tahun lagi kita akan tempuh di masa akan datang selepas masyar.... jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh lagi... malah jika U tu di panjangkan lagi...... x cukup server blogger menampungnya.... hurmmmmm.......


===============================

Geliga Mani Gajah Sekutu ini alhamdulillah mempunyai kelebihan pengasehan, Guru yang memilikinya ialah seorang yang cacat anggota kaki di mana kakinya kecil dan pendek...bukan tok nak mintak belas, tapi tok nak minta anda fikir... di mana nak jumpa guru ini?.. marilah tok bagitau di mana.... Bangunan Perbadanan Kelantan. di sana ramai peniaga cincin dan ada 2-3 guru yang berniaga di sana... cuba lihat kedai mereka, keadaan mereka.. begitu daif, sedangkan peniaga peniaga yang ambil barang dengan mereka dan mengaku tu lah guru mereka, mengaku dalam blog... mengaku saja, 

Kemampuan GMG ini belum di uji namun tok cukup yakin ia amat kuat kesannya, selepas kami melawat guru daif ini , kami ke sebuah kedai makan di kawasan jalan Tok Guru.. mula masuk kedai tu memang takda orang, nak parking punya susah sebab ia duduk betul2 di simpang 4 traffic light.. memang susah nak park.... sedang menunggu tom yam, baru perasan kedai ini sudah penuh, sampai ada yang beratur nak makan.. alhamdulillah.. untuk pengetahuan , sebelum ini pun kami selalu makan kat sana kerana ia berdekatan dengan kawasan Poksu tinggal, jalan kaki sahaja, dan sememangnya kedai tu sebelum ini agak lengang. 

Wallahualam, mungkin rezekinya Allah perluaskan dan semoga ia terus begitu buat tuan kedai makan ini.,..


Kod Produk : GMG 91115
Bentuk : GMG
MAHAR : RM 350

RM 150

CARA BERURUSAN