Memaparkan catatan dengan label Seminar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seminar. Papar semua catatan

Khamis, 25 Oktober 2012

JADUAL KEM MISTIK TOK MAT G.B

Kem Mistik Bersama Tok Mat G.B Akan Dijalankan Pada Ketetapan berikut :


TARIKH : 7-9 DISEMBER 2012

NEGERI : JOHOR

LOKASI : TG BALAU BEACH RESORT ( LOKASI GPS AKAN DIBERIKAN NANTI )

YURAN : RM 300


- Makan 5x sehari
- Tempat tinggal
- BBQ Udang dan Ikan Segar*
- Dewan



KELENGKAPAN

- Tasbeh ( sila dapatkan jenis Kayu wali suci , gaharu, atau lainnya..kecuali kokka, kemuning, bertam dan kayu bisa lain di larang )

- Wisel ( akan diberikan urusetia kami nanti )

- Lampu Suluh

- Ubat Nyamuk / anti nyamuk

Program ini ialah program kedewasaan, Pihak Kami Tidak akan memperlakukan anda seperti Kanak kanak Atau Pelajar sekolah Menengah.

Chalet Chalet peserta dengan surau Jaraknya cuma 30 Meter, Kita Akan lantik seorang Imam  Dari kalangan peserta Jika Tiada penduduk tempatan Yang Meraikannya.


Bagi Pelanggan Pelanggan Yang Ingin mengikuti Seminar Ini, Pembayaran boleh Mula Dilakukan Mulai Sekarang. 

Bagi Pelanggan dari Borneo, Anda Boleh Landing di Air Port Senai, Tok atau Sahabat Tok Akan Menjemput Anda di sana, insyallah.





Kemudahan :

- Dorm Katil Double Decker 8 Org 4 Buah

* Jika Ingin membawa keluarga, peserta perlu memaklumkan awal kepada kami untuk menempah Bilik, atau anda boleh menempah sendiri melalui kad kredit atau Kad debit kepada pihak Chalet.

- Jeti Memancing

- Pantai Peranginan Terkemuka


Sengaja Tok memaklumkan kemudahan ini agar anda boleh bersedia jika ingin membawa isteri, ibu bapa atau sesiapa sahaja untuk tujuan bercuti. Bagi yang berminat memancing, boleh membawa peralatan memancing untuk mencuba memancing di kawasan berdekatan ketika ada masa masa terluang di dalam Seminar ini.


MODUL SEMINAR 

- Seminar ini dijalankan secara bebas mengikut masa masa yang sudah ditetapkan , di dalam seisi seminar peserta di beri peluang untuk bertanyakan apa sahaja soalan berkaitan mistik, keilmuan dan kebatinan, insyallah tok akan menjawabnya secara umum beserta pengijazahan kepada semua peserta

- Peserta akan di ajarkan Teknik " Pernafasan Maut ", di mana teknik ini akan membangkitkan daya mistik semulajadi yang dahulu ( masa dalam kandungan ) Allah keruniakan kepada kita. Bagi Pelanggan yang pernah datang ke rumah Tok dan mempelajari teknik ini , mereka tahulah macam mana perasaannya apabila seluruh tubuh bergetar seolah olah di kelilingi medan elektrik.

- Peserta akan di dedahkan erti Ilmu Hakikat, erti jurus jarak jauh

- Peserta akan didedahkan dengan Seisi Jati Diri di mana setiap peserta akan di tempatkan berseorangan dengan jarak antara 1 sama lain kurang 100 meter. Semasa seisi ini Tok Mat G.B akan mencuba membuka 7 pintu Alam ghoib agar makhluk halus dari alam Jin dapat keluar dengan mudah untuk memberikan dugaan kepada peserta.




Untuk Urusan KEM MISTIK ini , Sila Hubungi Pengurus Seminar :

Tuan Han : 012-995 5598
Puan Mimie : 012-749 0498



Pendaftaran Di buka Sekarang

Pembayaran Yuran Dari: 

25/10/2012 - 20/11/2012
-----------------------------

Unsur Mistik Sekitar Tg, Balau

Terdapatnya kawasan 7 Pontianak di dalam jarak 800meter dari kawasan chalet

Pantai Tg.Balau Wajib Memakan Mangsa Lemas sekitar 8 orang setahun

Beberapa pengunjung yang datang mandi manda melihat perempuan melambai lambai dari tengah laut , mengakibatkan mereka berjalan tanpa sedar ke arah laut dan akhirnya mati lemas

Kawasan Perkemahan Pantai Tg.Balau Adalah kampung Bunian di mana siang selalu kedengaran orang bercucuk tanam, malamnya terdengar orang berbual dan ketawa

Dari Jeti Tg.Balau 1-3 tahun sekali akan timbul kapal dagang lama yang 1 masa dahulu tenggelam, sebelum timbul akan kelihatan 9 cahaya seperti tahi bintang menjunam jatuh ke dasar lautan, kemudian kapal ini akan muncul di dalam keadaan yang amat mengerikan

Dari Jeti Tg.Balau juga selalu kelihatan Raja Pari Yang besarnya seperti Pulau Timbul dengan atasnya di tumbuhi batu karang , jika dilihat seolah olah pulau batu
* 2 tahun lepas beberapa orang menyewa sebuah sampan besar untuk memancing di tengah laut ( 5km dari darat ), semasa khuyuk memancing seorang rakan merasakan tali jorannya sangkut... bukan kah mustahil di tengah laut boleh sangkut pada kadar -+10 meter, Pemilik sampan yang tahu rahsia kawasan berkenaan cepat cepat menyuruh orang ini tadi memutuskan tali jorannya, dalam keadaan terpinga pinga ia mengikut apa yang di suruh. Enjin bot di hidupkan dan terus memecut pulang ke darat,  sebelum mereka sempat ke darat lagi, benda tu sudah timbul sebesar pulau, sampan yang mereka naiki melambung akibat arus ombak yang amat kuat , namun perjalanan itu diteruskan sehingga ke darat.. kerana jika mereka berhenti... maka mereka seperti menggadai nyawa, kerana apabila ia tenggelam semula, air akan tertarik masuk ke dalam ( arus ) mengikut Raja Pari berkenaan...

Ini ialah cerita benar yang anda boleh dapatkan dari Penduduk sekitar chalet...nanti jangan nangis nangis nak balik pula.


Apa pun Kita doakan agar seisi seminar kita berjalan dengan lancar tanpa gangguan

------------------------------

Rancangan Kem

Kem ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut tahap tahapnya, insyallah peserta yang mengikuti penuh semua seisi akan diuji mengikut keupayaan masing masing setelah tamat seisi seminar tahap advance, di mana peserta insyallah boleh:

- Memindahkan hujan
- Menyedut Jin Di pokok keramat
- Menyedut penyakit
- Menukarkan Pasir menjadi tebuan
- Menukarkan Kayu menjadi besi
- Menyedut Kebatinan Orang lain dan mentawarkannya
- Mampu berinteraksi dengan Makhluk Ghoib
- Menarik keris dan pusaka
- Kebal dan mampu bersilat terbang
- Menukarkan awan menjadi bentuk kalimah " Allah " dan " Muhammad " dalam bahasa Arab
- Penglihatan Menembusi Alam Ghoib 
( Alam Bunian, Jin, syaitan, Iblis, Roh )


Semua ini insyallah boleh anda perolehi dengan keyakinan, Anda buat seperti mana Tok Mat Ajarkan, Tanpa Penafian akal, insyallah anda boleh mencapainya.

Tok dulu suka belajar ilmu Yang ayat ayatnya ringkas, sebab tok tahu akan rahsia ilmu, insyallah, nanti dalam seminar..tok akan bagi tahu rahsianya.

Jadi, Kebolehan di atas juga ialah antara ilmu ilmu yang mudah di capai oleh diri anda, cuma ...jangan ada penafian dari akal sahaja... jika nak menafi... Tuhan kita pun kita akan nafikan... ya lah ..cakap ada tapi tak pernah nampak seumur hidup... akal akan menafikan.... namun Allah itu ada dan wujud... jadi di sini buktinya ada certain part..akal tak boleh pun sebenarnya di guna pakai....

Asalkan benda tu menjadi... baru akal boleh menerima..insyallah

CARA BERURUSAN