Memaparkan catatan dengan label Kem Mistik Tok Mat GB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kem Mistik Tok Mat GB. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2018

KEM MAJLIS KKST 8

Assalamualaikum wbt semua dan salam bahagia.






Pihak Majlis kami akan mengadakan Kem Di Bawah Seliaan Majlis , Dahulunya Kem Ini di kenali sebagai 

KEM MISTIK TOK MAT GB


Dan tenaga Pengajar di dalam Kem Ini Ialah : 


1. Dato' Paduka Khalifah Tok Ayah ( Pemerhati )

2. Paduka Utama Ayahanda Pal, Semalaysia

3. Paduka Ayahanda Pay, Utara

4. Ayahanda Syed Adib, Seremban

5. Ayahanda Syed Ray, Temerloh

6. Paduka Kekanda Chai

7. Adinda Mubin

8. Tiger Aleng


Kehadiran Bersama :

1. Bonda Bonda Dan Memanda Memanda 




Bersamaan Dengan Kehadiran kami ke sana seorang Murid Kesayangan Tok Di Ulu Bendul akan di Naikkan sebagai Ayahanda Kawasan Jelebu atas saranan Ayah Sendiri.


Silubus kem ini adalah sama dengan Silibus Kem Mistik Terdahulu dan ia di buat 3 Sesi iaitu Seisi Pertama, Kedua dan Ketiga.

Kem ini ialah Sesisi Pertama Iaitu peringkat Asas dan Kefahaman dan praktikal Ilmu Terawangan Paling Mudah dalam Dunia , Ilmu Pernafasan Maut ( Pembukaan Seluruh Tenaga Haq Tubuh ) 

Di dalam Majlis kami yang di Pentingkan ialah ILMU dan setiap Ahli kami di lengkapi dengan ilmu serendahnya Ilmu Pernafasan Maut. 

Peserta juga boleh menyertai Majlis Kami jika mahu pada kos yang sudah di bayar ( Yuran ) dan bagi yang belum bersedia maka tidak akan di paksa. Majlis kami memperjuangkan 2 perkara sahaja , Ugama Islam Dan juga Raja Raja Melayu, ringkasnya begitu namun jika di huraikan ia lebih berat dari 3 perkara yang biasa di ketengahkan. Makanya untuk menyertai kami sebagai ahli anda harus mempertimbangkan dengan semasak masaknya. 


Sila Hubungi Ayah Syed jika anda ingin memasuki Kem Anjuran Majlis Kami Sebagaimana yang tertera di Banner di Atas.


Sekian. 





Isnin, 4 September 2017

KEM MISTIK SIRI 2

KEM MISTIK TOK MAT GB SIRI 2 2017 ANJURAN GURU MUDA LONG ZAM 




Assalamualaikum wbt dan dalam sejahtera


Guru Muda Tok akan Mengadakan Kem Mistik yang tok minta. Tok berasa amat tersilap berikrar sedemikian kerana memikirkan murid yang lepas tanpa memikirkan bahawa dari memikirkan murid yang bermasalah, baik tok mencipta murid Baharu.


Namun... Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak kata tak boleh buat apa apa. Dan itu adalah kelemahan dan kesilapan tok sendiri.


Oleh demikian di dalam kem tersebut.. Memandangkan Guru Muda tok juga belum mendapat ilmu sepenuhnya termasuk cara penyampaian di dalam kem. Maka di dalam kem itu... di HADAPAN peserta tok akan duduk mengadap Guru Muda Tok dengan niat mengajar beliau, bersuara lantang di depannya dan beliau akan kembali menyampaikan kepada peserta pula ... ini di panggil Khilaf. Secara tak langsung Guru Muda belajar, dan anda juga di ajar . dan anda akan mendengar 2x benda yang sama. 

Dengan itu ia boleh di katakan sebagai KEM MISTIK TOK MAT GB juga di mana tok juga yang mengajar Ilmu kepada GM, dan GM pula mengajar anda...


Tujuan tok muda bangkit semula ialah kerana memikirkan masa yang kita ada tidak lagi cukup UNTUK 10 tahun...kita tiada masa pun walau untuk 5 tahun akan datang. Tok ingatkan 10 tahun itu masanya, namun rupanya ia akan datang dan hadir lebih awal dari itu.


Untuk BONUS peserta yang hadir akan Tok lengkapkan sendiri dengan :

1. Ilmu Pawang Asmaradana ( Ilmu Cintan cintun / Poligami )
2. Ilmu Perang 

Dua ilmu di atas akan tok ajarkan sendiri...ilmu yang tok takleh ajarkan ialah ilmu Ghoib sahaja..ilmu berkaitan tarik menarik ..secara direct... maka itu tugas GM


Kedua dua ini ialah set lengkap dan di dalam kem ini Tok membawa Sebuah perkara yang istimewa untuk anda saksikan insyallah.


Di dalam kem ini juga anda akan di beri pilihan samada untuk memasuki Kumpulan tok atau hanya sekadar kumpulan murid bagi GM long Zam sahaja. Itu Pilihan anda.


LOKASI : RIMBA KELONG ECO RESORT, ULU YAM, Selangor


TARIKH : 6 Hingga 8 Oktober 2017



Untuk Pendaftaran..Sila Hubungi Guru Muda Tok Sendiri... Jangan call tok tau, sebab ni kem dia, dan dia yang anjurkan..Tok Ada dalam Kem ini buat apa yang tok terangkan di atas.


Sila whatsapp 0197649931

Ahad, 9 Oktober 2016

KEM TAMAT

Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera

Alhamdulillah.. Tok baru sampai di rumah dan dah menerbitkan semua komen anda yang di lakukan dalam tempoh ketiadaan tok dan Mr Baz. 

Item2 yang kita keluarkan ialah item yang pernah keluar di blog dan ada di antaranya belum berbayar ( lock tak bayar ) dan ada juga yang tidak di lock. Tok publishkan semasa ketiadaan tok di sini.. 

Ole ole dari Lata Lasir di kenyir, hurm.. ad alah sikit sikit, tok ambil masa bermandi manda dengan ibu mertua dan isteri tadi dan telah tok serahkan kepada Tukang Canai batu tok untuk di proses... barang menarik ada murid murid tok dapat antaranya Buluh perindu, Senjata lama.. namun senjata lama tok arahkan mereka pulangkan kembali memandangkan ia adalah batu api dari pihak sebelah lain.. parang kerajaan lain di beri kepada murid tok tanpa pengetahuan tuan asalnya dengan cubaan agar mereka berperang pula dengan tok.. ni kes, ada ada saja lah dorang ni, macam budak budak kerajaan dalam tu.. tah hapa hapa...

Selain tu tok bawak balik herba saja untuk di ekstrakkan bersama produk tok lainnya

Urusan berjalan seperti biasa selepas ini


Silakan

Ahad, 10 Mei 2015

SELESAI KEM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah selesai sudah seisi Kem Susulan Bagi Guru Muda Perguruan Kalimah Kilat Samudera Tiga yang berlokasi di Kaki Gunung Tebu , Terengganu Darul Iman

Majlis ilmu yang di jalankan selama 3 hari 2 malam ini memberikan banyak pengalaman baharu kepada Para Guru Muda, Para Fasi dan Urusetia Renjer Hutan Dan alhamdulillah mereka juga kelihatan berminat dan excited di dalam Ritual yang di jalankan oleh Guru Muda , walau pun ia latihan... Alhamdulillah banyak benda nampak real depan mata, Syukran

Bagi Semua Guru Muda yang mengikuti Latihan ini dan yang tiada kesempatan, di maklumkan bahawa pihak penganjur tok akan menganjurkan Kem PENGASEHAN di mana anda sebagai Guru Muda akan di lengkapkan dengan ilmu Pengasehan yang mana ia dari saluran Pawang Asmaradana , insyallah... Mudah mudahan Isteri Banyak .ehhh.... Mudah mudahan mampu membantu bagi yang memerlukan di luar sana.

Maka dengan itu KOMEN DI BLOG INI DI BUKA SEMULA 

Sekian

Rabu, 26 November 2014

TAHNIAH KEPADA PESERTA KEM FINAL















Tok Mat GB idola Makku













Senyuman manis





































Adik bradik M.Nasir Rasanya




Kuat macam badang.... Tok Mat ajar hehehe




Rilek la brader


Merancang nak pukat Kelah ( Krew Houseboat )





Alhamdulillah selesai sudah Kem Final ..... Insyallah bagi penyertaan baru atas tangan TMGB sendiri, jumpa kita lagi 10 tahun mendatang.....

Peserta Kem ini sudah di tauliahkan sebagai Guru Muda dan Diberikan keizinan 500% bagi melakukan pengambilan murid dan melakukan aktiviti kem mereka sendiri tanpa persyaratan kekal Nama, alhamdulillah

Mereka di ajarkan ilmu sebagai Guru Muda dan bukan ilmu sebagai Seorang Murid, maka silibus mereka adalah lebih luar biasa dan tinggi dari mana mana silibus kem kem yang di jalankan lepas

Tahniah Untuk Semua Guru Muda

CARA BERURUSAN