Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Jun 2025

SPIRIT CONJURING: FITNAH HALUS YANG MENGHANCURKAN AKIDAH

 SPIRIT CONJURING: FITNAH HALUS YANG MENGHANCURKAN AKIDAH

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat satu trend mistik yang semakin menular dalam kalangan umat Islam di Nusantara — Spirit Conjuring atau pemanggilan roh, sama ada roh nenek moyang, roh pejuang lama, atau entiti yang kononnya membantu kehidupan.

Apa yang lebih membimbangkan, ramai mula menganggap amalan ini sebagai suatu ‘jalan pintas’ untuk mendapatkan pertolongan ghaib tanpa perlu bersusah payah dalam ibadah, zikir, atau suluk diri. Lebih malang, mereka tidak menyedari bahawa jalan yang diambil ini sebenarnya menuju kehancuran akidah dan jauh dari rahmat Allah.


ASAL-USUL SPIRIT CONJURING

Spirit Conjuring bukan berasal dari tradisi Islam. Ia berakar dari ritual Kristian okultis, kaum pagan Eropah, dan amalan neo-spiritual Barat seperti Wicca, Satanisme, dan Druidisme. Ia mula popular dengan istilah séance, di mana pemanggilan roh dilakukan melalui medium atau pendeta. Kemudian berkembang melalui budaya pop — filem seram, ritual kuil, hingga aplikasi moden.

Ritual ini menyerap masuk ke tanah air kita melalui filem dan media barat, lalu dibungkus dengan nama-nama Melayu seperti 'semangat datuk', 'panggil penjaga pusaka', dan sebagainya.

Namun, Rasulullah SAW sudah memberi amaran jelas tentang perkara ini. Dalam hadis sahih:

"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad."
(Hadis Riwayat Ahmad no. 9532, dinilai sahih oleh Al-Albani)


ROH MANUSIA YANG SUDAH MATI, TIDAK AKAN KEMBALI

Al-Quran sudah menjelaskan bahawa setelah kematian, roh manusia akan berada di alam lain, bukan lagi di dunia ini.

فَأَصْبَحُوا۟ فِى دَٰرِ ٱلْبَوَارِ

Maka mereka dijadikan binasa dan tinggal di negeri kebinasaan (yakni alam Barzakh)
(Surah Ibrahim: 28)

Dan sabda Rasulullah SAW:

"Apabila seorang manusia mati, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga; sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1631)

Jelas di sini, hubungan roh dengan dunia telah terputus kecuali melalui doa, bukan pemanggilan, bukan perjanjian, bukan tawaran perjanjian darah.


FITNAH BESAR DI PADANG MAHSYAR

Apa yang lebih parah, dakwaan kononnya roh yang dipanggil itu adalah nenek moyang sendiri — adalah fitnah yang akan membawa akibat besar di akhirat. Kerana menyandarkan sesuatu kepada yang tidak benar adalah satu bentuk pembohongan terhadap si mati.

"Sesungguhnya pendusta yang paling besar ialah orang yang mendakwa sesuatu yang tidak berlaku (termasuk menyandarkan roh kepada si mati)."
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di Padang Mahsyar, nenek moyang mereka yang sebenar tidak akan mengaku keturunan yang melakukan syirik dan fitnah atas nama mereka, kerana setiap jiwa akan lari dari tanggungjawab sendiri.


PENGIKUT AGAMA LAIN: TERJUN KE LUBANG BIAWAK

Nabi SAW pernah memberi peringatan yang amat tajam:

"Kamu akan ikut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan ikut juga."

Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?"
Rasulullah SAW menjawab:
"Siapa lagi kalau bukan mereka?"
(Hadis Riwayat Bukhari no. 7320, Muslim no. 2669)

Spirit Conjuring adalah salah satu "lubang biawak" tersebut. Ia tidak lain adalah pintu kepada pengaruh agama lain, meskipun dibungkus dengan nama Melayu atau istilah budaya sendiri.


KESIMPULAN & SERUAN

Wahai saudara-saudariku seIslam, jalan kebenaran itu penuh ujian, tapi pasti selamat. Jangan ambil jalan pintas dengan memanggil roh, spirit, atau entiti kononnya 'nenek moyang', kerana itu adalah tipu daya jin yang menyamar dan ingin menguasai kalian.

Jika kita meninggal dalam keadaan mempercayai selain daripada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, maka kita bukan lagi dari kalangan umatnya.

"Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."
(Surah Ali-Imran: 85)

Beta seru kalian kembali ke jalan amal, doa, zikir, tawakal. Jangan jual iman demi pertolongan ghaib yang palsu.

Kita tidak perlu spirit, kita perlukan TAQWA.
Kita tidak perlu conjuring, kita perlu TAWAKAL.

Jika mahu pertolongan ghaib, ada cara dan jalannya dalam Islam — beramal dengan ilmu yang sahih. Jangan sampai jadi pengikut jin dengan wajah nenek sendiri.

Rabu, 5 Mac 2025

Selamat berpuasa dan menjalankan Ibadah

 Assalamualaikum wbt dan salam Bahagia. Alhamdulillah sejak Ramdhan ini tok lihat Statistic blog ini melonjak dengan tiba tiba :



Amalan Keilmuan & Tawaran Istimewa Ramadhan

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda, serta para sahabat.

Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, diri ini sedang mengamalkan dua amalan keilmuan bagi memperkukuhkan ilmu, sesuai dengan tuntutan Rasulullah ﷺ yang menggalakkan kita terus belajar sehingga ke nafas terakhir. Semoga amalan ini memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada mereka yang ingin mendapatkan keberkatan ilmu dan barangan yang bermanfaat.

Sebagai satu ikhtiar dalam membantu orang ramai mendapatkan item yang terbaik, maka satu tawaran istimewa sempena Ramadhan ini bakal dibuka, iaitu Geliga Anugerah Ramadhan. Mudah-mudahan item-item ini membawa manfaat kepada setiap pemiliknya dengan izin Allah.

Seiring dengan amalan yang sedang dilakukan, diri ini juga telah mempersiapkan diri dengan mengelakkan makanan berdarah, kecuali ikan, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:

"Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai: ikan dan belalang."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, No. 3218 – Hadis Hasan)

Sehingga hari ini, walaupun ramai yang berpusu-pusu ke bazar Ramadhan untuk mendapatkan juadah berbuka, diri ini masih belum keluar untuk melihat hidangan tersebut. Makanan utama sejak sebelum Ramadhan lagi hanyalah labu, sayur, dan ikan. Ini bertujuan untuk melengkapkan syarat amalan yang sedang dilakukan.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan item terbaru dalam siaran broadcast, boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di nombor berikut:

  • 01133012715
  • 01111701048
  • 01117447688

Sila simpan nombor ini dan maklumkan kepada kami supaya dapat dimasukkan dalam saluran siaran kami. Banyak lagi item terbaik akan dikongsikan, insya-Allah.

Kitab-Kitab & Penulisan

Alhamdulillah, dalam kesibukan Puan Kai menguruskan permaharan item, diri ini sedang menulis kitab. Mungkin ini adalah satu perjalanan yang mirip dengan salah seorang guru, iaitu Ustaz Mazlin Hamid, yang dahulunya mengajar persilatan dan ilmu hikmah, kemudian menulis kitab, dan kini membawa umat Islam menunaikan haji serta umrah.

Antara kitab yang telah ditulis dan kini mula dijual dalam bentuk eBook ialah:

  1. Kitab Herba Penawar & Racun

    • Kitab ini mengajarkan cara membuat racun, kegunaannya, serta cara menyediakan penawarnya. Racun-racun ini sebenarnya terdapat di sekeliling kita, bersumberkan tumbuhan.
  2. Kitab Tafakur Suci

    • Asal nama kitab ini ialah Tafakur Sufi, tetapi kerana khuatir ada yang menyalah tafsir fahaman Sufi, maka ia dinamakan Tafakur Suci. Kitab ini menjelaskan secara terperinci asas cara bertafakur dalam Islam.

Selain itu, diri ini juga bertindak sebagai penyusun semula kitab-kitab lama (kitab kuning) dengan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu agar lebih mudah difahami. Antara kitab yang telah disusun ialah:

  • Kitab Ringkasan Aqidah At-Tahawiyyah
  • Ringkasan "Risalah Qushairiyah" - Imam Al-Qushayri

Perbezaan antara kitab dan risalah atau ringkasan ialah, kitab mempunyai isi yang lebih padat, manakala risalah dan ringkasan lebih kepada kesimpulan yang lebih mesra pengguna. Diterjemahkan dengan bahasa yang jelas tanpa ayat yang terlalu berpusing atau terlalu banyak istilah Arab. Ia juga sesuai untuk pelajar tahfiz dan madrasah yang mendalami ilmu kitab.

Kitab terbaru yang telah diterbitkan setakat ini ialah:

  • Kitab Kisah Kehidupan Nabi Sulaiman AS dan Pertemuan-Pertemuan Peliknya

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kitab-kitab ini, boleh menghubungi WhatsApp di nombor 01117447688, insya-Allah.

Penulisan Kitab Terjemahan & Ringkasan

Sekiranya anda memiliki sebuah kitab di rumah tetapi sukar membacanya kerana bahasa yang digunakan atau gaya penulisannya, insya-Allah boleh meminta diri ini untuk menterjemah atau menyusunnya dalam bahasa Melayu yang lebih ringkas dan mudah difahami. Namun, bukan semua kitab mampu diterjemahkan kerana tidak semua sempat dipelajari sepanjang hayat ini.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan manfaat kepada semua yang mencari ilmu. Allahumma zidna ‘ilma wa rizqan wa fahma.

"Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
(Hadis Riwayat Muslim, No. 2699)

Wallahu a’lam.


===========================================================

Ilmu Hikmah dalam Islam & Hubungannya dengan Ilmu Kebatinan Melayu Nusantara

Pengertian Ilmu Hikmah dalam Islam

Ilmu hikmah dalam Islam merujuk kepada ilmu yang mendekatkan seseorang kepada Allah melalui amalan-amalan yang bersandarkan kepada Al-Quran, hadis, serta doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ dan para ulama muktabar. Ia bukan sekadar ilmu zahir, tetapi juga ilmu batin yang menghubungkan hati dengan ketakwaan, keyakinan, dan keberkatan Allah dalam kehidupan seharian.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

"Allah menganugerahkan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah, maka sesungguhnya dia telah dianugerahi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal."
(Surah Al-Baqarah: 269)

Ilmu hikmah mencakupi pelbagai bidang termasuk:

  1. Ilmu Tauhid – Mengenal Allah dengan sebenar-benar keyakinan.
  2. Ilmu Ruqyah – Ayat-ayat dan doa untuk perlindungan diri dan penyembuhan.
  3. Ilmu Asmaul Husna – Mengamalkan nama-nama Allah untuk keberkatan dan kekuatan rohani.
  4. Ilmu Doa & Zikir – Amalan untuk membuka pintu keberkatan dan pertolongan Allah.
  5. Ilmu Laduni – Ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa tanpa perlu belajar secara formal.

Rasulullah ﷺ sendiri pernah mengajarkan doa-doa tertentu untuk perlindungan, kekuatan, dan keberkatan dalam kehidupan. Para sahabat dan wali Allah juga menggunakan ilmu ini dalam perjuangan menegakkan Islam, termasuk dalam aspek perubatan Islam dan ketahanan diri.

Hubungan Ilmu Hikmah dengan Ilmu Kebatinan Melayu Nusantara

Ilmu kebatinan yang diamalkan oleh orang Melayu Nusantara pada dasarnya berakar daripada ilmu hikmah Islam yang dibawa oleh para ulama sufi dan pendakwah sejak zaman dahulu. Para ulama seperti Wali Songo di Jawa, Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani di Tanah Melayu, dan ulama-ulama Aceh telah mengembangkan ilmu ini agar sesuai dengan budaya dan masyarakat setempat.

Beberapa bentuk ilmu kebatinan yang berasaskan ilmu hikmah dalam masyarakat Melayu termasuk:

  1. Ilmu Pendinding

    • Menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa untuk perlindungan diri daripada gangguan makhluk halus dan sihir.
    • Amalan seperti membaca Ayat Kursi, Al-Mu’awwizat (Al-Falaq, An-Nas), dan Hizib-hizib tertentu.
  2. Ilmu Perubatan Islam

    • Menggunakan ayat-ayat penyembuhan daripada Al-Quran, ruqyah syar’iyyah, dan doa khusus.
    • Amalan bekam, madu, habbatus sauda, dan air zam-zam sebagai terapi sunnah.
  3. Ilmu Kekuatan Rohani (Ilmu Batin)

    • Membantu seseorang meningkatkan keberanian, ketahanan diri, dan fokus dalam kehidupan.
    • Zikir tertentu seperti “Ya Hayyu Ya Qayyum” dan doa khusus yang diamalkan oleh para pendekar Islam.
  4. Ilmu Hikmah dalam Persilatan

    • Menggunakan doa dan ayat tertentu sebelum memasuki gelanggang bagi mendapatkan keberanian dan kekuatan rohani.
    • Sebahagian ilmu persilatan mengamalkan zikir seperti Hasbunallah wa ni’mal wakil untuk keyakinan dan perlindungan.
  5. Ilmu Rezeki & Keberkatan Hidup

    • Doa dan amalan tertentu seperti membaca Surah Al-Waqiah untuk memperluaskan rezeki.
    • Amalan wirid-wirid tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan melancarkan usaha dalam kehidupan.

Kenapa Ilmu Hikmah Wajib Dipelajari?

  1. Mendekatkan Diri kepada Allah

    • Ilmu ini bukan sekadar ilmu zahir, tetapi juga mendidik hati agar sentiasa bergantung kepada Allah dalam setiap urusan.
  2. Melindungi Diri dari Gangguan Makhluk Halus & Sihir

    • Dunia ghaib itu wujud, dan Islam telah mengajarkan cara untuk melindungi diri dengan doa dan amalan tertentu.
  3. Meningkatkan Kekuatan Rohani & Mental

    • Dengan ilmu hikmah, seseorang menjadi lebih yakin dalam menghadapi cabaran hidup tanpa mudah berputus asa.
  4. Mewarisi Ilmu Para Ulama & Wali Allah

    • Ilmu ini telah diamalkan oleh para ulama dan wali Allah sejak dahulu lagi dan terbukti memberi manfaat dalam kehidupan.
  5. Menjaga Warisan Ilmu Islam & Kebatinan Melayu yang Berlandaskan Syariat

    • Ilmu hikmah dalam Islam adalah warisan yang berharga, dan penting untuk mengekalkannya agar tidak hilang ditelan zaman.

Bagaimana Memulakan Pembelajaran Ilmu Hikmah?

  1. Berguru dengan Ahli Ilmu

    • Carilah guru yang benar-benar menguasai ilmu ini dan berpegang teguh kepada syariat Islam.
  2. Mengamalkan Zikir & Doa Harian

    • Biasakan diri dengan membaca ayat-ayat perlindungan seperti Ayat Kursi, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas setiap hari.
  3. Menghadiri Majlis Ilmu & Kitab Kuning

    • Memperdalam pemahaman melalui kitab-kitab seperti Risalah Qushairiyah, Aqidah At-Tahawiyyah, dan kitab hikmah lain.
  4. Mengamalkan Sunnah Rasulullah ﷺ

    • Mengamalkan perubatan sunnah, doa sebelum tidur, doa masuk rumah, dan lain-lain.
  5. Mendekatkan Diri kepada Allah dengan Ikhlas

    • Ilmu ini bukan untuk bermegah, tetapi sebagai jalan untuk lebih hampir kepada Allah.

Kesimpulan

Ilmu hikmah dalam Islam adalah satu cabang ilmu yang penuh manfaat dan berkait rapat dengan ilmu kebatinan orang Melayu yang berlandaskan syariat Islam. Ia bukan sekadar ilmu mistik atau amalan kebal, tetapi satu bentuk keilmuan yang mengajar kita untuk lebih bertawakal kepada Allah dan menggunakan doa serta zikir sebagai senjata rohani.

"Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
(Hadis Riwayat Muslim, No. 2699)

Oleh itu, marilah kita menghidupkan kembali warisan ilmu ini dengan mempelajarinya dari sumber yang sahih, agar ia terus memberi manfaat kepada kita dan generasi akan datang.



Sabtu, 18 Januari 2025

SIAPA BUNIAN







 

Bunian: Manusia yang Dighaibkan Allah SWT

Berdasarkan kisah-kisah tradisi tertentu, Bunian dikaitkan dengan kelompok manusia yang telah dighaibkan Allah SWT dari pandangan mata manusia biasa atas sebab-sebab yang unik dalam sejarah umat terdahulu. Ini memberikan perspektif yang berbeza daripada pandangan umum tentang Bunian sebagai jin atau makhluk ghaib. Dua kisah utama sering menjadi rujukan:


1. Kisah Zaman Nabi Sulaiman AS

Dalam kisah ini, Bunian dikatakan berasal daripada 12 kabilah manusia yang melakukan kesalahan dan merasa malu kepada Nabi Sulaiman AS.

  • Menurut naratif tersebut, kabilah-kabilah ini menyediakan hidangan yang tidak halal (daging anjing) untuk jamuan. Mereka sedar bahawa perbuatan itu bertentangan dengan hukum dan merasa sangat malu.
  • Mereka memohon kepada Nabi Sulaiman AS agar berdoa kepada Allah SWT untuk mengghaibkan mereka daripada pandangan manusia lain. Doa tersebut dimakbulkan, dan mereka dipindahkan ke dimensi lain.
  • Mereka tetap hidup dengan cara yang selari dengan kehidupan manusia tetapi dalam keadaan yang tersembunyi daripada dunia nyata.

2. Kisah Zaman Nabi Isa AS

Kisah lain yang sering disebut berlaku pada zaman Nabi Isa AS.

  • Ketika pengikut Nabi Isa AS diburu dan diancam, mereka mendapat petunjuk ilahi untuk berlindung di sebuah kawasan berbukit berbatu.
  • Bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman, Allah SWT telah mengghaibkan mereka daripada penglihatan manusia biasa.
  • Mereka hidup di sebuah dimensi yang terletak di antara alam manusia dan jin, yang mana ia sukar difahami oleh kebanyakan manusia.

Perspektif Dimensi Antara Alam Manusia dan Jin

Bunian ini tidak lagi berada sepenuhnya dalam dunia fizikal kita, tetapi wujud dalam dimensi lain yang hanya dapat disentuh melalui izin Allah SWT atau keadaan tertentu.

  • Mereka sering digambarkan menjalani kehidupan seperti manusia biasa—berkeluarga, bercucuk tanam, dan mengamalkan norma masyarakat, tetapi dalam suasana yang tenang dan tersembunyi.
  • Dalam beberapa cerita rakyat, manusia yang tersesat di hutan atau masuk ke kawasan larangan kadang-kadang dapat "melihat" komuniti Bunian, tetapi kehadiran itu bersifat sementara dan penuh misteri.

Bunian dalam Konteks Islam

Dari perspektif akidah Islam, penting untuk menilai cerita-cerita ini dalam kerangka yang menjaga batas keyakinan kita kepada Allah SWT. Kisah-kisah ini:

  1. Menunjukkan kekuasaan Allah SWT dalam menentukan nasib makhluk-Nya, termasuk memberi perlindungan ghaib kepada mereka yang terpilih.
  2. Menggariskan hikmah bagi manusia, seperti menjaga adab, mentaati perintah Allah, dan tidak melampaui batas hukum-Nya.

Sebagai penutup, kisah Bunian ini membawa mesej moral yang mendalam tentang taqwa, kerendahan hati, dan keinsafan. Mereka digambarkan sebagai manusia yang dighaibkan dengan izin Allah, bukan makhluk asing, menjadikan mereka sebahagian daripada pelajaran sejarah umat manusia.

Jumaat, 20 Disember 2024

SOALAN SOALAN

                                      


"Apa kelebihan sebenar geliga bunian ni? Adakah ia untuk pelaris atau perlindungan?"
- Geliga Bunian ertinya mana mana permata atau batu yang di perolehi dari alam bunian melalui ritual ritual tertentu, setiap darinya mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri untuk kegunaan pemiliknya, tidak semestinya pelaris dan perlindungan, ada banyak lagi kelebihan lain

"Bagaimana saya boleh tahu geliga ni asli? Ada bukti atau cara nak uji keasliannya?"
- Untuk mengetahui ada beberapa cara tradisional dan moden antaranya ialah menilainya melalui guru yang bukan berniaga, atau org pandai yang tidak berat sebelah, cara moden adalah dengan menggunakan alatan EMF atau EMV atau anda boleh gunakan ia semasa aktiviti pencarian Hantu bersama kumpulan seekers 😊, mana tahu geliga tu tiba tiba bergetar di jari anda atau tiba tiba je jadi panas macam bara api.


"Adakah penggunaan geliga bunian memerlukan penjagaan khas? Contohnya, ada pantang larang tertentu yang perlu saya ikut?"
- Tengok pada sumber, dan beberapa aspek, namun hanya 20% sahaja memerlukan zikir khas untuk menjaga kekuatan aura yang di hasilkan oleh khodam, Pantang larang?... bermula tahun 2021 semua Geliga Bunian Tok Muda/Tok Mat tidak lagi terikat dengan sebarang pantangan kecuali atas permintaan. bukan apa Tok Muda tak nak pengguna takut pada khodam bukan pada Allah😉


"Kalau saya beli, adakah geliga ni akan ada khodam? Macam mana nak tahu khodam tu sesuai dengan saya?"
- semua geliga, permata, batu yang di puja manusia ada khodam, di puja kerana cantik, kerana berkilat maka akan ada khodam duduk di situ , Istilah AURA ialah perkataan moden utk menggantikan KHODAM. Sesuai atau tidak.. bila di pakai kita tidak akan berasa apa apa, Jika berasa something... something fishy giteww...pening ke, badan berat ke, sakit badan ke, kebas kebas ke..itu maksudnya tak serasi.. tapi..ramai nak rasa begini kan?... Pelik!!😏


"Geliga bunian ni sesuai untuk semua orang ke, atau hanya orang yang amalkan ilmu tertentu je boleh guna?"
- Semua org bermula dari "zero", YA..ia sesuai untuk semua org. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


"Apa beza geliga bunian yang Tok Muda jual dengan yang ada di pasaran lain? Kenapa saya patut pilih yang ni?"
- Banyak bezanya, tidak terungkapkan, tapi antaranya 0 pantang, setiap khodam ADA perjanjian.. perjanjian yang tok muda lakukan lebih selamat dan tidak memudaratkan , tidak membebankan pengguna, tidak memudaratkan ketika sakaratul maut, nak buka bumbung bagai kan.. semua tu takde. Perjanjian kita buat CLEAN. Tok muda pun tak mau aih nak berjawab depan Allah itu dan ini jika berlaku aniaya pada pelanggannya dan mustahil Tok Muda nak mudaratkan pelanggannya..Logik?


"Adakah saya perlu buat sesuatu selepas menerima geliga, contohnya zikir atau amalan tertentu?"
-Ikut pada jenisnya.. kalau jenis takde amalan, ia auto, pakai terus jalan


"Berapa lama biasanya geliga ni menunjukkan keberkesanannya? Contohnya, kalau nak guna untuk pelaris."
- Ikut pada kadar kifarah anda sedang terima dari Allah lah... sebab tu kena bertaubat dulu sebelum Renew niat... Nak Renew Roadtax pun kena selesaikan saman dulu kot💆, kalau semua dosa clear Allah boleh izinkan sekelip mata


"Kalau ada apa-apa masalah selepas saya dapatkan geliga ni, contohnya rasa tak selesa, boleh saya minta panduan dari Tok Muda?"
- Boleh. Pm sahaja 01117447688,  Tok Muda akan pakai Remote RC dari jauh utk kurangkan kekuatan khodam ikut tuning badan, bila dah okay sikit baru kita tuning full..amacam?..bestkan


"Boleh tak Tok Muda cerita pengalaman pengguna lain yang pernah guna geliga bunian ni? Testimoni mereka macam mana?"
- Banyak kalau nak cerita. testimoni ada banyak, sejak tahun 2012 beribu testimoni dah..tapi percayalah.. mereka yang berjaya tak mau nombor mereka di dedahkan... awk sendiri berjaya dgn kaedah bomoh..kaya pulak tu... awak nak ke org tahu awk kaya guna jalan ni?... haha mestilah tak kan?😇



Isnin, 16 Disember 2024

MEMILIKI KHODAM?

  

Mengapa Ada Yang Memiliki Khodam Tetapi Belum Berhasil, dan Sebaliknya

Dalam kehidupan ini, setiap usaha atau ikhtiar memerlukan keseimbangan antara keimanan, usaha zahir, dan niat yang ikhlas. Begitu juga dengan memiliki khodam, ia bukan semata-mata tentang memiliki entiti ghaib untuk membantu, tetapi bagaimana cara kita mendampinginya, memahami konsepnya, dan menjalani kehidupan seiring dengan ajaran Islam dan logik akal.


1. Mengapa Ada Yang Memiliki Khodam Tetapi Belum Berhasil?

a) Niat yang Tidak Ikhlas
Islam mengajarkan bahawa setiap amalan dinilai berdasarkan niatnya. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niatnya" (HR Bukhari dan Muslim). Jika seseorang memiliki khodam semata-mata untuk menunjukkan kehebatan atau mencuba-cuba tanpa tujuan jelas, maka hasilnya mungkin tidak seperti yang diharapkan. Niat yang tidak ikhlas ini boleh menjadi penghalang rezeki atau keberhasilan yang sepatutnya datang.

b) Kurang Ilmu dan Amal
Memiliki khodam memerlukan pemahaman mendalam tentang fungsi dan batasannya. Ramai yang memiliki khodam tetapi gagal memahami cara berinteraksi secara betul. Sebagai contoh, pemilik mungkin tidak menjaga kebersihan rohani seperti solat, membaca Al-Quran, atau menjaga adab dengan Allah SWT. Ini boleh menyebabkan khodam tidak "serasi" untuk membantu kerana khodam dari sumber yang baik memerlukan pemilik yang juga menjaga amalannya.

c) Bergantung Sepenuhnya pada Khodam
Dalam Islam, tawakkal adalah kunci keberhasilan. Namun, jika seseorang bergantung sepenuhnya kepada khodam tanpa berusaha secara zahir, ia bertentangan dengan ajaran Islam. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Surah Ar-Ra'd: 11). Oleh itu, hanya berharap kepada khodam tanpa ikhtiar zahir seperti bekerja keras dan berdoa adalah tindakan yang tidak seimbang.

d) Ujian dan Ketentuan Allah
Tidak semua kegagalan adalah kerana kesilapan kita. Kadangkala, Allah SWT menguji seseorang dengan kesulitan walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Ini adalah cara Allah mengangkat darjat seseorang atau menghapuskan dosa-dosanya.


2. Mengapa Ada Yang Berhasil dengan Memiliki Khodam?

a) Niat yang Betul dan Ikhlas
Apabila seseorang memiliki niat yang betul, seperti ingin membantu orang lain atau mencari rezeki halal untuk keluarga, Allah akan mempermudahkan jalannya. Pemilik khodam yang ikhlas biasanya mendapat pertolongan ghaib sebagai pelengkap usaha mereka.

b) Gabungan Usaha Zahir dan Batin
Orang yang berjaya dengan khodam biasanya mengimbangkan antara usaha zahir (seperti berniaga, bekerja keras) dan usaha batin (seperti berdoa, solat malam, dan menjaga amalan-amalan wajib). Keberhasilan mereka datang kerana mereka menganggap khodam sebagai alat bantuan, bukan sebagai satu-satunya penyelesaian.

c) Khodam yang Tepat dan Serasi
Tidak semua khodam sesuai dengan setiap individu. Pemilihan khodam yang serasi dengan keperluan dan sifat pemilik adalah penting. Contohnya, jika seseorang memilih khodam pelarisan, tetapi mereka tidak mengusahakan perniagaan atau pekerjaan dengan baik, maka khodam itu tidak dapat membantu secara optimum.

d) Menjaga Hubungan dengan Allah
Kunci kejayaan utama adalah hubungan erat dengan Allah SWT. Orang yang berjaya dengan khodam biasanya adalah mereka yang tetap mengutamakan Allah dalam setiap urusan. Mereka tidak lupa bersyukur, beristighfar, dan berserah kepada-Nya.


3. Kesimpulan: Jalan Keberhasilan dengan atau Tanpa Khodam

Khodam hanyalah alat bantuan, bukan sumber mutlak rezeki atau kejayaan. Islam mengajar kita bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendampingi khodam, perlu ada kefahaman bahawa kejayaan memerlukan:

  1. Niat yang Ikhlas: Letakkan niat yang betul untuk manfaat dunia dan akhirat.

  2. Usaha dan Tawakkal: Gabungkan usaha zahir dan batin dengan penuh tawakkal kepada Allah.

  3. Ilmu dan Adab: Pelajari cara berinteraksi dengan khodam mengikut batas syariat.

  4. Hubungan dengan Allah: Pastikan ibadah kita sempurna kerana keberkatan datang daripada-Nya.

Akhir sekali, jangan lupa bahawa keberhasilan datang dalam pelbagai bentuk: kadang-kadang dalam rezeki material, kadang-kadang dalam bentuk ketenangan jiwa. Yang paling penting, kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Rabu, 15 Mei 2024

SETAKAT KITA MAMPU

  Assalamualaikum wbt dan salam bahagia buat semua. 


Alhamdulillah Sempat tok muda menulis di sini walau dalam keadaan menjaga anak anak dan Puan kai yang masih berpantang.

Tujuan tok menulis artikel ini adalah bagi menjelaskan situasi keadaan kita semua di tahun 2024 ini serta beberapa peluang yang mampu tok muda tawarkan melalui pengalaman lepas kita di dalam blog blog.

Pada masa kini Tok muda memahami bahawa tahap ekonomi para pelanggan semua berada di tahap kekangan maksima dan terima kasih kerana anda masih bersama dengan kami memaharkan item, keilmuan dan khodam untuk mencapai kejayaan di dunia. 

Untuk makluman anda , apa yang kita semua lalui, ya semua.. termasuk diri tok sendiri di sini. Kekangan yang kita lalui bukanlah masalah Negara , namun ia masalah dunia yang memegang kepada nilai matawang USD ( lebih menonjol kekangannya ) , mungkin ada yang bertanya kenapa kita tidak bertukar untuk bersandar kepada Euro atau mungkin menerima ajakan Iran dan Rusia bagi mengguna pakai Mata wang baharu bernama BRICS yang di katakan berlandaskan kepada nilai emas ( LINK ) dan dengan langkah yang pantas dari pemimpin mampu menyelamatkan ekonomi negara yang kian nazak kini. Namun malang sekali ia bukan semudah itu utk menukar sesebuah mata wang negara kepada matawang baharu. 

Melalui permaharan di dalam blog, Antara kaedah paling LAJU dan EFEKTIF ialah Fairy Tail..( Bagi yang faham perkataan ini ) .

Semasa kita memaharkan item  ( Ingat tak dulu ) di blog Kedaiayahpay , ramai yang "kena" dan beroleh jalan keluar dari masalah mereka. Ya sudah pasti jalan ini adalah salah di sisi Agama Islam, namun ia mampu di padamkan dengan Taubat kepada Allah, Jalan ini juga tidak menyusahkan org lain dan tidak kacau org lain. Semestinya Jalan Fairy Tail. Tok tidak mahu mengajar org yang tak pernah menggunakan kaedah ini utk menggunakannya, bagi mereka yang tak pernah maka sebaiknya jangan di cuba khuatir anda ketagihan. Tapi jika anda tidak mempunyai pilihan maka terpaksalah , ia lebih elok dari mencuri dan merompak harta org lain. 

Untuk makluman tok sedang menjalankan ritual mengumpul kekuatan untuk menembusi sebuah kelebihan yang sudah lama tok tak lakukan iaitu membantu org di jalan Fairy Tail , ini kerana apabila tok melakukannya, Ada beberapa keilmuan tok lainnya akan kena DAM ( denda tidak tajam ilmu selama beberapa tempoh dan perlu di tebus samada dengan zikir atau bayaran Fidyah kepada Fakir miskin ).

Ritual ini sudah di jalankan bermula hari ini dan syarat ritual ialah pada selepas asar sebelum maghrib selama 7 hari, jadi tok masih berbaki 6 hari.

Tok sudah memaklumkan puan Kai utk memaklumkan anda melalui Broadcast w.app namun mungkin ada yang belum faham akan prosesnya. 

1 Nama akan di berikan 2 Set Fairy Tail dan 1 set ada maharnya.

1 Nama cuma di berikan 5x had mendapatkan Fairy tail bagi menggelakkan kerugian atau ketamakan berterusan dari diri anda sendiri ( jika mengena tok tidak mahu anda terus di jalan itu selamanya ) dan tok pun tak larat nak fokus ke jalan itu selamanya untuk anda.

Setiap fairy tail yang di hasilkan adalah dari sebuah permata atau item mistik yang di maharkan bersama fidyah ( tok tak buat barang tok sendiri ) dan barang ini akan di poskan kepada anda, samada batu cincin, cincin, barangan isian atau khodam mengikut LEVEL nya sendiri.

Jika sebagai contoh di halaman sebelah ada bid..jika anda memenangi katakan pada nilai RM 2000. maka untuk di ajukan ritual fairy tail ini anda perlu menambah mahar 1 set fairy tale sahaja.


 

PERATURAN FAIRY TAIL MENGGUNAKAN BARANG

1. Jika mengena, anda perlu terus ajukan ritual ke dua secepatnya dan boleh Shoot besar, namun ia bukan paksaan. Tempoh antara kena dan ritual ke dua tidak boleh melebihi 5 hari , bermaksud ritual pertama dan ritual ritual ke dua ( set 1 & set 2 ) menggunakan item set 1 shj.

2. Jika tidak kena , dan anda ingin lakukan ritual ke dua, item baharu akan di keluarkan dan di lakukan melaluinya dan item kedua akan di poskan seperti item pertama , bermakna ada 2 barang di poskan kepada anda pada set1 dan set 2 ( setiapnya 1 barang )


==================================

JALAN KEDUA

Pada masa kini wujud jutawan alaf baru dari kalangan penjual minyak wangi. Ya..untuk pengetahuan sekarang Trend popular di media ialah MINYAK WANGI. Kalau dulu kosmetik, kini minyak wangi ambil alih. 

Tok muda mengeluarkan Wangian  kasturi syurga ( Kasturi Kijang Paduka ) , misik ( Black Misk ), Kasturi hitam ( Black Musk ) dan menjualnya pada harga Standard dan harga reseller. Pada harga reseller anda boleh mendapatkannya dengan harga termurah dan boleh jual sendiri sama nak olahkan ia menjadi:

1. Minyak wangi

2. Sabun

3. Lotion

4. Minyak rambut

5.Dll

Dan untuk pengetahuan, Wangian Kasturi kini mendapat perhatian dan permintaannya juga amat tinggi sekali. 


Tok menyediakan pada Isipadu :

500 ML : RM 220

8ml Tanpa Label : RM 8.00

8ml dengan label : RM 10.00


HARGA WANGIAN KASTURI AVERAGE sekitar : RM 9.00/3ml ----> RM 25/3ml

Barang tak basi

Barang tak rosak

Barang takde Expired date

Barang tak perlu KKM

BAYANGKAN BERAPA UNTUNG ANDA DAPAT?


Cuma , macam biasa , barang alam Bunian bukan boleh beli " Top ..saya nak order 500ML 50 Botol" hahah memang takde la. bukan barang mall bang...barang mall kita boleh direct order kilang. nak order satu treler pun boleh asal ada $$$. Tapi in Sya Allah Proceeding stock ADA kalau setakat seminggu 10-20 Botol bagi 500ml tu kerana tok sedang fokus benda tu di waktu malam pula. 


1 Tok pesan..... JANGAN PANDANG BELAKANG. JANGAN TUNGGU DAN MENUNGGU. Masa terus ke depan dan kita juga perlu ke depan. 


KOMEN DISABLE...Takuit Pak Wahab Komen atau Pak Ostad Komen padal Fairy Tail tu.. apa pun kalau nak komen, sila komen direct ke 01117447688 senang tok nak mintak sumbangan dan bagi pada mereka yanbg memerlukan, setakat komen saja tapi takde sumbangan , baik tak payah komen, menyakitkan hati mereka yang sedang susah sekarang . Kalau boleh bantu bayar kereta 1 tahun ke, tanggung anak bini mereka selama 1 tahun makan pakai semua takpe jugak kan.. aku memang anti org macam ni, x kena batang hidung takpe..kalau kena tau la pulak nak cari Wak Jawa nak ngangkung. Haha




Khamis, 2 Februari 2023

NAGA TIDUR KEMBALI JAGA

 Sedia maklom bahawa tok kini tinggal menyepi di sebuah kawasan pedalaman di sebuah kebun yang tok dirikan dan berada di hujung kampung dengan di kelilingi 4 penjuru Tanah perkuburan hanya semata mata untuk mengahwini akhirat, Namun walau tok muda berdiam di sini tanpa apa apa usaha keduniaan, Allah masih ingin tok muda menjalankan peranan dan masih ingin menguji tok.. Tengah mencangkul batas Pokok Bendi tiba tiba saja tok dapat panggilan untuk menjadi calon Ahli Parlimen.. apakah ini?.. tok tak pernah mengundi pun sepanjang hayat tok dan dengan perjalanan politik itu tok mengenali Puan Kai. 

Dalam duduk tak duduk... bonda dapat blog GB , jadi tak wujudlah kedai bonda JJ, Manakala Puan kai Tok berikan Blog legasi. Sementara Kedaiayahpay kini menyepi kerana Anak sulung tok bakal melanjutkan pelajarannya tak lama lagi. 

Tok pula jadi serba salah..bila tok menulis di sini , cari sale di sini kang Sebelah legasi pulak akan kata tok tak nak bantu haha, jadi begini saja lah ya.. 

Sekarang tok sedang menimbang nimbang untuk mengambil semula Blog Kedaiayahpay.blogspot.com dan mungkin tok akan mengubah nama kedai itu , in Sha Allah akan tok maklumkan kemudian, dan tok juga akan membina sebuah Syarikat baharu khusus untuk urusan tok sahaja. 

Syarikat My Gemstone akan tok anugerahkan kepada Bonda JJ dan in Sha Allah selepas ujikaji tok ini selesai maka bonda JJ akan handle ia 100%, Maklom bahawa ilmu bonda JJ juga kini sudah hampir setara dengan Ilmu tok berikutan Latar belakangnya sendiri datang dari Ibu bapa Bidan Di Raja dan Juga Pawang di Kg Nya ( Ibu ayahnya ) dan 9 tahun dia dengan tok sudah banyak ilmu dia pelajari dan dia terima. 


Sementara Puan Kai sudah membina Syarikatnya sendiri yang bernama NKK LEGACY dan puan kai akan meneruskan perniagaannya di blog tersebut dengan ilmunya yang ada di pelajari dari tok semenjak perkahwinan kami hampir 1 tahun ini. 


Sebab tu bila ada pelanggan yang pening, bayar dekat bonda JJ bagi detail pada Puan kai.. itu pening namanya.. Sekarang begini ya.. Tok dah dalam proses nak asingkan semua syarikat dan semua syarikat ini akan mulai berdiri di atas kaki sendiri , Mereka akan ada produk mereka sendiri dan Ada juga produk dari tok juga.. tapi sudah tentu produk tok akan di beratkan ke Arah Kedaiayahpay. 

UJIKAJI yang ingin tok jalankan ialah Tempoh service kepada pelanggan. Mungkin tok akan menjadi Penjawab soalan terlambat tapi akan menjadi yang paling pantas pos barang pelanggan, Malah bukan itu sahaja, tok juga menyediakan COD.. di mana katakan anda tiada modal hari ini dan akan ada lagi 3 hari, maka anda boleh terus COD sahaja dan apabila barang sampai anda bayar saja kepada posmen. Jika masih tiada modal, tidak apa, barang akan di pulangkan semula kepada tok. senang bukan?. 

Tok juga Menyediakan diskaun 10% bagi mereka yang membayar melalui TnG atau Boost Dan Promo ini VALID SEHINGGA HUJUNG MAC 2023 ini. 


Apakah niat sebenar tok?.. adakah untuk bersaing dengan  bini bini sendiri ?.. hahah tidak.. sebenarnya tok ingin beri galakan untuk menjadi yang paling terbaik di antara semua , bersaing secara sihat di antara kami sahaja. 

Sedia maklom service tok sejak tahun 2012 adalah tip top.. Otai lama tahu lah.. pagi bayar, tengahari dah pos, esok dah sampai barang anda. kerana JNT atau Pos Laju buat 2x penghantaran

Sebelum jam 2pm dan sebelum jam 7pm

Yang mana di poskan sebelum jam 2pm, Pasti akan sampai keesokan harinya kepada Pelanggan.

Tok suka melihat pelanggan gembira dan tok tak suka mendengar rungutan pelanggan akan penghantaran lewat dll kerana pelanggan adalah aset berharga bagi sesebuah perniagaan, duit tu nombor 4 @ 5, Yang penting tetap pelanggan. 

Bonda JJ pula baru habis bercuti 1 bulan balik kg. Banyak juga yang HOLD di GB. 

Ini semua bukan salah mereka , tapi ianya salah tok 100% kerana membiarkan mereka kendalikan Bisnes Tok sendiri, seharusnya tok yang kendalikan Atau mengajarkan bahawa PELANGGAN ADALAH ASET UTAMA , KEGEMBIRAAN PELANGGAN ADALAH NO 1 biarpun dalam bisnes mistik Peniaga adalah Raja ( Anda punya wang , kami empunya barang ). Di situlah kunci kenapa GB masih kekal sehingga ke hari ini. 

Tok sayang perniagaan yang tok bina sejak Tahun 2009 dan rasminya di blog pada tahun 2012. sudah 14 tahun usia perniagaan ini dan sebelum pelanggan hilang kepercayaan maka tok mengambil langkah pertama memasuki alam perniagaan semula bertujuan hanya 1.. Memberikan mereka galakan untuk bersaing dengan suami mereka sendiri, bukankah itu menyeronokkan?

Tok sudah menyiapkan sebuah ruang utk tok bekerja, unit set pengeposan dan peralatan lainnya untuk tujuan mempercepatkan penghantaran juga sudah tok sediakan. Tok 1 set, Bonda JJ 1 set dan Puan Kai 1 set. masing masing ada sistem database sendiri.  

Tapi tok ada 1 kelemahan... tok tiada kesabaran menjawab soalan kaunter pos untuk penghantaran luar negara, jadi penghantaran luar negara akan di uruskan bini bini tok lah.. kalau tok yang di kaunter tu di tanya macam macam.. maunya kena karate Meja kurier tu hahaha. 


Buat sementara tok akan menumpang di kedua dua blog, sekejap tok di GB sekejap di Legasi sampailah tok fikir tok dah bersedia untuk menyambung blog kedaiayahpay..itu tok akan maklumkan kemudian ya. 


Permaharan dengan tok harus melalui Akaun akaun di bawah, kerana nanti kita nak buat perbandingan . baru lengkap ujikaji ini. 


Sekian dari Tok Muda


"Apabila Sang Naga Yang Ketiduran Kembali BANGKIT, Kita Lihat Nanti Jika Ada Sang Harimau Sudi BANGKIT Juga, Jangan Lari Sudahlah"

 




==================================



Setiap permaharan atau bayaran hendaklah dimasukkan ke: 




Maybank 
NO DISCOUNT




RHB : 2012 9160 00660 3
NO DISCOUNT

ATAU

Paypal : Mohdyasirahmadrozi@gmail.com
NO DISCOUNT



BOOST E-WALLET
01111113044 
Discount 10% Until Mac 2023









Touch N Go EWallet
01133012715
Discount 10% Until Mac 2023

Tok Sedang menggalakkan org menggunakan E-Wallet kerana tok benci Duit kertas, Wabak takkan habis selagi Wang fizikal masih di gunakan..pakailah mask tebal 14 inci pun dan tok sendiri dah lama tak bawak wang fizikal dalam poket





Kemudian hantarkan detail bayaran anda ke tok muda sendiri bagi urusan ini bagi proses penghantaran



Ini rupa asli Tok Muda tanpa filter tanpa edit di usia 40 tahun 1 Bulan 2 hari... Tok ikut style Master master di Bogor, tadak Serban apa aih. tu kaki masjid , kaki mistik dia rock rock ja, simple..Pakai macam tok moh jangan salahkan org kalau tiber je muntah darah kena sudi. Heh. 





TOK MUDA
01133012715


Selasa, 3 Januari 2023

ILMU SULBI

 



Assalamualaikum wbt dan salam bahagia 

Agak terlalu lama tok muda tidak menulis artikel ilmu untuk manusia mengkaji , ya kaji..bukan untuk di percayai ya. Ia untuk anda kaji, selagi mana ia tidak mampu dibuktikan melalui sains manusia, maka setiap generasi yang membaca Tulisan tok muda perlulah mengkajinya sehingga mendapat jawapan yang pasti. 

Kali ini tok muda ingin kongsikan sebuah ilmu yang tok muda pelajari dari Alam Bunian.. Ya.. bukan alam manusia, jadi lagi jauh lah untuk anda percaya kesahihan Ilmu ini melainkan anda juga hendaklah mengkajinya bagi mendapat keyakinan diri. 

Sedia maklom Tok Muda mempunyai serata Guru semenjak Berusia 10 tahun, Dari Ayah tok sendiri, dari Arwah wan tok sendiri, dan juga dari Guru Asal Budi Suci Pakcik Ramli, Masih tok ingat di Kaki beranda Pak Ramli mengajarkan tok Asas Budi Suci, Ya.. waktu tu Budi Suci belum terkenal seperti hari ini dan Pak Ramli pun sudah meninggal dunia. Al Fatehah. 

Selain itu juga Tok juga mempunyai keluarga Angkat Org Bunian dan di sahkan oleh 3 guru , 1 darinya Adalah Seorang Makcik di Gunung Medan dan Seorang darinya Pula Ialah Mahaguru yang agak handal...jika tok fikir semula, Kehandalannya sehingga ke hari ini tetap nombor 1... Ya..kehebatannya menarik Patung sihir dari langit dengan seutas tali, Menarik batu dengan hanya menepuk dinding rumahnya dan paling teruja dan yang belum ada mana mana guru mampu lakukan ialah Sedulang Duit Kertas RM 50 datang terbang Melayang di Luar rumah lalu memasuki tingkap yang sudah terbuka , Semua Hadirin dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri. Malah Mahaguru Ini juga mampu menarik org...ya brader...tarik org hilang di depan mata...org yang dah di jual di Thailand di tariknya di depan rumah dan sampai org hilang itu dalam pakaian Seperti Pelacur, ya anda faham sendiri lah.. Itulah Namanya Allahyarham Mahaguru Bahadur Utan Aji, Perlis. Al Fatehah. 

Arwah wan tok yang mampu melesapkan Rumahnya dari pandangan musuh atau sesiapa sahaja dan pada waktu maghribnya dia berjalan keliling rumah sambil membaca ayat kursy dan sampai di 1 penjuru penghabisan ayatnya, di situlah dia Solat Maghrib, itu belum masuk Kehebatannya Menepuk Lantai Pondok yang di buat dari kayu jati sampai bergegar walau tepukannya cuma ringan. 

Kehebatan Ayah tok sendiri yang sukar di racun musuh , pernah Cawan di dalam tangannya pecah kerana di dalamnya sudah di racun, ilmu itu ada tok ijazahkan di Blog ini dulu. Belum yang makan penamparnya lalu jatuh terbaring tidak mampu bergerak dan belum lagi gerakan silatnya bagaikan kilat. Dia tu.. sampai ke hari ini walau usianya sudah 76 tahun tok tak berani nak berlebih kurang. Org yg tak kenal sahaja ingin berlebih kurang, kalau dah kena sekali mampos tak masuk dah kampung tu. 

Habis mukaddimah?....

Baru nak masuk Mukaddimah Sulbi... Apa itu tulang sulbi?

Tulang yang amat keras dan tidak mampu di hapuskan. Walau dengan Nuklear sekalipun. Ia bernyala di malam hari tuan tuan, kerana itu org nak pindahkan kuburan Mesti di waktu malam kerana tulang ini bercahaya dan paling penting ialah tulang ini. 

Jika..sekiranya bahan tanah bancuhan simen adanya tulang ini dan di jadikan dinding rumah anda , maka tidak hairan jika rumah anda berhantu , panggil raja bomoh pun tak selesai selesai , kalau org dulu dulu, hukumnya mudah.. runtuhkan rumah lama dan buat rumah baru. Kalau tok muda yang sarankan idea ini kepada anda mesti anda akan cakap tok muda gila bukan?.. Tapi itulah cara org dulu. 

Tulang Sulbi ialah HDD manusia. Hard Disk Drive... ia merakam semua memori, tatkala anda tidur, pejam mata, koma, ia merakam semuanya. Tiada apa pun yang dapat anda sembunyikan, ia terdiri dari semua. 

Apa yang anda fikirkan
Apa yang anda ucap
Apa yang anda buat
Apa yang anda Hirup
Berapa banyak oksigen di sedut sehari
Berapa suap anda makan
Berapa teguk anda minum
Apa yang anda minum
Apa yang anda makan
Everything......

Ilmu Ini tiada di mana mana laman google, cuma di sini, cari jika tidak percaya.. Bagaimana pendekatan yang akan tok dedahkan pada pagi ini. 

Anda tahu bahawa setelah manusia di bangkitkan , manusia akan tumbuh seperti anak pokok melalui tulang sulbi, bermulanya tulang, sel, otot otot, kulit dll , anda akan di bangunkan dalam keadaan Berbogel di masyar kelak. 

Namun pernahkah anda mengkaji Setelah mati ke mana anda pergi... setelah di siksa , Atau setelah anda menghembuskan Nafas di alam lain kerana perjanjian anda?

Bagaimana keadaan anda ketika itu?.

Roh Manusia ada 9, 2 pada Allah dan 7 Pada manusia. Kali ini tok ingin menyentuh 2 sahaja. 

1 yang kita benar alami

1 yang org kata Hari khamis malam jumaat roh balik mintak sedekah amal lah dll... roh gentayangan lah.. roh roh yang ada di kuburan lah yang mengutip benda, menyelak rumput dan lain lain. 

Mana 1 yang tepat. sebenarnya semua tepat. Tapi yang mempunyai perasaan dan akal di mana?

Adakah selepas manusia mati terus tidak berakal?

Jawapannya ialah di HDD ini. Namun akal yang ada adalah yang limit di gunakan sahaja semasa di atas dunia , semasa hidup. Manusia menggunakan keupayaan otaknya berapa percent sepanjang hayat?

Ok lah, tok tak mahu kelirukan anda kerana tok muda tahu ramai yang sukar nak faham. 

INTERMISSION

Sebenarnya selepas anda meninggal ,di dalam kubur anda di akan hidupkan kembali, tapi di dalam dimensi antara dimensi, anda di dudukkan dan di soal 2 malaikat, bagaimana anda di dudukkan sedangkan semasa di tanam anda diiringkan sebelah kanan hadap kiblat?... Itulah rahsia dimensi dan alam lain. Bayangkan sekarang anda di dalam kafan dan mengiring sebelah kanan, tiba tiba anda di dudukkan dan anda berasa malaikat di depan anda dan anda berasa tidak kekok dalam duduk anda... Beerti dunia manusia cuma di sebelah kiri anda sahaja.. benar?.. dan apa di sebelah kanan anda?.. alam lain.. 

Sampai bilakah anda akan di soal dan di siksa dengan soalan yang tak sampai 40 soalan pun?... Ya, ada tempohnya. Dan malang sekali bagi segelintir mereka yang di tanya malaikat itu. Kenapa?

Selepas anda menghembuskan nafas terakhir dalam masa sepantas masa Sahaja Malaikat Pancabut nyawa akan membawa anda naik ke arasy dan duduk di depan Allah. Lalu Allah berkata antara 2 sahaja Samada :

" Ini ialah hambaku yang Syahid "
" Ini ialah hambaku yang kufur/berdosa"

Jika Allah memberi jawapan ke dua, yakni berdosa..maka roh anda akan di pulangkan semula ke alam manusia di mana tiada siapa pun yang dapat melihat anda, dan selama 40 hari roh anda yang 1 lagi akan merayau ke semua tempat anda pernah pergi dengan pantas, maybe 1 lokasi cuma 2-5 minit sahaja. Ya ..jika anda pernah melawat London , maka anda akan melawatnya sekali lagi dan jika anda pernah melawat rumah pelacuran maka anda akan melawatnya lagi. 

Sementara roh yang 1 lagi akan duduk bersebelahan Mayat sendiri , ada yang bermuka duka, ada yang berwajah keliru, ada yang berwajah ceria. 

Pelik ke roh ada banyak?.habis tu yang berjalan dalam mimpi sedangkan jasad masih bernyawa tak pelik?.. nabi kata apa ?" Tidur adalah separuh dari mati dan manusia bermimpi itu rohnya berjalan Jalan " ..Gelaran mainan syaitan itu apabila mimpi yang anda alami itu menakutkan.. dan anda pun abaikan, walhal sememangnya roh mengalami situasi mimpi itu secara benar. Kalau tak mahu mimpi ngeri maka kuncilah Tapak kaki dengan membasuh kaki sebelum tidur. Dari segi sains perubatan moden anda sebenarnya menstabilkan darah di dalam badan dengan membasuh kaki dan bla bla urat saraf menghantar isyarat ke otak bla bla. malas nak cakap banyak bab sains medic, sebab semuanya akalan manusia sahaja tanpa penjelasan yg lebih mendalam secara ketuhanan.

Ok, kita skip sikit. 

Bila sampai 1 saat roh yang berjalan jalan tu biaq p kat dia, sebab tu cuma roh memori sementara. Yang duduk kekal, ada perasaan dan akal tu .. tiba tiba anda akan nampak kelam, dan tiba tiba sahaja anda sudah berada di dalam kubur . Datang malaikat... bermaksud anda bukanlah org org yang syahid.. anda kena jawab soalan exam tu bagi mempastikan anda asasnya beriman. Jika anda jawab semua tepat, maka Allah akan bukakan 1 jendela syurga bagi anda merasai angin syurga, sementara jika anda tidak beriman, ya anda tahu sendiri nasib anda.. namun..ia bukan selama lamanya. 

Selesai kena siksa bagai.. anda akan..ops..actually yang beriman tadi pun sama... akan tiba tiba sahaja masuk di alam lain... alam fantasi anda. 

Alam Fantasi anda ialah impian anda semasa anda hidup.. Allah tu adil, dia akan bagi.. nak kaya...anda akan rasa jadi org kaya di alam itu.. itulah ALAM SULBI. Namun semasa anda kaya itu datanglah semua memori anda sejak kecil sampai meninggal, jika ada perasaan serba salah, bersalah dalam diri anda maka anda hidup di alam sulbi itu pun anda akan di selubungi perasaan bersalah. 

Jika anda berimpian untuk memiliki Pickup Jeep Jimmy semasa Hayat, maka di alam sulbi itu, anda naiklah Jeep Jimmy tu meneroka sana sini mengikut impian anda sampai Pak Jamil Mampos..opss. actually sampai di bangkitkan semula. 

Betul ke lepas mati kita akan hidup di dalam sulbi, alam sulbi?... mustahil..kita kan besar dari sulbi... bendernyer yang mustahil.. ingat bumi ni besar ke?... cuba bayangkan di luar bumi ini masih ada planet yang lebih besar, dan di luar planet planet adanya galaksi yang lebih besar... apa yang mustahil....kalau Allah berkehendak kita hidup di dalam Sesebuah Atom pun DIA Mampu laksanakan. 

Ada 2 perbezaan alam... 1 alam sulbi dan 1 lagi di alam lain..maksudnya Kubur itu cumalah gerbang ke alam lain, selepas di tanam 2 minit, di korek semula.jangan kata jasad, sekali dengan kapan hilang... ada... kalau dulu kes mcm ni kita sering dengar..kenapa tak dengar lagi sekarang?.. sebab proses rumit.. nak tanam pun kena ada permit. apatah nak korek..ia menjadi sebuah kesalahan kalau saja saja nak korek balik. Kalau tertinggal Iphone kat dalam tu pun, sayonara la.. tak boleh korek semula. Jadi tak dengarlah lagi kisah kisah mayat hilang dalam kubur. 

Mereka yang hilang selepas meninggal dunia ini ada tugasan mereka sendiri. Bukan saja saja , suka suka syiok syiok ke alam sana, mereka ada tugas yang perlu mereka selesaikan, malah mungkin tugasan itu lebih memeningkan kepala sampai mungkin ada di antara mereka ingin di matikan semula secara betul. Tapi mustahil kerana di alam sana memori mereka hanya ingat kepada perjuangan dan perjanjian mereka, mereka tidak akan ingat lagi isteri dan anak mereka, malah mereka tak sedar pun mereka pernah hidup di alam manusia. Maka tidak perlu di persoalkan kenapa Moyang anda yang pernah hilang ke alam lain dulu dah tak melawat anda. Jika ada,..itu ialah Jin yang menyamar... Jin tak boleh menyamar Sebagai Nabi Muhammad Sahaja, Selain dari itu , small matter . 

Semasa berlaku kematian, semasa kematian dan selepas kematian ada banyak kejadian, samada yang mengaibkan anda atau sebaliknya. 

Tidak kurang Ulama yang mati dalam keadaan di aibkan. Org pun menyangka yang bukan bukan.. sebenarnya Mayat itu di jadikan Allah taala sebagai Alat untuk menguji org org yang masih hidup sedangkan Roh Ulama itu di angkat terus duduk di syurga dan melihat Jasadnya di jadikan alat untuk menguji org org yg masih hidup. 

Ada mayat org jahat yang di matikan dengan cara baik, berseri seri, sama juga ... untuk menguji hati manusia... Pasti akan ada yang terlintas begini " dia ni hidup menyamun, main pompuan, main judi tapi mati elok elok je... rugilah kalau aku tak buat maksiat sepanjang hayat, nanti nak mati aku taubat lah" ... ada..jangan tipu...kes ini ramai. 

Kerana itulah bila ada kematian. apa pun yang berlaku, kita mesti mengucapkan Istigfar agar kita tidak menjadi berdosa. Nanti bila kita meninggal khuatir kita tidak aman di alam sulbi itu. 

Alam sulbi adalah alam peribadi.. jika di alam itu anda berjumpa org yang masih hidup, itu cumalah memori anda dan memori itu real...real bagi anda shj, anda boleh menyentuhnya dan apa anda lakukan di alam itu tidak menjejaskan buku dosa pahala anda kerana pada ketika itu anda di berikan masa " rehat " dan kebebasan diri sepenuhnya....kenapa tidak di kira?.. kerana itu cuma memori dan kehendak anda sahaja, bukanlah yang sebenar, jadi jika anda berdendam dengan fulan si fulan dan di dalam Sulbi anda membunuhnya , itu tidak menjadi dosa kerana fulan si fulan itu masih hidup dan tidak jadi apa apa ke atasnya di dunia nyata , atau jika dia sudah meninggal juga, dia berada di dunianya sendiri, dunia sulbi. 

Alam ini tidak lama.. sekira kira 2 minggu sahaja bagi semua org.. alih alih anda tahu anda sudah di bangkitkan semula, sekejap sahaja... 

Habis jika org nampak roh anda balik tu, duk ganggu anak cucu tu apa pula...?.. jika bukan Jin maka itu ialah roh yang tiada akal dan perasaan, ia juga adalah memori, memori yang ingin menghantui rumah pusakanya yang mungkin juga dia nak beri pada org lain tapi org lain pula yang datang tinggal. Maka ia menganggu. Tapi cuma sekadar itu sahaja, tidak mampu berkomunikasi dengannya kecuali mencari bla bla bla..malas nak cerita sat g jadi panjang. 

Jadi apa impian anda?... usah risau.. anda pasti akan kecapinya juga nanti di alam sulbi walau sebenar anda adalah bakal ahli neraka. Allah itu Adil, dia tetap memberikan apa yang anda mahukan walaupun setelah anda mati cuma Ya, ia sama seperti dunia nyata, ia bersifat sementara dan lebih pendek dari masa alam dunia nyata. 

Tidak terkesankah memori anda selepas kena siksa?.. TIDAK.. sebenarnya selepas anda kena siksa dek malaikat 2 org tu. Anda akan tiba tiba berada di alam sulbi yang anda inginkan.. kegembiraan itu akan membuatkan kesakitan anda lenyap..opss maaf, sebenarnya di angkat sementara kesakitan itu, Allah tidak zalim bhai.. Sebab...selepas anda di bangunkan semula di masyar, anda akan merasakan kepedihan, kesakitan dan kesiksaan yang lebih dasyat dari itu. 

Prosesnya macam seorang banduan juga... Kena soal, kena tumbuk, kena belasah, dah mengaku, kena penjara , dalam penjara anda dah lupa kena pukul tu semua sebab banyak aktiviti anda kena buat bukan duduk saja. Sampai lah anda kena siksaan sebenar, samada kena sebat atau kena Gantung.


Sekian dari tok, semoga Ilmu ini anda kaji , kajilah sampai kiamat


Isnin, 5 September 2022

KISAH TOK MUDA

 Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semuanya

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat kiranya tok menulis artikel ini untuk tatapan anda semua.

Pada ketika penulisan ini di cipta tok berada di Negeri Perlis di teratak Kebun Tok Muda , Di sebabkan tiada pekerja yang sanggup tinggal di sini kerana kawasan yang angker teroksss sampaikan Pekerja paling kental pun terpaksa tarik diri, makanya terpaksalah tok sendiri yang menjaganya, Bila dah lama duduk sini bertemankan Kawan kawan tak Nampak tu, tok dah tak selesa nak pulang ke Alor Setar sedangkan Rumah sana lebih selesa dan Nyaman, Tapi kerana ia terlalu luas maka ia menimbulkan kerimasan , mungkin dah nak biasa duduk dalam Lubang kubur yang sempit haha. 

Semenjak bulan January 2022 di mana Tok menceburkan diri di dalam Arena POLITIK ( Sekarang dah stop ) sampailah tok bertemu Puan Kai dan berkahwin dengannya, Macam macam perkara tok lalui.. sebenarnya bermacam macam perkara. Nak diceritakan pun dah tak sanggup dah sebenarnya, ia adalah ujian dan dugaan sepanjang tok Mengenalinya senang kata nyaris nyaris angkat gang 30 dah dalam urusan dengan dia ni hahaha, Nyaris sahaja, tapi alhamdulillah tok mampu selesaikannya sendiri. 

Dalam pada yang sama keadaan kesihatan tok yang turut merosot akibat kerap melalui perjalanan yang jauh juga menjadi penyebab tok tidak dapat aktif di dalam blog dan membuat update terbaru melainkan tok bagitau bonda butirannya dan bondalah yang menaipnya di blog. 

Kini Bonda di naikkan pangkat menjadi Penyelia, dia menyelia semua Tugasan Pekerja dan memastikan Adik dan Anak sulung tok mampu melakukan bagaimana dia lakukan lepas selama 9 tahun. Dan tok memintanya untuk fokus kepada anak anak sahaja, Buat kerja blog ni menuntut masa yang banyak dan anak tok nombor 3 yakni anak Bonda JJ sendiri pun dah masuk alam persekolahan, Maka tok menitahkan Bonda JJ untuk fokus kepada hal hal rumahtangga dan anak anak sahaja. Kiranya dah Jadi Mam Besar la haha. 

Sampaikan FB pun tok tak sempat update apabila tok kembali ke arena blog di mana tok sedang mengumpulkan barang barang bagi penerbitan di 2 blog. 

Jika anda lihat sekarang penerbitan Produk adalah tidak tetap , ini kerana kita lebih kepada offline sekarang. Jika tiada nampak komen GRAB, itu bermaksud ia di GRAB melalui Whatsapp dan kesemua barangan baharu akan di broadcast dahulu di dalam whatsapp kepada semua pelanggan yang sebelum ini ada namanya tersimpan di dalam simpanan data kami. 

Malah banyak barang baharu termahar terlebih dahulu sebelum ia sempat di maharkan di blog. 

Cara pasaran zaman sekarang adalah lebih laju dari zaman dahulu, lebih pantas dan lebih efisien, Generasi zaman anak anak tok dan wife tok ni berbeza dengan cara pasaran zaman tok. 

Sebab itu tok minta kepada semua pelanggan untuk mendaftar ke nombor admin 01117447688 untuk mendapatkan broadcast item terbaru apabila ia available. 

Tok juga menjalankan Kerjasama bersama beberapa rakan seguru, Agen agen barang Mistik seluruh asia dengan tidak menhira Ugama , Bangsa kerana pelanggan kita juga sekarang ramai yang bukan muslim, Kita bersikap terbuka untuk semua apabila sampai 1 tahap kita memahami sesuatu yang org lain tidak sampai dek akal mereka. 

Tok juga melihat beberapa Peniaga dari FB yang dah mula berniaga LIVE di Tik tok seperti Sdr Joe.. selalu tok menyampuk dalam live dia utk membantu jualan dia, bila tok sebut nama tok ni Tok Mat, dia terdiam, Awat Joe hang segan nak sebut nama aku?.. aku senang je sebut nama hang dalam Blog Aku ni?.. rileks.. rezeki Allah itu luas .

Tok juga kini dalam perancangan untuk membangunkan projek Fertigasi dan Hidroponik di bawah seliaan Kerajaan di Tanah Kebun tok sendiri, In Sha Allah dalam proses perangkaan mendapatkan dana kerajaan. Kalau sekarang menanam sayur itu adalah kegemaran tok di sini , selain amat suka akan sayuran ia juga menambah pendapatan sampingan, Kazen tok mendapat pendapatan pasif 1 hari RM 1500 hanya dengan menjual sayuran yang di tanamnya.. Sudah tentulah tanamannya banyak untuk mendapatkan Kilo RM 1500 sehari. 


Rasanya itulah yang mampu tok tuliskan untuk anda baca. Yang penting.... Sila daftar Untuk Dapatkan Broadcast di 01117447688 Segera dan tak lama lagi mungkin info bergambar sahaja akan di masukkan dalam BLOG ini dan Blog Legasi. 


Terima kasih

CARA BERURUSAN