Memaparkan catatan dengan label Minyak Gaharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak Gaharu. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mei 2016

PATI GAHARU (KUANTITI 2BOTOL)





Minyak Gaharu Gunung Tebu.. Tak banyak, boleh la buat2 share kepada anda di sini. 

Di perolehi abg megat dan abg din, masa tok sampai tu drg dah siap proses bagai, yang tgl batangnya , takdan ambe nak belajar masak minyak gaharu huhu... kata tok.. abg din jeling je hehehe.. dia tau dah, kalau formula boleh ke tok, jawapnya , semua gaharu dalam hutan memang tok belasah la, dia dah kenal perangai kepala gila tok ni. 

 Perolehan Bukit Panau mereka dah lama habis, nak restock balik punyalah lama , adesss

Apa kegunaan minyak gaharu... ?


Kata Guru Tok di Johor... Kalau nak kesan orang ada jin dalam badan atau saka, bakarlah kayu cendana semasa berbual/ bersembang/ bahasa utara panggei bergebang. kalau normal depa akan kata wangi, kalau ada jin dalam badan dia akan kata Busuk... maka kalau kita teruskan membakarnya tanpa mengendahkan, malah kita mencabar pula... apa benda busuk.. jin saja cakap cendana busuk, ada jin ni dalam badan kau ni, tak usah berlakon.. aku kenal kau.. dua tiga kali cakap macam tu, siap la lepas tu, memang terus menjerit dan mula bersilat macam orang gila... haa, lepas tu mula aksi menyembuhkan pula ... Seronok woo buat eksperimen macam tu. 

Gaharu pula.. di sukai semua, tak kira dah jin kafir ka, islam ka, suka belaka.... kalau letak di mata keris kekuatannya sama dengan minyak zafron, zafron apa kelas brooo... org nak popularkan ia maka libatkan lah dengan unsur mistik bagai... sebenarnya zafron tu di buat dari rumpai laut dan di jadikan rempah ratus di dalam masakan India dan Arab.. tu lah zafron sebenarnya, dan boleh di buat dakwat.. nak lakukan barang, maka kaitkan lah dengan zafron... sebetulnya ialah Gaharu...

Apa pentingnya GAHARU...

Mana mana negara yang mengeluarkan minyak wangi memerlukan pati gaharu, baru terhasilnya minyak wangi, tak kiralah jenis Polos Ke, Dunhell ke, Davidduff ke, Gucca Rash ke.... kena ada pati gaharu 

Sebab tu lah gaharu mahai wooo,...bukan murah.. ni baru di cairkan 1x... kalau di peniaga biasa dah berapa kali depa cairkan... ni barang baik punya. 

Ada 2 tu bukan banyak.. nak tolak serba salah, sat g kang org kata mahai.. dah nak tolak murah, barang ada 2 saja.. sat g org ( peniaga ) kata murah dan nak rosak harga pulak... ahaks, serba salah di buatnya . 


Takpa.. tok amik jalan tengah saja la... Sebab nak kata kita suplier, suplier mende pulak kan, benda 2 sahaja hahaha.. so kita bagi harga jual, tapi murah lagi la


Kod Produk : M.GAHARU 
Bentuk : Minyak Gaharu 5ml
MAHAR : RM 400

Isnin, 9 November 2015

PATI GAHARU




Pati Gaharu.. jangan order lebih lebih kerana memang ada 5 botol sahaja, nak dapat pulak tok pun tatau bila, macam tak dapat dah aje. 

Pati ni Abg Megat yang dapat di Bukit Panau , Pasir Mas jalan ke tanah merah tu. Jenis ini ialah Pati Gaharu dan baunya boh sikit saja kekal seharian.

Jika anda bertapa .... nak jumpa apa pun atau untuk menyudikan diri, cuba pakai tasbeh Gaharu.... Jika nak test dalam ramai ramai tetamu siapa yang ada masalah gangguan, pasanglah colok Cendana atau di bakarkan Kayu cendana , jika ada yang cakap bau cendana busuk, maka ada something wrong dalam tubuh orang tu. cuba bakar lama lama untuk menimbulkan reaksi lawan dari dalam tubuh badan orang tu, sambil bakar sambil merenung matanya. Jika jin dalma badan tu marah dan melenting... so jaga jaga la kalau ada meja depan kita pun silap haribulan kena lambung... Ini ialah petua salah seorang Guru tok dan masih tok ingati, sebab tu di rumah tok ada colok cina , Colok Cendana... saja ja nak carik pasal huhuhu... 

Minyak Gaharu di atas di cari oleh pengamal mistik, paranormal, seekers hantu untuk berhubung dengan makhluk halus dan tok tegaskan di sini, apabila minyak gaharu ini di pakai di dalam hutan apatah jika bersendirian , mudah lah nak nampak benda bukan bukan.. ada sapa berani?.. tu dengar ramai nak kasyaf, kalau nak kasyaf kena lah berani, kalau takut macam mana la hai nak kasyaf.. tgk filem hantu pun dah takleh g bilik air sensorang diri. 

Cara pakai?... alohaaa.... pakai macam atar lah.. di tangan, bahu, telinga dan dada. 

Bagi menimbulkan kesan kepada pesakit, maksudnya nak benda dalam badan tu menunjukkan diri , sapu di Hujung ibu jari kaki pesakit dan ubun ubun pesakit, jika pesakit wanita , mintalah warisnya atau muhrimnya untuk melakukan. Ingat, tentang matanya, apa makhluk pun jika di tentang matanya ibarat ingin mencabar. 

Selepas itu rawatan selebihnya adalah mengikut ilmu memasing.

Apa sekalipun tujuan anda... nak jumpa jin mtk duit ke , ni la yang glamour kan kan... biarlah niatnya baik dan jika 1 masa berjaya, jangan di lupa orang miskin, jika tidak kelak khuatir Allah tarik balik nikmat kita pada waktu itu...


Kod Produk : GAHARU
Bentuk : Gaharu
MAHAR : RM 400

Kuantiti 5 botol sahaja

Jika habis stok ni, habislah , jangan di tanya lagi..... 

Selalu sungguh orang tanya benda yang dah takda.... begini ya... barang2 di sini kebanyakan menjadi permintaan guru guru malah buyer... jadi jika pada waktu itu belum ada permintaan, bukan bermaksud masa hadapan ia tidak ada permintaan, sementara barang dok ada ni.. grab je la... ke depan orang mintak tak perlu dah kita bertanya akan barang yang dah takda, kita di sini tidak boleh mengadakan barang yang anda pinta. Macam tok cakap, apa barang ada, ada laaaa, kalau ada banyakkk, kalau takda, nak cari pun susah dah , ingat pesan tok ni

CARA BERURUSAN