Fenomena yang menimpa diri Tok semenjak Mengenali Bertap Pada Tahun 2012 hingga kini sehingga Tok sanggup mengeluarkan Modal yang agak besar bagi memonopoli bertap bertap dari simpanan pemilik asal di Negeri Cik Siti wan Kembang ini.
Kajian selama berminggu ini di jalankan oleh diri tok sendiri dan pada malam malam yang lepas ia di akhiri beserta campur tangan Bapa tok sendiri yang kebetulan Datang dari Kulim untuk mengambil adik bongsu dari POLISAS.
Kajian yang kami jalankan adalah merujuk kepada pengalaman lepas Bapa tok sebagai bekas Navy dan juga bekas Penyelia Syarikat Telekom di mana melibatkan dirinya memantau seluruh pencawang di atas gunung dan bukit di seluruh negeri di dalam Malaysia. Sudah semestinya banyak kejadian pelik menimpa dirinya semasa di dalam perkhidmatan.
Pada Permulaan Kajian bertap ini, melalui Penelitian mikroskop struktur bertap tidak sama seperti rambut manusia. Namun mempunyai Bahan yang sama iaitu Fiber.
Rambut manusia kelihatan bersisik sedangkan rambut bertap tiada bersisik dan di dalam tiub urat bertap ini adanya kandungan minyak yang tinggi.
Rambut di jaga dengan di sapukan minyak dan semua tahu jika kita menggunakan minyak kelapa asli, rambut akan tumbuh dengan lebih lebat, seperti itu juga penjagaan bertap
Ia boleh di basuh dengan air biasa dan di keringkan sama seperti kaedah mengeringkan rambut manusia.
Jika kita melihatnya sebagai sebuah tumbuhan / alga / parasit. Tidak mungkin mampu bertahan di bawah liputan minyak yang menyeliputi seluruh urat bertap ini, kerana tumbuhan perlu bernafas melalui rongga kecil di setiap batang dan daunnya.
Tumbuhan yang hampir sama dengan bertap ialah :
Cuscuta Spp, Bervariasi sebanyak 100-170 species seluruh dunia termasuk Tropika dan semi tropika, nama lain kepada tumbuhan ini ialah Dodder, Witch’s Hair Berfamili Cuscutaceae, Tumbuhan ini mempunyai variasi warna:
Hitam
Kuning
Oren
Merah
Putih
Coklat
Info Pokok Dodder : http://www.ecnca.org/plants/Cuscuta.htm
Jenis Jenis Dodder : https://www.google.com/search?q=dodder+plant&rlz=1C1CHMO_en-gbMY641MY641&biw=1366&bih=643&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&sqi=2&ved=0CBsQsARqFQoTCKi_6PrU-8gCFQNbpgodsvwDaw
Jika anda lihat link gambar ini, ia kelihatan hampir sama dengan Bertap / Bertat :
http://www.imraw.me/uploads/7/1/1/6/7116546/5110935_orig.jpg?391
Dodder adalah sejenis Parasit yang amat merbahaya kepada Tanaman dan apabila ia tumbuh ia sukar untuk di banteras dan ada negara negara yang mewartakan ia sebagai tumbuhan yang di kuarantinkan kerana boleh merosakkan tomato, sayur sayuran, tembikai, jagung dll.
Keputusan kajian ini MENGECAWAKAN diri tok sendiri kerana sudah banyak modal di keluarkan untuk memilikinya.
Namun Kajian Di teruskan lagi dan mendapati Tumbuhan Ini berbeza dengan Bertap / Bertat.
1. Dodder Plant merebak dengan BIJI BENIH dan berbunga
2. Dodder Plant Tidak Boleh di selaputkan dengan minyak dan urat batang halusnya mudah patah
3. Bertap Merebak melalui ANAK ANAK yang berpusar di tepinya, average ibu bertap mampu menghasilkan 12 bertap sekali membiak
4. Keseluruhan hayat Bertap di jaga dengan minyak dan di mandikan dengan air sekali sekala
Namun Terdapat beberapa Persamaan Di Antara Bertap dan Dodder Plant:
1. Dodder merayap di atas tumbuhan dan menyerap zat makanan tumbuhan lain
2. Bertap di perolehi dari atas daun pokok yang hidup dan beberapa uratnya kelihatan menjalar di sekeliling daun agar ia mampu hinggap di daun tersebut, namun ia tidak menyerang pokok induk
3. Dodder mempunyai akar, sama juga bertap yang mempunyai pusat akar di bawahnya ( edisi baru bertap dalam blog tok ada pusat akarnya jika anda perhatikan dengan teliti )
4. Info berkaitan dodder banyak di internet dan buku buku ilmiah dan di ketahui oleh Pekerja pertanian, namun berkaitan bertap..boleh di katakan info mengenainya adalah “0”
Dodder plant di Malaysia boleh di dapati di Tepian sungai, di pokok pokok induk terutama pokok Bernama “Kelior”. sebuah blog mistik menyatakan bahawa ia adalah tumbuhan parasit dan tumbuh di pokok Kelior, namun kajian tok di Hutan Serendah mendapati Tumbuhan parasit ini hanya bervariasi warna hitam, akarnya menusuk ke batang pokok induk untuk menyerap khasiat induk. Strukturnya lebih keras dari bertap, ia mampu di patahkan namun Bertap tidak mampu di patahkan seperti ranting kayu halus. Bertap juga tidak membiak sebagai kanopi pokok induk.
Akhir kajian tok mendapati Ada sesetengah Bertap mempunyai Telor kutu, terutama bertap Hitam. Dan telor kutu ini sudah mati semuanya mungkin kerana bertap sudah terpisah dari induk iaitu kepala tuannya sendiri, maka kutu kutu tidak dapat bermutasi kerana kutu hidup dengan menghisap darah pemilik rambut itu sendiri.
Ada yang menyatakan bahawa bertap adalah gulungan rambut manusia, namun perdebatan ini agak rapuh kerana Bertap “melahirkan “ anak anaknya dengan mewujudkan pusaran baharu sedangkan rambut tidak dapat beranak melainkan hanya bertambah panjang , kerana rambut tumbuh melalui kulit kepala manusia yang masih hidup sahaja.
Bertap mempunyai variasi warna asli bukan di celop iaitu Hitam, Kuning, keemasan, Merah keemasan, Putih kehitaman ( Uban ) dll... ia sudah di teliti bukan sebagai pencelop atau pewarna melainkan ianya asli dari bertap itu sendiri.
Rambut manusia tidak mempunyai struktur warna yang bervariasi begini kecuali jika sudah terlalu tua, keemasan, kuning, dan di dalam sejarah manusia kita tidak pernah melihat rambut manusia mampu “melahirkan” anak anak rambut yang lain di atas kepala tuannya sendiri.
Rumusan terakhir yang tok dapat ialah jika ada mana mana peniaga menyatakan hal hal berkaitan ia adalah dodder plant. kita lihat kembali dan kaji bahawa sebenarnya peniaga ini tidak mempunyai ruang atau sumber untuk mendapatkannya pada nilai murah dan boleh di maharkan kembali dengan keuntungan berganda. Itu adat kebiasaan mana mana di dalam dunia ini, sikap manusia.
Rumusan terakhir berdasarkan fakta fakta di atas melalui kajian , penelitian dan uji kaji mendapati Bertap / Bertat adalah sebuah item paling mistik di dunia melayu kini... bukan batu, bukan kayu kerana batu dan kayu boleh kita perolehi dari mana mana pun, baik magic, baik penarikan, baik di kedai , baik di tepi jalan. Bertap?........ Kajian demi kajian , akhirnya menemui kegagalan dan anggapan kepada bertap ini kembali kepada asal yakni sejenis item di jaga dengan minyak, di basuh seperti rambut, dikeringkan seperti rambut dan ia bukanlah sejenis tumbuhan dan ia bermutasi melalui anak anak bertap yang berpusar dan keluar dengan sendiri melalui lubang lubang yang terjadi tanpa terbelit dengan urat urat lainnya.
Ia bukan Tumbuhan Parasit Kerana tumbuhan Parasit Seperti Dodder memerlukan induk untuk di parasitkan atau di dalam tempoh yang lama selama ia disimpan ia akan mereput dan mati dengan sendirinya seperti tumbuhan lain.
Walau bagaimana pun hasilnya kita perolehi berkaitan kajian ke atas bertap. Kajian terus menerus akan tok jalankan akan apakah asal usulnya yang sebenar dan sudah tentu kajian ini memerlukan lebih banyak modal dan masa yang panjang dan insyallah kajian ini sudah tentu akan ada penamatnya.
Adakah ia hanya Sebuah Propaganda Peniaga Atau sememangnya ia adalah Rambut Bunian????
Jika di tanya kepada Tok saat ini , apakah bertap ini.... Tok masih yakin bahawa ia adalah Rambut Bunian dan amat misteri..ia bukan mana mana tumbuhan seperti Dodder
===============================================
Dodder Plant ialah sejenis Tumbuhan herba dan di manfaatkan oleh Bangsa Cina kuno sebagai Ubatan Yang di Kenali Sebagai TU SI ZI
Dodder Plant Di Kuarantinkan oleh beberapa negara
Dodder Plant Membiak dengan Anak Benih Berupa Biji
===============================================
Kajian ini mematahkan Hujah Hujah dan perdebatan yang ada di Facebook, Blog Blog dan mana mana artikel selepas ia di kaji melalui uji kaji, penilaian, kajian menggunakan buah, tumbuhan induk, air dan pemerhatian di bawah bumbung dan matahari serta di dalam akuarium
Bahawasanya ia bukanlah Sejenis Alga, Parasit, Tumbuhan atau mana mana Fakta Yang di dakwa sebelum ini bagi menidakkan Keaslian bertap sebagai
RAMBUT BUNIAN YANG MISTERI
Kajian ini mematahkan Hujah Hujah dan perdebatan yang ada di Facebook, Blog Blog dan mana mana artikel selepas ia di kaji melalui uji kaji, penilaian, kajian menggunakan buah, tumbuhan induk, air dan pemerhatian di bawah bumbung dan matahari serta di dalam akuarium
Ada yang menyatakan bahawa bertap adalah gulungan rambut manusia, namun perdebatan ini agak rapuh kerana Bertap “melahirkan “ anak anaknya dengan mewujudkan pusaran baharu sedangkan rambut tidak dapat beranak melainkan hanya bertambah panjang , kerana rambut tumbuh melalui kulit kepala manusia yang masih hidup sahaja.
Jika di tanya kepada Tok saat ini , apakah bertap ini.... Tok masih yakin bahawa ia adalah Rambut Bunian dan amat misteri..ia bukan mana mana tumbuhan seperti Dodder
