Memaparkan catatan dengan label PERMOHONAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERMOHONAN. Papar semua catatan

Jumaat, 7 September 2018

PERMOHONAN BERJAYA


MINYAK CAHAYA HIJAU


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

4 Permohonan sudah berjaya di dapatkan, tok terangkan dulu..botol ni botol tok, bukan dari sana, minyak sahaja dari sana, buka dan masuk diisi sendiri. 

Bagi permohonan malam ini ( ada 2 ) akan di jalankan pada malam ini in Sha Allah. 

Bagi yang sudah Menjelaskan maharnya, item anda akan di poskan esok dari Terengganu.

Semoga dengan ikhtiar ini dapat membantu pelanggan tok keluar dari masalah mereka dengan izin Allah SWT dan dengan kesungguhan usaha ini akan beroleh kejayaan. 

Iringan Doa dari saudara alam nyata dan alam ghoib sentiasa bersama anda. Alhamdulillah



Khamis, 12 April 2018

INI KATA TOK UNTUK RITUAL PERMOHONAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Tok ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya di dalam Permohonan Tahunan dan juga mingguan yang di lakukan sejak 2 minggu yang lepas. 

Ada yang dapat item besar, ada yang dapat item sekecil kepala mancis, ada yang dapat dari bahan alami sebagaimana yang di tunjukkan kepada tok selepas mereka menerimanya.

Item yang anda perolehi ialah di atas nama anda sendiri dan apa yang anda perolehi adalah atas keperluan semasa anda kini dan akan datang sebagai contoh item pemagar rumah. Item itu mesti di letakkan di Atas Pintu rumah anda atau di gantungkan, ia di gunakan untuk penumbal balik sihir. 

Yang mendapat geliga, bagi tok ia adalah hal biasa kerana ia boleh di perolehi di dalam ritual mingguan atau Geliga Permohonan yang kita jalankan 3x setahun

Memohon bukan beerti anda dapat apa item yang anda ingini, namun memohon atas niat keperluan tersembunyi yang anda sendiri tidak tahu dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. 

Item item yang anda perolehi ada yang tidak boleh di buka khuatir bahan alami di dalamnya tercicir walau 1 cebis ia mampu merosakkan, bahan alami ini sudah di wafaq ghoibkan erti kata lain ia di Jampi dengan bacaan tertentu . Walau secebis Habuknya hilang atau jatuh, maka ia terbatal.

Mungkin ada di kalangan newbie yang tidak faham dunia spiritual melayu, kalau kami di sini Utara Tanah Air, Kayu berlobang kami mampu jadikan azimat pemagar rumah dari pencuri, jika pencuri masuk ke dalam rumah nescaya tidak boleh keluar dan ini sudah banyak kali terbukti , Bagi kayu bersilang atau kayu tikam kayu atau kayu bergesel, ia boleh di gunakan untuk tujuan kerosakan atau juga tujuan kebaikan untuk pasangan anda di rumah atau keluarga. 

Di Sini Perlis, Negeri Ilmu.. Jika anda memasuki sempadan negeri ini anda akan lihat Tugu Negeri Perlis ialah Negeri Ilmu dan ia kaya dengan pelbagai ilmu baik ilmu Pendidikan persekolahan nahu ilmu spiritual, dari Negeri ini juga lah Wujudnya Ilmu HAKIKAT yakni ilmu yang paling ampuh dan mudah untuk di laksanakan dengan berbekalkan KEYAKINAN kepada Sang Pencipta . 

Di dalam permohonan lepas ada yang bergurau ingin mendapat emas 100 kilo.. tidak semudah itu , untuk apa anda inginkan emas 100kilo?... selain ingin kaya malah mungkin akan membuatkan anda lupa kepada Allah SWT dan menjadi angkuh. 

Untuk memohon item yang khusus tok ingin berterus terang, bahawa kita berurusan dengan Alam Ghoib, Bukan membeli ikan di pasar pagi. Jika anda ingin memohon khusus atas hajat anda, maka sila sediakan anak anda atau ibu anda untuk di lakukan pertukaran. 

Dahulu ada 1 hamba Allah di KL inginkan Merah delima dan tok menyatakan bahawa tumbalnya ialah ibunya sendiri, dia sanggup dan mungkin beranggapan tok menipunya, maka ritual di jalankan, Merah delima di perolehi, selang 1 minggu ibunya meninggal dunia dan beliau menelefon tok sambil teresak esak mohon agar delima ini di kembalikan dan ibunya di kembalikan kepadanya, Namun bukanlah kuasa tok untuk mengembalikan sesuatu yang sudah termetarai sebagai sebuah perjanjian. 

Segala Geliga dan mustika serta permata yang tok perolehi dan maharkan di Blog ini, perjanjiannya tok sendiri yang menanggung , bukan pelanggan dan apakah perjanjian itu, hanya tok sendiri yang tahu dan hanya Allah Yang mengetahuinya. Tok Pernah beristeri 12 selama hayat muda ini dan anak tok cuma 4 orang dan tok juga bukan orang yang kaya .. di situ cukup untuk anda menghayati apakah perjanjian yang tok lakukan. 

Ada yang memperolehi ibu duit... jika anda mengeluh, ingat 1 perkara keluhan anda itu di dengari orang alam sana, sekiranya selepas ini anda menghadapi kehidupan yang lebih sukar, kembalilah bersujud syukur kepada Allah sebagai tanda kesyukuran bahawa sekurangnya Allah masih mengingati anda dengan mengabulkan permohonan ini melalui pemberian orang alam Ghoib. Tok hanya di beri upaya mendapatkan.. jika dari keluhan anda itu muncul kesusahan yang lebih ekstrim di dalam hidup anda selepas ini maka ia bukanlah kuasa tok untuk mengubahnya kembali kecuali anda sendiri yang kembali kepada Allah dan mengucapkan " Alhamdulillah " . 

Pengalaman di dalam ritual ini cukup membuatkan tok tersenyum melihat gelagat mereka yang mendapat item " BESAR "... setelah mereka dapat, tiada lagi sms, Whatsapp bertanyakan khabar.. maka pertanyaan muncul di hati tok... adakah itu yang mereka inginkan di dalam hidup mereka selain Silaturrahim. Ibaratnya kacang lupakan kulit...tok tidak mengharapkan apa apa kecuali silaturrahim kita berkekalan dan tok juga ingin INGATKAN bahawa tok bukan ALAT atau Gadget kepada anda untuk anda mendapat sesuatu yang bernilai ....Apa besar RM 100 anda???...jika di bawa ke kedai runcit sekalipun hanya 3 barang keperluan makanan sudah habis jumlah itu di zaman ini..Apa mampu kadar upah RM 100 anda itu menyembuhkan patukan ular di kaki tok jika tok di patuk ...apa mampukah ia menanggung kos perbelanjaan jika tok di serang denggi semasa ritual... apa berbaloi dengan kadar RM 100 itu tok meninggalkan anak isteri tok semalaman HANYA UNTUK ANDA Sedangkan anda di rumah tidur dengan nyenyak dan nyaman ????..

Tok Tidak merungut, cuma di lain kali bagi mereka yang merungut, SILA MASUK GUA sendiri hadap bau tahi kelawar , gigitan nyamuk dan Risiko mati memanjat Gunung / bukit yang curam untuk keperluan anda sendiri. Anda ingat Gunung Ledang?.... Ingat Gunung Jerai... boleh pandu kereta dalam aircond kemudian terus buka pintu dan cari port nak bertapa?... anda tahu batu tinggi menegak yang curam, perlu panjat menggunakan tangan di celahan batu sahaja memanjat dan di bawah ialah gaung yang dalam?... Tidak Percaya cakap tok... mari ke Sini tok bawakkan..kita sama sama panjat..lihat siapa yang akan menjerit kegayatan dahulu. 

 Adalah lebih baik tok mendapatkan item bernilai, menjualnya dan membina masjid atau madrasah atau membeli tanah bagi di wakafkan sebagai tanah perkuburan Keluarga tok di Kg Bangsal Lebah Batu Lima Perlis yang kini sudah sesak itu. 

Tok ingin ingatkan... Apa anda sudah kaya?... sudah senang benar?... otai otai lama yang ada di blog ini semenjak 2012 yang mana sudah berjaya dan kaya sudah tidak ada lagi di blog ini membeli item.. asal mereka kebanyakan datang dari motor kapcai tidak ada roadtax , ada yang sebelum ini berharap kepada duit nombor ekor untuk hidup dan kini mereka sudah senang , malah ada yang sudah bergelar jutawan. Mereka tidak ke sini lagi kerana sudah senang.....Tapi kebanyakan mereka IKHLAS untuk bersahabat dengan tok sehingga ke hari ini.... Tidak ada orang senang di sini, jika anda senang dan kaya, anda tidak akan memerlukan Jalan GHOIB untuk mendapatkannya. Dan di sini tok sentiasa membimbing anda agar tidak sesat di jalan mistik, agar anda tidak leka dan tidak obses dengan tok di sini. 

Manusia jika di tegur dengan perkataan " JANGAN " mereka tidak akan dengar, mereka akan kata kita tak faham, kita tak tahu. Jadi perkataan jangan itu tok letak tepi , dan tok buka blog ini Dengan kata BOLEH tapi mesti ada sempadan dan sentiasa ada peringatan. 

Jika tidak blog ini sudah lama di Block kerajaan, Sudah lama freeze... Teknologi negara kita di alam maya cukup canggih sampaikan boleh kesan individu yang hina Ketua Polis di Facebook di tahan reman, sampaikan boleh tangkap Individu yang hina Sultan di Facebook, Nah...tidak canggih lagi kah walau sudah pakai nama samaran tapi masih boleh di tangkap?.. 

Blog ini sudah menapak selama 6 tahun di alam maya dengan Jumlah Klik melebihi 12 juta Hits dan pelanggan GB ada di seluruh pelusuk dunia. 

Kami kekal di sini kerana KEJUJURAN, AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB. Jika ini tiada.. antara 2... mungkin kami jenis seller lari sana sini , buka blog sana sini atau yang keduanya blog ini sudah lama di sekat kerajaan Malaysia. 

Ini ialah HAKIKAT dan KENYATAAN yang semua kena maklum bahawa kami di sini bukan untuk Chong anda, Bukan untuk menipu anda, Bukan untuk menyesatkan anda, tapi kami di sini sebagai Pembimbing dengan mengenepikan perkataan JANGAN itu. BOLEH buat tapi mesti ada sempadan selagi di dalam panduan Islam. 

Di Perlis ini anda perlu tahu orang tua kami di sini hanya pagar rumah menggunakan 3 ketul tanah sebesar hujung kelingking sebelum keluar rumah, tanah itu di gentel menjadi bulat dan kemudian di balingkan di depan rumah setiap kali mereka ingin keluar, mana mana pencuri akan melihat rumah ini hanya bukit. 

Cuma dengan berbekalkan batang pisang dan keris orang orang tua di sini mampu membunuh orang yang mereka benci dan tidak suka biarpun orang itu di Johor Sekalipun Asal belum seberang lautan. 

Di Perlis ini perawat boleh buang saka dengan hanya sehelai daun lalang , Mahar tidak di minta , syarat tidak di beri tapi pesakit yang pulih dari Saka dengan gembira sanggup memberikan sehingga ribuan ringgit kepada perawat. Sehelai lalang harganya ribuan??......... atau penderitaan itu pulih ia bernilai ribuan...bagaimana anda menilainya?.... itulah bagaimana cara manusia berfikir. 

Ada yang berkata mereka hanya ikut lojikal... maka jika yang ikut lojikal ingin pula tok bertanya di mana Allah Itu?, Di mana Arasy itu ?..jika menurut lojikal anda perlu melihat dan membuktikannya... namun untuk mempercayai dan meyakininya walau ia ghoib tidak nampak anda TERPAKSA menerimanya dan meyakininya dengan penuh keimanan. 

Bersamaan dengan kelebihan sehelai lalang mampu memutuskan SAKA... di mana lojikalnya?... terletak di mana... AWAS.... Jangan Sudah Terhantuk baru nak menadah dan berpijak di Bumi Allah ini jangan hanya memandang ke langit khuatir kaki tersandung batu jatuh terjelepok muka ke tanah jua. Jangan angkuh kerana kita Tidak bernilai Kepada Allah SWT walau sebesar Zarah..Wujud kita hanya untuk di uji dan jangan juga lupa ilmu Allah itu tidak Habis Walau 7 Lautan Bumi. 



Wassalam.

Selasa, 10 April 2018

PENGUMUMAN ITEM PR YANG GAGAL DI TEBUS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi penama yang memberi nama dan belum menjelaskan kadar upah yang di tetapkan dan akhirnya menghilangkan diri, item mereka berupa :

1. 2 Minyak Mulia Kayangan

2. Minyak Buluh Perindu ( Minyak Asli Buluh dalam Buluh )

3. Sepasang Jade Puteri Biru dan Kuning

4. 1 Buntat Lipan


Item item di atas sudah di batalkan nama mereka dan urusan mereka selepas ini ialah langsung dengan orang alam ghoib.

Item item ini mempunyai masa 14 hari lagi sebelum ia di kembalikan ke alam sana dan selama 14 hari ini ia boleh di tebus sesiapa pun dan di letakkan atas penama baharu. Jika tok tdak berbuat begini maka sayang kepada barang Rare yang bukan se-senang untuk di mohon sesuka hati selepas ini.

Jadi Kepada Mereka yang Inginkan Kesemua Item di atas Berikut ialah Senarai Maharnya Termasuk Upah DAM yang akan di bayar ke Masjid seperti yang sudah di tetapkan Mereka di "Sana "


1. Minyak Mulia Kayangan Berupa 1 bekas tempurung penuh Dengan Kadar Mahar RM 550 Setiap satu , pemilik baru boleh datang ambil sendiri atau boleh belikan kakitangan kami tiket bas pergi dan balik ke lokasi anda. ( Kuantiti : 2 Unit Sahaja )

2. Minyak Buluh Perindu ( Minyak Asli Di dalam Buluh , Tidak Berbau untuk tujuan pelarisan dan pelet pengasehan boleh palit ) Mahar Setiap Satu Ialah RM 220 Boleh Pos ( Kuantiti : 4 Unit )

3. Buntat Lipan ( ia sama dengan yang di perolehi tentera fisabilillah dan 1 lagi hamba Allah ) Maharnya ialah RM 430 ( Kuantiti : 1 Sahaja )




Sekiranya anda berminat, Boleh memperolehinya kurang dalam tempoh 14 hari ini dan melalui Nombor Whatsapp Bonda JJ atau Kakitangan Di 0127845231 Atau 0178259540.

Semua item ini adalah di LARANG di dedah di khalayak dan tatapan umum kecuali untuk pembelinya sahaja selepas bayaran di lakukan, ini bagi memastikan kesilapan lama tidak berulang iaitu ia di KLON oleh peniaga / penjual lain dan fitnah melaluinya berleluasa. Ini ialah Sebuah perjanjian yang tidak boleh Tok Mungkir.


==================================

Setiap Minggu Tok menjalankan Ritual Tapa Dan pastinya ada pihak yang curiga adakah ia benar di jalankan atau tidak, kini tok membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk melihat ritual yang tok adakan hanya dengan mata kepala sendiri tanpa video ( kerana ia bukan persembahan untuk di banggakan dan di sombongkan ) namun syarat ketat untuk mengikuti ritual ini mereka yang ingin mengikutinya mesti meletakkan DAM Sebanyak RM 4444.25 Dan kesemua perolehan sepanjang ritual adalah milik mereka total, jika tidak dapat maka ia di kira HANGUS ( kerana guru dahulu berkata...pastinya ada di antara kalian berhati serong , sebab itu tidak dapat ). Ini bagi memastikan urusan dan kerja tok tidak sia sia dan tok di dalam bidang ini bukan untuk suka suka melainkan membuktikan kepada keluarga dan saudara terdekat apa yang tok belajar selama berbelasan tahun bukanlah sebuah urusan yang sia sia. Pada ketika dahulu tok tidak terfikir akan kewujudan undang undang DAM di dalam permohonan yang mana sudah banyak merugikan masa guru guru tarik di Sekitar Johor dan akhirnya guru guru ini terkena DAM/ DENDA alam ghoib yang mana mereka tidak lagi mampu menjalankan urusan Ghoib, antaranya yang boleh tok sebut dan petik di sini ialah :

1. Guru Haji Sani Kluang, Kena DAM..Urusan tarik duit 

2. Guru Hj Ghazali , Jalan Spg renggam-Kluang Kena DAM..Urusan tarik duit 

3. Dato Paduka Pangeran Abdul Kadir Kena DAM..Urusan tarik duit 

4. Anak Murid Tok yang juga anak Murid Bapak Subarjo yang mengambil item di Gunung Ledang... Pemimpin UTAG Parit Raja...Kena DAM...ini paling sayang kerana item dia dapat memang SUPERB gila..

5. Ustaz Hashim Felda Linggiu Kena DAM Dan kini hanya mewariskan ilmunya kepada orang lain. Urusan tarik emas

Ilmu Mereka ini semua di sia siakan oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab yang hanya ingin menonton untuk memuaskan hati mereka yang selama ini tidak percaya urusan ini wujud, mereka ini datangnya hanya untuk merosakkan ilmu seseorang dengan harapan suatu ketika manusia hanya bergantung kepada peralatan dan lojikal akal serta hawa nafsu. 

Mereka ini juga cuba menggagalkan Tok dengan memberi nama dan kemudian lari tanpa bertanggungjawab dengan harapan tok juga akan di DAM ilmu, minta maaf kerana selok belok alam ghoib bukan bermula dari Tok sendiri, ia dari Arwah Atok , Ayah Tok dan dari kecil tok di didik di dalam keluarga mistik dan dari kecil di ajar disiplin ilmu ilmu kebatinan dan spiritual. Apatah undang undang bagaimana seseorang mampu kena DAM. Maka untuk memajukan urusan , maka Tok DAM anda terlebih dahulu sebelum apa apa berlaku ke atas ilmu tok sendiri, 1 orang 1 Dam... Tok tidak kira kumpulan. 


Terima kasih. 


==============================

Item di atas, siapa cepat dia dapatlah...

Tok sedang berehat untuk PR akan datang, dan bonda akan uruskan semuanya bersama kakitangan. 

Khamis, 5 April 2018

BERITA PERMOHONAN TAPA MINGGUAN HARI INI

Assalamualaikum wbt semua dan Salam sejahtera


Terima kasih kepada mereka yang sudah menghantar nama bagi tempahan Permohonan Tapa ( PTM ). 

Bagi yang sedang merangka ingin memohon juga, sila beri nama dan alamat anda segera mungkin, payment takda masalah, setiap item PTM boleh anda jelaskan esok atau mengikuti di minggu hadapan sekiranya masih ada usia Tok di sini. 

Masa yang tok berikan ialah sampai jam 6.pm untuk menghantar nama dan alamat anda. Tapi jika boleh sila berikan sebelum masa tersebut, ini kerana pada waktu ini tok sedang bersiap untuk ke lokasi dan pada jam 8.00malam akan di mulakan.

Selepas jam 6pm orang yang menyemak permohonan anda tidak lagi memegang hp untuk menyemak tempahan anda, dan jika ada, nama anda akan di bawa ke hadapan iaitu di PTM minggu depan.


Terima kasih 

Selasa, 27 Mac 2018

UPDATE PERMOHONAN RITUAL

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua sahabat .


Ayah minta maaf kerana belum dapat membalas mesej mesej sabahat semua sehingga saat ini mengenai PR anda. Apa yang ayah boleh maklumkan , alhamdulillah semua berjaya .


Ayah sempat melihat 2 permohonan sahaja iaitu milik Saudara Tentera Fisablillah dan juga Milik Sahabat dari Air baloi Pontian yang berupa Geliga Lipan, MInyak Mulia Kayangan, Tongkat ular serta Teko Puteri. Selebihnya yang banyak itu tidaklah ayah melihat dan membukanya memandangkan ayah perlu segerak membungkusnya di dalam Tanah Liat dan Jerami Padi untuk di hantarkan pada siang hari.


Keadaan kesihatan jantung ayah yang di deritai semenjak lahir sudah kembali pulih sedikit selepas pertapaan namun kerana tidur agak lewat sekitar Jam 12tengahari tadi keadaan tubuh ayah kembali lemah dan tidak bermaya, dan ayah perlu rehat yang mencukupi selepas menulis di sini nanti.


Ayah menghidap Koronari Arteri semenjak di lahirkan lagi dan ia juga di hidapi adik kandung ayah di kulim. Dan semenjak mengetahuinya ayah sentiasa berazam untuk sentiasa melakukan kebaikan di dalam hayat kerana sudah pasti hayat pesakit jantung seperti kami bukanlah lama seperti orang lain.


Namun sebagaimana manusia biasa lainnya , ayah juga sering melakukan kesilapan sebagai lumrah seorang manusia dan sekiranya ada kesilapan ayah kepada anda , ayah mohon di maafkan kerana ayah cuma ingin melakukan yang terbaik kepada semua, namun Allah yang punya kuasa akan segalanya.

Ayah sentiasa mendoakan kejayaan buat anda semua yang bersama sama ayah di Blog ini, yang mengenali ayah, yang pernah berjumpa ayah baik kawan atau lawan. In Sha Allah dunia hanyalah sementara dan akhirat juga adalah selama lamanya.


Sekian dan terima kasih dari ayah Pay

Jumaat, 3 Januari 2014

GELIGA PERMOHONAN EDISI 1 TAHUN 2014


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera ........


Alhamdulillah ... Sebuah ritual Permohonan Batu Permata Geliga akan di jalankan dalam amsa 2 minggu ini iaitu sebelum minggu ke-3 Bulan Januari 

Tarikh ia akan di JALANKAN ialah Pada :

11. January 2014


Tok Mat GB Hanya mengenakan Upah Sahaja, berapa dan apa jenis batu yang anda perolehi seperti edisi lepas ianya tetap di dalam upah yang sama. 

Kadar upah yang Kami ambil ialah :

RM 100/ Kepala

+

Kos Pos RM 6.00

TOTAL : RM 106

Walaupun harga minyak, gula, garam, tepung, beras naik.... upahnya tetap sama... dan harap ia akan berkekalan begini sampai bila pun, insyallah

==================================

Jika anda ingin dan berminat memiliki geliga permohonan masing masing sila melakukan bayaran ke akaun Maybank 

5510 1669 1626 My Gemstone

Kemudian smskan Gambar Slip Pembayaran Ke 

017-7409490 

Seperti ini:

Nama Binti Ayah@mak <>Alamat<>"Geliga Permohonan"


Atau Melalui BBM ( Black Berry )
 ( Sila Scan )



Tarikh Akhir Pembayaran ialah Pada :

9 Januari 2014



Alhamdulillah musim tengkujuh yang lebat sudah berakhir, sesekali sahaja hujan. Di harapkan lembaran 2014 ini akan memberi lebih banyak peluang kepada Pelanggan semua memperolehi item terbaik dari kami

========================
PERINGATAN


Geliga Permohonan di jalankan 

3x setahun sahaja

Dan Setiap orang hanya Boleh memiliki 

3x Permohonan dalam setahun

Tak boleh melebihi hadnya


Terima kaseh 



Khamis, 1 Ogos 2013

G.PERMOHONAN FASA 2


ITS COMING 







LANGGALAM KERAK BUMI


Meteor 

Penggelak Gangguan jin dan sihir, perubatan histeria dan gangguan di dalam badan



Gelang Aura Dan Gelang Batu Kursani



Kecubung Air Penyejuk 







Gelang RAW PETIR API



White Coral + Flourite

Gelang Puteri Suri



Kecubung Puteri Laila



Gelang Aura dan ????



Permata P.Laila




Gelang Clear Quartz + ??? dan Gelang Aura














Kecubung Air














Tok x sempat melihat item item ini, masa tarik terus lukis ikut susunan nama, balik demam dan tidur, alica dan emaknya dah pack tadi, langsung tok x sempat nak belek belek... alahaiiiiiiiiiii



Selasa, 30 Julai 2013

GELIGA PERMOHONAN PENGHANTARAN FASA 1







Gelang Kecubung Air + Akik Madu
Gelang Dayang Cendana


Gelang Besi Leleh

Rantai Naga Bertapa ,Ledang



Kecubung Air 

Kanta Ghoib



Zamrud RAW
Zamrud Chamah



Rose Quartz

Gelang Puteri Laila



Geliga Akik Tanah

Geliga Sakti Nya Normah, Linggiu



Kecubung Kristal

Dia ni macam orgon .... sila google orgon dalam tenet



Cincin Jed

Cincin Jed Puteri Ruhani, B.Bintang



Gelang Besi Leleh

Rantai Naga Bertapa, Ledang



Kecubung

Geliga Naga Chini , Pahang



Akik Kristal

 Geliga sakti Puteri Kasmawati



Lupa dah nama sains dia

Delima Bunian ( Sila suluh dari bawah )



Unakite

Geliga Ular Lidi



???

Geliga Perubatan Nyai Normah



Prehnite

Gelang Geliga Dasar Tasek



???

Gelang Puteri Bongsu , G.Tahan



Garnite

Gelang Puteri Balqis,g.Ledang



Elephant Sperm

RAW MANI GAJAH 



???

Tidak dapat dikenal pasti, namun ia hidup dan boleh membesar jika diletakkan air di bawahnya bagi basah, bholeh direndam untuk buat ubat 



Smooky Quuartz + Quart Crystal

Gelang Dayang Faizah, Ledang



Clear Quartz

Kecubung air Puteri Laila



Citrine cat eyes

Geliga Naga Banding



Topaz

Permata Puteri suri



Gelang Besi Leleh

Rantai Naga Bertapa , Ledang



Rose quartz

Gelang bPuteri Laila , Banding



??

Gelang Geliga Cicak Hutan



Rutiliatze

Geliga KJ-emas Kewibawaan



??

Geliga Undang Puteri



Burmist Ruby

Delima Chamah



Karang Puteh

Geliga Wali Puteh 



??

Geliga Tanah Bunian



??

Geliga Perubatan Kanser



Batu Petir

Geliga Petir 7 Bintang



Cincin Jed

Cincin Jed P.Ruhani.g.Bintang



Gelang Besi Leleh

Rantai Naga Bertapa, Ledang



???

Ia sebagai pelaris



Geliga Panglima Hitam



Gelang Aura



Clear Quartz

Gelang Puteri laila 



???

Permata Puteri Saodah, Chamah



Kecubung air

Kanta Ghoib



Feroz

Gelang Putera Jamalluddin , Tangga 7




??

Perubatan Kanser




Gelang Kewibawaan Laksamana Kota Kayangan



Geliga Garuda



Clear Quartz

Batu Urut Raja Amar emir



??

Gelang Aura Si Fakir


Geliga Panglima Hitam



Gelang Permaisuri Sura 



Gelang Geliga dasar Tasek



Permata p.Sura


Gelang Besi leleh

Rantai Naga Bertapa, Ledang



Geliga LANGALAM



Lapis Lazuli


Marjan 

Gelang Puteri Laut selatan



Geliga Kundang Salam



Gelang Puteri Laila



Gelang Puteri Baiduri, Jerai



Gelang Aura
Gelang Puteri Kasmawati



Gelang Mata Rajawali



Geliga Perubatan 



Geliga Tabib Zakaria, Berlumut



Gelang Adinda Puteri Sharifah Rodhiah



Geliga Cenuai emas



Geliga Garuda Sakti



??

Gelang Geliga Kerezekian



??

Geliga LANGALAM Puteh Bunian



Semua di atas ini akan di hantar esok kerana kami , Penghantaran Dasa ke-2 iaitu final akan berlaku pada lusa pula. insyallah

CARA BERURUSAN