1. Apabila sesebuah item di-GRAB, anda mempunyai masa 12 jam untuk melakukan pembayaran atau GRAB anda dibatalkan.
i) Pembeli lain yang ingin membeli item yang pernah di-GRAB TIDAK BOLEH GRAB LAGI melainkan melakukan pembayaran terus selepas disahkan bahawa barang masih ada.
ii) Pelanggan yang GRAB melebihi 12 jam masih boleh membelinya jika item masih ada atau terdapat Stok Dapur.
iii) Stok Dapur ialah istilah kami bagi stok lebihan.
2. Item akan diposkan kepada anda sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 jam atau selewat-lewatnya 3 hari. Jika tidak mendapat kod penjejakan daripada pihak EasyParcel, sila hubungi kami.
i) Item yang rosak, hilang atau dipulangkan bukan kewajipan pihak kami di sini. Namun, selalunya atas budi bicara, kami akan menghantar ganti setelah dibuktikan bahawa ia hilang dengan laporan pihak berkuasa, dan kami akan menghantar semula dengan kos pos ditanggung oleh anda.
ii) Barang yang rosak atau pecah dan dibuktikan dengan video serta gambar, akan kami ganti bahagian yang rosak atau pecah.
3. Barang yang sudah dibeli tidak boleh digantikan.
i) Fizikal dan tidak fizikal.
1. Deposit barang diberikan kepada barang berharga melebihi RM500 dan deposit serendah 15%.
2. Mesej-mesej WhatsApp menggantikan surat perjanjian dan sah laku di pejabat penguat kuasa.
3. Deposit (Al-Urbun) hangus dalam masa sebulan.
4. Pembayaran ansuran dibenarkan maksimum lima kali mengikut jumlah nilai barang jualan.
5. Nilai deposit tidak boleh ditukar dengan item lain yang sama nilai dengan deposit.
Konsep Bai' al-'Urbun. Berdasarkan fatwa semasa seperti oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan keputusan Majma' al-Fiqh al-Islami, jual beli secara urbun adalah diharuskan berdasarkan uruf (adat kebiasaan) perniagaan masa kini.
Hak milik penjual apabila batal. Dalam akad urbun, jika pembelian diteruskan, wang RM200 itu dikira sebagai sebahagian daripada harga barang RM2,000 tersebut.
Namun, jika pembeli membatalkan pembelian atas pilihan sendiri (bukan kerana barang rosak atau kelewatan penjual), wang tersebut menjadi hak penjual sebagai ganti rugi (ta'widh) kerana penjual telah menahan barang tersebut daripada dijual kepada orang lain.
Tempoh masa sebulan. Fakta bahawa tempoh masa urbun belum cukup sebulan tidak memberikan hak automatik kepada pembeli untuk membatalkan akad dan menuntut semula wang tersebut, melainkan syarat "boleh batal dan tukar barang" itu memang dipersetujui sejak awal transaksi.
Rujukan:
Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-509 —
Hukum Meminta Semula Wang Deposit
Hukum Jual Beli dengan Deposit Hangus
Mereka yang ingin berurusan dengan kami diharapkan menjauhi buruk sangka. Kami beroperasi sejak Januari 2012 dengan lesen SSM (MY GEMSTONE JM0623052-D).
Kami tidak pernah memaksa atau merayu bakal pembeli dan pembeli untuk membeli barangan mistik jualan blog ini. Ia disampaikan dengan penuh kepercayaan atas keyakinan serta kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India.
Kami meniagakan barangan dagangan atas faktor asbab dan usaha, dan semua barangan kami autentik dilakukan permohonan kepada Allah SWT, Pencipta Yang Satu.
Jika ada mana-mana pihak yang melakukan kejian, fitnah atau ghibah dengan menyatakan item kami menggunakan sihir hitam atau ilmu palsu, kami akan mengambil tindakan atas tuntutan mencemarkan nama syarikat dan nama penjenamaan kami (Tok Mat GB, Tok Muda dan lain-lain).
Tindakan undang-undang bagi kes mencemarkan nama syarikat dan nama penjenamaan (Tok Mat GB, Tok Muda dan lain-lain) biasanya melibatkan:
Akta Fitnah 1957
Tuntutan saman sivil.
Kanun Keseksaan
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Jika berlaku di media sosial atau internet.
Akta Cap Dagangan 2019
Jika melibatkan penyalahgunaan nama jenama berdaftar.
Setelah anda bersetuju atau melakukan pembayaran, bermaksud anda bersetuju dengan syarat serta terma kami sebagai penjual. Segala pengakuan di dalam WhatsApp menggantikan keakuran dan surat perjanjian.
Di bawah undang-undang kontrak di Malaysia, perjanjian tidak semestinya memerlukan dokumen rasmi bertandatangan peguam untuk menjadi sah, asalkan elemen berikut wujud:
1. Tawaran dan penerimaan.
Terdapat bukti jelas satu pihak membuat tawaran (contohnya meminjam wang atau menawarkan perkhidmatan) dan pihak satu lagi bersetuju.
2. Niat untuk terikat secara sah.
Perbualan menunjukkan kedua-dua pihak serius untuk mematuhi janji tersebut dan bukan sekadar gurauan atau sembang kosong.
3. Balasan (consideration).
Terdapat pertukaran nilai yang jelas, seperti pindahan wang, barang atau perkhidmatan.
4. Kapasiti dan tujuan yang sah.
Kedua-dua pihak cukup umur, waras dan tujuan perjanjian tidak menyalahi undang-undang.
Pihak kami mengalu-alukan RESELLER / DROPSHIP. Namun, anda TIDAK DIBENARKAN menggunakan nama Tok Muda atau Tok Mat GB sebagai pengakuan diri.
Namun, nama tersebut boleh digunakan bagi tujuan promosi, contohnya:
Walaupun urusan kami adalah daripada adat istiadat dan kepercayaan Melayu, namun kami adalah sebuah syarikat korporat dengan memiliki kapasiti pekerja, pejabat, jadual kerja serta waktu kerja, dan beroperasi secara dalam talian sejak tahun 2012.
SSM: JM0623052-D
Sejak Januari 2012