Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Untuk kali ini kita buat penulisan sahaja sebab malam ni mata tok moody nak tidur dan disebabkan kurang tidur selama 2 hari.
Insyallah kali ini Tok ingin mendedahkan pantangan dan penjagaan Permata beraura dan item lainnya yang beraura ( bahasa kunonya ialah Ber-khadam )
Dasarnya semua jenis batu adalah beraura, bermula dari berlian sehinggalah ke batu pasir, semuanya beraura dan mempunyai manfaat untuk tubuh manusia
Aura aura ini bereaksi dengan aura diri kita yang berpusat di perut dan aura kita ini bertindak balas dengan suasana sekeliling, org sekeliling, benda yang berada di sekeliling.
Ada aura manusia yang getarannya halus, ada yang halus kasar dan ada yang bergetar keras dan kasar.
a) Aura halus : dimiliki oleh orang yang penyabar, tenang dan matang , jenis ini amat sukar di tembusi aura negatif atau bahasa mistik kita sebagai gangguan dan sihir yang di akibatkan oleh Jin dan syaitan, manusia yang memiliki aura ini adalah jenis:
i) Zikir tinggi dengan pernafasan teratur
ii) Selalu ber-meditasi
iii) Seringkali berfikir akan kebesaran Allah, secara khususnya selalu berfikir akan keindahan alam dan ciptaan Allah
iv) Individu yang pernah melalui pengamalan getir dan pada satu tahap ia mampu bersabar
b) Aura Sederhana halus kasar : Jenis ini selalunya dan banyak dimiliki oleh orang umum dan selalunya di dalam pekerjaan pengurusan dan operasi ( tidak termasuk tentera dan polis ), jenis ini kadang kala runsing dan gelisah, namun apabila difikirkan semula mereka tidak dapat mengenal pasti apakah punca sebenar masalah mereka, jenis ini mudah terkena penyakit psikologi, histeria, gelisah, kehidupan tidak seimbang dengan pekerjaan dan pasangan malah keluarga. Mereka mudah dipengaruhi namun memiliki banyak persoalan negatif
c) Aura bergetar Kasar dan Kuat : jenis ini dimiliki oleh jenis yang berada di dalam pekerjaan tertekan, pelajar yang tertekan dan suami isteri yang tertekan, mereka mudah di rundung kerungsingan dan kemurungan, malah jenis ini amat mudah terpengaruh dan terjebak di dalam gejala tidak bermoral termasuk paling rendah ialah mengumpat. Mereka juga jenis mudah marah dan mudah sensitif dan tersinggung. Perlu diingatkan terlalu sensitif boleh merosakkan diri, keluarga dan masyarakat yang berada di sekeliling. Jenis aura getaran kuat boleh dikesan melalui titik di antara ke dua mata, di dahi dan pergerakan tangan serta kakinya.
RUMUSAN AURA
Melalui penilaian di atas Golongan B dan C Seringkali menghadapi masalah masalah di dalam kehidupan dan jenis ini bukan sekadar duduk sahaja, naluri mereka sentiasa meronta ronta untuk mencari jalan penyelesaian termasuklah hal hal mistik, namun apabila ilmu di dada belum mencukupi mereka mudah tertipu dan mereka juga mudah untuk terus melupakan, antara yang paling teruk ialah apabila golongan Suami bergetaran Kuat berjumpa Gadis bergetaran halus, maka perasaan tenang itu akan timbul dan akan wujud satu " Aura pemikat " secara tidak sengaja melalui gadis ini, apatah jika isteri di rumah mempunyai getaran B atau C , maka kepincangan di dalam institusi kekeluargaan juga akan turut berlaku.
Pemakaian permata permata yang beraura alami ( khadam alami yang sudah di tempatkan oleh Allah swt ) ke atas sesuatu permata mampu membantu golongan ini dengan syarat mereka HANYA bertawaduk kepada Allah, dan Allah akan mengizinkan perkara perkara baik berlaku ke atas diri mereka.
Ingat apabila anda memakai sesuatu permata dan anda mengharapkan ia membantu... ia tidak akan menjadi..kuncinya satu sahaja... Anda terlalu gelisah dan terlalu berharap ia menjadi sekaligus menjadikan getaran aura anda bertambah kuat dan keras getarannya, istilah ini kita panggil sebagai " BELUM SERASI " ... apabila anda mulai melupakan khasiat permata ini, maka ia akan mulai menunjukkan kesan kesannya ke atas diri kita seperti yang sebelum ini kita ketahui..
Apabila sampai ke tahap itu selalunya kita akan sedar dan mulai taksub dengan permata berkenaan, ini membuatkan getaran anda akan kembali bergetar kasar dan akan menyebabkan aura permata ini tidak dapat sebati dengan aura diri kita semula.. bermaksud khasiatnya akan luntur semula.
* Semua aura permata dan aura alami getarannya sangat halus dan berintipati, ianya akan tetap halus sekiranya anda tidak mengubah ketetapan yang ada, iaitu menambahkan dengan zikir atau lain lain cara, ini akan merubahkan aura halus permata ini menjadi sedikit bergetar, malah lebih teruk lagi ia akan lebih kuat getarannya dari getaran diri Anda, ini akan menyebabkan :
a) Sakit kepala
b) Panas
c) Di rundung malang
Apabila anda di kategori di rundung malang, bermaksud ia mulai memudaratkan anda sendiri dengan mencacatkan aura diri anda , aura wajah, aura tubuh, aura mahkota dan lain lain aura yang berada di tubuh kita. orang tengok kita jadi benci, menyampah dan sebagainya.
Lebih teruk lagi perilaku kita mampu berubah akibat perasaan a dan b, menjadi makin malas, makin panas baran dan sebagainya.
Ibarat kereta keluar kilang dah lawa, tiba tiba anda tambah turbo... kan dah tak boleh nak jalan jauh, jalan jauh sikit dah kena berhenti nak sejukkan enjin.
Ibarat air masak yang NEUTRAL anda tambahkan garam, gula dan milo... jika tidak pandai mengadun kan x sedap?.... sama juga dengan aura.
Apa sahaja permata jika di kira di dalam mistik, ianya mempunyai nilainya yang tersendiri, faedah dan khasiatnya yang tersendiri. dari mana pun ia di miliki, perlu diingatkan dan di tegaskan KEASLIAN adalah yang paling penting, jika batunya plastik atau kaca, maka anda perlu tahu ia beraura ISIAN ( Jika ada getaran ), samada isiannya jin islam atau kafir, lebih teruk jika isiannya ialah makhluk yang di bela. Masalahnya kita tidak tahu apakah agamanya Jin Jin tersebut , jika sekadar pengakuan sahaja, itu belum memadai untuk kita mempercayai kata katanya. Nama pun JIN....
PANTANGAN PERMATA BERAURA
a) Tak boleh kena udara tandas, auranya akan hilang 30-50% namun akan re-fill semula dalam masa 3 jam selepas keluar tandas
b) Tidak boleh di bawa melawat orang meninggal dalam jarak 10 kaki atau seluruh auranya tersedut ke dalam jasad kosong, ingat Jasad manusia berpuluh tahun beraura dengan ROH, apabila meninggal jasadnya akan kosong dan jasad ini aka memberikan reaksi menyedut apa sahaja bentuk aura yang berada dalam jarak 10 kaki, sebab itu orang lemah semangat di larang mendekati jenazah atau boleh lemah semangat dan isitlah kita " BADI MAYAT ", ini kerana aura dirinya tidak cukup kuat untuk menampung apa yang tersedut ke dalam jasad kosong... ada rahsia mengapa bila kucing melangkah , mayat akan bangun, ia melibatkan aura juga... itu cerita lain....dalam kes ini, aura permata akan pulih sendiri dalam tempoh 40-41 hari matang.
c) Tidak boleh diletakkan berhampiran peralatan elektrik, komputer, peti ais , radio, Tv dll dalam jarak 2 kaki. getarannya akan berubah dari halus menjadi kasar selamanya akibat medan elektrik ini.
d) Tidak boleh di bawa ke tempat maksiat namun tenaganya akan pulih dalam masa 3-7 hari mengikut suasana sekitar, kerana di dalam PUB dan DISKO hampir kesemuanya ber-AURA KASAR dan amat KASAR sekali, ini mampu mempengaruhi aura halus permata menjadi sama kasar getarannya dan akan mempengaruhi pemiliknya dalam tempoh 3 hari sebelum pulih, semasa 3 hari ini perasaan pemilik tidak akan menentu kerana perubahan aura halus ini menjadi kasar sekali. ini akan mewujudkan perasaan " RINDU" Terhadap getaran amat kasar di pub tadi dan pemiliknya akan mulai kerap ke sana, di sini melalui ugama kita, Khodam permata sudah mempengaruhi tuannya untuk melakuka kejahatan dan auranya akan terus berubah jika sebelum 3 hari pemiliknya masih kerap berulang ke PUB DISKO.
e) Tidak boleh dilangkah walau auranya akan pulih semula selepas 1 minit di langkah, ini akan menyebabkan Pintu Aura terbuka dan memudahkan aura lain memasuki dan mencampuri aura asal permata, ini akan menyebabkan khasiatnya " TAWAR ", sebenarnya ia sedang merubah sifat akibat terbukanya hijab aura permata tersebut. Kerana itu Batang pancing yang sudah diisi di larang langkah... sebab ada pengisian padanya.. jika isian, maka ia akan tawar terus tanpa sebarang perubahan lain...senang kata jadi kosong lah.
PENJAGAAN
Penjagaan yang Tok revealkan di sini adalah sebenar benar penjagaan yang boleh diterima di dalam logikal, metafizik dan mistik alam ghoib
1. Sebulan sekali ia perlu dibersihkan dengan di lap menggunakan kain puteh dan air mineral ( bagus air zam zam ), proses ini adalah untuk menjaga getaran aura agar terus kekal HARMONI dan air zam zam pula ialah Holy Water bagi islam dan air zam zam mempunyai molekul air yang paling seimbang di dalam kategori air mineral.
2. Diletakkan beras dengannya kerana beras mempunyai Haba yang seimbang, bukan sekadar ia di kunyah dan menjadi tenaga kepada manusia, malah untuk permata batuan, jika diletakkan begitu sahaja, permata ini mampu menyerap zat beras ini ke dalam batu dan anda akan lihat beras ini makin lama mengecil atau menjadi habuk. manakala urat dan seri permata bertambah cantik dan menarik. Menarik dan cantiknya sesuatu permata akan membuatkan kita gembira dan perasaan ini akan menghasilkan satu AURA HALUS dan seimbang dan ini akan membuatkan aura diri kita dan aura permata ini mudah sebati.
3. Di Jemurkan dibawah rembulan , cara ini bagi menstabilkan aura permata dan melatihnya agar kekal halus, namun ia bersyarat, langit tidak boleh berawan dan bulan tidak di ganggu dengan awan, ini akan menyebabkan auranya sekejap halus dan sekejap makin halus, jika berulang kerap maka ia akan menjadi getaran yang tersangat keras dan kuat. Sama sepertimana Bola yag di gantungkan dan tali atasnya bergerak gerak, lama kelamaan akan menyebabkan bola itu berbuai lebih laju, sama sahaja dengan permata, anda boleh menganggap bahawa langit adalah benang yang mengikat permata anda semasa di bawah rembulan.
4. Di mandikan dengan air embun..sebenarnya menggantikan air zam zam, org dulu dulu mana nak dapat zam zam kecuali dari org yang balik dari Mekah. Sekarang berlambak lambak kan ada jual.
Semua penerangan di atas jika difikirkan sebenarnya tiada kaitan dengan alam ghoib pun, ianya cuma antara Auranya, diri kita dan Allah swt sahaja, namun bangsa kita ...apa sahaja benda pelik berlaku... perkara pelik dilakukan.,.. pasti melibakan Jin Jin... megah la Jin Jin Tu asyik di angkat angkat....
Ingatlah setiap BENDA CIPTAAN Allah itu ada rahsianya dan kegunaannya untuk kita manusia khususnya Umat Islam. Allah memberikan kita akal untuk berfikir di manakah sempadannya pemakaian benda benda ini.
Allah tidak akan menjadikan sesuatu untuk perkara sia sia kerana Allah amat bencikan perkara yang sia sia.
Jadikan Tauladan....Kongsikan...
Sekian dari TMGB
macih tok perkongsian ilmu...
BalasPadaminsyallah d hayati...
Trima kasih Tok.. :-)
BalasPadamTumpang lalu.. trima kasih.. :-p
PadamLike..Take noted ni.
BalasPadamIlmu yg brmnfaat..tq tmgb..
BalasPadamterima kasih tok..penerangan yg terbaik..
BalasPadamt.kasih tok krn sudi berkongsi ilmu ngan kami yg x pandai ni .... TMGB.
BalasPadamSAMA SAMA tuan, just kongsikan apa yg tok tahu tuan
PadamAlhamdulillah.. Terima kasih Tok di atas perkongsian ilmu nie.. Tok, Leo nk kongsi ilmu dgn Tok & GB Clans.. Kalau kapas, ( yg biasa kita letakkan batu2 permata@buntat@geliga ) digantikan dengan kekabu ( yang dipetik & bukan jatuh tanah punya ye? ) boleh meng-upgrade-kan lagi aura batu2 permata nie.. Leo dah cuba, try ,test. Auranya mmg Ummmph!!!! Meeoooow.. :-)
PadamTerima kasih tok mat dan tn IF, ni byk yg sy pelajari :)
Padambagus
PadamTq tuan leo!!!
Padamsatu lg ilmu ni..tq tn leo..
PadamSalam semua.. Xde hal.. Tenkiu Tok. Sama-sama Tuan semua.. Maaf lambat reply kt treads dlm Blog Tok Mat ni.. Leo baru je balik kerja ni.. Sapa-sapa nk kekabu, Meh datang Kem Mistik TMGB Tahap 1 Ambilan 10. Leo bg je nnti.. xde masalah punya.. Insyaallah.. Amin..
PadamCerita mengenai Kem Mistik yg bakal diadakan di Taman Rekreasi Ulu Bendul, terdapat perubahan tarikh. tarikh baru akan Leo maklumkan nnti di Blog TMGB ni.. Leo & Pihak Jabatan Perhutanan NS Timur memohon maaf disebabkan tarikh yang ditetapkan tempohari ( 30hb Ogos -01hb Sept ) terpaksa ditunda ke tarikh yang lain berikutan pada tarikh tersebut ada anjuran pihak jabatan Leo dengan Persatuan Pengakap NS.. (Leo dpt tau & dah diconfirmkan pihak jabatan).. Maaf sgt3 ye? Leo dah buat yang terbaik utk dptkn tarikh tu tp... DIA jua yg menentukan.. Leo cuma merancang.. Walau bagimana pun, SHOW MUST GO ON!!! Mana2 peserta senior yg ada join Kem Mistik dgn Leo tau yg Leo ada "trademark" sendiri.. Oleh itu.. Kem Mistik kt tempat Leo ni, akan ada..
1. Ada Kek.. ( handmade by Leo.. Meeeoooosherdaapwoo!! )
2. BBQ ( as a token of apologies from Leo )
3. A special gift from Leo ( bagi peserta yg terbaik & ini dipilih oleh Tok Mat & Alisya sendiri )
4. Free Gift Kekabu bg semua peserta ( yang dipetik dr ats pokok & bukannya dikutip yg dah jatuh ats tanah tu )
tp xde laa banyaknyer smpai leh buat bantal peluk ye? Meeowhawhaw :-p
5. Pictures of slideshow event for all of the activities that shall happened during Mystic Camp TMGB 1st Stage Batch 10th.. ( Macam katun Ben-Ten plak bunyiner ye? :-P ) Leo akan buat slideshow pics tu & bg pd Tok nnti agar Tok letak kat blog GB nie..
Semoga kita dapat berjumpa nnti.. Insyaallah.. Leo selaku Tn Rumah akan buat sehabis baik bg Tuan-tuan sekelian.. Insyaallah.. Amin.. Meeeoow Meeow Meeooow.. Purrr.. Purrr.. Purrrrrr.. :-) By the way.. Leo ucapkan selamat berbuka pose to Tok Mat, Pn Alisya & the rest of GB Clans.. Wassalam.. :-)
Baik leo, insyallah... wa..kek kek kek....
PadamOk Tok.. Tenkiu tenkiu.. Haa.. Sebut psl kek ni kali ni nk wat kek ape lak nie tok? Kek Chocolate Fully Loaded dah buat ms kt Ledang.. Kek Tiramisu ( Feberet Tok tuu ) dah buat kt Kem Tahap 2 kt UB tempohari.. Kali nie lak? Hehehee.. Ke nk buat kedua2nyer skali lg.. Huhuhu.. :-) Kali nie siap BBQ Tok.. BBQ Leo sponsor ye Tok? Nk apologies pd warga GB sbb TAK DAPAT buat pada tarikh 30hb Ogos - 01hb Sept nie.. Haish.. Rugi btl laaa.. Harap2 ada laa hikmah di sebaliknya kn Tok?
Padammuahaha,. ala kek coklat la sedap huhuhu... tu hari tok makan sikit je, selebihnya tgk je bg depa makan... takpa sedut zat pun dah cukup... hahah mcm jin plak
Padamdibenarkan kongsi di blog blog dan facebook anda. insyallah
BalasPadamingatkan tok dah bobok ... hehehe
PadamTkasih Tok..kongsi ilmu ni..
Padamalhamdulillah penerangan yg cukup jelas, bg yg baru nak berjinak2 skrg dh faham terutama sy la hehe. trm ksh byk tok ats tunjuk ajar yg telah d beri..
BalasPadamterima kasih atas perkongsian.. tok..
BalasPadamtrima kasih tak terhingga kerana tok tak pernah jemu utk menerangkan perkara ini..rasanya kali ni penerangan dr tok ckup2 jelas dan terang..siap pakai spot light lg tu..hehehe..
BalasPadamtau takpa.. ekekeke
PadamBeshhh..Terbaekkkkk...Aduhhh ada topik menarik rupanya ptg tadi....
BalasPadamMeooowwwwkenyangmeowwww
PadamMeowwwwwwwrrrawwww...Rasanya boleh join kem kali nih...Harap boleh jumpa tn Imran....
PadamInsyaallah best kalau dpt bersua muka dgn shbt2 GB ..
PadamMmg best pun, mcm2 boleh belajar dan blh bersilaturahim.
PadamKalau ke tandas masuk ke dlm poket ade effect juga ke pada permata beraura ni tok?
BalasPadamKalau tgl rata2 x sedap pula. Nak tgl luar tandas org sebat. Mcm mana tu tok?
Masuk kan je dlm mulut tn.. jgn ditelan sudah.. hehehe..
PadamHuhuhu lawak tui..tertelan naya Tn Hilmi
Padamtakleh kena udara tandas aja, masuk kocek boleh , masuk mulut boleh
PadamKena ada sahabat lama tak jumpa tepuk dari belakang lak tuh..... hahahahaha kan dah hijau muka jap!!!! Kih kih kih
Padamletak dalam lubang hidung... macam tuan Amrul Hizal selalu buat... ekeke
PadamOwh begitu rupanya..
PadamTerima kasih..
Sy dah paham tok..
Pakcik gurau kasar. Hahahaha..
Tn yus kalau kiri kanan ade 2 bentuk cincin, tambah gelang aura, dah mcm ape dah kalau taruk dalam mulut.
Kene tepuk, mmg naya. Bukan hijau, silap2 k.o terus.
(^^)
Hehe danger tu tn
Padammasuk perut bukan tandas lagi..mmg loji dia hhaha
PadamHehehe
PadamMasuk loji takper gak tok.... kena kalau dia tunggu kat mangkuk tandas tu jugak camner? Kah kah kah kah!!!!! Adoyaiii!!!! Maaf yer sebab melawak!!!! Kih kih kih
Padamhihi.... mangkuk tandas takpa lagi , alih alih Pam aje terus, kalau masuk loji perut, silap kang masuk spital kena belah..
PadamAlhamdulillah..... terima kasih bebanyak tok.....
BalasPadamsama sama
PadamBak kata org kampung kita kat siam, 'very usefull and informative knowledge!!!'.... hahahahahha
BalasPadamTerbaik Tok
BalasPadamsalam tok and the gang gb, yampok sikit, tu pasal kalau boleh jangan pakai batu atau kayu campuran/gabungan, dalam 1 bentuk cincin,loket dll, kecuali pada mereka yang mahir dan berilmu dalam membuat adonan ni...efeknya teramat-amat kuat kalau tak upaya untuk kawal.. contoh besi 13,ada orang tak serasi atau tak padan padanya.nasihat sy simpan pada mereka yang ada, guna jika perlu atau dalam keadaan darurat. tok pun ada beri tau sesuatu barang siapa yang patut pakai (contoh batu bukit nuri sesuai dipakai oleh anggota keselamatan)wallahualam
BalasPadambukan tok saja-saja nak tulis sesuatu barang ni sapa yang patut pakai, sapa yang kena pakai. apa yang tok tulis tu ada makna yang terlindung, kalau nak hurai 1-1 huuuuu keras jari tok. he he he soryy
BalasPadamtu la pasal... kita penah buat huraian utk tiap pekerjaan dan batu apa yg sesuai kan
PadamAssalam Tok,nak tanya ckit,seperti saya mmg kerja dikeliling monitor mcm2 gadget eletronik macamana nak jaga tok?minta pencerahan
BalasPadamkalau sekadar pc dan lappy takda masalah tuan, kalau brg elektronik besar besar kena lah berjaga jaga
PadamKalo dh penah letak dkt2 brg letrik mmg akan jdi kasar selamanya ke tok? Xleh pulihkan?
Padamaah, kasar, nak pulihkan sila letak di dalam air yang berarus lembut atau nak cajnya cepat sila pakai air terjun, pegang dan letak di air terjun
PadamTerbaik tok... thump ups..
BalasPadamSya pun ikut sama ibu jari naik :)
PadamThanks..
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamAlhamdilillah..terima kasih tok dan warga GB..
BalasPadamAssalamualaikum..Tmpg lalu..Sy org baru dlm ne..Bru nk blaja2..Mtk yg da lama tlg bg tnjk ajar..Blh ke?
BalasPadamboleh silakan.... yg lain g taraweh malam ni ha. tok x g ri ni kurang sehat.
PadamUtk sebarang pertanyaan sila hubungi terus ke 0178259540 ya
Tok x sihat? Adoiyai.. PLEASE jaga kesihatan Tok.. Bykkn berehat ye Tok? Mkn ubat jgn dilupakan.. Please? Meeooow... :-/
PadamAssalamualaikum semuanya
BalasPadamapa tang tok mat tulis memang tepat.dari segi sains/geomology setiap batu ade unsur getaran tersendiri.tentang bulan tu pula sebab ade perubahan tarikan graviti antara bumi dan bulan.tu sebab ade air pasang surut,dan jika sape2 ade masalah mental/otak di larang keluar waktu bulan penuh,kerana graviti bulan mampu pengaruh air di dalam otak.
sy pernah sakit kepala teruk,makan panadol pun x jalan.jadi sy niat dengan izin Allah sy genggam kiri kanan akik hijau dan fairuz biru sambil berzikir.alhamdulillah sakit kepala hilang.bukan misteri,ade teorinya~salam semua maaf salah silap :)
Alhamdulilah good info from tok mat gb... penerangan & pencerahan keilmuan yg begitu jelas skli.. terima kasih tokmat gb....
BalasPadamAlhamdulilah good info from tok mat gb... penerangan & pencerahan keilmuan yg begitu jelas skli.. terima kasih tokmat gb....
BalasPadamterima kasih, info yang baik
BalasPadamAdesss..dh silap bwak kt org mati la..siap angkt lg mayat tu..ptutla rsa panaaas je tgan..aduiii
BalasPadamTrma ksih info yg dbrikn tok...
BalasPadamminta izin salin ye tok mat .
BalasPadamPerkongsian menarik.. T.kasih atas ilmu yg dicurahkan...
BalasPadammohon kongsi tok
BalasPadamsye baru jumpe post ni.. Tok, kalau sye memang letak batu2 yg sye beli di blog ni dekat dngan laptop mmg aura jadi kasar ke? cara nk pulihkan semula macamne??
BalasPadamya. masukkan ke dalam geode tuan
Padamstok geode ade tak?
Padamape2 pun geode pun boleh ke tok? berapa lama kne letak dalam geode?
BalasPadamsalam nak tny, kalau saya pakai batu yg ada batu emethyst, topaz, citrine, peridot, nilam, berlian dan delima dalam 1 loket. boleh ke?
BalasPadamw.salam wbt, semua yang di sebutkan boleh kerana semua ini ialah dari jenis kristal
PadamTerima kasih ilmunya
BalasPadamAssalamualaikum tok..kalau dibawa dalam beg tanpa memakai untuk ziarah kubur macam mana tok?adakah auranya akan mengurang..
BalasPadamw.salam wbt, bungkus dengan kain kuning dan kemudian bawak lah ke mana sahaja .
Padam