Sabtu, 28 Februari 2015

GELIGA ISTANA 2 ALAM





SAMBUNGAN ITEM LEPAS STOK DAPOR

FINISHING STOCK


2 Face Gemstone. ni kategori dia lah. nama dalam GB ni kita panggil Batu Geliga Istana atau nama penoh dia Batu Telaga Istana.. batu hok dio buat dinding telaga dan di mansuhkan bila dorang nak buat pakai batu lain. Kalo nak di kire dari rupo.. meme napok huduh, namun jika anda berjiwa tradisi anda tahu telaga dan apakah guna telaga, siapa pula yang guna telaga dan apa kepentingan telaga.. ni cara orang tua tua menilai.. sebab tu kalau kita balik ke kampung, kita lihat barang barang lama.. bagi kita takda makna, namun bagi bapok kite ianya ada makna dan sayang ia nak buang. Sama jugak dengan keris yang dah lusuh, dah reput. kita tengok macam nak buang je kan, tapi ayah kita ke , atok kita ke tetap dia simpan.. kerana orang tua tua menilai sesuatu barang bukan pada rupo melainkan apakah jasanya selama ini kepada pemiliknya. ( sebab tu walau mok mok kite dah huduh dan x lawo macam muda muda dulu , bapok kita takde nak carik bini lain yang masih mudo, memandangkan akan jasa mok kite padanya..hehehe )

Dan benda benda yang pernah berlaku selama ia ada sebagai telaga di sana, diibaratkan ada Badi yang membawa keberuntungan, membawa kerezekian, ia menjadi pusat orang saban hari mengambil air darinya , tiada yang pernah lupa untuk menggunakannya setiap hari, ini cara orang tua tua menilai sedare sedare semua. Tapi hari ini, orang kita menilai dari rupa. biar dop sempurna pembuatan dan syaratnya bina keris, asal comey.. duit masyhukkkk.. asal indah ...duit masyhukkkkk. dop kira dah kualitinya , tahan ke tak tahan, mampu menikam ke tak mampu menikam.. ya lah lagipun orang yang membeli kan hanya cuma nak buat hiasan.. kena dengan harganya juga sebagai hiasan buat lawa lawa...paling pun di puji tamu. manusia sememangnya suka di puji , dan HANYA nak dapatkan benda yang bernama PUJIAN. Maka nilai sekian sekian kena lah dia bayar. Paham Deh......

Insyallah di atas ialah Batu Telaga Istana Di kerajaan Betong, khasiat terpecaya orang tua tua dan pandai pandai ialah di dalam kerezekian, pelarisan, penumpuan orang ramai.... Segala ayat di atas tok baru belajar tadi di Betong, pah balik dari umoh Joe KPN ingat nak singgah ke Betong Jap.. dalam dok meremang kat sana sensorang..bukan apa takut la rimau ke , ulor ke kan. Jumpa Kiyai Kawah sekejap untuk amik beberapa barang dan di atas ialah potongan potongan ayat ayatnya yang tok suaikan untuk geliga di atas ( modified sikit sikit je ayat tu )


Kod Produk : GIS2ALAM 26215
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 46

GELIGA SAKTI BIRU ALAM








STOCK LAST YANG DI AMBIL DARI STOK DAPOR LEPAS 


Geliga Sakti Biru ini ialah perolehan dari Kerajaan Kayangan , Ada 2 sahaja dan ia adalah item yang misteri dan menarik. Bertuah bagi yang memilikinya....

Jika ikutkan maunya Di maharkan dalam RM 500 sebiji ni, namun memandangkan sudah termaktub perjanjian maharnya, maka nilai maksima yang diberikan ialah RM 80 sahaja

Insyallah amat ampuh :

KEWIBAWAAN TINGGI DAN DI PANDANG MULIA 

Ia Umpana Geliga Derajat yang di pakai Tok sendiri... 

Kepercayaan orang lama lama, jika memilikinya insyallah tidak akan jatuh kedudukannya walau apa pun jalan musuh untuk membinasakan, malah musuh itu sendiri akan terkena tumbal akibat perbuatannya

Apa seklipun semuanya iah kuasa Allah swt dan kita sebagai Hamba harus mempercayai bahawa semua ini asbab sahaja, yang berkuasa tetap Allah swt


Kod Produk : G.S.BIRU ALAM 26215
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 80

Better Grab Terus sebelum ada yang Call menyamar dia yang lock barang anda ini  

RAJA MANI GAJAH (RMG)














Ini item dah terlalu legend dalam blog GB, x perlu cakap banyak lah 

Kod Produk : RMG 26212
Bentuk : Permata kasih 
MAHAR : RM 450

Promo Hujung bulan: RM 300

FEROZ RUSILA







INI IALAH STOK LAST

Ini pelik, ajaib pun ada... tok dapat feroz ni, entah la... tatau nak cakap, sebab feroz ni bukan mudah nak jumpa di dalam Malaysia, maksudnya melalui carigali, dan rasanya memang xda, feroz biru pulak tu, dah biru..campur putih pulak tu.. entah la... pening rasa, mcm nak pitam pun ader, sebab jenis macam ni hanya ada di Iran . Kalau tibet feroznya kaler agak biru nak hijo gitow... 

Kenapa tau ia masih menjadi kepelikan pada Tok.... Meh tok citer... murid lama memang kenal tok ni macam mana, Tok ni jenis x mudah percaya apa pun.... walau benda yang tok dapat.. mungkin sebab dah terdidik agar JANGAN TERLALU TAKSUB dengan kebolehan yang Allah beri. 

Selama ini kami mendapat Batu melalui pelbagai cara, ada pakai penarikan, ada pakai cari gali sendiri, ada pakai modal , ada pakai tolong jual hak hak sekutu.... di dalam penarikan ni, tok masih percaya, mai la lagu mana pun , ia tetap dari dalam tanah kawasan tu jugak..... alih alih di Rusila..timbun natang neh... Feroz....... mana ada feroz di Tanah Malaysia nehhhhhhhhhh...... memang BooooMm My Mind la ..... Tok dok caye dia mai tu dorang amik dari dalam tanah kawasan tu jugak dan proses di alam sana dan bagi ke tok. Ni Ferozzzz..... perasan kan tok selalu cakap... mai la batu kot mana pun , asalnya tetap dari dalam tanah... ini....??????..... maybe feroz ni hasil penculikan dari Beg peniaga lain kut..... kita berfikiran + ja la na hahaha. ( mcm ni + ?) 

Feroz ni sebuah batu yang ada martabatnya sendiri.... Rare Beb , kalau di negara luar pemakaian Feroz ni boleh di katakan suatu kebanggaan... Bagi menambahkan akan khasiatnya , mari kita cari sedikit maklumat saintifik berkenaan feroz ni

Cuba lihat sini, tok nak translate bukan paham sangan omputeh ni haha, tapi benefitnya feroz ni, omputeh pun tau... apa salahnya kita di nusantara ni juga cuba mengkajinya :


Kod Produk : FBIRU 26215
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 66

PENAWAR SENDUDUK PUTIH





Seriously ini ialah batu dari betong, namun tok dah menapakannya selama 7 hari di dalam pangkal Pokok senduduk yang besar besar, potong tengah, korek kulit dan letakkan batu ni agar ia meresapkan khasiat Getah senduduk putih yang merimbun di Belukar Rusila nu. Ingat senang buat keje ni, korek satu satu tau jangan sampai tercabut pokoknya. kalo tengah korek mai ulaq senduk...tok dah la takda insuran nyawa..hahaha....

=======================
Muhyidin--1 melayu pendek ---1 cina panjang--- 2 tahun (-+)----Kelantan, Terengganu, Kuantan, Kedah, Kl, Johor---Ninja
=======================

Bab atas jangan tanya apa dia... baca dan simpan dalam kepala... Tok mana tau saja suka suka je tulih tu.

Insyallah batu ini berkhasiat dalam :

Masukkan dalam minyak kelapa insyallah akan larut khasiat senduduk sebagai :

Menghentikan luka

Minyak urut

Melecet dan kena panas

Budak kena sawan tangis, sapukan di kening tengah naik ke atas ubun ubun dan kedua cuping telinga serta kedua ibu jari kakinya, bacakan selawat x kira berapa kali pun


Insyallah sapukan sahaja. Batu ini di masukkan ke dalam 1 botol bersaiz 20ml minyak kelapa asli selama 14 hari..dan boleh di amikkan untuk di masukkan ke dalam botol lain dan seterusnya, insyallah khasiatnya takkan hilang kerana minyak hanya menyejat sedikit sahaja khasiat di permata ini, minyak mempunyai molekul yang padat berbanding air..


Kod Produk : PENAWARSENDUDUKPUTIH 1215
Bentuk : Permata Tapaan
MAHAR : RM 76

Mulai Kini Sila Ingatkan Saudara Baz untuk mengirimkan pesanan anda di dalam buluh, Tok diberikan cadangan oleh Kiyai Hj Kawah agar meletakkan ia ke dalam buluh agar khasiatnya terjamin 100% sampai kepada pembeli, khuatir di tengah jalan di langkah atau apa pun, masukkan dalam wassup . Arahan ni dah seminggu tok berikan kepadanya namun tok khuatir jika ia tidak diendahkan. Maka sila pesan kepadanya semasa membuat pesanan di sms / wassup dan rasakan perbezaannya 

CARA DAFTAR LELONG

Berikut ialah cara mendaftar di lelong.com.my

Silakan



Lupa der, masukkan password yang anda register tu la 123456 huhuhu......

GELIGA PUTERI AYU





Stock last ni saja kali ni ..... ni pun dari stok lebihan lepas yang sengaja tidak kita masukkan kot2 ada yang tya stok dapoq kan...

Puteri ayu dan Seri ayu putih tak sama tau tuan tuan, orang yang berlainan ni. Alhamdulillah ketika ini Ramai orang di Betong nu, tok tatau kenapa ramai, malas nak bertanya sebab tok dah x lagi menjadi salah satu AJK majlis dorang... banyak benda nak pikir lagi huhu...

Alhamdulillah ia berguna sebagai ikhtiar dan asbab :

Melancarkan segala sesuatu yang di rencanakan , ibarat kita merencana nak mintak hutang, kan kita pakai misai rimau,,,, ibarat kita nak g memancing kan kita pakai penganyir... maka sama juga ...ia dalam istilah menjayakan rencana.  

Namun geliga di atas membawa maksud menjayakan rencana bersifat kasih dan sayang, menundukkan dan kewibawaan. Insyallah

Kod Produk : GP3AYU 26215
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 120

GELIGA LAKSAMANA DEWA COKANE














































Ini ialah item terbaru di dalam blog GB, minta maaf memang namanya begini dan wife tok pun pelik bila dapat tahu. 

Insyallah jenis ini di gunakan di dalam kesaktian Hilang dari pandangan musuh dengan menyentuh dan meniatkan sahaja. Keampuhan tok x jamin, benda ni baru dapat semalam, tak dan nak test. Tok sampaikan apa yang di sampaikan dirinya tuan empunya barang.

Selain itu ia di gunakan di dalam ikhtiar ...yang ni besh sikit. Dewa Cokane... di dalam sebuah bangsa ia di kenali sebagai dewa cinta dan ia membawa kepada pengasehan, sama juga di sentuh , di pejam matanya dan di bayangkan wajah org tersebut. Panggil namanya berulang kali, insyallah cuba seminggu ada kesannya nanti. 

Kod Produk : GLDCOKANE 26215
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 120

Kekuatannya melebihi RMG melalui rasa batin yang tok lakukan