Assalamualaikum wbt tuan tuan semua, alhamdulillah di atas ialah Minyak Bertap 5 dalam 1 yang pernah tok hasilkan sekitar 2 tahun lepas dan sudah tidak kita maharkan di dalam blog selama 1 tahun 5 bulan.
Ibu Bertap 5 dalam 1 ini mewakili ratusan botol anak anak minyak yang sudah di maharkan, dan sudah tentu pemilik baru ibu minyak ini perlu menyimpannya sebaik mungkin agar ratusan lagi tidak tawar penggunaannya... Power in your hand.
Cara Penjagaan Ibu Minyak Bertap ini tidak sesukar Minyak Cenuai, ia hanya perlu di asapkan menggunakan setanggi pada setiap bulan Safar, untuk tahun ini ia sudah di asapkan , menggunakan setanggi 7 batang di asapkan di bawah rembulan penuh bulan safar selama 30 minit dan kemudian di tutup semula dan di simpan di dalam almari.
Tujuan mengapa tok tidak mahu menyimpan, sepenuhnya tok tidak lagi berminat membuat minyak pengaseh kecuali minyak pemagar . Tok mengenal pasti beberapa masalah yang wujud antaranya pasangan bercerai, kebetulan merujuk kepada tok dan apa yang di ceritakan bagaimana pasangan berubah merungkap kepada penggunaan minyak pengaseh.
Kefahaman tok sekarang ialah , kita sebagai peniaga tidak tahu apakah niat pembeli, dia mungkin cakap nak anak dara...mana tahu sekali ke depan rupanya bini kita?.... namun agak mustahil jika pembuatan kita memakan diri kita sendiri kerana ia sudah di sumpah tidak akan memakan diri, isteri dan seluruh kaum keluarga kita.
Yang kita takutkan ialah jika orang terdekat kita terkena minyak buatan orang lain yang bukan di dalam sumpahan kita.. Minyak VS Minyak... itu yang tok takutkan dan khuatir.
Namun jika anda mahu menggunakan di jalan kebaikan , alhamdulillah
Cara untuk menghasilkan anak anak minyak, Botol yang lain di sediakan minyak kelapa Hijau atau sebarang minyak, asalkan bernama minyak...jangan air pula.... ambilkan ibu minyak ini menggunakan lidi, celup di ibu dan celop di botol anak minyak, 1 celop hanya 1 anak ( botol kecil lain yg baru ) sekali celop mesti buang dan guna lidi yang baru ( patahkan yang dah di celop tu ).
LUPA NAK BAGITAU
Untuk pelaris, celop selidi dan masukkan dalam botol spray meja makan, spray meja yang kotor , insyallah orang akan datang dan datang ke kedai kita.
Pantang Larang IBU MINYAK BERTAP 5 DALAM 1
Jangan Di buka di dalam tandas, bawak takpa...sebab minyak di dalam
Jangan Buka dan bawak di tanah perkuburan
Jangan Di langkah Buka atau tutup
==============================
QUICK GRAB : RM 3000
MULA PERTANDINGAN : RM 7.25
MASA : 3.00 - 6.00PM Sahaja





