POLISI SYARIKAT KAMI
( Demi Kepentingan Bersama )
HALAMAN KEMASKINI ITEM
1. Halaman ini akan tetap kekal wujud
2. Item akan di jadualkan secara rawak tanpa giliran gambar halaman kemaskini
LOCK DAN UNLOCK
1. 1 Individu hanya Boleh Lock 5 barang dalam sesuatu masa tidak kira sama jenis atau tidak, dalam 1 kumpulan atau lebih
2. Unlock Jika menghadapi kesulitan membayar hendaklah diumumkan di bawah LOCK anda sebelum tempoh 2 hari ( 48 jam ) , jika anda kerap unlock dalam tempoh 3 hari maka id anda akan disenarai hitamkan dan di pamirkan di 1 halaman khas
3. Lock untuk kawan ( wakil ) di dalam GB Adalah DIBENARKAN
LOCK BERKOD
1. Boleh Lock Hanya 1A, 2A dan seterusnya tanpa memasukkan kod penuh , namun perlu memasukkan kod penuh bila sms pihak kami untuk pesanan penghantaran
2. Bagi 1 barang ( tunggal ) dalam sesuatu halaman jualan Hanya Sebut "LOCK" sahaja
GRAB / QUICK GRAB
1. Dalam tempoh 12 jam sahaja dari Ulasan Grab Tadi, Jika Tidak Boleh / terhalang ,maka Boleh dilanjutkan dalam tempoh 24 jam sahaja , namun perlu memaklumkan di bawah ulasan " GRAB " anda itu.
PAYMENT DONE
1. WAJIB di letakkan di bawah ulasan " LOCK " atau " GRAB " Atau "LOCK 1A / 2A dan seterusnya "
2. Item yang tiada ulasan " PAYMENT DONE " dan jika di bayar orang lain , maka item tersebut akan di hantarkan kepada yang mana terdahulu SMS / WHATSUP kami bahawa PAYMENT DONE beserta Maklumat berkaitan
MAKLUMAT PEMBAYARAN
1. WAJIB hantar Gambar / Print Screen ke VIBER @ Whatsup Ke 017-8259540 / 01117775251. Selain Nombor ini Maka Jangan Marah Jika order anda keciciran dan penghantaran menjadi lambat
2. Boleh juga MMS sahaja jika handphone anda tak canggih
Sila emailkan Maklumat Berkaitan dan tidak perlu Sms/Whatsup... Di Jamin Order anda sampai kepada kami.
Tak perlu sms lagi, memang akan masuk terus ke dalam sistem kami .
Silakan cuba sistem ini dan lihat barang anda sampai tak dalam masa 3 hari.. sistem ini tiada servis menjawab pertanyaan
BANK-IN PEMBAYARAN
1. Setiap Bankin Hanya Untuk blog yang sudah ditetapkan, Jika anda sudah terbayar ke GB kemudian nak unlock hanya untuk LOCK di blog lain dalam kumpulan kami ( GB ) , maka permintaan anda tidak akan DILAYAN , 1 blog 1 bajet... anda kena tahu HITUNG bajet anda dan apa item yang anda mahu dari kumpulan kami.
2. Pembayaran melalui Lain bank selain MAYBANK, Bila CLEAR sahaja item akan di hantar / pos
DEPOSIT @ KREDIT A.K.A HUTANG !!!!
1. Deposit 50% dari nilai hanya dibenarkan bagi PEMBELIAN RM 700 Ke atas
2. Deposit RM 50 atau bukan bernilai 50% akan di anggap ": WANG UNTUK KAMI KEMBALIKAN SEGERA "
3. Deposit yang melebihi tempoh PERJANJIAN akan di Anggap HANGUS ( No Nego In Trust )
4. Tempoh Lock Berdeposit hanya SEMINGGU SAHAJA
PEMBELIAN ATAS LOCK ORANG LAIN
1. Ada sesetengah individu yang enggan mengulas lock dengan alasan tidak berkesempatan, tiada line internet dan lain lain KEMUDIAN TERUS PAYMENT BAGI ITEM YANG SUDAH DI LOCK PEMBELI LAIN, untuk individu begini tindakan serta merta akan di ambil iaitu :
- Menganggap ia sebagai sebuah tindakan menceroboh PRIVASI PELANGGAN KAMI kerana tidak menghormati polisi sedia ada
PENGHANTARAN ITEM
1. Penghantaran barang ialah " what u see is what u will get " , sebelum menuduh kami menghantar item berbeza, sila telitikan urat batu yang anda dapat dengan urat batu di dalam gambar Blog ini dan kumpulan lain. Atau anda akan diisukan kepada peguam kami demi melindungi nama baik Pihak GB**jika anda menjatuhkan Nama Kumpulan GB baik di media maya, secara terang atau sindiran**. ( belum pernah berlaku lagi )
2. Jika item anda Ghoib atau dicerobohi individu lain , kami akan mengembalikan 100% wang atau ia boleh disimpan bagi item belian lain.
3. Pihak kami tidak akan menggantikan barang yang hilang semasa proses penghantaran , samada dicuri posmen, jiran atau individu yang menyamar, jika kes ini berlaku, anda sendiri perlu melaporkan kepada PDRM dan membawa salinannya ke Pos Berhampiran, insyallah serta merta Pos Akan keluarkan barang anda dengan pelbagai alasan , alasan paling popular mereka selalu beri ialah item tersepit celah van..... Taktik ini dah 4x menjadi..sure 1 pejabat pos terkencing dalam seluar.Paling tak pun muka pucat macam mayat.
4. Pihak GB membuat penghantaran Setiap hari kecuali cuti Jumaat dan sabtu tidak seperti KL dan WP...
PENGHANTARAN ITEM LUAR NEGARA / LUAR SEMENANJUNG
1. Kos Pos Di dalam Malaysia adalah PERCUMA, Kecuali Bagi Item Bukan Geliga dan barangan Mistik ( Etc : Pherofish )
2. Item penghantaran ke luar negara adalah mengikut kadar yang sudah ditetapkan pos Malaysia ( Etc : Singapura RM 60 )
3. Ada pelanggan yang membeli banyak/kumpul bayar pakai paypal... diingatkan paypal memotong payment anda amat banyak sekali, sementara kos pos anda hanya untuk 1 barang sahaja... jadi sila fikir sendiri berapa perlu anda tambah ( Kesilapan ini sudah diperbetulkan , mesej ini untuk pelanggan baharu sahaja )
4. Penghantaran LUAR NEGARA KAMI adalah FIRST CLASS, item pesanan anda akan sampai kurang dari 15 hari....
LAIN LAIN..
1. Akan di tambah kemudian Jika ada.... jika belum sempurna , sila beri CADANGAN anda