Khamis, 23 Julai 2015

LAMBANG YAHUDI IALAH MILIK ISLAM

SEDARLAH WAHAI BANGSA DAN
 UMAT !!!!!!!!

 SIMBOL BENDERA ISRAEL ADALAH MILIK DAN LAMBANG ISLAM.





Kata hukuma :“Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya. Jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka.”

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam bait-bait lagu Getaran Jiwa :“Tak mungkin hilang irama dan lagu
Bagaikan kembang sentiasa bermadu
Andai dipisah lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa hampa.”



Allahyarham Noordin Ahmad dan Allahyarhamah Latifah Omar di dalam bait-bait lagu Gurindam Jiwa :“Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pengalaman dan sejarah telah menunjukkan bangsa yang tidak mengetahui dan mengkaji sejarah negara sendiri akan menyebabkan bangsa itu akan kehilangan jatidiri dan maruah di tanah air sendiri.Ini berlaku di mana-mana sejarah negara di dunia dan tidak terkecuali di Palestin. Kata-kata di atas jelas menunjukkan kita haruslah menilai dan meneliti sejarah untuk mengelakkan ditindas kerana buta sejarah.Imam 1 Masjid Al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada warga Palestin agar kembali mendalami sejarah agar dapat menangkis tipu-daya Yahudi.

Pada permulaan Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayahEropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh seperti Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi penghapusan umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.

“Barbossa” adalah sebuah nama yang amat penting di dalam dunia peradaban Islam dahulu kala – Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Hayreddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki yang menjadi pelaut biasa belayar di wilayah perairan Yunani dan Turki .

Pada satu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti lanun dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian dan kedua adik-beradik ini dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean.Inilah umat Islam tidak menyedari pahlawan Islam dijadikan bahan ketawa bangsa asing dan disanjung dan diagung-agungkan pula.Sungguh sedih dan memalukan kita sendiri turut menymbang kepada keadaan ini kerana kita buta sejarah.

Islam pernah mengangkat ketamadunannya ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia. Kebudayaan, falsafah,sains dan teknologi terutama di bahagian segi bina dan bangunan khususnya di wilayah Semenanjung Iberia atau Sepanyol. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar ,sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika zaman kegemilangan Islam, bangsa barat Eropah terpesona dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup dengan penuh aman damai selama dua abad lebih ketika itu.

Bendera yang digunakan oleh beliau juga mempunyai lambang bintang enam namun bendera yang diusung adalah berwarna hijau dengan kaligrafi doa “Nashrun minall Laah wa fathun qariib wa basysyiril mu’miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam. Ketika itu, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam beranggapan itu lambang Yahudi tanpa meneliti sejarah kewujudan lambang segi enam tersebut dengan simbol ini.







Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah s.w.t oleh kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat betapa walaupun adik-beradik Barbarossa dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.

Contoh yang amat jelas dan ketara adalah bendera negara Yahudi ini sebenarnya melambangkan ciri-ciri keislaman yang mempunyai enam bintang berpenjuru yang bergabung namun mereka berbangga yang merekalah penduduk asal negara Palestin.Jika kita meneliti dan melihat sekeliling struktur bangunan di dalam Masjidil Al-Aqsa, kita akan melihat bintang enam ini baik di dinding mahupun di tingkapnya.




Menurut seorang penjaga Masjidil Al-Aqsa, lambang ini telah wujud sejak ribuan tahun dahulu.Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.Oleh sebab itu,ketika Palestin ditawan oleh Salahuddin Al-Ayubi, beliau membina struktur ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah beragama Islam.Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin sebelum orang Yahudi dibawa oleh Nabi Musa a.s. ke Palestin.

Orang Yahudi menggunakan lambang ini sekitar 100 tahun yang lalu.Mereka menggunakan lambang bintang enam ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal di sini . Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan kebenaran bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal Palestin.

Selain struktur bangunan masjid ini, mimbar Masjidil Al- Aqsa juga mempunyai kisah tersendiri.Umur mimbar ini hampir seribu tahun manakala tingkap dan marmar di dindingnya berusia ratusan tahun. Ketika Salahuddin Al-Ayubi dapat mengalahkan Tentera Salib di Jerusalem dan semasa zaman pemerintahannya,Salahuddin Al-Ayubi telah memerintahkan tukang kayu di zamannya membina 2 mimbar yang serupa. Setiap satu mimbar ini diperbuat daripada 16,000 kepingan kayu kayan yang dicantum-cantum membentuk mimbar.Sebuah mimbar berada di dalam Masjidil Aqsa manakala sebuah lagi berada di Masjid Khalil di Hebron. beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid Al-walid. Saidina Khalid Al-Walid adalah di antara sahabat yang berjuang untuk membuka Kota Jerusalem.Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan Tentera Salib. pada tahun 1187, ia kembali kepada pemerintahan Islam semula.Kedua-dua mimbar ini merupakan lambang bahawa masjid ini telah berada di dalam amanah Islam semula.Menurut beliau ketika menumpaskan tentera Salib di Palestin adalah” barangsiapa yang menakluk Palestin akan menakluk dunia” sesungguhnya jelas menjadi kenyataan di mana Palestin menjadi rebutan dari dulu hingga sekarang kerana kedudukannya yang strategik di mata dunia.


Namun begitu, mimbar di Masjidil Aqsa telah terbakar akibat perbuatan seorang pelampau Yahudi warganegara Australia, Michael Denise Rohan seorang doktor perubatan pada 21 Ogos 1969.Rohan telah dicarakan dan didapati tidak siuman dan dihantar ke negara asalnya tanpa apa-apa tindakan lanjut.





Akibatnya mimbar yang berusia lebih dari lapan ratus tahun serta langit-langit atapnya turut terbakar.Selain daripada itu, sebahagian besar masjid yang barakah itu mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar bin al-Khattab, dan sebahagian serambi.

Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut. Micheal Rohan ketika ditangkap telah berkata secara berterus-terang dan angkuh bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab Talmud. Dia juga mengaku telah berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari tuhan. Sekiranya seorang Yahudi meyakini kerja-kerja jenayah itu adalah perintah tuhannya, maka umat Islam hendaklah menganggap tanggungjawab mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa adalah satu tuntutan agama dan tanda seseorang hamba itu beriman kepada Allah s.w.t dan agama Islam.











Akan bersambung Insyallah.

DISEDIAKAN OLEH :
FAZILLAH BEGUM BINTI ABDUL GHANI
TIMBALAN PENDAKWA RAYA
SELANGOR

BERTARIKH :09.03 2014 M / 07 JAMADIL AWWAL 1435 H

Sumber : http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=2060

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN