Rabu, 6 April 2016

GELIGA RIMAU





































Perghhhhhhhhh.... At Last....

Geliga Harimau Panglima Setia Megat Alam Yang Tok perolehi dari dirinya sendiri ini di gunakan di dalam pertempuran, peperangan, penggerun musuh, penggerun Jin dan makhluk Halus , Penaik semangat diri, Membantu pesakit lemah semangat atau di ganggu 

Nasihat Tok pakai pada diri sendiri ketika berubat orang sahaja, tak perlulah di bagi kepada pesakit, kang pesakit tu campak ke luar tingkap saja je hahaha.. nak mencarinya celah rumput dah 1 hal pula kang.....

Panglima Setia Megat Alam Adalah nama gelaran dan hampir sama gelaran di semua kerajaan alam Bunian, sama la dengan gelaran di alam kita  ni, Dato Dato Paduka apa semua tu. Mereka sendiri punya nama mereka sendiri di dalam kehidupan seharian mereka. 

Panglima ini mempunyai seekor harimau bagi mengiringinya di dalam peperangan di alam sana, Kalau tok nak ceritakan ciri ciri harimau ni kang ada jugak kang yang kata tok terpengaruh filem filem hahaha... susahhhhhhh....

Ok baik baik, apa pun kita berbalik kepada khasiat geliga ini sahaja.. tok x jau bercerita macam dulu, nanti ada pulak yang menjadi obses , tok kalau boleh nak didik masyarakat agar masih di jalan manusia tapi dalam masa yang sama melayakkan diri untuk merasa memakai barang barang macam ni.... takkan nak bagi freemason je pakai benda benda berkuasa macam ni utk menindas kita... Batu?.. Allah cipta Kowt... takkan Allah cipta utk kegunaan orang bukan islam dan di gunakan pula untuk menindas org islam...cuma masalahnya..org kita yang tak faham dan tak nak menerima Kejadian ciptaan Allah Yang Lainnya... Kita mudah lupa.


Ok lah, tok persembahkan kepada anda Item King Hyper rare hari ini ..... Ayah kata nak pencen dah tu... nasihat tok... belum masanya ayah pencen daa... insyallah dalam tahun ni banyak item best best akan keluar di dalam pelbagai gabungan sumber.... dari serata ceruk kg, ceruk negeri , negara .... tok sednag buat usahasama dengan agen agen mistik sedunia antaranya di Istanbul kita dah ada, di Aussie kita dah ada, Di India Kita Dah ada, Di Thailand Kita dah ada....  Yang buat lambat cuma, negotiate harga sahaja..... dan permasalahan dalam berspeaking...

Item ini di simpan di dalam timbunan beras jika tak pakai, nasihat tok, pakailah buat cincin dan bagi wanita, pakailah ia buat kalung. Insyallah


Kod Produk : GRIMAU 4416
Bentuk : Geliga Harimau Panglima Bunian
MAHAR : RM 350

20 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Tahniah smua...3a cantik la ayah..hehe

    BalasPadam
  4. Ayah bukan nk pencen tok..cuma nk slow sikit..yang benar king,superb dan hyper jer ayah nk mahar..yg biasa2 dh banyak tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ah takpa ayah, tok paham benar, memang semua pelanggan tok dari dulu datang dan pergi.. apabila koleksi dah mencukupi maka mereka pun pergi..

      Tok gembira daoat memenuhi keinginan orang lain di mana mereka dapat mengumpulkan koleksi keperluan dengan harga murah... jika tok jual mahal tok rasa ayah belum tentu akan slow lagi kan? hahaha

      Sudah menjadi adat di GB pelanggan datang dan pergi.... dan resam itu masih berjalan sehingga ke hari ini , cuma mereka akan hadir dengan tiba tiba untuk lock jika ada item rare dan king...

      Padam
    2. He he, betul tok.. tp itu menunjukkan pelanggan tok dr dlu x pergi meninggalkan terus block GB ni, masih mengintai dr sudut yg amat teliti (macam ayah IS selalu kata tu.. bila king sudah turun tangan, semua kena sennngat.. he he.. #kipidap tok.. teruskan usaha tok selama ni dengan item2 yg lebih berkualiti.. walau pelanggan datang dan pergi, blog GB tetap x sunyi.. newbies tetap ada mengganti.. kehidupan kita pun macam tu kan tok.. semuanya silih berganti.. betuikan, kalau saya salah na.. ;)

      Padam
    3. Btl2.. Melainkan tok plak yg pencen.. Alamatnya lock novel je la pasni.. Rasanya blog sebelah pun da lama tergantung tu..bila lg nak sambung.. :)

      Padam
    4. ahaks... insyallah tak lama lagi la kot tok pencen, maybe tak sampai 10 tahun, maybe tak sampai 8 tahun, wallahualam...

      Novel tu sengaja di biarkan tergantung sebagai sebuah iklan... ia akan di sambung dengan novel nanti... jadi novel tok bila keluar aja dah tentu bila di terbitkan akan mencapai hit sale tertinggi tanpa perlu menunggu... teknik tok utk promote

      Padam
    5. nombor phone tok mat yg mana satu ya ?

      Padam
    6. nombor phone tok mat yg mana satu ya ?

      Padam
    7. ah kalau di bagi pun tok susah nak angkat la ni memandangkan masa tidur tok yang tidak menentu....

      Ada ramai yang call utk tujuan tarik harta karun

      Peruntukan bawah rumah-kes ni lebih 300 kes di terima setahun

      Nak berubat masalah suami isteri

      Nak suruh Scan

      Nampaknya keputusan tok untuk low profile selama 10 tahun ini kian slow dan slow...malah kebanyakan perkara tidak lagi tok lakukan kecuali ...... memberi perhatian kepada perniagaan dan keluarga sepenuh hati.....

      Tok tak lagi aktif dan giat di dalam bidang penarikan dan runner mistik, namun tok sudah menyediakan sebuah platform bagi tujuan runner mistik di www.runnerantik.webs.com sejak tahun 2011

      Dan menyiapkan assingment tok iaitu menyediakan dan melahirkan beberapa perawat di setiap negeri di dalam Malaysia

      Malah bukan itu sahaja... ada juga Murid murid di bidang penarikan yang tok sediakan untuk membantu mereka yang memerlukan dan mereka ada di negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka, Johor, Serta Kuala Lumpur dan Selangor dan tak lupa juga di Sarawak dan Sabah.

      Maka selesai sudah tugas tok di dalam menyebarkan warisan para guru yang masih hidup dan sudah meninggal dunia.

      Sudah sampai masanya tok mengundurkan diri dari bidang Mistik setelah bersusah payah menyediakan semua ini dalam masa 10 tahun lepas...... dan kini tok ingin berehat selama 10 tahun pula demi keluarga dan masa depan anak dan isteri tok.

      ;-(

      Padam
  5. Tok . . Ada tk item drp Raja Bunian ? hehe (n_n)

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN