Isnin, 31 Julai 2017

CINDAI HITAM (KUANTITI TERHAD: 20 SAHAJA)














Kuantiti ada 20 sahaja.. mulanya Mr baz nak buat demo bakar, tapi rasanya dia lupa la ni. 

Ini ialah kain cindai asli anti bakar.. ramai orang membelinya untuk menjadikannya sebagai minyak minyak berguna:

Pengasehan Sekampung

Pengasehan Khusus

Penaik seri wajah

Kebal Darurat ( kok mana pun tatau la , kain tu kebal ada la ) 



Mungkin ada newbie di sini tidak tahu nak buat minyak pengaseh.... dah tak tau nak beli buat apa kan?... so tok ajarkan..usah risau, tok mat ni bukan jenis lokek ilmu.. ilmu Hak Allah bukan hak kita, nak lokek buat apa kan, Allah pun x lokek ke kita... ye kan?


ILMU BUAT MINYAK PENGASEH



Cari minyak Kelapa dara / Kelapa Sulung /  Kelapa Tunggal /  Kelapa Hijau...paling afdal semuanya kecuali minyak kelapa dara lah... nak ambilnya pula mestilah hari jumaat petang dan gugurnya jangan kena tanah, maksudnya kena sambut . 

Buat minyak, dan masukkan ke dalam botol, sebelum itu, masukkan kain cindai lah mana ini ke dalam botol dan tuangkan minyak... kemudian ambil wudhu dan buat solat hajat 2 rakaat kemudian bacalah ayat ini... lagi banyak di baca lagi power dan lagi kuat anda dengan Allah maka lagi mujarab dan cepat jadinya.. Boleh di gunakan untuk keluarga, anak anak, masyarakat, suami dan isteri malah turut mampu menjinakkan mertua yang garang macam singa hehehehe. 

Minyak ini boleh di gunakan untuk palit, pakai sendiri di kening mengikut tatacara yang pernah tok ajarkan ( sama mcm pakai minyak pengaseh lainnya ) 

Boleh juga guna untuk berniaga , melariskan jualan. Boleh juga di palit di hujung jari dan palit di hujung wang kertas untuk memberi baki kepada pelanggan dan jari pelanggan memegangnya, insyallah pelanggan itu akan kembali semula untuk membeli. 

Ini lah satu satunya ayat pengasehan dari Al-Quran yang banyak di pakai oleh mana mana pembuat minyak berstatus putih termasuk tok dan isteri tok. Kalau botolnya banyak, kena tekan bacaan tu lebih lagi... lagi banyak baca lagi mahal.. dah org tu duduk bersila lama lama di sejadah ingat tak kebas bontot ke?.. hahaha... kalau nak buat sendiri kan malas, so bayarlah rm 200-500 pun.. itu upahnya. 

Jadi kalau nak buat sendiri pun boleh. 

Bagi yang BUKAN BERUGAMA ISLAM boleh membacanya dengan niat untuk mendapat fadhilat dan khasiat bukan untuk menghina ayat ini. maka ia di bolehkan.. usah risau lah, murid tok cina 4 org, india 2 orang, lain semuanya melayu.. dari usia 15 tahun ke usia 76 tahun alhamdulillah murid tok belaka. Tok jenis 1Malaysia.. cuma kalau terkadang tok cakap mcm berbau perkauman bukan apa, tok marah dengan bangsa sendiri dan cemburu dengan bangsa lain yang berjaya dan rajin usaha. Untuk di jadikan contoh..bukan racist ok. Tapi alhamdulillah la ni tok tgk baik melayu ka, india ka, cina ka.. alhamdulillah semua dah rajin mencari duit, cara lagu mana tu tatau la, tapi rajin tu ada la, org kata ada kemajuan hah. 


Baik, silakan, nak bebel banyak pun ada banyak lagi barang nak di masukkan ni . Ini ialah item penarikan..bukan brg siam ka apa ka... update semalam masuk jam 12pm sat lagi. 



Kod Produk : XYCINDAIHITAM 2907
Bentuk : Kain cindai bermutu
Kuantiti : ada 20 ni sahaja
MAHAR : RM 100


Tok ni kan, kekadang nak letak harga tu serba salah, harga di tangan kita , peniaga.. letak murah org kata tak ori, letak mahal org kata nanti dulu... beginilah ya... tok dok tgk trend geliga lipan yang tok dapat 27 juta biji tu... tok jual rm 500..tok tau org kata ah takpa brg banyak lagi... murah tak ori dll lah... tok nak bagitau, brg penarikan tok memang sekali turun banyak.. banyak sampai kekadang ada yang dulu pernah turun setengah guni beras. Tapi kalau dah habis..habis terus, takkan datang lagi kecuali dengan izin Allah SWT. Dan keduanya setiap brg tok ada tempoh tertentu yang mana jika terlalu lama ia akan ghoib sendiri dari simpanan tok , entah mungkin di beri kepada peniaga lain pula yang memakai teknik operandi yang sama dengan tok yakni menarik barang alam ghoib. 

Jadi jika anda rasa banyak dan masa banyak tu tok jual murah..bukan beerti ia akan tahan lama dalam simpanan tok dan bukan beerti ia barang tak ori... 1st thing 1st..kita nak berniaga lama ..tok muda ni bukan ada kerja lain dah..tok muda sendiri sebenarnya dah pencen, perniagaan yang ada sekarang ni Mr Baz dan wife yang EMPUNYA..tok cuma backup di belakang tabir sahaja, dorang sekarang tengah belajar untuk menggantikan tok, tapi bab nak menarik barang tu memang drg tak dapat lah.. maklumlah tok ni ada sakit jantung dari kecil dan tok tahu keadaan diri tok bagaimana dari masa ke semasa. Jadi sebab tu tok melepaskan perniagaan ini kepada mereka dengan harapan Mr Baz akan dapat membantu wife tok nanti sekiranya ajal tok tiba dan tok mengharapkan mereka berdua dapat berbakti kepada anda untuk bersaing dengan golongan VIP VIP yang sebelum ini mampu GRAB item puluhan ribu di pasaran luar yang mana di sini maharnya jauh lebih kecil. 

Kita di sini jual batu..bukan jual beras, jual ikan dan sayur yang ada harga tetap dan kawalan. harga batu permata terutama di GBunian ini sebenarnya terserah kepada jari jemari tok ini nak meletakkan maharnya, terkadang 1 halaman tok termenung hampir 15 minit pikir nak letak harganya. 

Konsep tok mudah... tok berniaga dan nak pendapatan masuk hari hari.jadi untuk mencapainya harga tak boleh mahal. Kalau tok nak jual geliga lipan tu Rm 15k, cindai ni RM 5000 boleh..bukan tak boleh, tapi dalam ramai ramai dan banyak bulan dalam setahun, mungkin hanya 1 biji akan lepas dalam masa 6 bulan.. 6 bulan baru capai RM 15k?... tu bukan cara tok bisnes lah.. kalau 6 bulan dapat RM 15k, baik p makan gaji, ye dak?.. hahaha. 

Jadi di sini otai otai tau lah sikap tok... brg banyak..murah... barang sikit ...mahal.... baik pun brg tu murah di pasaran, kalau sedikti kuantitinya, harga di GBunian ia malah mahal dari harga pasaran..base on quantity.

Jika anda lihat, di 1 halaman ada 10 barang, urat lain lain... inclusion lain lain.. tapi kita bagi harga sama.. kalau peniaga lain, mereka akan grading dulu.. mana urat bagus harga mahal, mana urat tak bagus murah sikit... kita tak buat grading kerana tok nak berlaku adil. lain org lain citarasa.  

1 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN