Tiger eyes atau mata rimau
Ini ialah Tiger eyes nama omputehnya dan nama BM nya ialah Mata rimau yang di perolehi dari Banjaran Nakawan. Di Perlis ni jika tok inginkan batu bermodal tempat terbaik ialah di Phuket, di sana ada kilang batu permata besaq gedabak tapi tok tak boleh ke siam memandangkan anak tok ni kecik lagi dan tak ambil apa apa vaksin. Kena hati hati juga.
Sebelah rumah tok pun boleh jalan kaki dah sampai Banjaran Nakawan ini.. Banjaran Nakawan ini ialah Banjaran terpendek di Asia dan puncak tertingginya di Sebelah rumah tok, lain lain puncak lebih rendah beberapa meter sahaja, jadi sekiranya anda ke Perlis dan melalui Lebuh Raya Arau - Kangar tu , pandang di sebelah Kanan dan carilah puncak tertinggi.. di situlah rumah tok berada.
Mata rimau di jadikan medium penggerun, sejak zaman dulu lagi memang kepercayaan bangsa melayu kepadanya ialah sebagai penggerun, Suatu ketika dahulu ketika Gerak Kilat aktif di negeri Perlis mahagurunya selalu mengisikan batu ini kepada anak muridnya dengan unsur penggerun, Jangan tak kenal asal usul Gurunya dari perlis..Kalau kita petik nama Allahyarham Harun Din Pun beliau berasal dari Negeri Perlis, isterinya orang Kodiang Kedah. Bermula tapak mereka di perlis lah mereka berhijrah ke luar negeri bagi menyebarkan ilmu mereka. Semoga Allah merahmati Mereka, insyallah.
Al Fatehah kepada Ustaz Harun Din.
Berbalik kepada mata rimau ini. Ia juga mempunyai kelebihan penggerun, tapi alami bukan isian. Kalau alami ni ikut sifat semulajadinya juga, Bukan gerun 24 jam.. time di perlukan jadilah gerunnya. Kalau 24 jam gerun, bini pun lari dari rumah, naya macam tu.
Jika mahukan kekuatannya di gandakan dengan isian boleh juga tapi kena ingat item isian ni bukan x bagus, bagus.. tapi pantangannya agak leceh sikit, x boleh kena udara tandas, Tak boleh di langkah, tak boleh di bawak melawat jenazah... Atas... ya pasti ada sebab... atas menghormati isian ayat ayat suci yang diisikan di dalamnya.
Jika di sebut pengisian, tiada sesiapa mampu menyangkal kerana perbuatan ini memang wujud dan bermanfaat ( isi barang ) cuma terkadang orang tak suka tu pasal pantangannya, itu sahaja.
Setap kelemahan pasti ada kekuatan dan setiap kekuatan pasti ada kelemahan, maka sekiranya terlupa, genggam ia dan bacakan selawat 3x , kemudian cium ( dekatkan hidung ke gengaman dan tarik nafas ), insyallah isiannya akan kembali aktif semula. X susah sebenarnya, cuma minda kita yang rasa benda tu susah.. bukan selalu nak kena buat, amalkan sebelum nak tidur genggam dan cium. walau kita tahu tidak langgar pantangannya pada hari itu
SOLD OUT
Tn Puyuh 5
Tok grab semua bpe ya tok muda? 200 blh dpt x
BalasPadamBoleh tuan, silakan.. semua sekali rm 200
PadamPayment done
PadamJazakallah
Padam