Ahad, 27 November 2016

ISU SEMASA

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah dengan hadrat Allah Semua Geliga Permohonan berjaya di perolehi dan tidak seperti tahun tahun lepas, ia tidak akan di pamirkan di dalam blog memandangkan berkaitan hal hal keselamatan diri anda sendiri di dalam urusan alam maya di samping penyihir penyihir yang bersedia menyihir dengan hanya sepatah dari nama anda dan di isikan jarak jauh ke dalam GP anda kelak. 

Baik... baru baru ini timbul 1 isu yakni Grab banyak item free, Lock deposit samada untuk kawan atau untuk diri sendiri. 

Sebagai Peniaga tok sedar tok perlu berlaku Adil dan saksama menurut hukum Syarak perniagaan Islam yang mematuhi peraturan perniagaan Muslim. Sudah lah kita di sini berniat membawa anda ke jalan kebaikan di dalam mistik, maka semestinya niat tok untuk membimbing anda di sini bukan sekadar membawa rezeki kedua belah pihak, namun Memberi keberkatan kepada kedua pihak... Tok terangkan kenapa ia ada sangkut paut,.

Sekiranya anda membeli dari peniaga yang hanya inginkan wang, Percayalah... item anda hanya SIA SIA.. umpama membeli batu permata yang tiada khasiatnya dan lebih baik di beli di kedai Gemstone di Pasaraya terkemuka di Bandar siap boleh pilih dan tawar menawar lagi. 

Di dalam permaharan mistik yang utama ialah keikhlasan dan seterusnya amanah dari kedua belah pihak, peniaga dan pembeli. 

Di dalam Blog Geliga Bunian sudah lama kita adakan undang undang , undang undang di cipta bukan untuk menyusahkan, namun untuk memudahkan kedua belah pihak. 

Sekiranya kita merujuk kepada Halaman bertarikh :

16 Oktober 2015 yang di pinda dari tahun 2013 

Di dalam Hal Lock dan Unlock Perihal No Tiga ( 3 ) 
Rujukan : Law Blog

Sudah di nyatakan Bahawa DI LARANG sama sekali Lock untuk Kawan... Lock itu kini sudah berubah kepada Lock deposit dan juga Grab bermakna DILARANG lock deposit / Grab Kepada Sahabat. 

Undang undang ini kelihatan kejam.... namun jika tidak di ikuti pelanggan akan menjadi kelihatan daif.. 

Suatu ketika dahulu jika anda baca blog ini sejak ia bermula... Ada beberapa pelanggan lama yang lock item banyak untuk sahabat mereka dan akhirnya terpaksa unlock semula memandangkan sahabat mereka kansel untuk membelinya. 

Pelanggan di GBunian juga tidak boleh melakukan teknik Perangkap dengan Lock semua item kemudian Unlock semuanya dan mengambil yang mereka inginkan sahaja, tujuan lock semua item ialah untuk memastikan dia memperolehi batu idaman. DI ULANGKAN SEKALI LAGI. Sekiranya ia berlaku lagi... Komen anda tidak akan di pamirkan oleh pihak kami ... Sekiranya anda mengeluarkan Grab / Lock deposit bagi 3 item di 1 halaman atau lebih di dalam 1 halaman terutama di halaman sedekah atau Free gift.. maka komen anda tidak akan di keluarkan dan Mr Baz akan di Maklumkan tentang hal itu. 

Sila faham bahawa undang undang blog adalah untuk kebaikan, ia sudah beberapa kali di pinda menurut budi bicara Tok Mat GB dan sekiranya anda melanggarnya... beerti anda tidak menghormati Tok Mat GB yang membawa ketidak ikhlasan di dalam hati lagi. Sekiranya anda inginkan kelebihan yang datangnya dari Hati Tok ( niat ) maka sila Hormati Undang undang di sini demi keharmonian dan wang anda juga tidak sia sia. 

Terima Kasih

Wassalam.


*Jangan komen

7 ulasan:

  1. ALLHAMDULILAH TOK..
    (BARD)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ALLHAMDULILAH..GP BERJAYA TOK...
      HAHAHA...
      (BARD)

      Padam
    2. ALLHAMDULILAH......
      TRACKING NOMBOR BAZ AKAN PM KER? ATAU MCM MANA?
      (BARD)

      Padam
    3. Ya tuan. Selalu dia pm.kalau dia lupa tuan boleh request drinya

      Padam
    4. BAIK TOK....BERESS.
      (BARD)

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN