Ahad, 31 Julai 2016

KECUBUNG PUTERI KAMARIAH







Ini ialah perolehan belakang rumah, sementara JCB belum nak tolak kawasan perigi dan kawasan rumah lama belakang tu, tok kena cepat sebelum kerajaan membangunkan kawasan itu... 

Terkadang tok jadi serba salah jika tok ambil barang di mana mana.. pasti ada saja lah yang akan berlaku benda... mana kan tidak.. tempat yang tok ambil tok akan membuka gerbang dan tok bukanlah jenis rajin nak tutupnya kembali... 

Dulu tok rajin ke sekayu... dah jadi kes budak sekolah sains kena sembunyi Makhluk halus kat sana sampai meninggal.. tok pindah ke Betong, dah 5 sekeluarga pula meninggal akibat lemas, dulu di linggiu pemancing mati paru parunya pecah akibat di langgar toman dalam air, di Chini anggota bomba kena baham ikan misteri, Di Kubu sebelum puasa semasa memancing Mr Baz sendiri jumpa ular pendek bermisai dan mengikutnya kemana sahaja dia pergi sampai lah dia dapat Lesung bunian. Di Chador orang Jumpa ular tedung selar besar batang kelapa lintas jalan kampung.... dan semua kawasan kawasan ini bukan sekadar kawasan tok lakukan penarikan batu permata, tetapi memang lokasi itulah tok duduk dan bersila. 

Terasa bersalah pun ada, tapi seorang guru di sini berkata... sudah di takdirkan orang itu meninggal pada hari itu, kalau tidak di buka pun pasti dia akan meninggal juga, percayalah kepada Qada dan Qadar... namun perasaan bersalah tok tetap ada.... 

Ambil batu permata di dalam telaga buta belakang rumah.. tau apa jadi... rumah hujung yang juga belakang rumahnya kedudukan telaag itu di ganggu langsuir sampaikan hari ini beliau terpaksa berpindah... dulu tak ada gangguan itu...bila di tanya , anak lelakinya berkata memang langsuir tu marah dengan ayahnya kerana pernah berak di pokok kediaman langsuir itu, tapi tak pernah menganggu..sekarang baru menganggu..tok diam.... 

Di banding.Hotel atas bukit terpaksa di tutup... jika anda selak halaman lama ada tok menyatakan kedudukan hotel itu ialah tepatnya kedudukan istana kerajaan Banding... tapi tok tak sangka pula nak jadi sampai tutup. 

Separuh hati tok menyatakan ia adalah takdir namun separuh lagi berasa amat bersalah... bila gerbang di buka.. ia umum.. tak kira dah, jin ke, bunian ke apa ke.. semua keluar.. pengalaman membuka gerbang ini pernah di lalui oleh Pengerusi Kelab UTAG pasir Raja Johor bersama tok di Gunung ledang, beliau merasai sendiri pengalaman bagaimana dan akibatnya apabila sesebuah gerbang di buka. 

Item di atas perolehan Belakang rumah sahaja, ia bukan pemberian Puteri Kamariah, namun kerana perolehan belakang rumah ini tiada bermilik dan bertuan maka tok namakan sempena Orang pertama yang memperkenalkan permata ini kepada Tok. Jenis ini nama saisnya ialah Amethyst dan mempunyai nilai tinggi di Cambodia. 

Di gunakan di dalam ikhtiar kewibawaan dan penunduk makhluk, Kelebihan tambahannya pula mampu di jadikan medium perubatan. 


Kod Produk : KPK 30716
Bentuk : Kecubung Purple
MAHAR : RM 80

4 ulasan:

Komen anda Di Trace melalui Pengimejan satelit langganan kami