Ahad, 1 Januari 2017

BESI BUKIT NURI RASMI 2017










Batu bukit Nuri paling istimewa ini tok jadikan sebagai item pertama memasuki blog pada tahun 2017 ini. 

Sila lihat uratnya, sila lihat urat pusaran halusnya juga, ada 2 jenis urat, 1 urat batu dan 2 urat halus batu ( permukaan ) 

Melekat magnet dan dari Bukit Nuri Pattani. 

Medium kekebalan MAMPU di uji dengan menembak. 

Tuan tuan tahu tak bagaimana nak mendapatkan batu bukir nuri yang ada kelebihan?

Bukan semua batu bukit Nuri ada kelebihan KEBAL Tembak tidak kena walau di aim tepat oleh profesional

Cara memilih batu bukit nuri yang bermanfaat di Bukit Nuri Pattani , Thailand ialah dengan cara menembak ke arah bongkaha batu batu ini dan ia bukan pekerjaan yang mudah. Kalau belum rezeki habis 100 butir peluru pun tidak akan ketemu.. Keliling bukit nuri ini di kelilingi si pencari dan di tembak satu satu ke arah bongkahan batu.. dan yang di ambil bila ada bongkahan yang bila di tembak tidak kena kena sampai ke sudah. 

Ini ialah cara mereka mencari item istimewa ini. Tok sarankan anda JANGAN percaya cakap tok, tapi pergilah sendiri ke Pattani dan tanyakan orang sana adakah betul atau Palsu cerita tok, Jika Palsu dengan saksinya sendiri insyallah tok berikan anda sedikit wang Hilang percaya sebanyak RM 10,000 kepada anda, sekiranya tidak tak apa, anda tak perlu membayar apa apa kepada tok, cuma bukan apa, tok hanya nak anda mempunyai sikap ingin tahu yang kuat bagi mencari sendiri buktinya, itu sahaja. 

Kelebihan Batu bukit nuri bukan calang calang dan mampu di MILIKI oleh orang yang calang calang juga.

Batu bukit nuri bukan ada 100..bukan ada 1000 biji. BUKAN. bukan semudah itu batu yang sudah teruji semasa hendak mengambilnya. 

Tok di maklumkan oleh seorang Guru dari Thailand bahawa batu ini di jual kepada Orang Burma yang kaya pada Nilai RM 8,000, Pernah di jual kepada seorang Pelancong dari barat yang mengetahui nilainya pada nilai USD 35,000

Sebelum tok ke KL ini, tok berjumpa 2 orang tamu guru tok dan tok menceritakan tok menjual batu ini hanya pada nilai paling mahal sekitar RM 500.. tok bercerita sambil senyum kerana berbangga dapat menjual pada nilai murah, namun mereka memandang tok dengan muka marah dan menyatakan bahawa sekiranya ia di jual pada nilai yang murah, bagaimana jika ia jatuh ke tangan Si penakut?.... Si Pembelot bangsa ?...... Sang munafik ?....... Atau lebih teruk sebagai koleksi sahaja dan hanya di pamirkan di dalam cermin. Mereka bercerita bahawa memang benar dulu seorang waliyullah bermimpi selepas solat hajat akibat dari darah dan air mata orang orang islam di Selatan Thailand bahawa Allah menghantar 1 jenis batu di Bukit Nuri yang mampu di jadikan medium kekebalan dan ia di ambil anak anak buah Waliyullah ini bagi di jadikan batu azimat di medan tempur. Di atasnya sebutir ini ada darah, ada air mata kanak kanak dan wanita wanita yang di siksa dan di rogol, Di atas nya juga ada maruah Islam yang di hinjak hinjak oleh Ekstrimis Buddha suatu ketika dahulu dan itu lah satu satunya benda yang Allah turunkan melalui mimpi waliyullah sebagai medium penyelamat Orang islam di sana dulu... Sekiranya "abg" masih meniagakan ia walau RM 5000 maka kami minta ia di pulangkan semula kerana kami masih berjuang di sana demi anak anak kami... ia bukan bernilai sebegitu yang mampu di miliki orang orang biasa. Nilai Perjuangan kami bukan Bernilai RM 5000 sekalipun. Kata salah 1 dari mereka dalam pelat kelantan. Tok terdiam.... dalam hati tok cuma berbisik... tok tiada pembeli yang mampu di kalangan RM 10k , RM 8k pun tok tak pernah berniaga utk batu permata... mungkin org lain di luar sana yakni pelanggan pelanggan anda sendiri ada yang mampu membayar sebanyak itu, tapi anda di sini berbuat tidak mampu ke atas tok di sini.. bagi tok tidak apa, tapi bagi mereka ia seperti darah , air mata dan maruah mereka hanya di tambah henjak pula oleh kita saudara semuslim di sini.... Allah hurabbi


Kod Produk : BBN 271216
Bentuk : Batu Bukit Nuri 
MAHAR : 5001 Mlr

Tok cakap terus terang, sekiranya tiada pembeli, tok akan berikan kepada Hamba Allah dari Penarik, Thailand , dialah yang berkata demikian.. sampai ke tarikh 10hb ini sekiranya tiada maka ia akan di serahkan kepada beliau 

Bagi yang ingin mewakafkan Batu ini kepada dia, Anda hanya perlu membayar kepada Tok sebanyak RM 3000 sahaja dan tok akan serahkan batu ini kepada dia ( pejuang di siam ) , jika anda tak percayakan tok..anda boleh datang serahkan sendiri, namun tok akan sediakan gambar penyerahan batu ini di dalam blog bila sampai masanya. 


10 ulasan:

  1. Tok ada lagi tak? John..apa beza dgn yg mahar rm450 tu tok?

    BalasPadam
  2. Tok ada lagi tak? John..apa beza dgn yg mahar rm450 tu tok?

    BalasPadam
  3. Tok saya Ada Batu Bukit Nuri tapi Belum diisi bagaimana hendak mengisinya?

    BalasPadam
  4. Assalam tok.diantara batu/item kebal yg tok maharkan dlm blog,klu dpt tok buatkan listnya mengikut tahap keampuhannya.besi meriam pecah,langgalam,besi kursani,kuningan,batu bkt nuri,besi leleh,batu kursani,batu leleh dan sebagainya yg pernah tok maharnkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolak jenis batu,

      Langgalam

      Besi Meriam pecah

      Besi Kursani ( tapi skrg susah na dapat ori.. corak boleh buat pakai asid )

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN