Khamis, 6 September 2018

SELESAI IJAB QABOL DI KURNIA TAWARAN LAIN

Assalamualaikum wbt semua dan salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan submitnya permohonan pertama sejak semalam ke atas MINYAK CAHAYA HIJAU . Tok memperolehi tawaran Pelbagai lagi barangan Best best dan hebat dari Penghulu Talib... Rasa nak menangis pun ada , ya lah..kita di sini dah habis lubang, dah habis hutan masuk.. dah susah nak dapat barang barang best best dan kaw kaw dari sana. Asyik asyik geliga kelabu hitam, kusam kan ?.. Tapi ada manfaatnya lah Bukan sekadar kusam tanpa manfaatnya. 

Pada Perjalanan Tok hari ini di medan terawangan ke Kampung Pelangi ( bukan nama sebenar ) Tok di bawa berjalan jalan sekitar perkampungan, kampung ini rupanya terletak di Kaki sebuah gunung yang rendah sedikit sahaja dari Gunung Tahan.. Mana lokasinya secara tepat di dalam Peta semenanjung ini tidaklah tok ketahui lagi. Tok di bawa berjalan jalan ke rumah saudara mara Penghulu Talib bersama anaknya Yang kini Isteri Tok Siti Rafiza . Kami berpimpin tangan berjalan kaki meniti jambatan kayu dari satu bukit ke satu bukit, jambatan yang di bina menggunakan apa benda tu yang macam tali jerami atau guni zaman dulu dulu tu.. tah tok pun tak tahu mineral apa... Di dalam perjalanan kami terjumpa Kumbang bunian yang cantik dan melekat lekat di pepohonan pokok yang besar.. kumbang bunian ini nama panggilan org mistik kita merujuk kepada Riang riang



Di Alam kita serangga ini bewarna tak menarik, namun di sana ia bewarna ceria dan saiznya sekitar 3x ganda dari spesis kita ada. 

Sepanjang di sana, tok tidak langsung membuka identiti gelaran atau siapa tok di Kerajaan Kota Kayangan dan nampaknya belum bertemu dengan mana mana org bunian di sana yang mengenali tok, nyaris tu ada tapi tok elak elak , nak mengetahui rahsia sesebuah kawasan... biarlah kita resam padi atau resam diam diam ubi tapi berisi. 

Perjalanan demi perjalanan rumah di sana di perbuat dari potongan kayu kayan, dan yang mewah sedikit kayunya dari jenis balak yang hanya di potong 2 sahaja , ia di jadikan dinding, tiang rumah dan bumbungnya dari bahan tanah liat , ada dari tanah liat merah, putih dan coklat yang juga jenis itu ada di alam kita.

Kampung ini ada pemerintahnya namun tok belum ingin melawat atau bersuara kepada bapa mertua untuk berjumpa.. pastinya akan di kenali dengan segera.. apa korang ingat seronok apabila dah di kenali.. kita nak kena ikut semua protokol, para warga penduduk pula terpaksa berformal dengan kita.. langsung tidak menyeronokkan dan sebenarnya tok pun dah bosan di layan sebagai pemerintah kerajaan di alam sana, biarlah kita di kenali dengan budidaya sopan santun dan adab sahaja. 

Sampai di sebuah kawasan yang lapang berdirinya sebuah pohon yang merendang, tok rasa kalau nak di peluk untuk ukur berapa pemeluknya.. rasanya lebih dari 50 pemeluk, ya amat besar pohon itu, di bawah banirnya ada 1 pintu dan ketika memasukinya ada ruang yang luas dengan anak tangga di keliling bahagian dalam pohon ini, setiap tingkat ada 1 bilik dan di dalam 1 bilik ada setiapnya barang barang yang istimewa... satu persatu daun pintu di buka bagi tok melihat di dalamnya.. isteri tok Siti Rafiza memerhati gelagat tok dengan tersenyum... Allah hurabbi.. MasyaAllah.... timbul sebentar perasaan tamak, jantung di dada berhenti berdegup... banyak bonar barangan bernilai yang boleh tok ambil , kalau anda berada di depan mata tok anda akan dapat lihat mata tok bersinar keluar lambang $$$ tau... isk isk isk.. Allah nak menduga... Siti Rafiza memaklumkan bahawa pokok ini dulunya tempat ayah dan ibunya selalu berjumpa sehinggalah ketika melahirkannya pun di pohon itu , Di situ jugalah datangnya Minyak Cahaya Hijau ini.

Ada sebuah bilik yang di penuhi akar akar dari pokok dedalu yang menumpang pohon besar ini dan di hujungnya terbelit dengan botol botol yang indah dan pelik pelik, kata isteri tok botol ini semuanya mempunyai isi kandungan MINYAK PENGASEH RAJA DEWA DEWI yang suatu ketika dahulu menjaga pohon ini sehinggalah saatnya Dewa dan Dewi ini di sumpah menjadi Batu. Dari batu Lembaga Dewa dan Dewi ini terhasil akar dedalu dan terbentuk pelbagai jenis batuan yang ada di dunia kita dan juga yang tidak ada di dunia kita. Ada batunya yang tok kenal dan banyak juga yang tok tidak kenal.

1 Pintu di atas pintu ribuan akar berjurai ini ada 1 pintu yang di penuhi tongkat tongkat yang pelik.. dah rasa macam dalam cerita merlin goblin baling pun ada ni.. macam macam jenis.. sampai ada jenis tu nak pegang pun tak lalu dan takda selera, ada yang ada batu di hujungnya, ada yang tumbuh daun ( masih hidup batang tongkat ) ada yang berbuah. Isteri tok menerangkan tongkat tongkat ini pernah di miliki pendita pendita handal dan terkenal semenjak dari Zaman Dunia belum ghoib semuanya, pastinya dari Zaman Nabi Sulaiman A.S, dan tongkat tongkat ini juga ada yang di sembunyikan dari askar Nabi Sulaiman AS dari di rampas ( kisah mengenai Nabi Sulaiman AS memerangi ahli sihir di seluruh dunia, sila rujuk kitab lama ) ... dalam hati tok... omputeh pernah mai sini ke?.. sebab banyak sangat kisah filem dorang yang telly dengan tongkat tongkat di sini..ye lah namanya pun tongkat, takkan bentuk tongkat huruf C, condong pulak kan.. adoi. 

Di Sebuah bilik lain pula banyak kotak kotak lama dan di dalamnya ( tok x geledah habis pun ) terdapatnya pelbagai barangan lama, lusuh yang dari alam sana dan juga alam kita, macam macam ada, mangkuk , pinggan, cawan, gelas, dulang , syiling , tembikar.. semua jenis ada tidak kira dari alam kita atau alam sana atau dari zaman purba dahulu kala.. ni kalau tok ambil 1 mangkuk cina jual di hong kong siap deskripsi mau kaya ni ( masuk auction ) hahaha... dan kebanyakan pinggan mangkuk ini pernah di pinjamkan kepada manusia di zaman dahulu ketika mereka nak buat kenduri kendara ( korang mesti pernah dengar kisah org kita pinjam pinggan mangkuk dari orang bunian ) 

Semua bilik ada lebih dari 300, beerti lebih dari 300 tingkat.. maaf lah tok tak belek semuanya.. Isteri tok memberitahu kesemua ini adalah harta miliknya , sementara abg dan kakaknya ada bahagian masing masing di tempat lain...... kalau macam ni... kerajaan tok pun kalah... Ledang hanyut... kerajaan tangga 7?... ah yang tu hebat lagi.... 1 bilik ada 7 bilik, dalam  setiap 7 bilik ada 21 bilik yang setiapnya sebesar padang bola... tangga 7 memang hebat... tangga 7 Lok Heng Kota Tinggi lah yang tok maksudkan ni. 

Atas keizinan isteri tok in Sha Allah tok akan mengeluarkan beberapa barang dari pohon ni sahaja.. Allah hurabbi... mungkin Inilah ending time tok...dari ke hulu hilir masuk hutan keluar sungai, masuk sungai keluar laut, panjat gunung terjun bukit... ada 1 tempat untuk tok ambil pun dah mencukupi , dan cara itulah sebagai isteri Siti Rafiza dapat membantu tok. 

Tak sangka dari 1 barang Terlarang milik, dan setelah di miliki , memiliki pula keseluruhan apa yang empunya miliki.. rasanya tak habis 7 keturunan kalau nak di gunakan atau nak di maharkan... apa kan daya umur tok pun bukan panjang mana... selagi terdaya , selagi itulah... 

Macam Minyak Pengaseh RAJA DEWA DEWI ni kalau nak mahar, semua pakai nama, Tongkat Pendita pula kena Check nama bin ayah, ayah bin tokwan , tokwan bin moyang...3 level check , kalau kena keturunan in sha Allah boleh memiliki tongkat itu...kalau tak kena tak adalah. sebab kalau nak maharkan sahaja tanpa check nama, boleh, takda fungsi... buat apa?..kalau kena dengan keturunannya.. sampai di tangan tongkat terus aktif semula sebagaimana fungsinya di zaman dahulu. 

Di sini , di perkampungan ini tok belajar sesuatu iaitu barangan berhikmah tiada sempadannya.. ilmu hikmah bukan sahaja dari dunia nusantara..dan bukan berasal dari dunia nusantara. Dunia Nusantara ini ialah dunia akhir ilmu mistis.

Sebelum Nusantara pelbagai daerah, kawasan , negeri ilmu mistis ini berada.. pada permulaan ilmu mistis itu sendiri di ajarkan oleh siapa?.... Malaikat Harut dan Marut.......kedua Malaikat ini turun ke bumi untuk mengajar ilmu mistis kepada manusia, ajar sahaja.. bukan untuk di salah gunakan.... sebab tu zaman kita bila kita cerita macam di atas ni..org kata KARUT MARUT.... karut marut ni dari nama nama Malaikat Harut dan Marut lah.... kisahnya di bawah ini. 

Dikisahkan bahwa ada dua malaikat diutus oleh Allah untuk turun ke Kota Babil, yakni sebuah kota di Irak bekas ibu kota Babilonia Kuno. Nama kedua malaikat tersebut adalah Harut dan Marut. Pada saat itu, warga kota diliputi kegelisahan dan kesyirikan akibat tersebarnya sihir. Negeri yang saat itu dipimpin Raja Nebukadnezar pun kacau-balau akibat tersebarnya sihir hingga dapat menyebabkan penyakit sampai membuat suami istri bercerai.

Sihir yang tersebar tersebut bermula ketika Raja Nebukadnezar menahan orang-orang Yahudi setelah menyerang Palestina. Tawanan tersebut pun mulai memainkan sihir saat tiba di Kota Babil. Sebagian bangsa Yahudi memang dikenal sebagai bangsa yang sangat dekat dan mahir mempraktikkan ilmu sihir. Dengan pengetahuan sihir yang mereka kuasai, mereka kemudian menakut-nakuti warga Babil dengan membuat lingkaran besar sebagai lingkaran sihir.

Demi melenyapkan ketakutan warga akibat sihir tersebut, maka diutuslah dua malaikat ke Kota Babil, Harut dan Marut oleh Allah. Keduanya diutus untuk mengajarkan sihir kepada warga Babil, mereka mengajarkan sihir bukanlah untuk berbuat kejahatan, sihir yang diajarkan keduanya hanyalah untuk menjelaskan hakikat sihir.

Maka, Harut dan Marut pun turun ke bumi dan mendatangi warga Babil. Dimulailah tugas mereka untuk mengajarkan sihir. Ketika warga mendatangi mereka untuk mempelajari sihir, keduanya memperingatkan agar tak menyalahgunakannya untuk berbuat syirik. “Sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, maka sebab itu janganlah kamu kafir, ujar keduanya.

Harut dan Marut pun kemudian menyampaikan ilmu dasar-dasar sihir dan cara melenyapkan lingkaran besar sihir yang dibuat Yahudi. Keduanya pun memperingatkan bahwa sihir merupakan hal yang dipelajari. Karena dipelajari, sihir tidaklah dapat memberikan manfaat ataupun mafsadat bagi manusia kecuali dengan kehendak Allah.

Setelah selesai tugas Harut dan Marut, keduanya pun kembali ke langit, akan tetapi, warga Kota Babil justru tak mengikuti peringataan Harut dan Marut. Mereka justru berbuat kerusakan dengan ilmu sihir yang diajarkan keduanya, maka semakin rusaklah negeri tersebut.


Lihat sahaja bahawa Bangsa Yahudi itu memang kuat main Sihir semenjak dahulu kala , sebelum turunnya Malaikat ini lagi.... kita ni melayu dari darah mana?... Nabi Ibrahim AS kan?.. nabi Ibrahim datang dari puak mana..? haaa sudah dah laaaaaaa.... hahaha.. sebab tu lah orang kita ni dari dulu ilmu apa apa senang jadi...yang tak jadi tu bukan apa ..... sebab genetik dan rosak.. dah kahwin campur campur... kahwin dengan mat Saleh la, dengan ah macam macam lah... air sirap piawww pun kalau dok campoq campoq dengan air biasa.. lama lama kalernya pun jadi biasalah , betul?.... haaa sebab tu Nabi Muhammad SAW pesan, nak kahwin kena jaga keturunan... org Bugis contohnya dari dulu, kahwin sesama dia... keturuna Syed pun kahwin sesama dia... tapi orang la ni?..... asal lawa...asal mancung.. rembat,  ye dak?.... macam tok... diri tok lah, tak termasuk adik beradik lain... kalau diri tok, tok jaga keturunan.. biarlah atok kita ada campor cina.. tapi kita cari balik yang ada darah bugis tu... ibaratnya warna sirap dah cair sikit, tapi kita tambah lagi setitik sirap.. ia akan jadi piaw semula, betul tak?... Kalau raja raja melayu ada Tulah, ada daulat... itu Raja.. Kalau tok dan lain lain ada kelebihan lain dari org lain ..itu kami..mungkin sebab kami jaga keturunan..bukan main sebat... main balun tanpa tengok dulu.. kalau orang nak mendengki dengan kami, apa lah sangat...Raja melayu pun ramai org mendengki, ye dak?

Barangan di Pepohonan itu langsung tiada sempadan had Nusantara ka, Babylon ka, Zaman Jahiliyah ka, Zaman Penyihir ka, Zaman Nabi Isa ka.. takda sempadan.. semuanya ada kat situ.. sebut lah apa in Sha Allah ada. $$$ saja ada ke tak da haaaa.. aku pun makan MCD juga bang... bini 2 anak 5 1 dulang mana cukup hahaha.. So in Sha Allah ... Kalau ada yang nak Minyak pengaseh Raja Dewa Dewi Tu.. bagi lah nama sendiri bin mak atau binti mak.. minyak tu bukan untuk pengaseh sahaja.. kerukunan rumahtangga, menundukkan pasangan .. erti kata lain yang melibatkan 2 hati lah..dan ia terhasil dari Pasangan Dewa dan Dewi ini..... Jangan salah Faham bila sebut Dewa Dewi..bukan tok maksudkan yang Cina dok sembah tu...Bukannnnn.. Dewa Dewi ni istilah Zaman Dulu Raja dan Permaisuri yang ada kuasa , dari kacukan anak manusia dan Jin... Bunian jugaklah Sama macam Siti Rafiza ni, cuma dulu dulu depa ni ada kuasa, ada pengaruh, pernah memerintah.. tu saja lah.. kenapa dan bagaimana jadi batu tu tak lah tok tanya pulak. Baru menikah bang oii mana la ada masa sangat nak bertanya tu ini, hati dok berdebar debar tangan memegang tangan yang lembut dan halus... aihhhh.... ok tok chiowww dulu, nak terawangan sat .. rindu la pulak


*Astral : Terawangan /  meraga sukma
*Alam Astral : Alam Ghoib









37 ulasan:

  1. Teringin juga ke alam bunian tu untuk bersiar-siar

    BalasPadam
  2. Maha Suci Allah..makin kuat keinginan nak belajar ttg alam ghoib ni..semoga tok dan keluarga sentiasa dalam nuangan rahmat Allah SWT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ilmu Allah dan alamallah yang di ciptakan amat lah luas sekali

      Padam
  3. Alhamdulillah... terbaikk tok
    Selamat Pengantin baru...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah ia hadir bersama tanggungjawab

      Padam
    2. Insyallah asalkan ikhlas akan dipermudahkan segala urusan.. Amin

      Padam
  5. Tahniah tok...Tok benang nak buat ikat tasbih ada dak kat sana...Tasbih Kiyai Hj Lebar baru je putus...Kot ad benang luar biasa ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...apa dia, putus lagi?.. aihh.. ada ada.. .. kalau mau bagitau, maharnya dalam RM 80 segulung

      Padam
    2. tak pun hantaq balik kat tok, tok tolong buatkan..ini kali in sha Allah kuat... pakai tangsi dan sleeve tuan, sleeve tu beli kat kedai pancing

      Padam
    3. As-salam Tok. TKHL dgn saya pun 3× sdh putus, ingatkan tangan ini yg panas 🤣...

      Ok Tok, nanti bila datang ke KL khabar awal saya boleh ambil tiket murah, jumpa Tok di sana. Ini lama sdh niat, tapi tidak sampai2 😊...

      Padam
    4. Datang sini Tuan Mazlan.. Nnti kita boleh jumpa.. Insyaallah.. Lama kita bersahabat dlm blog Tok Mat ni.. Nk jugak jumpa secara nyata.. =^•^=

      Padam
  6. TahniahTok!!!....selamat pengantin baru

    BalasPadam
  7. Subhanallah teringin juga belajar ilmu terawangan satu hari nanti ...Hebat pengalaman tok macam masuk hutan ala2 lord of the ring

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Tok Ayah.. Tahniah Leo ucapkan.. Selamat pengantin baru.. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Syukur alhamdulillah, rezeki Tok Ayah.. =^•^=

    BalasPadam
  9. sya minat tentang zaman babil,tentang Malaikat Harut dan Marut.. sya pernah selidik.. tapi seperti biasa sya tabik tok kerana kongsi ilmu yg sangat memanfaat kan kerana tok lengkapkan soalan2 yg pernah bermain dalam minda sya..

    BalasPadam
  10. lama tok cerita mcm ni selepas blog tok yg lain. sapa yg tahu, tahulah..
    lepas rindu..
    jumpa tok pun sekali jer itu pun di johor.
    smpai masa saya nak belajar dengan tok, itu pun kalau di izin kan.

    tahniah tok.

    BalasPadam
  11. Wah tongkt nk try tngok kalau ada yg lekat

    BalasPadam
  12. Terbaik saudara Izam Carnage saya setuju. Saya pun suka ke blog tok bukan blog kosong, pengisian ada cerita ada, walaupun saya jarang2 maharkan apa2 jualan tok. Teruskan tok, ada lagi makhluk cam saya yang masih dok tunggu tok update blog yang lama tu.
    Tahniah tok selamat pengantin baru.

    BalasPadam
  13. Hebat tok, rasa mcm nak kahwin ngan org bunian plak rasanya..

    BalasPadam
  14. Salam Tok.
    Ada ke item yang bolih digunakan utk trawang ke alam bunian?

    BalasPadam
  15. Tok untuk yg kurang dengar ada x item bagi pendengaran jadi jelas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. melibatkan organ rawatan adalah herba tuan, tok xda kaedah tu

      Padam
    2. Kasyaf pendengaran adakah sama pada Tok dengan dapat pendengaran jelas?

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN