Sabtu, 22 September 2018

POHON RAJA DEWA DEWI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah

Dengan Limpah dan Iradatnya dapat tok memasukkan Buah Yang tok samarkan petang tadi sebagai Botol energy, sebenarnya pada permulaan sengaja nak melihat ketangkasan pelanggan di sini,Namun nampaknya pesaing kami yang juga merupakan peniaga item mistik lagi cekap di dalam memilih item yang mana bertujuan menggagalkan permaharan halaman tersebut.

Sebagaimana yang tok maklumkan di dalam kisah Kg Pelangi dan Pepohonan yang rendang adanya lebih dari 300 bilik dan salah satunya ada rimbunan juraian akar akar dari jasad utuh sang dewa dan dewi yang menjadi batu. 

Di sana adanya pelbagai item lama semenjak zaman Nabi Sulaiman A.S yang terdiri bukan sahaja barangan Nusantara, namun dari seluruh dunia yang tersimpan di sana. Barangan Sanskrit, Barangan Perak, emas, Tembaga, Suasa, Barangan Antik kerajaan kerajaan Champa, Tibet, melayu, Siam, Arabian, Turki , Belanda ,cop cop mohor Dinasti dinasti China terdahulu, Tembikar tembikar lama , labu gayung lama, tongkat tongkat para penyihir semenjak zaman sebelum dan selepas Kerajaan Chandi ( Kerajaan Nabi Sulaiman AS ) dan banyak lagi.. itu belum lagi item item hiasan purba yang masih terjaga dengan indah di sana. 

Belum lagi masuk kerajaan Gunung Tebu yang menyimpan pelbagai Geliga dan Permata rampasan dari keturunan yang tidak terjaga, belum lagi kerajaan Tangga 7 Lok Heng yang menyimpan pelbagai Intan berlian, emas, suasa dan tembaga di dalam bentuk hiasan dan jongkong. 

Item item di Geligabunian kini tidak lagi TERHAD hanya nusantara sahaja. Menyamai Namanya Geligabunian, Bunian itu merata duduknya, bukan sahaja di Malaysia.. Di eropah orang memanggilnya ELF, di Kalimantan orang memanggilnya ORANG KEBENARAN, di Arab Orang memanggilnya Al-Insan dan sebagainya . 

Item Item ini ada yang masih tersimpan di alam kita contohnya mangkuk Cina lama, barangan tembaga, Syiling lama, Wang lama, Barangan Batu yang di ukir lama... tapi lama.. sudah antik, sudah lusuh, dan di dunia luar, barangan lusuh itulah nilainya JUTAAN DOLLAR. 


13 ulasan:

  1. Tengok nama Raj Kedah td pun dah lain mcm rsnya tok.betul sangkaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah pasal, kita memang ada Raj, tapi Raj Ipoh.. suruh buat pengesahan, sampai last id anis tu pun tak sampai2 pengesahan. Boh nama melayu segan tau pulak malu nak dengki ke org, p boh nama india.. dey.. aku dok berniaga berapa lama dah, xde sorang india pun tau kacau, cina lagi lah takde, ni semua takde bangsa lain, melayu saja

      Padam
    2. bonda yang releasekan ulasan, kalau tok memang xde lah.. kena buat pengesahan id dulu.

      Lagipun barang macam tu nak buat apa beli bebanyak banyak, satu dah cukup dah.

      Padam
  2. Apa boleh buat tok.nk ckp.malu juga.sebangsa.melayu mahsyur kerana sikap ni juga salah satunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang kadang tok malu juga dengan sikap bangsa sendiri, dah macam takda kerja lain nak buat.. alangkah bagusnya masa tersisa buat ulasan, bina id gmail tu di gunakan untuk mencari nafkah, mencari idea menjana kewangan dari nak menyusahkan orang.

      Pepatah org lama ada benarnya juga, tapi org tak amal sebab kasar bunyinya.. "Kecil kecil tak nak belajar , dah besar menyusahkan orang"... tok pernah dengar 1 pepatah moden sikit " kecik kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang "... kita boleh sebut lah sebab benda tu ada dalam pepatah melayu lama.. hak betui tu yang mula mula tok sebut lah.

      Bila kita ke negara orang, tak payah jauh.. tok pernah ke Singapore, Hatyai paling dekat.

      Tok p hatyai dengan bonda, kami p kedai emas cakap org malaysia, taukey tak layan sepatah habuk.. p kedai lain menyamar indonesia, cakap pelat indon, wahhh lain sungguh layanan.

      Sama juga di Singapura.. tok menyamar jadi orang siam nak tengok apa cina sana cakap.. masa tu tok kerja sebagai driver Nyonya Nasi lemak , taukey dia baik dengan tok.. tapi selalu kutuk melayu..kita nak marah, dia cakap tu betul... kalau x betul boleh lah kita marah.. masalahnya betul apa dia cakap tu.

      Tu belum negara lain lagi. belum student malaysia yang di pandang rendah di UK, di ejek di cemuh sebagai bangsa keji.

      Apalah yang tak kena dengan bangsa kita sampai tahap tak boleh berubah langsung.. tak boleh melihat org berniaga bagus.. mulalah itu dan ini, macam macam agenda keluar.

      Padam
    2. Kita amik jalan mudah tok.tkda id dan tanpa nama tkyah terbitkan ulasan grab..kalau mereka bersungguh untuk membeli item yang kali kedua pasti mereka pakai id.
      Kerana yg pertama mereka tanpa id ulasan grab tidak diterbitkan..

      Padam
    3. masalahnya tuan TF.. ada id lah tu. tapi id tu tak buat pengesahan.. dulu kita bagitau tanpa nama saja kena buat pengesahan, la ni kita kena tambah, org baru, newbie ada nama ka takda nama ka, kena buat pengesahan.

      Padam
    4. Kalau dulu depa burukkan nama tok dan blog di Facebook, tapi cara tu tak berkesan sebab mereka hanya DRIVE org yang nak tahu ke blog tok... bila sampai sini tengok barang menarik, lawa, segak, murah pulak.. dari org nak mai tengok di mana salah kita, org terus melekat kat blog ni .

      Kemudian depa berhenti cara lama tu mereka buat cara menyamar sebagai pelanggan , tok tau depa ada 1 grup whatsapp, org tok ada 2-3 org dalam grup depa. tu yang tok pelik, depa ni takda kerja ka.

      Paling best tu org depa silih berganti tukar menukar bila dapat tau leader depa sebenarnya pesakit mental, kita sudah ada video pengakuan bapanya di depan rumahnya sendiri, kita ada semua video gilanya yang ada di youtube, followers baru dia belum belek video youtube tu , kalau depa dah nampak, depa pun akan left grup...

      Main dengan org tak waras ni , memang salah 1 mati dulu baru dunia aman. setau tok org gila hidup lama.. takpa.. mungkin dia perasan dia ahli syurga, ahli syurga ni tak buat naya ke orang.

      Padam
  3. Saya antara orang yg pernah bertanya hal ni pada tok sbb baca di fb dan blog yang tok ni penipu la apa la.. dan saya jugak sendiri pernah tgk video org mental tu. Kalau dah mental camno sampai ke bila2 la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau di blog yang di tinggalkan tu lagi lah banyak komen komen negatif, apa depa cakap satu pun depa tak buat, PPIM lah, Macam macam lah, depa tatau Yusuf Azmi tu dengan tok siapa dia.. lagi pula bukan tok tak hantar barang org order .

      Bila tengok video mental dia isi dan dia sendiri terhempas sampai terguling nampak lurah dendam . semua orang boleh menilai, siapa yang menipu.

      Tok ni.. kalau menipu. lama dah ke lokap.. undang undang negara kita bukan longgar.

      Pejabat ugama pun tak pernah serbu, yang menyamar tu ada last last jadi anak murid, yang polis menyamar jadi kawan pun ada, last last balik balai .. nak tangkap apa..kita bukan menipu, bukan buat salah apa pun.

      Orang cakap..boleh cakap. nak cakap apa pun, cakap lah. org percaya atau tidak atas individu.

      Kat blog tu tok siap bagi alamat 3 lokasi rumah tok, jangan kata 1 org, bayang pun tak nampak.

      Depa cakap saja lebih, ajak jumpa semua pengecut.. bila tok dah muncul depan rumah 12 malam, tak nak keluar rumah, jenuh kita memanggil sampai ayahnya yang keluar minta maaf bagitau ramai orang dah datang sebab marah dekat anak dia. tapi tak boleh buat apa.. nak saman, mana lah boleh saman orang gila. dia ada high dan low dia.. tapi tok juga nak pesan, kalau selalu high, jaga jaga, darah tinggi sat g kena heart attack sia sia saja jadi org

      Padam
    2. tok pernah kena aniaya dengan murid sendiri, kawan sendiri, sekutu sendiri

      Tapi im still here, today... bukan tahun lepas.. tapi hari ini..

      Tok masih di sini.. tok bukan macam blogger lain..bila org cakap macam macam tok nak buka blog lain dan tutup blog ini.bukan... tok mmpu buat 1 blog siap header dan halaman dalam masa 3 minit . tapi bukan stail tok.

      Bila tok kata.. blog ini akan jadi warisan pula kepada anak anak tok, maka ia akan menjadi warisan. Pendirian tok x pernah nak goyang walau ada cakap nak off.. cakap saja. tapi tidak sesekali

      Padam
  4. Alhamdulillah tok.sekat mn tok mampu tok.lg byk puak ni buat dajal kat tok.makin mencurah rezeki tok sebenarnya.puak ni mcm tu jugalah.pelik sungguh hobi puak ni.mereka mmg level KING HYPER ACT RARE bab ni tok.tahniahlah mengkome!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tok sekat. cuma 2-3 hari lepas bonda yang buka ulasan, tok tidur sebab tidur lewat. bangun dah jam 2pm. ulasan dah keluar.

      Sebenarnya Allah nak suruh kita semua di sini melihat sikap manusia itu dan nak tunjuk sikap setan yang bertopengkan manusia, buat kita di sini sentiasa berwaspada dan tahu bahawa musuh itu tidak sahaja yang mencela islam, tapi yang menganuti islam pada nama pun ramai.

      Bila berlaku macam ini pelanggan di sini boleh belajar asam garam rencah kehidupan bernama manusia, lihat bagaimana org org sebangsa cuba menjatuhkan bangsa.. ini juga akan berlaku kepada anda semua sekiranya anda berniaga, tak kiralah berniaga apa pun. pasti ada racunnya.

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN