Rabu, 5 September 2018

PERJALANAN RITUAL KE ALAM BUNIAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Baru sebentar tadi tok menamatkan ritual perjalanan ke alam Bunian di dalam Master room tok.. Sebelum tok lanjutkan.. Master room tok ni full package dengan bab bab Ghoib sahaja, sebab dalam tu lah tok dok buat ritual pun. Di dalam Master room tu ada 1 Kabinet baju yang besar dan pintunya adalah Black Mirror 100% yang tok tempah di kedai perabot.. Dan berdepan dengan kabinet itu juga ialah Sebuah cermin biasa .. Posisi ini bagi mewujudkan sebuah pintu laluan alam Ghoib.. Pernah masa dulu terlalu busy bonar highway dalam cermin tu, masa kami tidur suami isteri pun penuh lintasan lintasan bayang ghoib sampaikan bonda tak tahan, lalu tok alihkan cermin biasa tu mengadap arah lain. Bila perlu sahaja baru di hadapkan semula.

Semasa menerawang ke alam Bunian malam tadi melalui highway yang di bina ini.. Tok ke sebuah perkampungan di Kawasan Gunung Tahan, berhampiran sebuah air terjun yang indah dan mengalirnya air yang jerneh di alam kita ini adanya sebuah perkampungan Bunian yang indah dan tidak kelihatan di mata manusia biasa. Tok ke sana atas jemputan seorang Puteri Jin yang menyatakan ke tidak puasan hatinya kerana ada manusia mengambil " barangnya " berupa sebuah batu bewarna hitam di sebuah perdu pokok . Batu ini dalam bentuk raw , berbelang oren macam badan harimau , warna hitamnya tembus cahaya dan dari jenis geliga kesayangan beliau. 


Puteri Jin Telinga Tajam


Puteri Jin ini membawa tok melihat kawasan jagaannya dan mengadu beberapa pemburu yang " handal " bab hutan membawa lari batu kesayangannya.. Tok hanya melihat kawasan tersebut dan Puteri Jin ini berteleku kerana kehilangan batunya... Jin ni biasalah..kalau hak tu hilang..hakkkk tu lah dia merungut selama puluhan tahun lamanya.. hakduhh... aah macam macam budak budak lah..ini salah satu sifat jin... nak kahwin dengan jin?.. kena tahan perangai macam ni lah... 

Tok cakap dengan dia, in Sha Allah tok cuba sampaikan.. kalau terbaca sang pemburu tu, harap dapat di pulangkan semula lah.. Tok tanya pada dia , mana dia dapat batu tu?... dia cakap dia dapat dari seorang kenalannya berbangsa bunian bernama Haji Talib di sebuah kampung berhampiran Air terjun pelangi. Tok terpinga dan berasa berminat nak tahu lebih lanjut.. sebab sepanjang pengalaman tok, memang kita tau ada beberapa suku atau puak yang tinggal di pedalaman, tak mahu bergaul dengan orang dan mereka masih memiliki barang barang langka yang istimewa. 

Tok mengajak puteri ini ke sana.. bertemankan sang Puteri jin ini.. tok di iringkan ke perkampungan ini dalam waktu yang amat singkat sekali.. 

Semasa tok sampai ke sana.. kawasan yang pertama kali kami jejak ialah Jeti buluh yang terbina.. di alam kita nak bina jeti memang tak muat lah..tapi di alam sana.. ia luas... tapi sempit di alam kita..faham?..

Kami melihat beberapa penduduk berjalan jalan, ada yang memakai tudung, ada yang memakai selendang , ada yang tak menutup rambut mereka. Pakaian mereka kebanyakan putih, perempuannya memakai Kebaya putih, yang lelakinya memakai seluar atau kain pelikat, berbaju melayu putih , mundar mandir.. yang sedang angkut beras dalam apa benda tu, tempat org tampi beras tu.. di buat dari buluh... di letakkan atas kepala mereka dan jalan ke 1 arah.. ada yang baru balik dari sungai membawa hasil tangkapan..

Puteri menerangkan penduduk di sini tidak hairan dengan kehadiran warga asing kerana mereka sudah dididik begitu, tapi dalam hati, sebenarnya mereka amat takut akan kehadiran org asing. 

Tok tidak memperkenalkan diri tok, siapa tok di alam sana dll.. kita ni dah lama dalam bidang ni.. basi dah setakat nak kenal kenalkan diri.. 4 what kan.. lagi org takut... jadi tok buat biasa saja.. Puteri jin memaklumkan kena cari salah seorang anak Penghulu kampung ini. Penghulu ini bernama Penghulu Talib... Sedang kami meninjau ninjau.. tiba tiba sang puteri terkinja menunjuk kepada seseorang.. " tu dia ..tu dia"... tok tanya.. siapa dia..mana?".... " anak dia nombor 3 Siti Rafiza"..... Terus tak semena mena dia berlari ke arah gadis ini " Ja..ja... eh sini sekejap" panggilnya beriya iya... Gadis ini tercengang cengang tiba tiba di panggil orang.. org sekeliling memandang satu sama lain..mungkin dalam hati mereka dah berulat dengan rasa takut , tambahan pula melihat anak gadis Penghulu Talib pula di panggil warga asing.. penduduk yang mundar mandir ini berhenti berjalan, mulut tertanya tanya, siapakah kami.. mungkin mereka berhati hati takut jadi apa apa kepada anak gadis itu boleh mereka membantu..tok hanya tersenyum.. kami datang niat baik..kalau tak baik.. masa aku turun tadi ke sini kampung ini dah ranap sekelip mata..habis semua anak gadis lawa lawa aku bawa balik ke istana buat dayang atau gundik. hurmm.. 

Anak penghulu ini Siti Rafiza datang perlahan lahan dan bertanya " assalamualaikum wbt.. ya .. ehh.. laaa Puteri *****.. ingatkan siapa lah tadi".... kata Siti Rafiza setelah cam akan sang Puteri... " datang mana ni, ada hajat ke atau jalan jalan saja " tanya Siti Rafiza Menambah perbualan. Sang Puteri masih terkinja keseronokan bagai baru jumpa teman lama.. haha.. Dia memegang kedua bahu Siti Rafiza dan menjeling ke arah tok dan membisikkan sesuatu.. Eh macam gatal je kan lagaknya Puteri Jin ni.. jeling jeling macam kita ni bakal suami dia je hahaha.. Namun rupanya dia membisikkan bahawa tok nak jumpa dengan Ayah Siti Rafiza , ada hajat katanya....Siti Rafiza kelihatan congeng ( tercengang ) dan sedikit tersipu.. Puteri Jin berkata " dia datang ada hajat lain lah, bukan nak menengok "Ja"..ada urusan tu " Tok berdiri dengan macho, kedua tangan di belakang tersenyum... " Ya.. saya nak lawat ayah kamu Siti" Tok bersuara macho ala ala Shamsul Yusoff..oii ingat tok x boleh buat suara dia ke?... bonda jj kamu selalu suruh tok buat suara tu.. kekadang menyampah juga... Bonda JJ dulu pernah kaple dengan Shamsul Yusof.. tak caye, tanya la dia sendiri hehe. ok ok... 

Kami di bawa ke sebuah rumah di tepi Air terjun, wah indah sekali, nyamannnnnn.... dalam hati tok timbul smiley Tersenyum lidah kat tepi tu hahah... tapi macam mana nak tidur eh.. bising dengan air je... rupanya rumah ini depan je nampak duk tepi air terjun, ia ke belakang gua di belakang air terjun, keadaan di dalam hanya di terangi lampu , kian lama bunyi air terjun kedengaran perlahan, sayup sayup sahaja. 

Di dalam samar samar lampu itu tok melihat beberapa cahaya hijau dan haruman yang wangi, bau macam bunga.. meremeeng bulu romeee.. minyak ape le tu hai... 

Sampai di sebuah ruang yang terang...laaaa ada sebelah lain pula, tadi tu dalam rumah tapi gua.. di belakang ada kawasan lain yang di penuhi pokok pokok.. beranda , ternakan berupa ayam dan kambing... macam masuk Gua kelam pulak..korang pernah masuk Gua Kelam Perlis?... haaa.. macam tu lah situasi sekarang ni. 

" Assalamualaikum wbt Haji Talib" sapa tok... kelihatan seorang lelaki dalam usia 60-an yang masih segak dalam pakaian putih seluarnya, bajunya, dan memakai Songkok hitam sedang berdiri melihat ayam ayam memakan beras yang di tabur " ya. Waalaikummussalam wbt " balasnya sambil memusingkan badan.. orgnya masih segak, kelihatan misainya yang berhubung dengan janggut pendek bewarna putih tersenyum melihat tok.....


**Perbualan di pendekkan **


Saat untuk pulang Haji Talib dan Anaknya Siti Rafiza menghantar Tok melalui terowong berupa rumah ini , sementara Puteri Jin perlu  menunggu untuk menantikan akibat kehilangan Batunya semalam..Entah hukuman apa bakal dia jalani, itu tok tidak campur, tapi tok yakin hukuman itu bukanlah sampai menyakitkan. mungkin Sang Puteri kena berpuasa selama 1 tahun atau 100 tahun kot. puasa je.. masa sahur dan senja..makan ler.. 

Semasa mengiringi tok melalui kawasan terowong..tok bertanya ..apa dia yang berbau wangi tu dan bercahaya cahaya... Penghulu Talib berkata ia adalah Minyak Terlarang milik.. maksudnya ia tidak boleh di miliki, namun jika ingin memiliki , maka perlu memiliki benda yang terlarang milik... Terlawang milik ini..istilahnya tok faham... terlarang milik jika tidak di ijabqabol.. selepas ijab qabol maka ia boleh milik dan apa sahaja milik yang terlarang tadi akan menjadi milik kita. 

Erti kata lain bagi yang tak faham tu... Tok kena nikah dengan Anak dia samada Siti Rafiza ni ( jika dia takda kakak yang masih bujang ) kemudian baru lah benda tu boleh tok miliki.. malah benda lain juga boleh di miliki tak kira apa pun yang di miliki tuan empunya badan. 

Tok bertanya kepada penghulu " beginilah penghulu.... sahaya nak tahu dulu apakah barangnya yang bercahaya itu dan kenapa baunya semerbak, sahaya ni memang suka dengan benda pelik, mana tahu boleh di kongsikan dengan orang yang memerlukan, bagus juga"..... Penghulu terdiam , reaksinya macam berat nak menyatakan " beginilah.. " katanya pendek sambil melihat anak gadisnya..." benda yang bercahaya itu ialah MINYAK CAHAYA HIJAU , dulunya semasa kelahiran Siti Rafiza ia turun bersama kelahiran di atas bumbung di dalam sebuah tempayan kaca.. Minyak ini banyak..dan sudah banyak manusia dan bunian memilikinya, namun kebanyakan mereka SALAH GUNA, jadi RIAK, TAKJUB... mereka di kurniakan KEKAYAAN, Perempuan idaman, kehidupan yang baik baik... namun akibat dari itu mereka jadi sesat.. pada masa itu sahaya memberikan sahaja tanpa syarat..kali ini ada syarat kerana sahaya sudah bersumpah , ia akan pergi..mesti pergi bersama anak sahaya, lagi pula anak sahaya sudah besar.. di harapkan dapat menuntun suaminya membawa minyak ini di jalan kebaikan tidak kira lah bangsa apa pun sahaya terima asalkan berniat baik dan menuruti jalan Rasullullah SAW. " Katanya.. 

Tok terdiam...Berat... kalau contoh nak tumbal ayam ke, kambing ke.. boleh bagi lagi... ni nak bagi menikah anak gadis..berat... korang senyum le ye dak.. tau dak bela anak orang ni berat.. ?... nu sampai ke masyar nu nak kena tanggung. Hurm... " umpama di halkom ini ada benda yang membengkak..macam tonsil pun ada tok pun berkata " beginilah Haji... sahaya pulang dulu... sahaya tanyakan dulu... jika ada manusia bangsa sahaya yang inginkan ia, tidak kiralah Minyak Cahaya Hijau ke apa lagi ke yang ada di sini.. Sahaya kembali... sahaya ikut semua syarat penghulu".... kata tok... penghulu pantas memegang bahu sebelah kiri tok dan berkata " jangan memaksa diri.. sahaya tidak memaksa dan bernikah bukan benda mudah, anak sahaya ini masih ke anak anakan bukan benar matang "...." ini bukan masalah seronok bernikah Haji.. bernikah mana mana pun seronok, tapi tanggungjawab tu bukan benda yang seronok.. nak bawa tu bukan senang... Tapi peranan sahaya , tanggungjawab sahaya selama ada hayat ini.. adalah rahsia sahaya" balas tok... Tok memberikan salam lalu terus meluncur pergi .... 

Menyedari di alam ini sudah jam 11.45 malam... perjalanan ini sudah di lalui selama 3 jam.... In Sha Allah jika ada yang berkeinginan kepada minyak Cahaya Hijau ini.. boleh la.. tak kisah la walau tok tertambah 1 lagi tanggungjawab... setiap manusia lain peranan dan tugasnya. 


Bercahaya, berbau harum.. kegunaan untuk kekayaan, kenikmatan dunia, keselesaan dan keharmonian dunia. 

Bagitau awal awal...maharnya bernilai Tak Mahu Mahar.... tapi maharnya juga bukan menampakkan tok tamak.. maka ia tidak lebih dan tidak kurang sekitar RM 2k

11 ulasan:

  1. Menarik cerita tok...Setiap jalan cerita yang saya baca macam saya ke Sana juga...Seolah2 terawang ke Sana.

    BalasPadam
  2. menarik tok hgga sy blh terbayang tempat2 nya

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum tok, kalau nak belajar dengan tok terawangan boleh?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tok..berminat nak belajar terawangan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt tuan.. tak susah ilmu ini tuan, cuma kena tahu rahsianya

      Tuan carilah istilah

      TERAWANGAN

      Terawang

      atau

      MENERAWANG


      Istilah Bahasa Menerawang ni org tua tua pakai bila masa... itulah kuncinya

      Padam
  5. jd tok..black mirror tu sbagai gerbang la...boleh tempah?

    BalasPadam
  6. Serius mmg, best cerita tok ni, tok tak ada bukak kem, utk belajar ilmu terawang ker?

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN