Ahad, 23 September 2018

CARA SEBENAR KASYAF

APA ITU KASYAF


Kasyaf?.....


Ramai orang nak kasyaf... atas alasan paling banyak ialah nak melihat Kebesaran Allah SWT..


Bagi ayah...nak melihat kebesaran Allah Taala bukan susah mana, tak perlu nak kasyaf bagai.. melihat diri sendiri di hadapan cermin cukup untuk melihat kebesaran Allah SWT menciptakan kita sebagai seorang manusia, bagaimana jari boleh bergerak lebih laju dari sekelip mata apabila kita ingini, Melihat tindakan sendiri atas peranan akal dalam masa sekejap. Ini ialah perkara paling dekat dan hampir untuk melihat kebesaran Allah Taala.


Mungkin jawapan ini mengecewakan ramai orang yang terlalu ingin kasyaf.Takpa kita teruskan, jangan kecewa lagi..


Apakah kasyaf yang di maksudkan?


Kasyaf yang di maksudkan ialah MAMPU MELIHAT ALAM GHOIB.


Boleh nampak jin, bunian, dan apa apa sajalah mengenai alam ghoib.


Pada pengalaman ayah. Nak kasyaf bukan senang, dan nak kasyaf tiada apa apa amalan pun, cuma yang perlu di ketahui ialah KEFAHAMAN.


Semua manusia kasyaf... Ya....


Ini apa yang manusia itu sendiri tak tau.


Kita kasyaf semenjak kecil.. tapi atas sebab kita di ganggu semasa kecil, mak ayah kita risau melihat kita maka di panggil pakcik pakcik yang pandai untuk berubat, dan kita sembuh dengan izin Allah... Hebat pakcik tu kan?.... walhal pesakit lain dari kalangan orang dewasa ada ramai yang tak sembuh... atas beberapa alasan. kanak kanak itu masih bayi tiada dosa, sementara orang dewasa banyak dosa jadi sukar nak di sembuhkan kecuali semua dosanya di ampuni samada Oleh Allah Taala atau Manusia ( Buat salah dengan orang ).


Sebenarnya tuan tuan, puan puan, miss miss, mrs semua manusia kasyaf semenjak kecil, dan kita tak pernah sembuh pun, cuma atas sebab mak ayah kita berasa lega dan teknik rawatan itu sendiri membuatkan kita rasa sembuh. Itu saja.


Sebenarnya pada ketika kita di rawat, kita sentiasa di suapkan dengan kata kata, itu semua bayangan, khayalan, tak da apa lah, bayangan saja.. dll.


Maka otak kita akan tertutup.. dengan perkataan ni tadi membuatkan kita tidak lagi mengendahkan sebagaimana seorang anak kecil yang mengendahkan sesuatu baik di celah rumput sekalipun dia akan selak dan belek.


Kasyaf ada on off, dan on off itu sendiri adalah minda kita.


Elakkan perkataan bayangan, khayalan, kilasan lagi maka anda akan kasyaf.


Apabila mulut menerima, maka akal akan memproses, fail lama iaitu fail semasa kita kecil dulu akan di buka kembali dan fail itu akan dijadikan fail baru.


Apa maksud fail?... maksudnya kebolehan manusia itu semenjak kecil akan aktif semula.


Namun ia bukan hal yang ringkas.. atau mudah.. kerana otak kita sudah terlatih dengan ayat ayat menafikan. Lalu jika mulai saat ini kita mulai hendak menerima.. maka otak akan cuba untuk menerima..kitalah pengarah bagi otak, otak umpama kakitangan /staff. Apabila disiplin lama di kuatkuasakan kembali memang pada permulaan staff sukar nak menerimanya, tapi lama lama?....


Sama juga dengan otak dan akal... lama kelamaan apabila otak mampu menerima, maka kita akan mulai dapat melihat, merasa akan kewujudan alam ghoib ini.


Di zaman dahulu... zaman di mana jauh dari zaman Kemelayuan Melaka itu sendiri, seorang anak kecil yang punyai kelebihan melihat alam ghoib di banggakan , malah anak ini di ajar bagaimana cara mengendalikan. Bukan semua anak kecil mampu melihat alam ghoib secara terus menerus.


Di zaman ini melalui apa yang di terapkan oleh pihak yang menguasai dunia. mereka mendidik manusia dari 12 cabang salah satunya ialah pendidikan dan salah satunya lagi ialah Keugamaan yang di liberalkan.


Alam ghoib itu wujud atas dasar pendidikan Allah Taala kepada manusia akan wujudnya Syurga neraka, Wujudnya Hari kiamat, Wujudnya Padang Masyar, Wujudnya Allah Itu sendiri.


Namun pendidikan di akhir zaman mendidik manusia akan ugama, namun dalam masa yang sama mereka mengajar kita bahawa perkara ghoib adalah sebuah kekarutan.


Lalu bagaimana kita ingin mempercayai hal hal yang ghoib termasuk wujudnya Allah ?...


Mulut kita menyatakan kita percaya.. tapi hati kita inginkan bukti.


Di mana bukti bahawa manusia itu sering kali inginkan bukti?


Contohnya... ilmu ilmu kebatinan..org tak mahu belajar jika tidak teruji di depan mata, contohnya ilmu ilmu kehebatan melayu, orang tidak mahu belajar jika guru hanya bercakap sahaja tanpa bukti.


Di sini.. sebenarnya Bukti Kukuh bahawa hati kita sudah terdidik dengan peranan pendidikan yang sudah di terapkan oleh "mereka" semenjak selepas zaman Kejatuhan Khalifah.


Orang Islam bersolat, berpuasa, beribadah, namun belum tentu ada iman dan kekuatan untuk mempercayai kewujudan Allah SWT. Apabila suatu masa kelak akidah mereka di persoalkan, mereka menjadi mudah goyah..Islam hanya kerana pada nama, islam hanya kerana ibu bapa kita adalah Islam. Namun tidak tahu apa itu Islam.


Di dalam kasyaf... kelebihan ini adalah untuk melatih manusia mempercayai akan wujudnya benda yang tidak nampak, ghoib, iaitu Jin.


Apabila mampu melihat Jin, maka sekaligus hati itu sendiri akan menyatakan bahawa Allah itu ada walau pun tidak mampu melihatNya, namun melihat Jin itu sudah mencukupi untuk kita mempercayai adanya perkara dan hal yang Ghoib ini.


Apa pembahagian ilmu kasyaf?....


Kasyaf terbahagai kepada 2:


1. Kasyaf Jin


2. Kasyaf Laduni


Istilah yang ayah dok bebel di atas sana ialah kasyaf laduni... manusia sering tertipu dengan adanya "amalan" untuk kasyaf, kerana ada guru guru yang mampu membuatkan seseorang itu kasyaf sekelip mata tak kiralah otak mampu menerima atau tidak. ini kerana guru ini menggunakan Kasyaf Jin iaitu melihat Alam Ghoib melalui Apa yang di lihat Oleh Jin dampingannya.


Masalahnya ialah.. kasyaf jenis ini tidak layak di banggakan kerana :


1. Kita menumpang penglihatan Jin sedangkan kita adalah seorang Khalifah Allah


2. Kasyaf jenis ini tidak kekal


Guru ayah berkata :


" Usah di banggakan kasyaf jin , kerana itu bukan KEBOLEHAN KITA, tapi itu kebolehan Jin, bagusnya jika kita ada kebolehan sendiri yang bila kita mati ia juga turut habis"


Tapi ayah tak memandang rendah akan kasyaf jin ini walau ia tidak layak di banggakan kerana kasyaf Jin banyak membantu para Beginner untuk mempelajari apa itu kasyaf, dan ramai Beginner menjadi amatur seterusnya profesional melalui pengamatan alam ghoib melalui kasyaf Jin ini.


Tidak salah menggunakannya, tapi salah membanggakannya kerana seolah olah kita meletakkan diri kita yang mulia ini di bawah level jin itu sendiri.


Masih belum faham apa itu kasyaf?


Beginilah... cuba pandang di dalam gelap, dan jika ada melihat:


1. bayangan di sebalik gelap


2. rupa di sebalik rupa ( pokok nampak macam pocong dll )


3. Lintasan melalui ekor mata


Cuba menerima, jangan anggap, alah tu kan pokok.... alah tu kan dalam gelap,


Paling pro ialah mereka akan kata, alah... ni kan trick mata, ada error di mata...


Pertanyaan ayah ialah.... mata pernah salah melihat?....


Mata tak pernah salah melihat, tapi minda dan akal kita lah yang seringkali salah, menafikan, salah menilai, salah membuat perkiraan dan hitung.


Cuba apabila melihat perkara begitu, cuba layan.. cuba terima, cuba akur..


Sedikit demi sedikit , tanpa anda perlu fokus, tanpa anda perlu melihat bayang bayang.. in Sha Allah anda akan dapat melihat secara terus alam ghoib ini... kadang kadang yang menjadi lucu ialah bila kita nak tengok...otak kita tertutup..bila kita tak nak tengok ..otak bagi kita nampak dan otak mulai memproses... jadi di sini ada 1 masalah yang ayah sendiri tidak mampu huraikan...MISTERI AKAL. jawapan yang ayah mampu beri bagi kedegilan akal ini ialah... JIKA ALLAH IZIN, MAKA AKAN MELIHAT, JIKA ALLAH TIDAK IZIN MAKA TIDAK AKAN MAMPU.


Ramai di luar sana menghabiskan ribuan ringgit untuk kasyaf.. tidak perlu di persalahkan para guru, tapi perlu tahu bahawa tiada apa pun yang mampu berfungsi selagi tiada izin DariNya.


Sekian

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah.terima kasih tok.rsnya sy faham dah sedikit.in sha Allah moga semakin lama semakin dalam kefahaman sy berkenaan kasyaf ni.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah terima kasih tok ayah atas pencerahan yg nyata..

    BalasPadam
  3. Tok, apa pendapat apabila cara bertawasul boleh membuka kasyaf?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap org mempunyai pendapat masing2, bagi pendapat tok, hanya tawasul boleh buka kasyaf, maka sejak dulu imam imam, guru guru, pelajar silat dah kasyaf lama dah kerana mereka menggunakan tawasul itu sebagai aste penting di dalam pembelajaran.

      Ingat cakap tok ni, bukan kita manusia yang baru hidup, sebelum kita sudah ribuan tahun manusia wujud dan ilmu ini juga wujud

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN