Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Semalam di awal pagi belum tok melelapkan mata pada malamnya tok ke Banjaran Nakawan bagi mengambil beberapa item baharu, Pada ketika itu Pelanggan Tuan John Menelefon bagi membincangkan item yang di maharkannya, Kami berbual sehinggalah tok sampai ke Kaki Banjaran Nakawan, Setelah perbualan tamat Tok mendaki Banjaran itu melalui lorong di kebun Raja Perlis, mendaki di kawasan dakian yang tiada denai.. Tanah yang di panjat sedikit licin dengan basahan hujan di awal pagi tadi... pendakian harus di teruskan... kerana itu perjuangan di akhir akhir bulan khusus untuk 3 kakitangan tok yang sudah berkahwin...kalau mereka tidak ada.. mungkin tok masih berehat rehat di rumah bersama anak isteri, tidak pernah merungut kerana ini lah peranan tok dan kehadiran mereka bersama tok ( bekerja dengan tok ) adalah sebuah takdir dan tok menganggap mereka serta anak anak dan isteri mereka adalah amanah serta tanggungjawab tok , dan ia adalah ujian dari Allah untuk melihat keikhlasan yang bakal terhasilkan untuk mereka.
Perjalanan mendaki di teruskan sehinggalah sampai ke puncak anak bukit banjaran yang jauhnya sekitar 800 meter sahaja dari kaki banjaran, seleasi mendaki, tiba giliran pula untuk menuruni, di celahan sana , celahan bukit sebelum memanjat kembali ke Gunung Banjaran adanya sebuah lubuk air dan tok perlu menunggu di sana.
Selesai mendapatkan barangan di Nakawan, tok segera bergegas untuk kembali ke kenderaan yang di pandu.
Habis Selipar dengan bekasan bekasan lumpur tanah liat, langsung tidak di endahkan, tok meneruskan pemanduan Ke Empangan Timah Tasoh... walau pun kawasan itu kini sudah berkunci kerana sudah di Beli Org Singapura.... tok meredah juga kebun getah jalan belakang ke Timah Tasoh , sememangnya Ada denai haram yang di buat untuk memasuki kawasan larangan itu ( chalet timah tasoh )... sesampainya di sana. Ritual di jalankan, perlu pendek...hari pun sudah siang, khuatir nanti ada orang datang, maka ia perlu di segerakan. Selesai ritual di Empangan Timah Tasoh, tok fikir perlu kembali pulang ke rumah untuk menerawang ke Kampung Pelangi... namun memikirkan masa sudah terlalu suntuk... pakaian pun sudah kotor di lumuri dengan selut dan lumpur tanah liat , tok ambil keputusan untuk Kembali ke rumah Nenek di Abi Batas paip. Di sana adanya sebuah kolam, dan kedudukannya di belakang rumah Sepupu dan Nenek.. Tok memasang 3 joran tiada umpan dan meletakkan di tebing kolam Umpama memasang "Tauk"... lalu tok berbaring di atas pangkin yang sememangnya sudah bertahun di situ, terawangan di teruskan, dalam sayup sayup kedengaran ibu saudara berbual di dalam rumah sepupu " Dik Shyet tidoq dah tu tak mengai ka?"... anak perempuannya iaitu sepupu tok membalas " pagi lagi ni, tu dia pasang tauk 3 batang, dia dok tunggu la kot " balas sepupu kepada ibunya.... sayup sayupppppp.... udara sawah padi menyapa tubuh badan.. terawangan di pusatkan ke Kg Pelangi ... Alhamdulillah tak banyak...sikit pun jadi lah.
Sedar sedar dari terawangan tubuh tok rupanya sudah jatuh dari pangkin.. bahu sebelah kanan terkena banir pokok keriang dot yang besar di sebelah pangkin itu... bahu terseliuh sementara tubuh tidak ada sebarang luka lain.
Selesai terawangan, tok meneruskan aktiviti dengan mengambil ke semua jiran tidak berumpan tadi dan terus menuju berjumpa Pak cik Wahab untuk membeli beberapa ekor ikan haruan.... sekurangnya tidak di persoalkan bonda nanti, bawa pancing tapi takda ikan, baik tak payah bawa... 5 kilo tok beli.. haaa nah makan... apa yang tok tahu.. in Sha Allah rezeki 3 Pekerja tok tetap ada di hujung bulan ini untuk di jadikan nafkah anak isteri dan suami mereka. Bahu tok masih lagi terseliuh.... di saat menulis Cerpen ini jam 6.40pagi.... belum ada masa nak mengurut ... sekejap lagi perlu ambil gambar dan upload ke dalam blog pula....
" Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul .............. sampai terseliut "

Allahhuakbar..dugaan betul tok.pasti ada hikmahnya.semoga cepat sembuh tok.
BalasPadamAlhamdulillah.ok blk dah page tok.bopinau mato duo tigo hari ni tok.haha
BalasPadamhuhu... baru buat tadi, tapi yang pasti nanti akan ada cust yang x boleh buat komen..
PadamBagi yang x boleh buat komen, tok minta sila clear cookies browser anda...tu saja obatnya
Klik setting di browser memasing, dan klik cookies, then klik clear
cookies itu juga sebenarnya akan membuatkan line internet anda slow... cookies ni berkumpul banyak bila kita dok surf internet , dan menyebabkan internet slow.. cuba clear cookies maka anda akan dapati surf internat anda juga kian laju dari biasa
PadamCookies yang di maksudkan bukan biskut tau
:p