Selasa, 23 Mei 2017

WAJAH SEBENAR ZAMRUD



Cara menjadi peniaga batu zamrud...Dan off course CEPAT KAYA


Tok tak berapa berminat sangat dengan benda lawa lawa tanpa khasiat.. kalau lawa di mata.. ada 1 sahaja..isteri tok la.. tapi kalau nak lawa di jari..bukan gaya tok kot . Lawa di jari ni mungkin citarasa orang lain. Jadi hari ini tok ingin berkongsi sebuah ilmu yang tok belajar dari beberapa seller zamrud tersohor Malaysia, Indonesia dan Thailand, memandangkan tok pun memang x berapa berminat dengan ilmu ini dan dari ia tersimpan di dalam hati tok.. baik tok lepaskan dan kongsikan kepada sesiapa yang berminat nak meniagakan batu zamrud.


Untuk mendapatkan batu zamrud murah dan menjualnya kembali pada harga yang mahal tidak susah..


Ini caranya.


Kebanyakan peniaga batu zamrud, delima, Nilam dan lain lain batu mahalnya ialah dengan cara mereka membeli batu batu yang sudah kusam, agak lama, calar, tidak berkilat atau dalam bahasa omputeh di dalam ebay, amazon dan website asing sebagai Loose Gemstone... Loose emerald , ruby etc. Untuk mendapatkan stok lebih mudah , banyak kedai kedai emas yang menjual stok batu zamrud lama yang di anggap bagi mereka sudah rugi dan mereka ingin menjual pada harga yang murah.


Atau mereka membidanya di Fb atau di blog blog yang menjual zamrud secara murah atau bida yang di anggap penjualnya asalkan dapat untung sikit sudah lah.


Apabila mereka memperolehi batu jenis ini mereka akan :

1. Polish semula sehingga kesan calar hilang dan serinya naik


2. Sekiranya zamrud atau delima itu mempunyai " air " tidak lawa.. banyak urat, ada 1 cara untuk menjadikannya lawa.. sebentar lagi tok ajarkan.


3. Selepas polish mereka akan mengandingkan dengan cincin yang mempunyai zircon kecil di keliling ( mcm berlian ) agar serinya lebih kelihatan menaik


CARA MENGHILANGKAN URAT BATU / "AIR" nampak lawa

Sekiranya anda ke Nakhon Sawan, Ke bangkok, Ke Maesot , Ke Chiangmai dan dapat duduk semeja dengan peniaga, anda akan di dedahkan dengan " dapor " mereka, di dalam dapor mereka ada bertong tong minyak.


Minyak ini di gunakan bagi merendam batu batu zamrud / delima / yang lutsinar etc selama 12-24 jam, bergantung kepada berapa banyak urat ingin mereka lupuskan.


Proses ini di namakan sebagai OIL TREATMENT.


Kebanyakan peniaga di FB / Blog ingin menunjukkan kejujuran dengan mendedahkan cara mengesan HEAT TREATMENT namun mereka cuba menyembunyikan proses OIL TREATMENT yang mereka jalankan kepada sesebuah batu permata yang ingin mereka jual.


Treatment minyak ini menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa malah minyak sawit juga mampu di gunakan dan proses ini akan menghilangkan urat urat, inclusion inclusion sehingga menampakkan batu ini Jerneh dan menarik, airnya lawa.


Proses ini bukanlah permanent.. selepas beberapa bulan pembeli memakainya dan ia terdedah dengan suhu panas di negara kita, Akan kelihatan urat urat ini akan timbul semula.


Batu batu lawa ini di simpan kemas di dalam bag peniaga, di dalam kotak baldu agar permata ini tidak terdedah dengan cahaya dan haba matahari dan ini menjimatkan kos mereka dan mampu menjualnya pada kadar segera.


Seorang peniaga yang sudah berniaga selama hampir 40 tahun mendedahkan.. Batu zamrud yang original..maksudnya original dari mana mana treatment.. sebesar kepala mancis.. harganya tidak akan di pandang oleh orang Malaysia, kerana ia mampu untuk membeli sebuah kenderaan.


Kaedah OIL TREATMENT ini di jalankan bukan sahaja oleh peniaga Kedai Permata terkenal, malah ia juga di jalankan oleh seringkas ringkas peniaga jalanan dan proses ini adalah biasa kepada peniaga batu lawa. Apa yang penting ialah batu terjual mahal, dan ia laris cepat.. apa mahu jadi lagi 5-6 bulan bukanlah urusannya lagi.


Di dalam perniagaan batu permata , secara basicnya anda melihat perniagaan ini biasa. Namun di sebalik tabir perniagaan batu lawa ia terkandung dengan Tamak Haloba dan sifat buruk peniaga tersebut , wajah sebenar mereka.


Bertuahnya perniagaan mereka tiada kaitan dengan unsur Jin, mereka tidak menyebutkan hal hal aura, jin, khodam dll, kerana bagi mereka ia SYIRIK. Akan tetapi HALAL bagi mereka melakukan trik trik ini bagi melariskan jualan dan mempercepatkan jualan mereka dan menerima keuntungan yang lumayan.


Untuk membuktikan ia adalah OIL TREATMENT ATAU TIDAK anda perlu merendamkan semula batu zamrud / delima ini ke dalam sebuah bekas termos selama 7 hari , sebaik air yang di gunakan ialah air mineral. 7 hari akan menyurutkan minyak di dalam batu ini dan keluar, ia akan berganti dengan air dan rupa paras sebenar batu ini akan terpapar di hadapan anda sendiri. Mana mana permata mampu menyerap minyak dan air, sekiranya anda melihat permukaan batu permata melalui mikroskop , ada liang liang halus di permukaannya bagi batu original.


Tok mendedahkan hal ini kerana pada hari semalam tok mendapat tahu kebanyakan peniaga di Kuantan, Kelantan, Terengganu , Johor Bahru dan kebanyakan tempat lain menggunakan kaedah ini bagi menyembunyikan rupa paras permata lawa mereka.


Sebaiknya jika anda ingin membeli batu lawa seperti ini anda belilah di peniaga yang open table dan batu permata lawa lawa ini terang terang di bawah payung yang memayungi terik matahari. Insyallah anda akan selamat.


Ini sekadar nasihat dan juga perkongsian ilmu, jika ada peniaga di sini yang ingin menggunakan teknik ini kepada permata mereka, maka di persilakan. Akan tetapi jangan menyatakan kami peniaga mistik ini meniagakan item karut marut, item syirik, item tipu, item palsu, sedangkan anda juga sebenarnya lebih dasyat dari kami, item kami ialah item mistik yang bernilai kurang lebih RM 500 diisikan dengan ayat ayat Suci Al-Quran dan alhamdulillah memberi jasa kepada org ramai dengan izin Allah , batu lawa anda itu anda jual pula kurang lebih 4000-5000 dan tiada faedah di jari hanya sekadar untuk di lihat, untuk di bangga dan untuk di ujubkan . Maka siapakah lebih dasyat di sebalik tohmahan yang kerap kali kami terima?


=========================================


There are many treatments and enhancements regularly applied to emeralds. Personally, I don’t have any problems with people treating gemstones and selling them in the trade, as long as they disclose the treatments. Nevertheless, some of these emerald treatments are very questionable and I don’t recommend them. Of course, others have no issues with them, especially emerald dealers.


Most likely, the emerald dealers won’t tell you how much the stone’s improved. Why? Because they can’t. Oiling often takes place long before dealers and vendors acquire the stone. Assuming they’re honest, they just plain don’t know.


Due to the oil, you can’t really tell the quality of the stone. This is usually to the buyer’s loss.


Sooner or later, oils will wear off (and out of) emeralds. In other words, the “improvement” isn’t permanent. When it wears off, your stone will probably look terrible.


The only natural emeralds I’ve ever seen that I thought were pretty nice when untreated hailed from Zambia. However, I haven’t seen a lot of those. Also, keep in mind that Zambian material can (and often does) receive oiling. I should disclose that I probably couldn’t afford the ones I did like. To be honest, I didn’t want to pay the offered price when I considered what other stones I could buy with the money.


Most all of the natural Colombian material I’ve seen hasn’t been particularly good. It has lots of flaws and inclusions. That’s just my experience. You might find some good ones.


Again, emerald treatments exist in the first place to improve these gems. Ask yourself, do you really want a flawed stone that’s been “improved?” If so, how much improvement is OK? Where does it stop?


Apa yang buruk sangat tentang HEAT TREATMENT Sampai mereka menyembunyikan OIL TREATMENT ???


Heat Treatment tidak seburuk Yang di sangka:

I’ve heard some dealers compare oiling emeralds to heating sapphires. They argue that both practices are essentially the same. That’s not true. Heating sapphires produces basically permanent colors. Furthermore, heating also occurs in nature. (However, artificial heat treatments, after mining, should still be disclosed). Have you ever heard of stones coming out of the ground already oiled?


To be clear, when shopping for gems, always assume both emeralds and sapphires receive treatments. Don’t assume the treatments have the same impact on the gems’ value and durability.


Siapa nak bagitahu apa rahsia mereka?????

Sumber : https://www.gemsociety.org/article/just-ask-jeff-are-all-emeralds-treated-and-what-is-your-opinion/

9 ulasan:

  1. Terima kasih tok atas penerangan dan pencerahan...ni yg sy suka ttg blog gb ni..byk info dpt...Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama tuan, tok sebenarnya kurang suka nak mendedahkan hal hal macam ni.. bukan apa.. ia akan jadi 2 perkara tidak baik dan hanya 1 perkara baik :

      Baiknya :

      1. Pengguna tahu dan dapat ilmu baharu dan berjaga jaga, sebaiknya BAN terus..mana ada zamrud ori betul betul kalau 1 carat pun dah boleh kita nak beli 1 set memanah yang mahal

      TAK BAIKNYA

      1. peniaga yang tak tahu akan tahu dan bil peniaga yang buat trik ini akan bertambah

      2. Tok dan perniagaan tok akan bertambah musuh. tak caya tengok lepas ni akan ada serangan di FB, yang menyerang itulah yang melakukan kerja kotor ini... senang kata, siapa makan cili dia terasa pedasnya

      Padam
    2. Tok..Klu bab attack kt fb,sy rasa dh ada kot...owner fb tu xmention sapa2 tp macam...hmmm...xtaw la tok...apapon sy doakn blog tok makin maju dan rezeki barakah...in shaa Allah..

      Padam
    3. ya dah tentu. di sana ramai yang memusuhi tok terutama bagi mereka yang bergerak perseorangan bukan berkumpulan.

      Dulu depa mention sapa sapa. tapi la ni dak dah sebab depa tau bila depa mention nama, org akan mai sini dan tgk betui ka dak apa depa cakap.. bila org mai sini..org tgk benda lawa lawa, bagus bagus, harga pun bagus, maka org akan stay.

      Actually sekarang pun walau dorang tak mention nama...org akan cari base on apa drg mention.. cthnya bunian, penarikan.. org akan type juga di google dan pasti akan ter-drive ke blog ini..

      Sikap manusia ialah INGIN TAHU dan sikap ini terdorong lebih kuat sekiranya fakta yang di berikan tidak mencukupi.. lagi kurang drg mention , sebenarnya lagi kuat INGIN TAHU manusia itu.

      Apabila kita belajar sikap manusia , maka kita boleh gunakan ia sebagai kekuatan kita.. itu apa yang mereka tidak belajar, tapi mereka nak klaim diri mereka guru

      Padam
  2. Salah satu sebab mangapa ayah tak suka batu zamrud ni..la ni pun baru nk berjinak2 membeli batu delima..tu pun yg rare lah..sebelum ni tk minat langsung..hanya batu geliga jer yg paling ayah minat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling selamat adalah jenis batu geliga la ayah.. batu geliga terdiri dari komposisi organik padat ertinya dari keluarga akik.. jenis ni memang x jumpa lagi sintetik atau di treatment. nak naikkan serinya dengan sapu minyak atasnya tu ada lah.

      Sebab tu org dulu dulu sapu minyak atas permata nak naik serinya, minyak ni akan menutup apa yang di lakukan peniaga, yang membeli pula percaya mcm mcm. walhal ia untuk "maintain" penipuan tersebut

      Padam
  3. Assallamualaikum tok
    Tima kaseh atas pencerahannya
    Mudah mudahan sama sama kita memperolehi keberkatan dari Allah SWT..dn semuga kita smua dlm lindungan Allah hendaknya...Insyha Allah.
    ....amin

    BalasPadam
  4. terbaik tok..terima kasih atas pencerahan..info yg sangat2 berguna..

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN