Selasa, 7 Februari 2017

RAJA KAYU MERAH



















































































Ini seaslinya Raja Kayu Merah, P Lah tanya sapa pun yang berusia 60 tahun ke atas.. toksah la tanya orang yang berusia 40 tahun ke bawah. bukan semua orang kenal mana satu raja kayu asli.. 

Sejak kecil yang tok tau lah, ayah tok ni suka kumpul kayu, jenis ni la raja kayu., bila suluh bawahnya merah. kalau bakar ia keluar getah dan bau harum. 

Tok dengar.. tok pun lupa dah sapa cerita. Katanya ni bukan raja kayu asli, hak asli ..hak dia juai... lagu tu..aku pun boleh buat. Ibarat memecah adat... benda dah nama lagu ni, lagu ni la.. boleh nak boh nama lain tapi nama sebenar tetap asal dan kelebihan asal tetap asal. jangan menidakkan. 

Tok boleh kata jika ada 1000 gelanggang silat di kedah Perlis sampai Langkawi, bawak lah kayu ni ke sana , tengok, depa nak kata raja kayu ka atau kayu damar?. 

Sebab apa tok kata belah kedah perlis..?.. aih.. kaji sedalam ilmu kebatinan, ilmu mengenal kayu kayan dan batu batan berasal dari mana... nun kita dulu asal kerajaan Pattaya... sebelum Melaka lagi. Negeri manakah yang lebih ke arah siam?..

Bercerita pasal ilmu.. ada ilmu dari indon, dan banyak ilmu dari utara tanah air. Mudah... di Perlis guru takkan ajar 100% ilmunya... anak muridnya cuma terima 80% sahaja, anak murid ajarkan di Penang pula sebanyak 60%, kemudian di KL sebanyak 40% kemudian naik ke selatan 20%. 

Nama perguruan sama, nama ilmu sama, gerak dan gaya sama, tapi kenapa di Perlis Kedah banyak ilmu menjadi, potong pisang pakai jurus angin... di selatan sampai kena buat trik, pisang tu di potong dulu pakai jarum sebelum buat demo.

Jika tak dapat nak menerimanya.. tak apa , tok tak marah, tapi kajilah... kenapa org selatan datang terus belajar direct dari guru di utara.., ramai bukan sikit sikit.

Sama juga dengan mengenal kayu kayan dan batu batan. memang tiada bukti .. tapi bagi RAJA KAYU ada buktinya...

Di mana buktinya?.. ajaklah org asli masuk hutan dan cari pokok Raja Kayu... lihatlah di bawah pokok raja kayu ini, cuma tanah dan tiada sehelai rumput pun mampu tumbuh, kerana itu lah ia di panggil RAJA KAYU. dan keduanya ia mampu test jika di pakai di badan dan di tebang pokok, insyallah pokok tidak akan mengena pemakai walau sudah di targetkan ke arah pemakai tumbangnya. Itu mampu di buktikan.... kerana ia memang Raja Kayu asli. 

Ada yang kata kepada Tok Raja Kayu Asli bewarna Kuning macam kayu Nangka.. kalau masuk ke hutan kita akan dengar bunyi dahan dahan dan akar berbunyi Prapp prappp.... seolah dahan dan akar sedang cuba tunduk kepada kita... kalau tak p sekolah ...ya percaya bulat bulat... tambah tambah yang tak pernah masuk ke hutan.. memang bila kita masuk hutan. akan ada bunyi Prappp Prappp ini.... sebab lantai hutan tu bukan bersih, bukan marmar... bunyi itu ialah bunyi ranting patah akibat di pijak kaki kita. Itu lah masalahnya sekiranya kita tidak mampu menggunakan akal yang Allah berikan, nak di samakan dengan apa tu?.. kalau samakan marah pula..tapi itulah HAKIKAT dan KENYATAANNYA. 


Ada 2 jenis habuk kayu sahaja mampu masuk ke dalam kulit

 Raja Kayu 
Kayu ( lupa dah ) 


Kayu yang tok lupa ni kalau habuknya masuk dalam kulit, seumur hidup tak boleh mandi laut, kolam sebab akan tenggelam terus, jadi berat.

Sementara habuk raja kayu boleh buat penawar dan pembisa, malah pemberat pukulan... jika di bakar kayunya mampu memanggil makhluk halus di dalam hutan, itu urusan ilmu anda tok tidak ikut camphor



Kod Produk : RKM 5217
Bentuk : Raja Kayu Merah
MAHAR : 80 Mlr

GRAB SATU SATU 60 Mlr

GRAB SEMUA 200 Mlr

17 ulasan:

  1. Pnjang sungguh peneranhan tok mat ye. Huhu 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena terangkan betul sebab raja kayu ini sedang cuba di lupuskan pemahamannya oleh pihak ke dua

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki, dulu memang murah, sekarang dah mahal sikit, dulu pokoknya masih banyak,sekarang dah banyak di tebang, makin sikit pokoknya, mana yang dulu beli rm 50 sekranga kalau jual balik dapat juga dalam Rm 150 tuan. kayu dan batu ni macam emas juga, terkadang harganya mengalahkan emas

      Padam
  3. Askum klo berminat mcm mane nok berurusan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam wbt .sila tuan baca deskripsi halaman ini ya. Semua sudah di terangkan dengan jelas. alhamdulillah

      Padam
  4. Saya percaya.. Sbb kayu ni d jadi kan dari tumbuhan d muka bumi dgn kelebihan tertentu...ilmu saja mengenal nya.. Moga Allah pelihara hazanah kayu2 untukanusa

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum maseh ada kah RKM 5217-3A saya ingin membeli dan bagaimana ye

    BalasPadam
  6. Kira nye tok nk ckp guru kan kan selatan tak power cam utara la ea?? Tok da try ke??ckp pdg2 sikit tok..nk niaga pon jgn ler ckp panjang merepek2 raban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tak cukup. kenapa.. tak tahu yang tok pernah tinggal di johor selama 10 tahun, kota tinggi , desaru , kulai dan JB?.. tak tahu tok pernah berkahwin dengan org sarawak dan Kalimantan?.

      1. tok bukan merendahkan ilmu org selatan, tapi yang tok cakap ialah ilmu dari utara yang sampai ke sana yang asalnya dari utara tidaklah sepenuhnya sampai habis ke sana.

      2. Ilmu di Johor kebanyakan ilmu jawa dari Indonesia tapi malangnya ilmu jawa hanya boleh di bawa oleh anak jawa kerana nah dan sebutannya mestilah tepat dan paling utama ialah darah di dalam pelajar ilmu ini.

      3. Ilmu dari utara yang berasal dari siam, tak sepenuhnya sampai ke selatan, tak percaya?. BUKA MATA LUAS LUAS

      Padam
    2. setiap dari guru tidak akan ajar habis ilmu mereka kepada anak murid kerana khuatir murid membelot, dan adat ini sudah lama di amalkan . maka jika mahu yang 80% dari selatan kena ke utara sendiri , dan belajar di sini . Tapi itu baru 80%. dan 100% kalau di utara bukanlah bermaksud 100% kerana ia berasal dari tanah siam. jadi di tanah siam itu yang berbunyi 100%.

      Sama juga ilmu jawa di johor. kalau di indon masih kuat bab bab sihir , perubatan jawa dsbgnya, kenapa di malaysia sini ilmu jawa seakan akan sudah hampir pupus?. di sini macam sepoi sepoi angin tapi di indonesia masih lagi kencang.

      Tok bukan berkata kosong . tapi tok merantau , adakah kamu merantau?... atau sibuk cari duit buat sesuap nasi dan sampai hari ini pun masih mencari duit.. dan sampai mati pun mencari duit tanpa sempat melihat dan merantau. sayang sekali.

      Padam
    3. kalau nak tahu @ tak pernah masuk sekolah belajar sejarah.

      Perlis, kelantan dan kedah dulunya ialah kerajaan Siam, british yang memberikan kepada Malaya.

      Di pendang contohnya kalau kamu patah kaki ada 1 perawat yang akan menukul kaki kamu sampai hancur dan kemudian menggantikan dengan tulang lembu. pernah tengok?.. kalau nak tengok cari beliau di Pendang.

      Adakah dia terima murid?.. tidak, ia hanya utk anak cucunya sahaja, adakah anak cucunya tiba tiba ada di selatan?.

      sebab tu tok cakap. buka mata, org lama lama bagi pepatah

      " Jauh berjalan, luas pemandangan "

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN