Rabu, 8 Februari 2017

CINCIN XXX (SAIZ 18)







Mr Baz menamakan cincin ini sebagain cincin triple X kerana kecanggihan batu ini dari segi seni , corak dan uratnya yang amat memikat hati. 

Cincin ini tok perolehi dari seorang Sahabat yang tok katakan dulu sudah tidak lagi berniaga batu permata dan slow slow sedang menjualkan koleksinya ... kalau hak rare tu , tok lah yang rembatnya hahaha...

Mula mula tu tok ingatkan nak pakai buat cincin sahaja. Namun memandangkan dah lama bukan cincin tak keluar blog?.. maka saja saja la tok mempertaruhkannya di sini , kalau ada sapa beli tu kira rezeki depa lah.. kalau tak ada maka rezeki tok ler . 

Harga yang tok letak di bawah ini bukanlah harganya batu tersebut. nilainya atas lagi apatah kalau cincinnya dari Perak 10. cincin ni ialah steel, steel 10...bukan steel biasa di pasar malam, kalau pasar malam steelnya kita pakai x lama ia akan hakis kerana peluh kita dan akan menjadi tajam tajam di tepinya, akibatnya jari kita akan luka bila nak mencabut cincin berkenaan, berbeza dengan steel 10. x lah jadi macam tu.. haaaa..mujuq nooo.. mujuq ia steel... kalau Perak?... agak agak berapa tok nak letak?... Takpa, lepas ni kalau x da sapa beli, memang tok akan buat perak design sama.. lepas tu nanti bonus tok cuba lah jual lagi sekali pada nilai up sikit kan haha.. 

Batu ini di dalam grup kita di panggil Batu Cenderawaseh Laut. Kenapa Cenderawaseh laut, aih macam macam lah Tok Muda ni kan.. laut la, gunung la, kayangan la.. Eh.. suka ti la ..ni kan blog Tok Muda, barang pun barang Tok Muda.. tangan yang pegang pun tangan Staff Tok Muda... yang seterusnya kira bagus tok bukan jenis letak ni batu pernah di pakai wali ka, pernah di pakai sunan mana mana ka atau tok kata batu ni dari Arasy tempat singgah sana Allah ka.. Aihh.. tu nama dia GILA tu kalau tok namakan sampai macam tu sekali.. namanya org takda Iman, Akidah, Takwa dan Nyata SESAT dan MENYESATKAN. Tak mau tok. 

Nama yang tok panggil ni bukan suka suka. Tapi nama ini yang di gelarkan dari alam sana. kalau alam kita tok pun tak tau apa nama dia sebab macam tok kata lepas, tok x berbangga pun nama nama mat salleh bagi tu. yang kita nak junjung sangat pasai apa sedangkan kita sudah Merdeka?... hah tediiaaa.. 

Lagi pun kalau kita nak pakai nama kita letak... kena SAMAN ke?... Kena TANGKAP ke?... kena DAKWA ke?... jadi kalau takda ketiga ni.. kita buat lah suka ti kita..bukan menjadi KESALAHAN Pun kan?.. ni kita?... benda hak jadi kesalahan tu lah kita nak Ubah, pelik sungguh tok... macam macam manusia ada. 

Cenderawaseh Laut berguna di dalam Pelbagai Aspek mengikut warna.. jika anda dah lama baca blog Tok ni. anda akan paham, bahawa kita berdasarkan kepada warna, bukan main tembak saja kelebihan sekian sekian, dan kedua caranya kita nak sahkan kelebihan tu, tok sendiri akan test pakai Energy kebatinan... yaa.. kebatinan tak boleh di buktikan betul?.. tapi melalui Sains metafizik, Gemology dan juga Ilmu Aura Dan Warna 1 DUNIA..bukan mat salleh saja, bukan yahudi saja, opss sorry... tiada istilah yahudi pakai ilmu aura ..cek balik. Tapi bangsa bangsa sohor lainnya di atas muka bumi ini semenjak zaman Greek dahulu kala. 

Warna memainkan peranan yang cukup penting di dalam kehidupan kita....... siapa kata warna takl penting maka dia pengikut syaitan... aik... kenapa tok cakap gitu.. hahaha. saja... melemparkan word untuk jenaka... ingat tak dulu Kumpulan Black Metal?.... pakaian dia warna apa?... HITAM... x da kaler lain dah. betui?....

Manusia normal memakai baju dan seluar bewarna warni, dan jika kita lihat BADUT memakai 7 warna untuk kelihatan?..... Yes.. CERIA dan menghiburkan....kenapa dia tak pakai 1 warna sahaja untuk menghiburkan.. dan warna itu pula warna yang gelap?.... 

Wanita melayu mempunyai Taste paling High Dalam dunia jika bab berpakaian.... di mana buktinya?..

Baju kurung.... macam macam ada, tanahnya kaler Coklat, Bunga kecilnya bewarna Kemerahan sementara bunga besarnya bewarna Coklat... Haaaaa.. betul tak?... 

Esok lain pula

Lusa lain Pula


Time dia gembira kaler lain

Time dia datang HAID kaler lain

Time dia Sedih Kaler lain

Time dia Puas dengan suami Kaler lain


Tu Perempuan melayu..... Why....why...why.... WARNA itu yang di ambil sebagai peranan menunjukkan EMOSI?..

Actually WARNA itulah Yang akan menentukan emosi..bukan emosi yang menentukan warna,..

Bak KATA PAKAR Motivasi... 

" Pakai lah warna yang ceria, warna yang terang supaya diri kita sentiasa gembira, sentiasa positif, sentiasa bermotivasi di dalam kerjaya dan kehidupan kita"...... 

Tok bagi anda 1 petua... kalau nak mengurat lelaki atau perempuan.. dan anda nak yang mampu bahagiakan anda... cari mereka yang pakai baju dan seluar warna terang.. kalau dia pakai hp lihat covernya warna warni. Kalau hpnya ada key chain Hello Kitty.... bagi tok..tok x mau, sakit kepala.. sebab jenis ni, jenis manja dan kuat mengada hahaha., maaf na... biasalah tok ni muda , hansem lagi, tapi jiwa tua . 

Yang pakai baju terang ni happening... Tolong bahagiakan dia dan jangan buat dia sedih sebab jenis ini umpama Bunga yang kembang di pagi hari , harumnya menyegarkan.. mereka bukan jenis loklaq punya org ... 

OK.. HABIS bab basic Warna... Ya... Basic je tu... tok takkan bagi semua la. 

============================

Batu Cenderawaseh Kayangan ini mempunyai pelbagai fungsi:

Penarik kerezekian dengan izin Allah SWT

Penarik Kemasyuran dan kekayaan dengan izin Allah SWT

Penggerun manusia dengan izin Allah SWT

Kewibawaan yang besar



Bagi Tok... Energy nya cukup besar... pertama kali tok pakai cincin pagi tadi, Tok rasa amat gembira.. tiba tiba saja jadi gembira, padahal semalam tu tok mengamuk di opis pada staff.. pakai saja terus gembira.. aih pelik betul lah... haha, sungguh ni.. pada la kan kalau nak bohong pun, ni cerita benar..hahaha.. 


Mahar di bawah masih lagi bawah pasaran... kalau cincin dia tu Perak 10.. mahar dia lagi nahas ...


Kod Produk : CXXX 8217
Bentuk : Cincin Cenderawaseh Kayangan
SAIZ : 18
MAHAR : 3000 Mlr 
( Harga Std Cenderawaseh )

GRAB : 1500 Mlr

*Promo Kaw Kaw.... kalau sapa tak mau, rezeki tok lerr

3 ulasan:

  1. Lawa tok. Sekali pndang mcm color bendera bob Marley. Hahaha gurau tok muda. 😂

    BalasPadam
  2. As salam tok dan sahabat semua.. maaf ye tok.. tumpang iklan kejap.. hehe.. sy ad sikit masalah.. jd sy nk lepas kn geliga sy kepada sahabat2 yg berminat.. g.sarang semut, g.sarang ular dan gmgb dlm 1 mahar.. sume ori drp gb.. kalau ad sahabat2 yg berminat, boleh mtak no sy kat tn baz or email sy ye.. tq ye tok..

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN