Ahad, 5 Februari 2017

PRE-ORDER

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Insyallah Bermula esok hari tok muda akan memasukkan item item Pre-Order luar negara bagi di sajikan di Blog GB ini dan item item ini akan di tawarkan pengisian sekiranya anda mahu. 

Memandangkan Pada waktu sekarang Mata Wang kita masih rendah maka Tok Muda sendiri tidak berani untuk Menempah item item luar negara khuatir ia tidak habis di maharkan dan mengakibatkan kami di sini kerugian masa dan modal. 

Keduanya pula memandangkan Tok Muda kini berdepan dengan masalah Tukang tukang cincin yang sukar di temui di Negeri terengganu ini, Tukang kami yang masyur berada di Negeri Johor dan tukang kedua berada di Sini ( Terengganu ) namun tukang ke-2 ini kini tidak lagi mengambil tempahan cincin kerana bekerja di Luar Negeri, Sekiranya kami ingin mengambil tempahan maka kami perlu menghantar ke Kelantan atau Ke Johor sudah tentu tempahan ini akan mengambil masa lebih kurang dari 2 minggu untuk di siapkan. 

Maka secara rasmi hari ini item Pre-order akan Tok jalankan, Item akan sampai Ke Tangan Tok dahulu dan kemudian akan di poskan kepada anda. Dan ketika itulah isian akan di lakukan sekiranya anda inginkan isian. 

Permata Pilihan Tok Muda mestilah Di pilih berdasarkan Pandangan Mata Tok Muda sendiri, Sudah tentu Yang asli. Zamrud minta maaf tok muda tak dapat menjamin keasliannya dan sekiranya anda inginkan maka ia adalah tanggungjawab anda sendiri. 

Permaharan biasa di lakukan dan item akan sampai ke tangan anda dalam masa kurang 20 hari ( berdasarkan jarak sesebuah negara asal item ) 

Insyallah item yang bakal di paparkan mampu meruntun hati anda kelak. 

21 ulasan:

  1. Pre order maksud kita pilih nak batu apa lepas tu tok bagi mahar nye ya (han 4242)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya boleh juga, kalau nak batu batu tertentu bagitau tok. kita akan usahakan

      Padam
    2. Tok muda order sekali spy ear dgn orgon..

      Padam
    3. Spy ear boleh ya tok muda? Nk minta tok order 2, bpe ya

      Padam
    4. sekarang jenis tu dah takda tuan, yang ada jenis teknologi baharu masuk dalma telinga, nak buka kena pakai magnet

      Padam
    5. boleh di gunakan di dalam exam tanpa detectHarga dalam RM 150 tuan... mau tak

      Padam
    6. Lagi bagus ke tok? Apa nama item tu dan maharnya

      Padam
    7. dah masuk halaman jam 6.00pm tuan, sila lihat

      Padam
  2. Jadi bagaimana prosesnya tok ? Perlu bayar dahulu atau bagaimana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tuan perlu bayar dahulu. dulu tok x amik bayaran sampai brg hadir. tapi sebab ada buyer kansel last minit bila barang sampai, akhirnya brg tu kena jual bawah modal.

      Item pre-order bayak org buat sekarang terutama di lelong.com.my tuan.. item wajib sampai, tu jangan risau

      Padam
    2. Tok maaf bertanya , apa beza mahar dengan isian tok ?. Saya keliru dan masih newbie . Benda ni asik main di fikiran saya sebab tu saya tanya tok . Maaf bertanya tok .

      Padam
    3. Mahar ni harga tanpa isian tuan, then kalau tuan nak buat isian kena tambahkan mahar isiannya ( upah isi ) rm 50 tuan

      Padam
    4. GB ini tanpa isian masih boleh dapat khasiatnya tok ? Sebab si pemakai harus yakin apabila memakainya kan ? Maaf tok saya bertanya banyak .

      Padam
    5. GB ( geligabunian )?... jika ini tuan maksud kan jawapannya ya. kalau Pre-order kita kena pulihkan dulu aura dan energynya memandangkan ada yang di pegang sebelum ini oleh bukan islam yang tidak pernah menyamak tangannya. selepas itu baru boleh di gunakan oleh orang kita tuan

      Padam
    6. Yup . Baik terima kasih tok atas info . Memang terbaikk . Bertambah yakin si pemakai apabila memakainya kelak . Terima kasih tok .

      Padam
  3. Assalamualaikum tok klau sye nak pre order geliga cendrawasih blh tak tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt .boleh tapi urat cenderawaseh tak semuanya lawa dan sama tuan. jika ada tok akan buatkan ya

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN