Sabtu, 1 Oktober 2016

SEMAKAN HUJUNG BULAN ( LOCK DEPOST )

Image result for Deposit burn


Alhamdulillah kita sudah memasuki bulan baharu di tahun 2016. Pejam celik pejam celik... ah... dah nak kiamat rupanya... eh eh... 

Semua LOCK DEPOSIT yang di lakukan di bulan September lepas dan masih belum di jelaskan pembayaran penuhnya di kira TERBATAL dan mana mana lock deposit yang belum di jelaskan boleh di GRAB oleh pelanggan lain kini. 

Merujuk kepada Halaman yang Tok keluarkan iaitu :

https://geligabunian.blogspot.my/2016/09/lock-deposit.html



Pelanggan lain boleh Grab tanpa bertanya kepada kami dan boleh terus melakukan pembayaran, usah risau sekiranya ia sudah berbayar dan tiada ulasan Payment done. Kerana itu adalah salah 1 cara kami mengesan mana mana pelanggan yang TIDAK MELETAKKAN ulasan Payment done selepas melakukan pembayaran. 

Semasa anda melakukan pembayaran bagi item Yang terbatal lock deposit mereka, sila sertakan sekali No akaun Bank anda agar kami mampu memulangkan semula Wang anda sekiranya item tersebut sudah terbayar namun tiada ulasan Payment Done. 

Melalui cara ini kami akan dapat merekodkan dengan jayanya mana mana nama dan id pelanggan yang tidak menghargai usaha kami di sini , id id ini akan di sekat semua komen mereka selepas ini dan tidak mampu menjalankan pembelian di blog GB ( semua tahu kini semua komen anda perlu di terbitkan kami ) dan mana mana komen id pengguna yang tidak melakukan ulasan PAYMENT DONE akan di sekat penyiaran komen akan datangnya.

Seperti di nyatakan. Lock deposit bertahan selama 1 bulan dalam bulan yang sama.. Contohnya :

Lock Deposit 1 Haribulan.....ada masa selama 30 hari tempoh lock

Lock Deposit 28 Haribulan ..........Ada masa Selama 2 hari tempoh Lock


Sistem ini bukan untuk menganiaya Pelanggan.. ia untuk kebaikan kedua belah pihak iaitu anda dan kami di sini.. 

Semua orang mempunyai Gaji Bulanan dan bukan gaji itu mengikut LOCK deposit anda di sini. Sekiranya anda melakukan Lock deposit 1 barang 1 bulan dari tempoh lock deposit di jalankan, maka ini bermaksud di ending permaharan anda di sini, anda masih berhutang dengan pihak kami beribu ribu ringgit.

Mustahil?

Siapa cakap mustahil..... Berapa ramai di sini sebenarnya masih mempunyai hutang hampir RM 10,000 akibat Lock deposit yang bertindih tindih?... Kami di sini tiada masalah.. yang ada masalah ialah Pelanggan.... 





Berkaitan pinjaman kewangan, pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud: "Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ke-tenangannya." Mereka berkata: "Apa itu wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: 'Hutang.' Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang."


Dan


Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris. Hal ini disebut dalam ayat 11, Surah an-Nisa'. 

Tidak cukup dengan firman Allah dalam al-Quran, penekanan kepada menjelaskan hutang ini disebutkan dalam hadis Rasulullah.

Contohnya, sabda Nabi bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim). 

Kita maklum bahawa syuhada ( Syahid ) dijanjikan syurga. Namun, hadis ini menunjukkan bahawa apa yang menghalang mereka daripada masuk syurga adalah hutang yang tidak dijelaskan.

Itu syuhada. Jika mereka pun wajib membayar hutang, apa lagi kita manusia biasa.


LOCK DEPOSIT bagi mereka yang meletakkan tarikh ganjakan sehingga ke bulan ini contohnya 10 Haribulan akan di selesaikan, insyallah Tok memberikan kelonggaran kerana apabila mereka meletakkan Tarikh, maka tok anggap ia sebagai sebuah janji berikutan dari Hal di bawah 

Dalam ayat 282, Surah al-Baqarah dinyatakan dengan panjang lebar betapa kalau hendak memberi dan mengambil hutang, jumlah dan tempohnya membayar balik perlu dituliskan berserta dua saksi. 

Dalam ayat berikutnya pula, dinyatakan bahawa sekiranya tidak ditulis pun, orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Dalam kata lain, walaupun tanpa bertulis dan saksi, Allah menjadi saksi kepada transaksi mereka itu.

Jadi sebagaimana yang di janjikan semua Lock deposit bertahan 1 bulan sampai ke hujung bulan dan mana mana lock deposit yang tiada ganjakan tarikh ( ulasan ) maka mana mana pelanggan boleh GRAB ia tanpa bertanya kepada kami terlebih dahulu, usah risau kerana semasa melakukan pembayaran, sila nyatakan :

Slip Bayaran

Nama

Alamat

Nama Barang / Kod

No Akaun Bank Anda Dan email


Lock deposit yang sudah di GRAB akan HANGUS sama seperti yang kita persyaratkan sebelum ini


Terima kasih Semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN