Sabtu, 15 Oktober 2016

TANTO SAMARAN

Siap Stand




Dimanakah ia
































Pengujian Ketajaman




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Tanto ini Barang Bermodal dan di Perolehi dari seorang Pembuat Tanto dari Sabah. Dan di tangan Tok ia diisikan Dengan Kekuatan Karomah

Pembatal Kekuatan Dalaman.... Sekiranya anda di minta menumbuk botol air yang diisikan, orang lain tidak mampu menumbuknya insyallah anda mampu. 

Penjaga diri dari musuh dan halimunan... sekiranya di bawa bersama badan empunya dan di kejar musuh, larilah ke tengah padang sawah atau padang bola , duduk di tengahnya dan bacalah ayat kuncinya iaitu Selawat sahaja insyallah walaupun musuh menyuluh ke arah anda, anda tidak akan kelihatan dan gagal di kesan walau menggunakan radar satelit sekalipun

Orang gagal scan anda ...... sekiranya anda meminta orang scan anda, orang akan gagal untuk scan dan scan mereka menjadi kabut/salah

Tanpa di cabut matanya dari hulu ia tetap berbisa.... Sekiranya ia di gunakan di dalam pertempuran tanpa membuka matanya, musuh yang terkena akan terasa pedih berbisa dan mampu membawa maut sekiranya ajalnya sudah di takdirkan tiba

Tanpa di cabut dan di arahkan kepada musuh musuh akan melutut dan menjadi lemah, sekiranya ia ada kekuatan tenaga dalam gunakan teknik pangkah angin melaluinya memangkah musuh jarak jauh, Ilmu Kebatinannya akan terbatal dalam masa 12 jam

Matanya di jamin tajam dan di perbuat dari besi Wagner yang kukuh , bagi tok secara peribadinya senjata ini bukan untuk hiasan kecuali memang khusus untuk kegunaan perang atau sekecil kecil pergaduhan maut.

Pemilik di elakkan dari sihir dan terselamat dari guna guna walau tahap ilmu Bomoh siam kerana sesungguhnya ia diisikan dengan Kalimah Paling ampuh, tinggi derajat di sisi Allah SWT

 Asal muasal senjata ini untuk diri tok dan di bawa ke mana pun, namun setelah berfikir, Sekiranya ada rezeki tok ingin menambahkan jenis Produk jualan tok di GBunian ini 

Penjagaan yang mudah sekali..... Pengamal mestilah seorang yang tidak lupa bersolat dan seringannya tidak jemu untuk berzikir. Khodam yang di masukkan bukan bunian , Bukan Jin..melainkan khodam ayat setiap ayat ayat yang dibacakan mengikut izin Allah SWT.

Pantangan tidak boleh di bawak ke tempat maksiat

Sehingga ke tahap ia tidak boleh di ringan ringankan dengan kutukan.. sekiranya ada sahabat atau sesiapa sahaja meremehkannya insyallah akan beroleh malapetaka dan bencana dengan izin Allah SWT. sebaiknya setelah di perolehi di simpan baik baik

Penjagaan matanya tidak sukar, beli minyak Singer dan usapkan minyak ini di matanya, biarkan kering dan baru di masukkan ke dalam sarung. 


Jika Di jual Murah mudah pula remaja memiliki, kang ada pula anak dara yang di bawa larinya dan selamat

Jika di Jual Mahal ibarat tiada keadilan pula antara tok dan pembuatnya.. maka ia akan di stabilkan dengan kos pembuatan

Tanto Samaran ini bukan untuk di jual suka suka, atau sebagai koleksi, atau juga sebagai bahan Jenayah. Ia hanya untuk mereka yang serius meminati dan serius di dalam persiapan akhir zaman selain dari hari kiamat ( perang )

Ia bukan di maharkan atas kehendak pasaran, nafsu tok sebagai peniaga namun sebagai sebuah perkongsian dengan mana mana yang Allah Pilih untuk memilikinya



Kod Produk : Tanto
Bentuk : Tanto Samaran
MAHAR : RM 650


Jenis Kayu : Kayu GELAP Malam
Jenis Besi : Besi Wagner Jerman

Kuantiti sedia ada : 1
Kuantiti Akan datang : Mengikut permintaan



Boleh di hantar ke luar negara kerana saiznya tidak menjadi larangan kecuali negara negara yang melarang kemasukan sebarang jenis senjata walau sepanjang 5 inci. Kos di atas siap kos pos ke Semenanjung atau Sabah Sarawak. Untuk Selain itu anda perlu menambah kosnya

24 ulasan:

  1. Balasan
    1. Payment done. Dah WhatsApp details. Terima kasih tok.

      Padam
    2. baik tuan ben terima kasih ya, alhamdulillah, semoga di rahmati dan di lindungi oleh Allah SWT

      Padam
  2. Balasan
    1. x dan tuan... tapi kalau mau ia mampu di sediakan dalam masa seminggu, boleh proceed order seperti biasa ..brg sampai kita akan hantar kepada tuan

      Padam
    2. ok Tok nanti saya info Mr Baz

      Padam
  3. Assalamualaikum tok.. Izinkan sy lock deposit item ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W.salam wbt tuan Lykan, x dan tuan. tapi kalau mau, insyallah akan di tempah baharu utk tuan dan tuan Charles dan di masukkan sama kelebihannya.

      Padam
    2. Alhamdulillah tok.. Baik, sy buat tempahan pd baz... Nnt sy maklumkan pd dia na.. ;)

      Padam
  4. Tanto yang di tempah baharu mengambil masa 3-4 minggu untuk di siapkan, terpulang kepada tuan tuan nak memasukkan jumlahnya bila dalam tempoh ini. stock Besi Wagner yang belum di tempa baru di tempah.

    *Berita dari Tukang Pedang

    BalasPadam
  5. kalau kirim bilah pada tok & minta isikan kelebihan yang sama, boleh tak?😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengisian jenis ni utk besi yang sepadan tuan,kukuh dan keras

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN