Sabtu, 15 Oktober 2016

PEMBATAL MINYAK PENGASEH (KUANTITI 16)







Kebetulan tu hari ada yang bertanya, barang memang ada dalam simpanan tok sehinggakan Mr Baz pun tak tahu. 

Penangkal Minyak Pengaseh, pemusnah dan pembatal Minyak pengaseh, makin power minyak pengaseh musuh anda, rakan sepejabat anda, isteri , suami anda lagi mudah terkena. 

Penangkal ini ialah petua yang tok pelajari dari Guru tok di Bintulu.. Tahi emas dan Paku dan kemudian di masukkan ayat ayat dan di aktifkan keduanya sebagai aura pemusnah minyak pengaseh. 

Jika anda kasyaf anda akan dapat melihat aura kebiruan + Putih di dalamnya beredar di dalam botol kecil ini. 

Sekiranya ada anda syak rakan sepejabat menggunakan minyak pengaseh, penunduk kepada boss anda dan dia bawak minyak itu. Bukalah botol penangkal ini dan sekiranya ada minyak pengaseh di dalam jarak -+ 10 meter mana mana minyak pengaseh akan pecah botolnya ..lagi kuat pengaseh tu, lagi kuat pecahnya, kalau lemah ia tak memecahkan, ia sekadar mentawarkan minyak itu secara total. tok belum tahu kenapa perlu emas dan paku. Tapi ingat... ALAH ILMU KERANA PETUA... petua lebih lama wujud di tanah melayu berbanding ilmu.

Tak perlulah tok melilitkan benang merah putih kuning atau apa apa warna untuk nampak ia gimik dan teruk sekaligus hanya untuk di maharkan mahal mahal... kita bagi seketul barang yang semua orang nampak apa ada dalamnya. Tahi emas dan juga paku. 

Di dalam halaman ini juga tok ingin mengajarkan kepada anda berkaitan tahi emas ini.. 

Sekiranya ada anda mengenal pasti mana mana orang ada membela toyol... ambillah tahi emas ni dan lemparkan / letakkan di atas bumbung rumahnya, jika tak sampai, buang pakunya dan lemparkan sekali dengan botolnya. Insyallah toyolnya akan melarikan diri kerana mana mana toyol sumpahnya ialah dia akan terus berkhidmat kepada ibu bapanya sehinggalah bumbung rumah ibu bapanya berbumbungkan emas. Maka dengan pengorbanan anda akan menyelamatkan lebih ramai mangsa, jika anda was was, ikatlah benang halus di botol dan baling.. boleh anda ambilnya pada bila bila masa sahaja semula.

Ini ialah tahi emas asli dan jika anda jual di kedai pun ada nilainya emas 99.99


Kod Produk : PENANGKALPENGASEH
Bentuk : Penangkal
MAHAR : RM 50.25

34 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih tuan. Smoga tuan sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah.

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih tuan M. Sharom. Semoga Allah merahmati tuan

      Padam
    2. Sama2 tok..aaminnn..alhamdulillah..terima kasih tok

      Padam
  3. tok, ni akan batalkan gadis yg terkena minyak pengaseh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan, ni nak batalkan minyak pengaseh / penuinduk org lain sekiranya dia bawak di dalam jarak 10 meter lingkungan penangkal ini.

      Untuk tawarkan sihir yang dah terkena tu kena pakai benda lain

      Padam
    2. Assalam tok..nk tanya..klu ad org yg pakai minyak dagu..bole guna penangkal ni gak x tok???

      Padam
    3. w.salam wbt tuan. boleh tuan, ia membatalkan botol minyak dagu sekaligus mana mana mangsa sebelum ini yang pernah terkena, sebab minyak dagu dan cenuai terbatal kesannya sekiranya ibu minyak musnah.

      Padam
  4. Balasan
    1. mandikan dengan air rebusan akar teras gamunggal/kilo

      Padam
  5. Balasan
    1. Payment Done Wap'up to Tn Baz

      Padam
    2. Alhamdulillah. smoga tuan sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah

      Padam
  6. Lock deposit 1, alhamdulillah. Penjagaannya, macamaner tok? Tq ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. simpan sahaja, usah risau ia bukan batu permata mahupun benda bertulis ayat nyata

      Padam
  7. Salam tok, mohon lock deposit 1 lagi...so, total 2 items. Tq ya.

    BalasPadam
  8. Salam, payment lock deposit 2 items, rm50, done at 5.53pm. Baki mahar rm50.50 saya lunaskan pd cukup bulan ya tok. Yg 50sen tuu..nak wat camner tok? Tq ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk tabung masjid pun boleh xda masalah

      Padam
  9. Tok payment done dah tadi pagi. Terima kasih. Dah whatsapp details. Cara nak guna item ni just buka penutup botol tersebut dan biar kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, buka di kawasan 10 meter yang tuan rasa adanya org simpan minyak pengaseh.. sekiranya minyaknya jenis kuat, botol akan pecah dan tuan akan terhidu bau minyaknya

      Padam
  10. Salam, payment done for 2 items at 11.19pm tadi together-gether with payment items yg lain. Tq ya

    BalasPadam

Komen anda Di Trace melalui Pengimejan satelit langganan kami