Khamis, 20 Oktober 2016

KURSANI HARIMAU (LEKAT MAGNET)












































Siapa kat sini yang scan tok dan kata tok ada bela rimau?.... kalau tok nak menidakkan nanti merajuk pulak rimau tu. Ya , memang ada.... Tapi bukan tok meninggi diri tak sama sekali.. bela rimau.. salah ka?.. bukan rimau betui pun hahaha.. kalau rimau betui salah la, sebab lesen perhilitan tak keluaq. 

Alhamdulillah hari ini tok rasa amat berbangga berurusan dengan anda semua, NYATA anda tidak tidak merealisasikan kata kata pesaing tok bahawa TOK JUAL CERITA.... sedangkan tok ni sebenarnya SUKA MEMBEBEL Saja. Org muda berjiwa tua.,..ni akibatnya dulu dulu hanya berkawan dengan org tua tua ... tok masa muda mana dan nak merempit, ayah tok bagi tok pakai kotor honda lampu petak ja, nak merempit apa dengan honda tu huhu... sekarang ni sajalah baru nak beli motor sendiri teringin nak merempit, dah try sekali merasa oooo ni rasanya merempit.. tak syiok pun... dengan jiwa tua , mana la syiok merempit ye dak.

Jika kita lihat di halaman halaman lepas, tok bebel punya panjang, tapi kalau customer tak minat..  depa tak beli juga batu tu.. ni bukan masalah JUAL CERITA, tapi ni masalah diri tok sendiri yang suka membebel.. Dalam masa 1 tahun tok tak membebel sebab tok merasakan kata kata mereka macam betul... tapi dok lama.. org kalau dah biasa membebel.. mana boleh dok diam lama.. kena bebel juga, kalau tak bebel rasa hidup macam tak sempurna hahaha... Tapi kini alhamdulillah Tok rasa senang dan tenang memandangkan tok tahu Batch pelanggan yang ada kini bukan suka membeli kerana cerita tok, tapi kerana khasiat dan keunikan batu permata.. maka tok ucapkan Tahniah kepada anda. 

Di atas ialah batu Kursani Harimau, batu ini Tok dapat 2 malam lepas semasa tok berzikir di dalam bilik gelap tok... haa.. umah tok ada 2 jenis bilik.. bilik gelap dan bilik kuning...bilik kuning tu selalunya Puteri puteri la selalu mai itupun kalau tok tukaq cadarnya jadi kuning juga.. mai la puak puak tu tumpang tidoq...

Bilik Gelap tok ni ada Black mirror.. Omputeh ada ilmu ni.. sebab ilmu ni lebih kepad ailmu Hakikat, ataupun hangpa panggei ilmu makrifat... ia sebenarnya ilmu Hakikat... Hakikatnya benda tu ada, nampak saja takda.. tu lah hakikat. Cermin besaq ni ialah almari baju tok jenis sliding tu, fit ke dinding dan syiling dan pintunya semua cermin.. Dalam cermin tu la tok selalu menengok sapa dia, dan sapa dia ( org la ) tengok saja ..bukan tok nak viral ka apa ka, kita bukan ada bukti nak viral, sat g makan saman tak pasai ja kan hahaha.. 

Jadi Batu kursani Rimau ni tok perolehi dari harimau yang mendampingi tok sejak zaman sekolah menengah dulu, dia ni la yang dok terkam mana mana jin yang org dok hantaq ke tok tu... aihh kita meniaga barang macam ni bang... pesaing kita pun bukan kosong... ibarat yang berniaga ni bomo.. bomo sama bomo VS satu sama lain.. sapa tak dan memang tombang la.. tahun lepas saja 2-3 peniaga mistik tombang, ada yang surrender dan ada yang meninggal dunia. Macam tok kita lebih kepada defend.. tapi kalau orang hantar.. cukup 3 hari.. berbelas kali dia hantaq... masuk 3 hari dok hantaq lagi.. HANG SIAP... tok hantaq 1 ja... tombang tak tombang tu lain cerita... tapi hak 1 yang aku hantaq tu ialah seketui amarah aku ,, betapa dia punya padu dan berat?... Nak jadi tak jadi tu atas izin Allah Belaka. Kalu tak tumbang dia akan jadi sangkak.. lepas tu buat apa pun serba tak kena.. macam Pelalau jugak la... Tu tok cerita cara tok... tok ni susah nak kacau orang kalau org tak mula dulu, sebab tok ni buat apa kalau boleh aku boleh jawab kat sana.. tu saja tok jaga. 

Kursani rimau ni Macam kursani rimau lepas:

Penggerun musuh

Pembalikan sihir dan ain

Kebal darurat
( Kalau nak test sila pakai senapang betui , apa barang senapang angin , awal awal dah takda keyakinan )


Kod Produk : SANIMAU 191016
Bentuk : Kursani Harimau
MAHAR : 450 Malayar

250 Malayar


Macam ni lah... di sebabkan hari ini hari tok gembira tak sangga ya amat... meh la kita ejas sikit.. stok dapor x masuk harga ejas kalau mau, yang dalam halaman ni saja kita bagi harga ejas.. harap anda juga berbangga berurusan dengan tok , biaq p la org nak kata apa... Tun Maha pun org mengata, Najib Lagi la orang kata, Tok Guru Hadi Awang pun org mengata, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pun orang mengata.. apa jejas sangat ka.. hak mengata tu pasai tak pernah cukup, pasai tak pernah bersyukur nikmat yang Allah bagi... jadi kita kat sini ni tok dan anda semua.. jadilah hamba yang baik..ni dunia nak kiamat dah ni, sebelum kiamat mesti huru hara dulu... kena la ada persiapan... ada duit banyak pun tuan tuan, boh la secekak duit tu buat baju kalis peluru.. kena kepala tembus juga, baju kalis ni utk badan saja. Takkan nyawa punya pasai RM 250 pun kedekut aihh... duit boleh cari tuan tuan.. nyawa ada jual spare part di Jusco ka?.... betui semua atas izin Allah, yang kita dok bercakap ni ialah usaha... benda ada .. kalau tak mau aii.. kalau tak mampu takpa..itu ada excuse

Malayar adalah nama matawang Orang Bunian di kawasan semenanjung.. Ceritanya akan tok sampaikan nanti ya.. tunggu jam 10 malam ceritanya

1 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN