Ahad, 31 Julai 2016

GELIGA PUTERI TERATAI PUTIH

























Tengok atas macam putih, lepas suluh macam geliga madu pula, penin tok 

Item ini di berikan oleh puteri Teratai Puteh ( Bukan nama sebenar ) untuk medium perubatan penyakit seperti berikut :

Lelah

Semput macam tok ni

Mudah penat dan letih 

Tak mampu berlari jauh jika berjogging 

Di minum airnya dan di basuh di muka , tengkuk dan dada sebelum melakukan pekerjaan berat. Item ini diisikan oleh Tuan Puteri sendiri


Kod Produk : GPTP 30716
Bentuk : Geliga Puteri Teratai Puteh
MAHAR : RM 60

FEROZ PUTIH






Feroz putih... macam cincin tok pakai... 

Nak mahar murah murah sahaja memandangkan tok ada Rawnya kini alhamdulillah.. kalau nak jual balik, silakan 


Feroz iran Putih... Antara jenis mahal..bukan jenis murah.. jangan tanya peniaga melayu, kalau peniaga melayu dia akan sebut feroz yang kaler biru atau hijau tu... p kedai nasi arab atau kedai pakistan , tanya kan kepada terutama warga Sudan, Iran atau Pakistan... Totally kalau dia international dia akan cakap Very expensive in my country...

Kat tempat dia pun dah mahai dah...

Kalau anda di JB, anda boleh ke kedai nasi arab depan LHDN tampoi tu, LHDN belah Kanan, Ke depan sikit dia belah kiri... Tanyakan Org Iran di sana. 

Tok ada 2 biji dan enggan di jual , dan pada mulanya Tok memperolehi dari sekutu tok di Johor Bahru pada Nilai Rm 700 Siap cincin Bagai RM 1400. 

Ia hanya tok pakai kalau nak berdepan org besar besar yang banyak duit.. lagi besar lagi rasa tak ralat nak dok depan depa... bukan sekadar zamrud... zamrud maybe dah biasa. Feroz iran..insyallah luar biasa, Jarang di jumpai kedai jualnya... 

Dalam ni Insyallah tok nak berkongsi kepada semua orang pada nilai Ter-ngam di dalam dunia, kalau anda beli di Platform antarabangsa sekalipun  ia masih mahal insyallah. 


Kegunaan?..

Banyak kegunaan di dalam urusan meneutralkan keadaan , membantu anda di dalam keadaan yang sempit, umpamanya situasi tegang yang tertuju kepada anda, insyallah suasana akan dapat di kawal dan anda mampu tersenyum kemudiannya. 

Itu apa yang tok nampak.. tok sendiri... kalau kelebihan lain tok tak jamin.. benda ni tok pakai dah lama, yang pertama tok buat dulu ialah pada tahun 2013 dan biasa, benda bisa ( baguih ) kita cuba dulu, agak berbisa baru tok berani keluarkan di sini, lebih kurang macam berani la nak syorkan anda pakai... 

Barang?...

Insyallah banyak, kita mampu mendapatkan lebih dari 5000 biji, jika anda inginkan lagi sila wassup Mr Bazz 0178259540 insyallah dia akan uruskan


Kod Produk : FEROZ P 30716
Bentuk : Feroz
MAHAR : RM 30 


BESI KUNINGAN


























































Besi Kuningan 

High Grade... High Quality


Warna pun nak macam emas dah... kuningan bukan tembaga ya tuan tuan, kuningan ni lekat magnet dan di gunakan dalam macam macam tujuan

Di pasakkan ke dalam badan 

Di pasakkan ke dalam parang, keris , pedang 

Di pasakkan di hulu parang, pedang, tongkat

Di Jadikan permata kena kulit pemakai

Pemberat pukulan


Kalau di atas ni memang nyata lah ada yang buat, kalau bab perisai badan, ada yang kata boleh tapi tok tak rasa boleh.... 

Ada yang kata batu ni kebal Umum, ya tok mengakui Batu Ni Kebal Umum, jika di hiris batunya ia tidak akan lut, kebal api, jika di bakar tak jadi apa melainkian hitam ja kot, jika di cucuk jarum, bengkok jarum di buatnya...alhamdulillah 


Besi kuningan mempunyai pasaran yang agak meluas dan harganya boleh tahan, tahun 2012 ke bawah dunia mistik Melayu menyaksikan Blog Blog mistik lama ( lebih lama dari GB ) ia di maharkan minima RM 7777.77 dan maksima RM 25555.55 .. ada org beli?....... ada..sapa kata takda... Rezeki masing masing, jika anda beli di sini pada mahar di bawah dan jual semula nilai macam tu, siapa cakap mustahil?...... bukans emua org tahu kewujudan blog GB ni.. cuba tanya newbie yang baru di sini..... sebelum ni depa tau tak blog GB sudah ada di alam maya selama 4 tahun?..... 

Jadi jika anda membeli di sini dan meniagakan semula pada nilai di atas... silakan, tiada siapa marah pun.. ia atas persetujuan, terpulang kepada anda, anda boleh jual mahal, lagi bagus kepada tok, anda akan datang membeli lagi dan terus berniaga.. 


Kod Produk : BESIK 30716
Bentuk : Kuningan
MAHAR : RM 150


KECUBUNG PUTERI KAMARIAH







Ini ialah perolehan belakang rumah, sementara JCB belum nak tolak kawasan perigi dan kawasan rumah lama belakang tu, tok kena cepat sebelum kerajaan membangunkan kawasan itu... 

Terkadang tok jadi serba salah jika tok ambil barang di mana mana.. pasti ada saja lah yang akan berlaku benda... mana kan tidak.. tempat yang tok ambil tok akan membuka gerbang dan tok bukanlah jenis rajin nak tutupnya kembali... 

Dulu tok rajin ke sekayu... dah jadi kes budak sekolah sains kena sembunyi Makhluk halus kat sana sampai meninggal.. tok pindah ke Betong, dah 5 sekeluarga pula meninggal akibat lemas, dulu di linggiu pemancing mati paru parunya pecah akibat di langgar toman dalam air, di Chini anggota bomba kena baham ikan misteri, Di Kubu sebelum puasa semasa memancing Mr Baz sendiri jumpa ular pendek bermisai dan mengikutnya kemana sahaja dia pergi sampai lah dia dapat Lesung bunian. Di Chador orang Jumpa ular tedung selar besar batang kelapa lintas jalan kampung.... dan semua kawasan kawasan ini bukan sekadar kawasan tok lakukan penarikan batu permata, tetapi memang lokasi itulah tok duduk dan bersila. 

Terasa bersalah pun ada, tapi seorang guru di sini berkata... sudah di takdirkan orang itu meninggal pada hari itu, kalau tidak di buka pun pasti dia akan meninggal juga, percayalah kepada Qada dan Qadar... namun perasaan bersalah tok tetap ada.... 

Ambil batu permata di dalam telaga buta belakang rumah.. tau apa jadi... rumah hujung yang juga belakang rumahnya kedudukan telaag itu di ganggu langsuir sampaikan hari ini beliau terpaksa berpindah... dulu tak ada gangguan itu...bila di tanya , anak lelakinya berkata memang langsuir tu marah dengan ayahnya kerana pernah berak di pokok kediaman langsuir itu, tapi tak pernah menganggu..sekarang baru menganggu..tok diam.... 

Di banding.Hotel atas bukit terpaksa di tutup... jika anda selak halaman lama ada tok menyatakan kedudukan hotel itu ialah tepatnya kedudukan istana kerajaan Banding... tapi tok tak sangka pula nak jadi sampai tutup. 

Separuh hati tok menyatakan ia adalah takdir namun separuh lagi berasa amat bersalah... bila gerbang di buka.. ia umum.. tak kira dah, jin ke, bunian ke apa ke.. semua keluar.. pengalaman membuka gerbang ini pernah di lalui oleh Pengerusi Kelab UTAG pasir Raja Johor bersama tok di Gunung ledang, beliau merasai sendiri pengalaman bagaimana dan akibatnya apabila sesebuah gerbang di buka. 

Item di atas perolehan Belakang rumah sahaja, ia bukan pemberian Puteri Kamariah, namun kerana perolehan belakang rumah ini tiada bermilik dan bertuan maka tok namakan sempena Orang pertama yang memperkenalkan permata ini kepada Tok. Jenis ini nama saisnya ialah Amethyst dan mempunyai nilai tinggi di Cambodia. 

Di gunakan di dalam ikhtiar kewibawaan dan penunduk makhluk, Kelebihan tambahannya pula mampu di jadikan medium perubatan. 


Kod Produk : KPK 30716
Bentuk : Kecubung Purple
MAHAR : RM 80

TEMBAKAU TASEK (7GRAM: KUANTITI TERSEDIA 10, STOK EXTRA: BANYAK)






Tembakau Tasek

Tembakau ini dari kalangan jenis popular , berbau harum tembakau dan lembut jika pandai di dalam teknik meng-tembakaukannya hehe..

Mungkin di zaman ini sudah ramai tidak mengetahui menghisap rokok daun amat memerlukan teknik yang betul supaya aromanya yang sebenar dapat di nikmati. 

Caranya tariklah uratnya memanjang ke bawah..bukan melintang dan tarik perlahan jangan sampai putus.. biarkan ia lerai dengan sendiri..jika putus rasa pahit...jika melintang sakit tekak . 

Tembakau tasek paling mahal bernilai Rm 3000 untuk 1 kati, ini ialah Grade no 2 dan masih mampu di nikmati keenakan aromanya.. 

Nasihat tok.. berhenti2 lah merokok rokok biasa tu.. pakai vape atau tembakau kampung macam ni tak apa.. jika anda melawat kawasan tanaman tembakau tasek ini, tiada sedikit racun pun di campurkan melainkan semasa memeramkannya di dalam buluh, ia di peram bersama madu. 

Baja yang di gunakan ialah Rumput rumput dan daun kering yang mempunyai organik asli dari tumbuhan asal. 

Rasa dulu saiz ini, kalau berkenan boleh lah beli sekati atau setengah kati seperti Tuan Aidil Kulim lakukan 


Kod Produk : TEMBAKAUT
Bentuk : Tembakau 7Gram
MAHAR : RM 17




CARA BERURUSAN