Sabtu, 15 Oktober 2016

BATU LELEH







Batu leleh ini perolehan Kerajaan Sabara dan ia di gunakan di dalam urusan kekebalan darurat, sebenarnya tok nak testnya menggunakan senapang angin, namun pemilik senapang angin pula Ke Johor atas urusan keluarga. Senapang angin milik beliau sesuai di jadikan bahan mengetest Kekebalan darurat memandangkan ia ada bunyi , bunyi yang boleh membuatkan ayam terkejut.. Sama seperti manusia ketika kita terkejut mendengar bunyi pistol yang kuat tubuh kita akan bereaksi serta merta , omputeh memanggil sifat ini sebagai Adrenaline. dan melalui tindakan tubuh ini akan mengaktifkan kelebihan barang kebal darurat bagi menyokong tubuh dan ketahana kulit pemakainya. 

Rahsia Adrenaline ini bukan sahaja di sebutkan di dalam kisah orang mampu mengangkat benda berat malah baru baru ini di FB di viralkan gambar seorang lelaki yang di tembak di kepala dan peluru hanya menembusi kulit namun tidak menembusi tengkoroknya. Kejadian ini berlaku di Syria jika tidak salah tok. 

Kerana itu menguji barang kebal darurat tidak boleh di rencana dan tidak boleh dengan senjata tidak berbunyi atau mudah kata yang nak di uji sudah tahu ia ingin di uji. Itulah rahsia dan kelemahan kebal darurat.

Kebal bukan untuk jadi superman di mana duduk depan depan dan menghalang Peluru.. bukan kebal itu yang di maksudkan di dalam ilmu melayu, tetapi kebal ini di gunakan untuk kemudahan melarikan diri di tengah padang terdedah yang pesat dengan peluru terbang dan jika terkena pun insyallah 1-2 biji peluru yang mana masih mampu di tahan kekuatan kebal walau pun kebal umum... Sebab tu barang kebal umum sekalipun ada hadnya nak test..bukan boleh test hari2.  Boleh tak boleh ini berdasarkan kepada pemegangnya.. Kali pertama nak tembak, mesti menggigil, gementar, dan bila berbunyinya pistol yang di uji akan tersentak dan kebal akan bertindak menguatkan kulit pemilik... kalau dah 1-2x tak lut, kali ke-3... apa perasaan pemilik?.. yakin, yakin tak jadi apa apa.. tapi di peluru ke 3 tu lah kebalnya tembus...kerana perasaan adrenaline ini sudah tiada. 

Batu leleh boleh di ketuk dan di masukkan ke dalam kulit , 1 biji ini boleh di tanam kepada lebih 6 orang di dalam kulit mereka ketika peperangan. Ingat.. sesuatu yang Allah cipta itu ada kegunaannya, dan jika sekiranya berlaku , jangan banggakan batu ini tapi ucapkan lah Alhamdulillah kerana Allah menyelamatkan anda..,barulah diri anda tidak termasuk golongan yang syirik


Kod Produk : B.LELEH 131016
Bentuk : Batu Leleh
MAHAR : RM 60

1 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN