Khamis, 20 Oktober 2016

MALAYAR




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Apa khabar semua?.. tok sekeluarga di sini Alhamdulillah sihat cuma tok tak cukup tidur dan rehat sahaja dan kalau nak di kira penyakit sejak kecil iaitu Saraf sempit ( jantung ) tu takleh kata apa la, mas alahir dia mai 1 pakej.. cuma penyakit tok ni dah di sahkan sembuh pada tahun 2016 dulu Oleh Pakar Puteri Johor.. Cuma la ni saja sejak dok hisap vape ni kalau kena jenis 12mg tu mau rasa sempit jugak la peparu hahaa... Alhamdulillah tok bersyukur ke hadrat Allah kerana di anugerahkan madu kelulut dan jalan jalan idea bagi menghasilkan produk Tonik jantung yang baru tadi tok siapkan, ia akan di pasarkan insyallah esok lusa. 

Berkaitan Perkataan MALAYAR... mungkin anda tertanya tanya apakah Malayar itu..

Malayar ialah nama Mata Wang orang bunian di kawasan semenanjung.. seperti sedia maklum orang bunian ni mana mana negara pun ada, jadi lain tempat tu tok tak amik tahu lah apakah matawangnya, tok bukan pegawai bank dan tak memerlukan wang bunian ketika tok melawat Kerajaan di sana. 

Seperti Thai Baht.......orang siam juga di panggi orang Thai. Matawangnya di panggil Thai Baht, kalau Malaysia MYR yakni Malaysia Ringgit, semua matawang di dunia kita merangkumi nama negara tetapi tidak bagi orang Bunian.

Orang bunian mengguna pakai nama keunggulan mereka di dalam simbol urusan jual beli yang merujuk kepada keunggulan sesebuah kaum yakni Bunian melayu... ada sapa kat sini pernah dengar org masuk hutan jumpa bunian muka macam orang Russia?.. haha

MALA- Sebuah bangsa yang di geruni suatu ketika dahulu

MALAYA- Sebuah tanah yang di kagumi suatu ketika dahulu

LAYAR -  Sebuah bangsa yang suka berlayar di tengah lautan dan menjadi raja bagi lautan


Setiap kali di sebut " Berapa Malayar?"... yang menyebut, yang mendengar tidak akan lupa sejarah keunggulan mereka.....Kita ?... Berapa RM.... Kita sedar kita di Malaysia atau menggunakan Wang Negara Malaysia.. Itu saja maksudnya tiada maksud tersirat.

Bagaimana tok teringat untuk menggunakan sebutan Malayar Ini?... 

Semenjak di sekolah menengah Tok sering di bawa melalui terawangan ke sebuah tempat di Cameron Highland, Jujurnya pertama kali tok ke sana ialah pada Tahun 2001 di bawa oleh seorang ayah angkat tok yang bekerja di P, Pertanian Di sana, rumah kuarternya bersebelahan Pejabat Bomba Brinchang, jika anda ke Brinchang, lihat rumah papan lama di sebelah Balai Bomba Brinchang... tok pernah tidur di rumah usang itu dulu. 

Semasa di dalam terawangan semenjak sekolah menengah itu di sana ada sebuah bukit yang amat tinggi dan curam, kawasan puncaknya mendatar dan hanya berkeluasan sekitar 500 Meter persegi, nak naik ke sana perlu melalui sebuah jalan yang curam dan di bawahnya gaung yang tinggi.. gayat toksah kata lah. Dan suhunya amat amat sejuk sekali... Pada ketika di Sekolah Menengah tok di terawangankan ke sana ada Seorang lelaki yang membawa tok sebagai juru pandu, dari puncak kelihatan kawasan gunung ganang Cameron dengan sayup sayup mata memandang, pada ketika itu yang ada hanyalah kawasan hutan , beberapa rumah inggeris yang bewarna putih dan sudah di tinggalkan, taman bunga ros, taman orkid dan taman burung cenderawaseh. 

Pada tahun 2009 tok di terawangkan sekali lagi dan pada kali ini ada deretan kedai kedai lama yang di perbuat dari papan dan zink dan peniaga peniaga dari kalangan makcik makcik yang memakai semutar di kepala, kelihatan anak anak kecil berlari sana sini bermain tanpa kasut dan pakcik pakcik yang sibuk menyulam Jebak burung sambil menghisap rokok daun, suasana amat damai dan tenang.. Di dalam terawangan itu tok di berikan sebuah rumah yang ringkas dan hanya sesuai untuk tinggal untuk 1 orang. 

Pada hari ini tok di terawangkan lagi dan kelihatan rumah rumah kampung sudah bertukar menjadi rumah rumah batu ( rumah lot ) dan rumah kedai yang lama dulu di gantikan dengan rumah kedai batu putih dan kelihatan bangunan bangunan moden membangun di tengah tengah , jika mahu di lihat dengan ukuran kawasan, ya semestinya ia agak sesak, cuma bandar itu bukanlah bandar pentadbiran melainkan bandar pelancongan... Di 4 penjuru puncak ini ada bangunan umpama hotel mewah yang di dirikan condong , ia berbentuk seperti kepompong, condongnya itu kelihatan tapak bangunan seolah olah mahu terjun ke dalam gaung , ia condong 45 darjah... gayat tu memang gayat.. 

Cuma kali ini tok mendpaat peluang berjalan jalan di bandar kecil itu dengan sebuah kenderaan yang di berikan oleh sahabat yang juga pemandu arah.. di satu selekoh bangunan tok parking kenderaan di hadapan sebuah kedai..kiranya tak masuk petak parking pun. tok berjalan di sekeliling bandar dan ketika pulang kenderaan yang tok pandu tiada.. Sebelum itu, sebelum mendapati kenderaan tok tiada, tok sempat berbelanja dengan wang yang di berikan sahabat.. tok cuma membeli makanan untuk di makan nilainya ialah 1 Malayar. ia berupa roti yang di saluti keju dan di letakkan potongan nipis buah buahan segar.. plz jangan sebut strawberi, tu wajib ada hahaha.. berbalik kepada kenderaan yang hilang tadi... rupanya di tarik anggota bandaraya sebab parking di kawasan terlarang dan kompaun yang di kenakan ialah 300 Malayar... punya la mahai... tok mana ada bawak duit, sahabat la yang bayarkan.. dia tak ksiah sebab dia tau berapa tok akan balas pula haha. 

So.itulah kisah Malayar, maaf tok cerita ni tunggang terbalik sebab cerita bab matawang aje pun, macam tak reti nak cerita saja pasal 1 nama matawang.


5 ulasan:

  1. assalam tok sayq nak minta sekeping duit malayar buat koleksi boleh ker ?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tok.. diharap suatu hari tok dpt maharkn wang malayar dgn keizinan kerajaan bunian.. sy menunggu waktu itu tiba.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt tuan berdua, tok faham maksud dan tujuan tuan berdua, tapi takkan tok teraniaya pulak dalam urusan ni.. so.. kalau nak boleh tadak masalah

      1MLR Maharnya RM 800k

      10MLR maharnya RM 8juta k...

      Amacam.. tuan berdua ada untung 200k dan 2 juta lagi?...

      Ok la tu

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN