TEMPAYAN MADU PLASTIK
Ada seorang member tok.. dia ni baru nak berjinak dalam Industri kelulut secara sederhana ( Tok pun kategori sederhana juga ) ... jadi tadi siang dia ke sebuah ladang kelulut di kawasan Sebelum Bukit Payung Tu ( nama di rahsiakan )
Member tok ni adalah satu satunya yang bertanggungjawab menghasut tok untuk menceburkan diri di dalam bidang kelulut namun dia sendiri hanya berkursus sahaja tanpa menjalankannya berikutan sibuk dengan projek pertanian lainnya.
" Ambe tengok kat ladang kelulut tu tadi , dia pakai tempayan plastik, jadi ia memudahkan kelulut memasukkan madu dan tempoh masa kelulut memperbaiki tempayannya menjadi singkat"
Tok selamba je sebab memang tahu kebanyakan pengusaha menggunakan tempayan plastik bagi menghasilkan madu kelulut.
" Deme tengok semalam ambe amik madu dalam tempayan kelulut ori tu, besar tak lubang ambe buat?.. x besar kan?... ambe lubangkan ngam ngam masuk tiub pam madu .. kerosakan amat kecil.. tempayan masih elok, kelulut hanya memasukkan semula madu ke dalamnya dan deme tengok sendiri tempayan mula mula ambe lubangkan tu dapat di baik pulih dalam masa tak sampai 15 minit pun ( Tempayan bee pollen ) , sebenarnya mereka guna tempayan plastik cuma untuk mendapatkan hasil yang cepat di perolehan pertama dan seterusnya memudahkan pemilik kelulut itu sendiri. Ini bukan masalah kelulut nak repair bagai apa semua.. ini adalah masalah nak untung cepat. Kita nak buat topping pun kita pilih kayu... kalau ada hama atau semut atau rama rama kecil dalam tu pun kita bersihkan..betul?"....
" Betul" Balasnya.....
" Jadi bagaimana kite nak guna plastik sebagai tempayan madu kelulut , plastik tu takde kimia ke?.... Ya maybe bagi kelulut ia tidak menjejaskan koloni, tapi bagi orang yang meminum madu kelulut hasil dari tempayan plastik tu?.... mungkin mulanya tiada efek, tapi selepas ada madu di dalamnya... madu kan panas tapi tidak sepanas madu biasa... jadi tidak adakah walau sedikit kesan / efek negatif kepada peminumnya?..... 1% mesti ada.. org boleh cakap bekas plastik tu selamat, sebab nak selamatkan periuk nasinya dari madu kelulut.. org boleh kata apa sahaja asalkan periuk nasi mereka selamat bro... " Balas tok kepadanya.......
" plastik tu bukan mahal. ambe dah tanya suplier kat N9, 1 baris tu Rm .25 sen... kena beli 10 ke atas baru dia hantar... berapa modal nak memudahkan penguasaha kelulut.. dan berapa pula modal perubatan peminumnya jika terkena kanser akibat toksin dari plastik tempayan tu?...... ambe tak rasa ada mana mana pengesahan KKM menyatakan tempayan plastik tu selamat di gunakan...ade?" Tambah tok kepadanya .....
" Hurm betul juga...... masa ambil kayu pun kita pilih dah... takkan plastik tu langsung takde efek kepada peminum / pelanggan...... kalau tak kena madu pun, ia berkuap di dalamnya ketika panas.. jadi madu yang di hasilkan bukan lagi asli 100% asli , sikit2 pasti ada campuran wap air dari tempayan plastik tu bercampur dengan madu kelulut "..........
So.... pikir sendiri lah ye.... nak minum buat ubat ke atau nak minum sebab ia sedap... benda sedap ni.. maklumlah.. banyak bawak penyakit....
===========================
MADU KELULUT CAMPHOR
Lebah biasa Lebah Kelulut
Nak pesan sikit.......
Pesanan ni juga berisiko menjadi bahan kepada pengeluar madu kelulut yang masih newbie.
Sekarang banyak madu kelulut di pasaran di campurkan dengan madu lebah biasa...
Madu lebah biasa tu asli 100% dan di campur dengan madu kelulut 100%...
Madu lebah biasa baru RM 30 sekilo
Madu lebah Kelulut pula Sekilo RM 240 dan mengikut musim... RM 240 ni ialah musim bunga iaitu musim madu, kalau musim hujan macam ni, minta maaf lah.. kalau yang ori memang reganya " Hidup "
Macam mana nak kesan madu kelulut campor madu biasa ni?
Buat masa kini belum ada lagi cara yang PASTI dan sohih untuk mengujinya.. Tapi bagi yang pro dan memang kaki madu kelulut.. sudah pasti dari aromanya itu sudah di ketahui ianya sudah bercampur atau tidak.
Sekutu madu kelulut tok di sini ada 5 termasuk sebuah koperasi dan masing masing ada mengeluarkan madu kelulut untuk di jual...... Anda tahu.. sahabat Tok Pegawai Jab Pertanian pun Fail untuk mendapatkan yang asli.. sampaikan tok cakap.. kalau nak beli bawak tok.. bukan sebab kita pandai, tapi bila kita bela sendiri dan kita dah minum, semasa minum tu kita menghayati rasa dan aromanya., insyallah kita kenal...... cuma kalau pokok hutan dan pokok kampung memang ada sikit lari aromanya, sikit sahaja, tak sebanyak yang di campur madu biasa.
Dalam 5 sekutu yang di bawa oleh member ni untuk di uji.. hanya 2 sahaja pass ujian rasa oleh tok...
Kalau kita tanya dia, " Asli ke ?"... dia jawab asli pun tak salah, sebab dia campur tu dengan madu biasa asli juga.
Adakah ia menjejaskan kualiti madu kelulut jika di campur madu biasa.
Tembikai kuning makan dengan tembikai merah.. apa rasanya?.... kita nak makan dan ingin rasa aroma tembikai kuning.. tapi dah campur dengan tembikai merah... adakah kita mendapat aroma yang kita inginkan?...
Dan Keduanya.... Berkaitan khasiat...
Pokok Cekur + Halia :Buang Angin
Makan kedua ini ada efek tak...efek buang angin ada dan tetap ada.. tapi efek sampingan lain yang buruk tiada.. itu 1st impressionnya.
Itu bagi herba
Bagi Madu..kite belum tahu
* Artikel ini hanyalah pendapat Tok Mat G.Bunian sahaja sebagai salah seorang pengusaha kelulut peringkat sederhana, ia tidak membawa kepada sebarang keputusan yang sahih dan muktamad, pendapat ini hanya di kemukakan berdasarkan lojik sahaja
terima kasih tok mat ats perkongsian ilmu...
BalasPadam