Ahad, 15 Mei 2016

APA BEZA 1A, 2A, 3A DAN SETERUSNYA

Di dalam hayat G.Bunian di alam Maya ini, ada 1 soalan yang sama dari beberapa Pelanggan Baharu dan tok rasa pelanggan lama juga ada yang menganggapnya begitu. 

Mereka bertanya apakah perbezaan Kod 1A, 2A dan seterusnya... adakah yang 1A tu lebih berkualiti.... huhuhu.... peluh dahi ambe nak menjawabnya... 

Semasa proses mengkodkan item di jalankan , pihak kami tidak melihat akan rupa parasnya... urat cun ke , lawa ke tak lawa ke... kalau 1 barang tu ada 10, maka ia akan ada 10A... dan proses kod ini di buat secara rawak dan bukan di pilih berdasarkan energi dia ke, kecantikan dia ke......Mana yang terpegang dek tangan dulu....yang itulah 1A dan seterusnya. 

Sistem sistem yang kami jalankan wujud dari kajian kajian lepas di mana coding 1A hingga ke berapa A sekalipun ialah memudahkan pelanggan membeli.... Jadi jika anda minat 15A, anda tulis sahaja lock 15A... tak perlu nak hantar gambarnya kepada tok, edit gambar tu buat anak panah cakap nak kedua dari kini........ huhuhu.....jenuh.......

Sistem kita pakai ialah direct online di mana jika anda mengikuti arahan yang sebenar , semua urusan 100% online kecuali semasa penghantaran di jalankan... apabila anda lock di blog., kemudian membuat bayaran di Online banking, kemudian menghantar maklumat pula ke sistem evernote kami ..... tiada whatsup, tiada sms , tiada panggilan....... JIMAT MASA ANDA, KREDIT ( WANG ) ANDA....DAN MASA ANDA... tapi bagi yang tak tahu tentang sistem evernote Kami , maka boleh lah hantar ke whatsup sahaja. Cuma macam yang di maklumkan... jika anda menghantar ke sistem whatsup........ tempahan anda akan lewat 1 hari...... kerana ia mengambil masa untuk Pihak kami iaitu Mr Baz membuka hpnya, membalas semua whatsup yang di hantar, menulis di kertas akan order anda dan kemudian baru membungkusnya.... Di sistem evernote,.,, malam ini anda hantar pesanan anda, esok siang Mr Baz hanya membuka platform itu dan terus membuat packaging tanpa perlu membalas dan menulisnya di Kertas. Dan pada tengaharinya, item anda sudah berada di dalam Van Pos Laju untuk di hantar ke negeri masing masing. 

Kembali kepada tajuk coding tadi.. 

Sebenarnya ia adalah untuk memudahkan urusan pembelian anda... mata anda yang akan menilaikan ia berkualiti atau tidak..mata org ni tak sama .


Sistem lock pula memudahkan urusan di mana pelanggan lain akan dapat melihat bahawa sudah ada orang memiliki item tertentu. Jika sistem ini tidak kami laksanakan seperti sebuah blog yang ada di alam maya dan melakukan permaharan " TIDAK PERLU LOCK".....jadi di sini ada 2 kemungkinan..

1. Orang ramai akan membayar untuk 1 item... yang pertama sahaja dapat barang, yang selebihnya duit lesap... orang tidak akan tahu adakah item itu sudah di punya orang atau bagaimana

2. Peniaga tidak memberi peluang kepada pelanggan untuk ambil tempoh membayar sesuatu item...kalau nak kena grab terus... 

Dan kerana itulah sistem lock diadakan di Blog GBunian ini, cuma.. tok berharap anda tidak menyalah gunakan sistem dan kemudahan yang tok berikan.,. di mana anda lock... sampai berbulan.. langsung tak bayar... Jika boleh , unlock dalam masa kurang 3 HARI... ingat... Manusia hidup di atas janji. Bukan di atas Harapan. 

Jadi, harap dengan penjelasan ini, semua pelanggan dapat memahami sistem coding kami, mengapa ia wujud.... sistem evernote kami.. dan sistem lock kami... semuanya adalah untuk memudahkan urusan Kita dan mempercepatkan Item sampai ke tangan anda tanpa sebarang masalah 

4 ulasan:

  1. Betul tu Tok sy sokong. banyak yg sy tengok item telah dilock tapi tiada update payment done kat ulasan selepas buat pembayaran.. sy sendiri selalu melawat blog tok, kadang2 menunggu item2 yg sy berkenan. selalunya melepas la sebab ada org lebih laju tnetnya hahaha.. semua tu sy tak kisah sebab sy tau bkn rezeki sy. Yang sy hairan item dilock berminggu tapi tiada ulasan payment done selepas tu, bila kita tanya Mr Baz.. Mr Baz akan jwb item tu dah habis Tuan.. hehehe.. otai2 dlm blog sama2 la kita bantu blog Tok ni yer.. :>)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu, payah tu tuan kalau jenis tak meletakkan payment done di bawah ulasan lock.. memang mengelirukan pembeli lain

      Padam
  2. Oooo.. bru phm.. mcm ni rupanya sistem di GB.. terbaikk tok.. sistem pengekodan yg efisyen.. tabik spring la tok..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN