Khamis, 29 Mac 2018

TAPA MINGGUAN ESOK HARI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Menurut jadual ayah , tapa mingguan akan di jalankan pada malam ini, namun berikutan keadaan kesihatan ayah sehingga siang tadi belum mengizinkan dan di saat ini ( ketika menulis di sini ) ayah terasa sudah sedikit selesa. Maka jadual pertapaan ayah tetap di teruskan namun di jalankan pada esok hari Bermula Jam 8.00pm

Pada mereka yang ingin melakukan permohonan boleh menghantar nama dan alamat kepada nombor Bonda JJ 0127845231 selewatnya jam 6pm.

Jangan hantar ke nombor ayah lagi.. itu lah sebabnya ayah tak bagi orang mesej hp ayah.... ayah keciciran ambil rekod, Namun pada ritual yang lepas yakni di Ritual Tahunan , semua berjaya mendapatkan item mereka dan yang mana keciciran sudah ayah lakukan malam tadi bagi mendapatkannya semula.

Untuk pengetahuan, semua item di hantarkan mengikut fasa dan tahap kerana yang menghantar nama adalah lebih dari 80 orang di tapa tahunan lepas. Yang menjadi lambat tu bila nak dapatkan bahan bahan untuk membalutnya bagi di hantar dengan selamat. 

Untuk pertapaan mingguan, ia ayah jalankan setiap minggu dan ayah harap anda tidak tergesa gesa untuk memasukkan nama anda, yang ayah khuatirkan cuma kesihatan jantung ayah di mana jika di takdirkan Mati, maka tetaplah mati, tidaklah kita sebagai Makhluk dan Hamba Allah dapat memindanya. 

Pada esok hari pertapaan akan di jalankan di Puncak Bukit Jerneh yang mana ayah dan beberapa pembantu akan memanjat sehingga ke puncaknya.

Pada minggu hadapan kami akan ke kawasan perkampungan bunian di Bukit Kechil dan melakukan pertapaan di sana. 

Pada minggu seterusnya in Sha Allah ia akan di jalankan di Wang Kelian 


Jadi jangan gopoh di dalam menghantar nama dan alamat anda kepada pihak ayah, kerana jika ayah di berikan kudrat , Demi Allah ayah akan terus di dalam resam ayah ini untuk bersuluk. Biarpun di pada hari itu ialah hari terakhir ayah di dunia nyata ini. Selagi kaki dan tangan larat berkudrat, selagi itu ia di teruskan, kerana itu sahaja yang ayah tahu lakukan di akhir akhir kemuncak kesakitan di dada ayah yang terkadang terasa ada ombak panas meruap ruap dan terkadang di cucuk cucuk... Jangan di salah sangka, ia bukan sihir, ia lumrah bagi pesakit jantung seperti ayah ini. 

4 ulasan:

  1. Alhamdullilah..

    Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim


    Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman...

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam
    Alhmdulillah
    Rehat secukp nya ayah...
    kami jemaah pahang doa kn ayah sihat selalu..👍

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam wbt.....Semoga dipermudahkan olehNya dalam segala urusan....

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN