Selasa, 27 Mac 2018

UPDATE PERMOHONAN RITUAL

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua sahabat .


Ayah minta maaf kerana belum dapat membalas mesej mesej sabahat semua sehingga saat ini mengenai PR anda. Apa yang ayah boleh maklumkan , alhamdulillah semua berjaya .


Ayah sempat melihat 2 permohonan sahaja iaitu milik Saudara Tentera Fisablillah dan juga Milik Sahabat dari Air baloi Pontian yang berupa Geliga Lipan, MInyak Mulia Kayangan, Tongkat ular serta Teko Puteri. Selebihnya yang banyak itu tidaklah ayah melihat dan membukanya memandangkan ayah perlu segerak membungkusnya di dalam Tanah Liat dan Jerami Padi untuk di hantarkan pada siang hari.


Keadaan kesihatan jantung ayah yang di deritai semenjak lahir sudah kembali pulih sedikit selepas pertapaan namun kerana tidur agak lewat sekitar Jam 12tengahari tadi keadaan tubuh ayah kembali lemah dan tidak bermaya, dan ayah perlu rehat yang mencukupi selepas menulis di sini nanti.


Ayah menghidap Koronari Arteri semenjak di lahirkan lagi dan ia juga di hidapi adik kandung ayah di kulim. Dan semenjak mengetahuinya ayah sentiasa berazam untuk sentiasa melakukan kebaikan di dalam hayat kerana sudah pasti hayat pesakit jantung seperti kami bukanlah lama seperti orang lain.


Namun sebagaimana manusia biasa lainnya , ayah juga sering melakukan kesilapan sebagai lumrah seorang manusia dan sekiranya ada kesilapan ayah kepada anda , ayah mohon di maafkan kerana ayah cuma ingin melakukan yang terbaik kepada semua, namun Allah yang punya kuasa akan segalanya.

Ayah sentiasa mendoakan kejayaan buat anda semua yang bersama sama ayah di Blog ini, yang mengenali ayah, yang pernah berjumpa ayah baik kawan atau lawan. In Sha Allah dunia hanyalah sementara dan akhirat juga adalah selama lamanya.


Sekian dan terima kasih dari ayah Pay

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah semua selesai dgn baik..semoga ayah cepat sembuh..aamiin

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah...selesai urusan tok...moga cepat sembuh aminn

    BalasPadam
  3. Semoga diberikan kesembuhan.Aamiin...

    BalasPadam
  4. Wuallikum salam wbt.

    Alhamdullilah..

    Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim


    Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman...


    Aamiin Ya Rabbal Alamiin

    BalasPadam
  5. assalamualaikum.

    maaf kerana bertanya, masih ada lagikah selepas ini pemohonan ritual ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam wbt. Bonda sini tuan. Bonda pun xpasti tok nak buat lagi ke x coz permohonan ni agak memenatkan tok juga.. tapi yang pasti tok cakap ada tapaan mingguan, namun dalam setiap minggu tu tok hanya menerima permohonan 5-10 orang sahaja, xboleh lebih.

      Padam
  6. Betul bonda tok ada buat tapaan mingguan setiap malam khamis.itu pun bergantung kepada keadaan kesihatan tok juga tuan...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN