Selasa, 13 Mac 2018

LAGENDA DAN KELEBIHAN LANGGALAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

LANGGALAM


Di sebutkan dengan nama ini kerana gelaran terdahulu bagi pemakainya yang di Gelar HELANG ALAM. 

Jika anda melihat perkataan LANGKAWI, ia bermaksud Helang yang duduk bertenggek di atas batu kawi. 

Langgalam Adalah sebuah item yang di Malaysia hanya kami di Geliga Bunian mempunyainya kerana ia hanya wujud di negeri Beriklim Tropika seperti Thailand , Dan di Negeri Perlis sendiri ia Iklim ini berakhir di Kawasan Yang Gah dengan Penghasilan Mempelam Harum Manis iaitu Kawasan Sungai Batu Pahat, Perlis.

Batu Langgalam Timbul hanya jika di bawahnya ada Timah ( Bijih Timah ) dan kombinasi Langgalam ini sendiri adalah terdiri dari Tahi Besi, Batu dan Mineral besi yang mampu lekat magnet. 

Pada ketika dahulu batu ini sukar di jumpai akibat proses ia timbul di sungai sungai yang lama dan lambat, dan pada suatu ketika dahulu orang orang lama mengambilnya sebagai azimat Kekebalan dan kekentalan kulit dari peluru senapang Askar British dan Jepun. 

Sudah tentu pada zaman itu kewujudan batu langgalam ini hanya di temui oleh orang orang tertentu dan ilham menjadikannya sebagai item Kekebalan Peluru ialah dari ritual Pertapaan.

Bermaksud Ilham menggunakan ia sebagai medium kekebalan datangnya dari ahli Sufi yang bertapa. 

Langgalam ini mempunyai banyak kaedah pemakaiannya:

1. Di pakai sebagai cincin dan permukaannya di tutup habis metal cincinnya dan ia kena pada kulit. 

2. Di selitkan di celah songkok dengan di hubungi melalui air peluh di kepala 

3. Di pakaikan di pinggang sebagai azimat dengan di hubungi ke kulit melalui air peluh badan

4. Di telan 

5. Di masukkan ke dalam kulit siku dengan cara Membelah kulit , memasukkan langgalam dan kemudian di jahit semula, dan setelah selesai peperangan, ia di keluarkan semula. 



Kelebihan batu Langgalam menyamai beberapa batu geliga seperti :

a) Batu Bukit Nuri

b) Kuningan

c) Besi Kursani

d) Batu Leleh

e) Batu leleh merah 



Di sebutkan pada perkara (c) iaitu besi kursani dan bukan batu kursani kerana kekuatan kekebalan BATU kursani tidaklah sehebat BESI kursani itu sendiri, dan Langgalam pula menyamai kekuatan kekebalan Sebuah BESI kursani. 


Sekiranya anda melihat kepada kadar harganya dan perbezaan harga:

1. Batu Bukit Nuri : RM 450

2. Besi Kuningan : RM 500

3. Besi Kursani : RM 500

4. Batu Leleh : RM 80

5. Batu Leleh merah : RM 200


Kadar harga di atas adalah dari Blog ini sendiri ketika tiada sebarang Promosi .

LANGGALAM pula Bernilai : RM 450


Jika anda lihat di Perkara (4) pada nilai RM 80 tanpa promosi dan pernah menjangkau nilai RM 30 semasa promosi, apakah perbezaannya?


i) Bentuk dan rupa serta saiz

ii) Kuantiti dan sumber


Kita bincangkan mengenai kuantiti dan sumbernya. 

Bagi pengetahuan anda kuantiti Langgalam Di Perlis ini sudah Menurun populasinya dalam masa 2 tahun dan di jangkakan dari pemerhatian Tok ia akan pupus ( tenggelam semula ) ke dasar Bumi dan akan muncul semula sekitar mungkin 80-100 Tahun akan datang.

Sumber ?

Bagi batu leleh, ia perkara biasa dan ada di mana mana , dari hujung nusantara Indonesia sehingga ke utara Thailand, ia amat mudah di dapati dan stoknya masih banyak dan mampu di gali menggunakan Jentera korek , Ia di perolehi di bawah lapisan bumi ke tiga yang nipis iaitu bermula di atas :

1. Serpentinite ( taat wali, Tabasheer , Tok wali )

2. Amang Bukit

3. Lapisan bongkah Leleh merah dan leleh hitam 

Susunan di atas tanpa di sebut lapisan asas seperti tanah dan tanah liat dll


Sementara LANGGALAM ia HANYA datang dari timbunan bijih timah dan timbul naik dan turun mengikut gelombang pergerakan tanah dan bumi, dari hal perkataan orang mistik, ia mampu beralih tempat pada kepercayaan ia di alih Jin, hal ini melucukan bagi ahli Gemology dan Geografi kerana menurut hukum alam dan Graviti sememangnya Tanah bergerak dari masa ke semasa di dalam bentuk Gelombang S di dalam Bumi ( beralun seperti ombak di dalam mode super slow motion ) dan yang tidak bergerak cuma jisim berharga seperti emas, timah dan besi. 

Pilihan anda mestilah berdasarkan :

1. Bagaimana anda ingin menyimpannya, langgalam boleh di telan sementara pecahan batu leleh tajam dan tidak sesuai di telan

2. Bentuk langgalam yang mudah di bawa dan boleh di jadikan buah rantai atau hiasan di Gelang Perak dalam bentuk semulajadi

3. Perbezaan di lakukan ke atas Duit Syiling... Syiling baru dan Syiling lama yang sukar di jumpai, mana 1 kah lebih mahal?. dan apa pilihan kolektor Syiling, adakah Syiling lama atau syiling baharu?. 


Walau bagaimana pun pilihan di tangan anda , Apa yang ingin Tok sampaikan ialah keberadaan kuantiti langgalam ini semakin pupus di bumi Tropika Perlis dan hal ini akan menyebabkan ia bernilai lebih mahal dari Segram Emas.


Langgalam biasa sudah mulai pupus , apatah KING langgalam pastinya kini sukar di jumpai lagi. 

Sekiranya anda seorang Kolektor item item Kebal Nusantara alami atau anda seorang peniaga , ambillah kesempatan ini untuk dapat meniagakannya semula pada nilai tertinggi dalam masa kurang 5 tahun ini. In Sha Allah. 

Y.M Paduka Ayahanda Pay Majlis KKST 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN